Thursday, July 31, 2008

~ HILANG BUKAN KERANA MAHU ~

Sepanjang aku mula bertugas di sini, minggu ini adalah minggu yang cukup menyenangkan. Minggu yang tenang-tenang saja tanpa sebarang kalut yang menyakitkan rasa. Urus kerja pada minggu ini lebih teratur. Malah En boss juga tidak banyak membuat ganggu. Situasinya terjadi mungkin kerana pada minggu lepas, kami ditimbun beban kerja yang begitu luar biasa, menyebabkan minggu ini bebannya berkurang.

Selalu Selasa dan Rabu adalah hari yang paling memualkan dalam seminggu. Hari yang kami mengejar kekalutan dengan masa. Hari yang penuh dengan tekanan membuat urus kerja tepat pada mahunya. Namun, minggu ini ia berlaku sebaliknya. Sungguh, alangkah baiknya kalau ketenangan dan keharmonian pada minggu ini turut terbawa pada minggu-minggu yang akan datang.

Pada minggu ini, seawal selasa segala kerja telah usai dengan baik dan lengkap. Ermmm... justeru, keluangan yang ada ini terisi rasa yang penuh aman sentosa. Bahagia sungguh rasanya tatkala diri terbebas dari tekanan kerja yang kerap membuat damping saban hari dan minggu. Minggu ini aku terbanyak waktu senggang yang kekok untuk diisikan lantaran terlalu biasa dengan jadual padat lengkap yang menanti.

Baiknya situasi aman-aman ini terjadi saat kesihatanku yang begini... yang tidak di dalam rupa biasa... yang tidak begitu mengizinkan. Bagai memahami keadaan diriku yang tidak berapa baik pada minggu ini yakni tidak dalam kesihatan yang mengizinkan. Bagai mengerti aku perlukan waktu rehat yang sebaiknya untuk melayan sakit yang berulang ini. Mujur sahaja masih hidup.. masih mampu bernafas di bumi Tuhan yang serba indah ini. Dek kerana keadaan ini tidak kukhabarkan kepada sesiapa, makanya hanya yang mahir melihat dan membaca gerakku sahaja yang tahu aku tidak dalam keadaan yang biasa. Arghh... kalau mereka merasa hilangku, pasti sekali akan mahu menjejak aku... dan begitulah sebaliknya. Yaa.. begitulah.

Ermm... mujur aku tidak mati. Mujur aku masih punya kesempatan semua. Bagaimana yaa... kalau tiba satu ketika, aku tidak sempat ketemu lagi kamu di sini lagi. Tidak sempat juga menyampai salam kepada sahabat-sahabat dekat. Hilang sahaja begitu. Ermm..

[Kalau hilang, akan di-cari-kah hilang-ku itu?]

Wednesday, July 30, 2008

~ BUKAN HANYA UNTUK MELEPAS TAWA ~

Usai dengan urus pekerjaan yang panjang seawal tengahari tadi, aku memenuh pelawaan seorang rakan. Duduk minum secawan coffee sambil mendengar hiruk-pikuk dalam hidupnya sejak kebelakangan ini. Beratnya rahsia yang bergalas. Mudah-mudahan aku menjaga amanah dengan baik.

Panjang sekali ceritanya sehingga kedai coffee yang tersinggah itu sudah mahu menutup operasinya, kami masih lagi keras di meja itu. Ada simpati yang tercurah. Mahu menghulur bantu, namun kudratku hanya sekerat.

Tidak semudah orang yang mampu bertarung dengan rasa yang penuh serabut begini. Aku juga tentu sekali kalah pada garisan permulaan lagi andai aku berada di tempatnya. Namun, kentalnya berbeza. Cekalnya besar berdamping. Satu penghormatan yang besar aku persembahkan buat dia.

Yang itu sahabat, yang ini sahabat yang sana juga sahabat. Lalu. bagaimana yaa mahu membuat pertimbangan. Aku mahu menjadi sahabat yang berguna kepada semua. Ini kerana sekali aku sebutkan dia sebagai sahabat, selamanya dia ada dengan status itu. Ermmm..

[Ber-sahabat bukan hanya ketika senyum, tetapi juga kala jewa di-robek rasa...]

Tuesday, July 29, 2008

~ MEMBERI KECEWA YANG BANYAK ~


Dengan sedikit kesempatan yang ada, aku menyinggah ke Istana Budaya... Begitu besar hati mahu menonton teater Patriot yang begitu gah khabar wajahnya. Malah sanggup menukar banyak acara semata-mata kerana keinginan lebih kuat untuk berada di kerusi empuk IB ini bagi menyaksikan teater yang kononnya di obsesikan bersempena hari pahlawan ini.

Duduk selama kurang lebih dua jam menonton persembahan, tiada apa yang aku perolehi. Yaa.. aku memohon maaf kiranya bunyinya begitu sakit di dengar. Itu hanya pendapat peribadiku sahaja dan abaikan jika ia dinilai lihat dalam pandangan yang berbeza oleh orang lain.

Aku merasakan secara pertimbanganku sendiri, mesej yang ingin diberikan tidak sampai kepada penonton atau mungkin hanya aku. Banyak yang longgarnya. Lembab dan lambat. Bosan dan tidak sabar menunggu ceritanya ke hujung kerana bukan amalanku untuk meninggalkan persembahan sebelum ia melabuhkan tirainya walaupun aku terseksa untuk terus duduk menonton..

Aku pulang dengan satu keluhan yang berat. Sayangnya kesempatan beraksi di pentas bertaraf dunia itu tidak digunakan sebaiknya.

[Sunggoh, aku begitu tidak sabar untok menuntun teater ibu zain..]

Monday, July 28, 2008

~ MENGHIBUR DI JALANAN ~











Sungguh, aku benar-benar tertarik dengan persembahan 3 anak muda ini. Bertempat di BB di celah sibuk dengan lalu manusia, mereka mencari sedikit ruang untuk berkongsi bakat yang termiliki. Bersahaja, jujur dan merasai apa yang disenikan itu.

Alunan bunyi instrument yang dimainkan jujur itu menghentikan langkah kaki untuk membuat dengar. Beberapa ketika juga aku menopang dagu di situ. Andai anak-anak muda ini punya kesempatan yang lebih besar, tentu saja satu dunia turut duduk mendengar alunan yang mereka lagukan ini.

[BB banyak menyimpan cherita... juga turot mem-buat cherita...]

~ LASKAR CINTA ~


LASKAR CINTA
by dewa

Wahai jiwa-jiwa yang tenang
Berhati-hatilah dirimu
Kepada hati-hati yang penuh
Dengan kebencian yang dalam

Karena sesungguhnya iblis
Ada dan bersemayam
Di hati yang penuh dengan benci
Di hati yang penuh dengan prasangka

Laskar cinta
Sebarkanlah benih-benih cinta
Musnahkanlah virus-virus benci
Virus yang bisa rusakkan jiwa
Dan busukkan hati

Laskar cinta
Ajarkanlah ilmu tentang cinta
Karena cinta adalah hakikat
Dan jalan yang terang bagi semua
Umat manusia

Jika kebencian meracunimu
Kepada manusia lainnya
Maka sesungguhnya iblis
Sudah berkuasa atas dirimu

Maka jangan pernah berharap
Aku akan mengasihi
Menyayangi manusia-manusia
Yang penuh benci seperti kamu..

Wahai jiwa jiwa yang tenang
Jangan sekali kali kamu
Mencoba jadi tuhan dengan
mengadili dan menghakimi

Bahwasanya kamu memang
tak punya daya dan upaya
Serta kekuatan untuk
menentukan kebenaran yg sejati
Bukankah kita memang
tercipta laki laki dan wanita

Dan menjadi suku-suku
dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda
Bukankah kita memang harus saling
mengenal dan menghormati
Bukan untuk saling bercerai-berai
dan berperang angkat senjata

[Jauhi yang men-jadi benchi... hargai yang mem-beri kaseh..]

Sunday, July 27, 2008

~ MENINGGALKAN RASA ~

Sebenarnya cerita ini bukan pertama kali ku dengar. Lama dulu, telah pernah terkongsi cerita yang banyak memberi ajar ini dari seorang rakan. Ia masih tersimpan kemas. Hari ini, aku sekali lagi diberi dengar cerita yang serupa ini. Kali ini melalui emel yang dipanjangkan kepadaku. Justeru, aku membuat putus untuk berkongsi saja di sini agar ia juga terpinjam untuk semua.

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah orangnya. Dia tidak sering saja tidak dapat mengawal kemarahannya. Soal yang kecil pun boleh menjadi besar buatnya. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. Lalu dia bertanya penuh kehairanan kepada si bapa.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab bapanya.

Mendengar itu, pemuda ini cuba melakukan seperti yang diminta si bapa. Setiap kali dia marah, dia memaku tembok batu di depan rumahnya itu. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok tersebut. Semakin hari semakin banyak. Dia mula menyedari, betapa kerapnya dia berasa marah sehingga hampir penuh tembok batu itu. Ketika itu, dia terdetik mahu mengubah keadaan itu. Selepas beberapa minggu, dia dapat mengurangkan kemarahannya sediki demi sedikit. Jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu bapanya mengenai perkara tersebut dengan gembiranya. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata:

"Kautelah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakanmu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Errmmm.... justeru, maafkan aku sekiranya aku pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati kamu...

[Maaf tetap maaf... namun, calar tetap juga calar.]

~ MAHATHIR MOHAMAD : DILEMA MELAYU ~


Menyinggah di gedung pembacaan di M.V. Membelek-belek dan membawa pulang sebuah buku pengkisahan tentang Tun Dr Mahathir Mohamad. Belum lagi memulakan pembacaannya. Mungkin sebentar nanti. Banyak urus yang beratur membuat nanti. Ermm..

TAJUK : Mahathir Bin Mohamad : Dilema Melayu
SUSUNAN : Ibrahim Bin Saad
TERBITAN : Times Book International
MUKA SURAT : 222
HARGA : RM 32.40

[Menyelak sejarah, mem-belek pengajaran dengan penoh guna]

Saturday, July 26, 2008

~ BERAT YANG MENGISI DAMPING ~


Banyak bicara berat yang mengisi damping hari ini. Bicara masa depan. Bicara tentang hati dan perasaan yang lebih dalam. Bukan tidak pernah selalu, namun hari ini bunyinya seperti lebih berat. Kesabarannya menunggu. Kesetiaanku terpaku. Lalu kami hanya menunggu takdir.

Katanya, dia takut tidak dapat menunggu lagi. Kataku, aku gelisah andai gagal menumpah setia lagi. Tidak pernah ada suluh yang lebih terang dari penantian itu. Itu kata teman-taman yang tahu serba sedikit tentang kami. Ya.. benar. Aku tidak pernah menafikan tentang soal itu. Namun, soal hati tidak terlukis dengan hanya kata.

Aku tidak pernah akan mencari lain, sebelum dia yang yang mencari lain. Itu yang tidak pernah berubah. Ermm...

[Aku tidak perenah mem-banthah, kechuali soal yang ini.. yaa.. hanya soal yang satu ini..]

~ HUTANG DAN BERHUTANG ~

Hari ini aku melangsaikan hutang lama. Hutang beberapa tahun dulu. Hutang pinjaman pelajaran daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ketika menuntut di universiti dulu. Alhamdulillah, hari ini aku melunaskan semuanya. Terima kasih, kerana dengan pinjaman wang tersebutlah aku dapat membiayai perbelanjaan ketika belajar dahulu. Maaf juga kerana mengambil masa untuk menyelesaikannya.

Malam tadi, seorang teman juga bercerita tentang hutang. Hutang yang telah membuat haru-biru hubungannya dengan seorang teman yang lain. Ermm… panjang cerita dikongsikan. Aku bersimpati. Namun, ada beberapa perkara juga tidak patut dia lakukan walaupun duduknya di sini sebagai si pemberi hutang.

Errmmm… menyentuh soal hutang ini juga, seharusnya kita tahu apabila berhutang, wajiblah kita membayarnya kembali dalam kadar segera ataupun mengikut perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Bertanggungjawab dengan janji hutang. Tidak perlulah sampai si pemberi hutang terpaksa meminta-minta agar dijelaskan hutangnya. Sepatutnya si yang berhutang perlukah membayar sebelum diminta.

Jika hutang itu tidak dibayar dan tidak dihalalkan pula oleh si pemberi hutang, maka hidup kita tentunya tidak diberkati seluruhnya. Itu yang paling pasti. Hutang juga boleh membuat lerai kepada akrabnya hubungan yang terjalin sejak sekian lama.

Aku juga pernah memberi hutang. Namun, aku ini orangnya payah sekali mahu menuntut hutang. Payah untuk membuka mulut untuk bertanya, apatah lagi meminta hutang. Justeru, aku hanya berharap agar orang yang berhutang itu ada ingatan terhadap janji hutangnya. Namun, kerapnya yang terjadi, harapan tinggal harapan. Mungkin kerana mengenali sikap berat mulutku itu, ada pula yang mahu menggunakan kesempatan itu dengan baik sekali. Lalu, hutang yang ada itu ditinggal jauh dalam ingatan. Ermmm… hairan dengan manusia duduk dalam situasi yang begini. Pertolongan (hutang) yang dihulurkan untuk meringankan beban yang ada, dibalas dengan penganiayaan yang kejam dalam diam. Ermm..

[Aku halal-kan mana yang ter-hutang dengan-ku… namun belajar-lah untok meng-hargai per-tulongan atau pengorbanan yang perenah di-hulur-kan orang saat kesusahan kita..]

Friday, July 25, 2008

~ RIMAS ~


Beberapa entri dulu, pernah aku sebutkan tentang seseorang yang gelarnya Mr M di sini. Lama dia hilang. Kini dia datang lagi. Rimas. Sungguh itu yang aku rasakan. Fikirnya dengan kedudukan serba ada dia, makanya aku perlu menurut segala mahu dia. Ermm.. silap orang rupanya dia.

Bosan dengan sikapnya yang suka mendesak itu. Malam tadi, entah berapa mesejnya tidak aku balas. Lalu bila dalam situasi yang begitu, terlontar pula pelbagai sangka kepadaku. Konon aku memilih kawan lalu sentiasa beralasan walaupun hanya untuk secawan coffee dengannya. Paling mengejutkan, dia sudah berani mahu menjemputku di rumah. Dia menjentik marahku.

Mr M ini kenalan lama. Pertemuan kembali pada Mei lalu membuat kami kembali berhubung. Namun, sikap dan lakunya sering membuat aku kurang senang. Fikirnya aku ini siapa agaknya. Ermm..

MR M : i nak jumpa u boleh tak
AKU : jumpa jer laa.. per masalahnya
MR M : ermm... I serius nih..
AKU : ermmm...
AKU : y?
MR M : nanti i cerita
AKU : bila?
MR M : sekarang
AKU : sekarang??????
MR M : pls
MR M : kita minum je
MR M : i datang ambil u yekkk
MR M : kejap lagii
AKU : ermm..
AKU : saya baru balik laaaa
AKU : nk kuar lagik, tak best laaa plakk
AKU : lagipun dah lewatt kann
MR M : pls... penting sgt
AKU : kan bole cakap kat sini jer.. kat phone ker..
MR M : tak boleh
MR M : i nak jumpa u mlm ni jugak
AKU : ???

Begitupun selalu dia. Bosan.. rimas untuk aku melayan mahunya. Namun, tidak pula aku sanggup untuk bercakap sewenang dengannya. Tidaklah sampai mahu mengecilkan hati dia. Pun begitu, jika lakunya menguji sabarku bertali arus, aku tidak juga mahu terus membuat senyum saja. Errmm..

[Laki-laki memang selalu mau menang... tetapi wanita juga tidak semua mau kalah..]

Thursday, July 24, 2008

~ MENGENAL IBU ZAIN ~


Kisah 1 : Zaman Persekolahan


Ibu Zain lahir pada 22 Januari tahun l903 di Kg. Nyalas Jasin Melaka . Anak keenam daripada lapan beradik. Semasa menanti kelahirannya Munsyi Sulaiman guru Bahasa Melayu dari Riau di Maktab Melayu Melaka l900-1915 berharapkan anak lelaki dan menyediakan nama Zainal Abidin dengan menyimpan cita-cita anaknya itu akan menjadi pejuang bangsa, berbakti menghalau penjajah dari tanah airnya. Namun, apabila dikurniakan anak perempuan beliau dan isterinya Siti Shahariah Haji Khamis keturunan Negeri Sembilan tetap bersyukur dan diberikan nama Zainun dan sentiasa didodoi dengan lagu-lagu perjuangan.

Ibu Zain seorang yang lasak dan suka bermain dan bergaul dengan budak laki-laki hingga dipanggil Nal singkatan kepada Zainal Abidin. Nama lain Seribanun dan Zainatun Nadzarah tetapi yang kekal mesra Ibu Zain. 1908 Ibu Zain bersekolah tadika dan mendapat pendidikan rendah di sekolah Methodist Girls School Kg. Belanda, Tengkera Melaka.

Tujuan ayahnya adalah untuk menimba sebanyak ilmu dan pengetahuan daripada tuan-tuan penjajah yang boleh digunakan kemudiannya untuk menghalau mereka. Hal ini bagaikan sumpah yang wajib dilaksanakan oleh Ibu Zain. Gurunya Paderi Shellabear pernah mempengaruhi ibu Zain masuk kristian. Tetapi ayahnya lebih cekap mendidik apabila setiap malam ibu zain diajar membaca al-Quran, Agama dan Bahasa Arab. Beliau meminta ibu zain sendiri membezakan antara Kristian dengan Islam. Ibu Zain memilih Islam kerana ia lebih utuh, jujur dan benar. Ibu Zain tidak dapat meneruskan pengajiannya ke peringkat lebih tinggi kerana masyarakat ketika itu mempunyai tanggapan takut anak perempuan takut akan menconteng arang kemuka orang tua. Apa lagi kalau bersekolah Inggeris tentu akan menjadi kristian.


Kisah 2 : Zaman Remaja - Dewasa - Kerjaya


Ilmu yang diperolehi tidak disia-siakan begitu sahaja. 1916 Berpindah ke Kampung Pasuh Jaya Waras sempadan Pahang Negeri Sembilan memulakan era perguruan buat ibu Zain. Anak-anak kampong diajarnya menulis dan membaca mengikut peraturan sekolah yang dibukanya sendiri dan menjadi sekolah taman didikan kanak-kanak pertama pernah diusahakan oleh orang Melayu. Sekejap saja dia mengajar disitu kerana 1921 berpindah ke Muar mengikut bapanya yang diperlukan berkhidmat dengan Pesuruhjaya Kerajaan Johor Daerah Muar – Datuk Abdullah Jaafar. Enam bulan kemudian, kegigihannya menjadi pendidik menyebabkan Ibu Zain dilantik menjadi guru percubaan mengajar di Sekolah Perempuan Bandar Maharani. Enam bulan saja telah dilantik menjadi guru besar dan kemudian menjadi guru pelawat sekolah-sekolah perempuan daerah Muar dan Batu Pahat 1925. Sebagai Penyelia Sekolah-sekolah Perempuan Negeri Johor, Ibu Zain menubuhkan sekolah-sekolah perempuan lain di daerah Kluang, Segamat, Mersing, Kota Tinggi dan Pontian. Ibu Zain juga menubuhkan sekolah agama petang di Johor dan l929 menubuhkan Persekutuan Guru-guru Perempuan Melayu Johor.

1930 kesedaran untuk memberi pendidikan menyeluruh kepada kaum wanita, Ibu Zain telah menerbitkan Majalah Bulan Melayu dan menjadi lidah rasmi ibu zain untuk memberi idea dan cita-cita untuk memimpin wanita dalam pendidikan dan moral. Majalah itu juga merupakan satu wadah menentang kewujudan Hikayat Faridah Hanum atau Asyik Mashok karangan Syed Sheikh Al Hadi yang dianggap lucah dan tidak bermoral. Perdebatan panjang berlaku hingga akhirnya Syed Sheikh Al Hadi meminta maaf daripada ibu zain. 1934 mendirikan rumah tangga dengan Haji Amin Taib bekas guru agama. Mereka berkahwin selepas Ibu Zain menunaikan fardu haji. Mereka memperolehi tiga anak dua perempuan Khalida Adiba dan Khalida Fadzilah dan seorang lelaki Sulaiman Shakib.

Kisah 3 : Zaman Perang


1941 Jepun menawan tanah melayu tidak mengubah kedudukan Ibu Zain kerana beliau tetap diterima sebagai penyelia dan guru. Beliau belajar bahasa Jepun dengan tekad pengetahuan yang diperolehi boleh dijadikan senjata menghalau Jepun. Beliau juga tetap mempersoalkan penjajahan Jepun melalui rencana yang dimuatkan dalam Warta dan Melayu Raya. Kritikannya halus dengan kesedaran untuk memajukan bangsa Melayu. Ibu Zain mendesak supaya matapelajaran bahasa dan agama Islam diajar disekolah Jepun. Kesengsaraan wanita diseksa dan diperkosa dan menjadi perempuan simpanan semasa Jepun menanamkan nazar di hati ibu Zain untuk menubuhkan sekolah khas perempuan dinamakan Sekolah Merdeka bagi memulihkan mereka dari aspek moral dan ahlak. Beliau membuka kelas agama dan bahasa melayu dirumahnya.
Kesedaran itu Ibu Zain yang dilantik menjadi pendakwah Jabatan Agama dapat melawat seluruh negeri Johor dan setiap kampung yang dilawati akan beliau tubuhkan “Ibu Sepakat” persatuan surirumahtangga untuk memberi panduan kehidupan berkeluarga dan memulihkan wanita yang rosak ahlak semasa Jepun. 1945 suami ibu zain jatuh sakit. Kesulitan hidup masa Jepun sukar untuk mengubati penyakit suaminya yang juga terpaksa menampung kehidupan isteri pertama. Gajinya kecil dan terpaksa bercucuk tanam untuk menampung hidup. Kematian suaminya menjadikan ibu zain lebih tabah.

Kisah 4 : Pengembaraan Politik


1946 Malayan Union diperkenalkan oleh British telah membabitkan penglibatan Ibu Zain dalam politik dengan serius. Datuk Onn telah menulis surat kepadanya untuk terlibat dengan pergerakan melayu semenanjung (PMS) di Johor Bahru. Apabila Kaum Ibu PMS ditubuhkan Ketuanya ialah Azizah Jaafar adik Dato Onn dan Ibu Zain menjadi pegawai penerangan. PMS kemudiannya menyertai UMNO. Ibu Zain bekerja keras untuk membantu UMNO menumbangkan Malayan UNION. Datin Halimah Husein isteri Dato Onn telah mengadakan pasar-pasar sehari untuk memungut derma tabung kewangan PMS dan UMNO. Begitu juga Ibu Zain membantu meyumbang tenaga untuk mencari dana membiayai kegiatan politik dan kebajikan. Keakraban beliau dengan masyarakat memudahkannya untuk mendapat sokongan daripada orang ramai.

1947 Ibu Zain diberhentikan daripada tugas menjadi penyelia sekolah-sekolah perempuan dan guru pelawat kerana tiada kelayakan untuk jawatan tersebut. Perlantikannya hanyalah berdasarkan pengalaman. Ibu Zain menerimanya dengan baik. Beliau menerima anugerah Pingat Ismail Sultan daripada Sultan Johor pada 17 September l947. 1948 ketika Dato Onn menjadi Menteri Besar dan hasil kerjasama dengan PMS pimpinan Dato Onn, Ibu Zain dilantik menjadi anggota Majlis Mesyuarat Negeri Johor. Secara tidak langsung melibatkan diri dengan pentadbiran negeri Johor.

Pernah nyaris mati apabila keretapi yang ditumpanginya daripada Johor Bahru ke Tanjung Malim diserang hendap komunis ketika di Labis. Tujuan perjalanan adalah hendak membincangkan tunjuk perasaan pelajar-pelajar Maktab Perguruan Tanjung Malim. Ibu Zain tertembak di peha dan terlantar di hospital selama 44 hari. Ketika itu jugalah berlakunya rapat raksasa di Bukit Timbalan Johor 15 Julai l950 membantah perletakan jawatan Dato Onn sebagai Yang Di Pertua UMNO. Ungku Abdullah Omar yang menganjurkan perhimpunan meminta Ibu Zain berucap supaya Dato Onn menimbangkan keputusannya. Ibu Zain yang belum sembuh terkejut melihat orang ramai memakai lencana UMNO terbalik dan bendera dikibarkan juga terbalik. Sepanduk menyebut “Dato Onn Berhenti – UMNO mati”. Ibu Zain mempersoalkan adakah UMNO berjuang untuk menyanjung tokohnya. Apakah tokoh boleh menyebabkan putus asa dan lemah semangat. UMNO berjuang untuk menebus kembali kemerdekaan bukan kerana penganjur atau pemimpin tetapi kerana tanah air. Ibu Zain bertanya, “Jika Dato Onn dipanggil Allah ke hadratnya mahukah tuan puan mengikutnya? Mahukah tuan puan ditanam bersama-samanya di dalam tanah? Kerana rapat itu Dato Onn telah menangguhkah perletakan jawatannya buat seketika.

1950 ibu zain dilantik menjadi ketua wanita UMNO kebangsaan menggantikan Puteh Maria ketua yang pertama. Masa ini UMNO mengalami masalah perpaduan dan ibu Zain dianggap orang yang paling layak untuk memujuk wanita supaya tidak meninggalkan parti tersebut akibat Dato Onn meninggalkan parti itu. Beliau dapat memujuk dan menambah ahli dengan mengadakan kunjungan ke serata negeri memberi ceramah kepada kaum wanita.

Ketokohannya telah membawa beliau ke India diundang oleh Sarojini Naidu Pengerusi Hal Ehwal Dunia menghadiri Persidangan Perhubungan Asia di New Delhi (Inter Asia Conference) 1952. Jemputan ini atas kewibawaan peribadi yang akan membincangkan mengenai keadaan negara-negara yang belum mencapai kemerdekaan. Bersama nya ialah Dr. Burhanuddin al Helmi. Kehadiran mereka berdua ke India kemudiannya difitnah sebagai membuat hubungan sulit. Menjernihkan suasana Ibu Zain menghadap Sultan Ibrahim Johor. Punca fitnah adalah kerana tanah tujuh ekar di Bukit Sri Lalang dan Istana Mastika Embun kepunyaan Tengku Ampuan Mariam diwakafkan untuk pengajian tinggi khusus anak-anak perempuan yang diamanahkan kepada Ibu Zain ingin digunakan untuk bangunan ibu pejabat parti UMNO.

Ibu Zain juga diserang penyakit aneh yang menyebabkan doktor menasihatkan beliau berehat di luar Negara. Semasa ketiadaan beliau Raja Perempuan Perlis Tuanku Budriah menggantikan tempatnya sebagai ketua Kaum Ibu UMNO selama tiga bulan. Ibu Zain telah ke Colombo bersama 14 orang lain kerana menghadiri Jambori disana. 1952 memainkan peranan penting mewujudkan Kongres bahasa. 1954 beliau ke luar negeri lagi menjadi wakil tunggal wanita ke Persidangan Bahasa Melayu-Indonesia di Medan dan menjadi anggota Lembaga Tetap Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya ketiga pada l956 hingga tertubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka pada l958.

Sekembalinya dari luar negeri jawatan ketua kaum Ibu Wanita UMNO telah terlepas ke tangan Khadijah Sidek seorang pelarian Indonesia yang petah berpidato. Sebelum ini Khadijah Sidek adalah setiausaha Wanita UMNO Johor Bahru saja. Ibu Zain hanya dilantik menjadi jawatankuasa wanita Bahagian Johor Bahru. Hanya l955 Ibu Zain dilantik sebagai ketua wanita UMNO Bahagian Selatan. Beliau telah menolak untuk menjadi Ketua Kaum Ibu UMNO Malaya kerana sibuk hendak menubuhkan Kolej Tengku Ampuan Mariam.
Ibu Zain memperolehi anugerah Pingat Johan Mangku Negara pada 30 Ogos l958 daripada Sultan Johor.

1959 rapat umum Bukit Timbalan menarik perhatian kaum ibu seluruh Malaya terhadap kepimpinan Ibu Zain. Ibu zain dipilih menjadi salah seorang wakil kaum Ibu UMNO Negeri Johor ke Persidangan Agung UMNO Malaya di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar. Dalam perhimpunan agung inilah Ibu Zain meminta dia dipanggil Ibu sahaja. Ini akan memudahkan lagi kerja-kerjanya untuk bergiat terus dalam lapangan pendidikan dan politik.

Pada tahun yang sama kemuncak kegiatannya dalam politik terserlah apabila menjadi calon wakil rakyat wanita tunggal Johor dan bertanding di parlimen Pontian. Beliau menang dan menjadi wakil rakyat hingga tahun l964. Kerana pengalaman dalam bidang pendidikan beliau dilantik menjadi Ahli jawatankuasa Parlimen Bahagian Pelajaran. Satu isu besar yang diperdebatkan di Parlimen ialah mengenai isu rupa bangsa Melayu. Dato Onn daripada Parti Negara membangkitkan nama bangsa persekutuan sebagai Melayu. Bagi Ibu Zain kedudukan orang melayu adalah mengikut peruntukan keistimewaan melayu fasal 153 Perlembagaan Persekutuan l957 dan akan terbuka kepada bangsa lain. Hal ini mengganggu kedudukan orang Melayu pada masa hadapan. Pendapat beliau diterima oleh ahli-ahli kerajaan Perikatan sebagai satu sebab menentang Dato Onn. Hasilnya anggota pembangkang Melayu terdiri dari PAS dan Parti Negara yang berjumlah 13 orang sahaja mudah dikalahkan oleh Perikatan. Selepas dua penggal menjadi wakil rakyat Ibu Zain bersara daripada politik. Namun beliau tetap bergiat dengan cergas di dalam UMNO negeri Johor. Beliau dijemput menjadi penasihat dan penaung cawangan-cawangan dan Jawatankuasa Wanita UMNO Johor.

Pada tahun l964 Ibu zain mencadangkan supaya tentera wanita ditubuhkan. Pada tahun yang sama beliau telah mengorak langkah dengan mengeruai seramai 150 orang wanita dan menubuhkan Barisan Tentera Sukarelawati di Johor dengan kerjasama pergerakan wanita UMNO Negeri Johor di bawah pimpinan Datin Paduka Fatimah Abdul Majid. Beliau berusaha mendidik anak-anak perempuan Islam Melayu berasaskan cogan kata beliau “Agama dididik moden dibela. Dunia dikelek akhirat dijunjung.

Walaupun sibuk berpolitik, minat beliau dalam pendidikan watina tidak pernah luput. Beliau sangat berhasrat untuk menubuhkan sekolah untuk kanak-kanak perempuan dengan sukatan pelajaran yang dipercayai dapat melahirkan wanita yang sempurna. Bagi Ibu Zain pendidikan akademik dan agama mestilah diajarkan kepada anak perempuan dengan seimbang. Bukan sahaja menjadi wanita muslimah dan pekerja yang baik tetapi paling penting ibu yang sempurna yang dapat mendidik anak-anak menjadi warga Negara yang berguna. Untuk itu tahun l958 beliau meneruskan cita-cita yang terbengkalai sejak 1946 dengan membaiki istana lama kepunyaan Tengku Ampuan Mariam adinda Sultan JOHOR dengan bantuan Jabatan Kebajikan masyarakat pada 10 Mac l963 barulah Kolej anak emas Puteri Ampuan Mariam ditubuhkan. Kolej ini menampung anak-anak perempuan yang terkandas di dalam Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia untuk menyediakan mereka dengan Sijil Tinggi Persekolahan bagi membolehkan mereka masuk ke Universiti. Kolej yang bersifat persendirian ini dikendalikan oleh Ibu Zain sebelum di ambil alih oleh Kementerian Pendidikan. Ini lah tugu kejayaan peribadinya.

Kisah 5 : Anugerah


Sebagai orang yang berjasa dalam bidang politik beliau diberi penghormatan mencipta senikata lagu “Bendera Berkibar” dan menaikkan bendera UMNO di Stadium Merdeka sempena ulang tahun UMNO ke 21. Malah merupakan tokoh guru l975 dan memperolehi pingat Tun Fatimah anugerah Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan wanita l974. Lady of Burma daripada kerajaan Burma dan memahkotakan segara anugerah ini adalah penganugerahan Ijazah Kehormat Sarjana Sastera Universiti Malaya. 1979 beliau dikurniakan darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong membawa gelaran Tan Sri. 1980 anugerah Suluh Budiman kerana sumbangannya dalam bidang pendidikan.

Ibu Zain meninggal pada 2 April l989 kerana barah dalam perut.

*Dipetik daripada www.ibuzain.blogspot.com

(Al-fatihah untuk arwah...]

~ SECEBIS KISAH TEATER MUZIKAL IBU ZAIN ~


Teater Muzikal Ibu Zain mengisahkan tentang Zainun Munshi Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain, membesar sebagai seorang kanak-kanak perempuan yang cergas dan cerdas. Latarbelakang pendidikan agama yang dititipkan oleh bapanya dan ketegasan bapa menghantarnya bersekolah Inggeris telah membuka mata dan jiwa Zainun untuk menjadi pendidik bangsa bukan sahaja melalui jawatan guru yang sangat disenanginya tetapi juga sebagai pengarang yang ditekuninya dan pejuang masyarakat yang membawanya menjadi pelupur pejuang wanita berjiwa pekasa. Laluan hayat yang ditempuhinya adalah waktu-waktu penuh getir zaman penjajahan Inggeris, Jepun, Komunis, Darurat dan kebangkitan penentangan Malayan Union sehingga Malaya mendapat kemerdekaan. Layar masa sebagai isteri kemudian menjadi ibu tunggal beranak tiga dan pada masa yang sama pemimpin kaum ibu sangat menguji kesabaran jiwa dan raga.

Ibu Zain terpaksa akur tidak melanjutkan pelajaran kerana masyarakat waktu itu menolak anak perempuan belajar tinggi. Tetapi dia mengubati kekecewaan dengan mendirikan sekolah untuk orang kampungnya belajar membaca dan menulis. Beliau difitnah berkasih dengan Dr.Burhanuddin Helmi oleh ahli UMNO sendiri, sedangkan keakraban mereka kerana mewakili Negara ke Persidangan Perhubungan Asia di New Delhi. Namun beliau tetap gigih berjuang. Ibu Zain juga diberhentikan kerja kerana kelantangannya menentang Malayan Union dan dihina kerana hendak mendirikan rumah kecil dikawasan bangsawan. Ibu Zain kebal dan cekal mengharungi segala cabaran. Suatu ketika walaupun masih sakit kerana tertembak beliau masih mampu berpidato untuk menyekat Dato Onn daripada meninggalkan UMNO. Apa yang yang ingin diperjuangkan Ibu Zain adalah melihat anak bangsanya bebas dan merdeka bukan sahaja daripada penjajah tetapi belenggu pemikiran yang menyekat kemajuan. Keutamaan perjuangan yang mendasar adalah pendidikan akademik dan agama mestilah seimbang seperti katanya “Agama dididik moden dibela”.

Wanita bukan sahaja muslimah dan pekerja yang baik tetapi paling penting ibu yang sempurna yang dapat mendidik anak-anak menjadi warga Negara yang berguna. Hasrat ini diterjemahkan disetiap detik perjuangannya dan diperkukuhkan dengan penubuhan Kolej Tengku Ampuan Mariam yang beroperasi di Istana Mastika Embun Johor Baharu kurniaan Tengku Mariam adinda Sultan Johor. Disinilah Ibu Zain mengabadikan semangat dan keringatnya hingga akhir hayat.

[Sama-sama-lah mem-beri sokungan dan tanda hurmat kepada wanita ber-jasa ini dengan menunton sejarah peng-kisahan-nya...]

~ TEATER MUZIKAL IBU ZAIN @ ISTANA BUDAYA ~


Lama menunggu, kini yang ditunggu telah tiba. Teater Muzikal Ibu Zain kini bakal dipentas di pentas tersohor Istana Budaya pada ogos ini. Pengkisahan tentang seorang tokoh wanita yang begitu besar jasanya kepada anak bangsa. Justeru, dengan kelapangan yang ada, marilah kita beramai-ramai duduk di kerusi empuk pentas bertaraf dunia itu untuk menyaksikan pementasan teater ini.

Teater ini dipentaskan sempena mengenang jasa seorang tokoh bodang pendidikan dan politik wanita iaitu Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman ayau lebih dikenali dengan nama Ibu Zain dalam memperjuangkan kemerdekaan negara. Ketokohan dan ideologi yang kreatif dan bernas, meletakkan beliau setanding dengan tokoh-tokoh politik sezamannya.

Percayalah, anda akan membawa pulang sesuatu yang tidak ternilaikan dengan wang ringgit sehabis menonton pementasan yang sarata dengan ajar yang banyak. Pinjamlah yang baik-baik untuk kehidupan kita kelak.

Ibu Zain yang tercinta, terima kasih kerana memberi jasa sehingga kami menjadi besar di bumi kecil ini. Jasamu tidakkan terbilang. Sungguh..

TEATER MUZIKAL IBU ZAIN

Anjuran :
Persatuan Pemulis Wanita Malaysia (PPWM)
Penerbit :
Siti Rohayah Attan
Pengarah :
Rosminah Tahir
Sinografer :
Hamzah Tahir
Pengarah Muzik :
Nik Nizam Jaafar
Koreografer :
Sharip Zainal Sakgif Shek
Penaung Kehormat :
YABhg. Datin Paduka Rosmah Mansor
Penaung :
YBhg. Datin Seri Siti Nooriah Ana Abdul Razak
Pelakon :
Dato' Rahim Razali, Liza Othman, Hisham Ahmad Tajudin, Mazlan Tahir, Zaefrul Nordin, Nur Fatimah, Mazin Ameen Siraj, Catriona Ross, Avaa Vanja, Tania Zainal, Abby Nadzri, Shahronizam Noor, Tengku Iezahdiyana Norhanie, Farah Adila Apandi, Sharip Zainal, Dr Wong Ooi Ming dan lain-lain.

[Menunton seramai mungkin... meng-hayati sebaek mungkin... mengenali-nya lalu menghargai-nya setinggi layak-nya dia.. ermm..]

TEATER :
Teater Muzikal Ibu Zain
TEMPAT :
Panggung Sari, Istana Budaya
TARIKH :
12-18 Ogos 2008
HARGA TIKET :
RM30, 50, 80, 100 & 150

Wednesday, July 23, 2008

~ SESI SECAWAN COFFEE ~

Hari ini, aku sangat-sangat tertekan. Berurusan dengan manusia yang tiada keteraturan ini sangat-sangat memberi tekanan yang bukan sedikit. Namun, apa pilihan yang aku ada. Lalu... lalui sahaja selagi ada kudrat perasaan.

Entah kenapa sejak waktu terkebelakang ini, aku sungguh tertekan dengan urusan pekerjaan. Melakukan kerja hari ini tidak lagi ikhlas melakukan kerja seperti mana sebelum ini, di tempat lama. Walhal urusan pekerjaan yang dilakukan itu adalah urusan yang sama sahaja. Bukan hasratku untuk membuat perbandingan yang begitu, tetapi, itulah kenyataannya. Ermm..

Jujur aku katakan, aku tidak pernah enjoy sepanjang bekerja di tempat baru ini (yaa.. masih baru... dan beberapa hari lagi baru genap empat bulan aku di sini.) Apabila rasa kita tidak dengan seronok, tentu juga hasil kerja kita tidak dengan ada seperti yang sepatutnya.

Jika sebelum ini, isnin adalah hari yang paling mengujakan aku untuk memulakan minggu baru, tidak lagi kini. Isnin hadir dengan seribu keluhan rasa. Selasa dan rabu menambah perisa. Menunggu Jumaat itu seperti sesuatu yang amat menyesakkan sekali. Itu yang aku lalui saban minggu.

Lalu, mengapa masih menunggu di situ? Mengapa tidak memilih sementelah lagi ada pilihan di tangan? Mengapa melepaskan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang sedang aku lalui kini? Itu yang disoalkan teman jiwa pada satu perbualan beberapa hari lalu. Ermm.. mengapa ya?

Empat bulan lalu, ketika aku ditawarkan peluang untuk berkhidmat dan menimba pengalaman di sini, aku telah mengangguk dengan penuh persetujuan. Persetujuan itu tentu sekali telah menutup peluang beberapa orang yang lain yang bersama-sama merebut peluang bersamaku ketika itu barangkali. Justeru, tentu sekali tidak adil jika aku mahu melepaskan semua itu hanya dalam tempoh empat bulan sahaja. Belum ada apa-apa yang aku sumbangkan kepada mereka dalam tempoh empat bulan itu. Tiada.

Aku fikir begini. Aku telah mengangguk... dan sekali aku mengangguk aku akan terus bertanggungjwab dengan anggukan itu. Lalu kenapa aku ada dengan keluh kesah yang panjang? Kenapa perlu ada rungut dalam hari? Kerana.. aku manusia yang normal. Yang punya rasa tertekan, ditekan dan menekan. Rungutan di sini, sekadar meluah yang bersarang di dada. Itu sahaja.

Yang bersarang itu hanya terluah di sini, bukan kepada siapa-siapa. Justeru, sesi secawan coffee bersama BR, selepas habis pekerjaan siang tadi bukanlah sesi luahan. Sesi untuk meringankan kepala yang penuh dengan serabut. Hanya berbual kosong tentang segala hal dunia. Menariknya, sahabat yang seorang ini begitu mengerti bahasa senyapku. Dia tahu aku dalam serabut sungguh tidak aku tuturkan.

Mangsakah dia? Selalu sahaja aku mencari dia kala mahu melerai serabut. Arghh... berapa kerat sangat sahabat yang aku ada dengan penuh percaya? Berapa kerat sangat yang terkongsi tentang soal sisi peribadiku? Ermm... tidak perlu aku senaraikan mereka kerana mereka sendiri pasti tahu duduk mereka dalam persahabatanku. Bila aku mula berani berkongsi perihal kehidupanku, biarpun sebahagian sahaja, berarti dia tergolong dalam sahabatku yang penuh kepercayaan. Kerana aku ini jenisnya terlalu payah untuk membuat kongsi pada sebarangan orang.

Leka hampir tiga suku pekat malam, kami membuat hujung pada bual. BR mengantarku pulang. Dia sahabat yang baik sekali. Tiba-tiba sahaja aku terkenang arwah D. Arwah adalah sahabat terbaik yang pernah aku miliki. Ermmm.. al fatihah buat dia.

[Tidak perenah mudah untok men-chari sabahat yang mengerti. Lalu, sekira-nya ada, hargai dengan sebaiknya. Andai hilang, takkan mampu ter-miliki mudah lagi...]

Tuesday, July 22, 2008

~ ANTARA DUA CINTA ~


ANTARA DUA CINTA
by nazrey johani

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman


Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang di sangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang


Tuhan... leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak kumampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh...

[Ber-janji meng-ingat diri dengan keras akan arti syukor..]

~ BERSYUKUR APA YANG ADA, BERSABAR APA YANG KURANG ~


Cerita ini dipanjangkan dari email seorang teman kepadaku. Mudah-mudahan ada yang baik untuk dikongsi...

Ada seorang gadis buta yang membenci dirinya sendiri kerana kebutaannya itu. Tidak hanya terhadap dirinya sendiri, tetapi dia juga membenci semua orang kecuali kekasihnya. Kekasihnya selalu ada di sisinya untuk menemani dan menghiburkannya. Dia mengatakan akan menikah dengan kekasihnya hanya jika dia boleh melihat dunia. Suatu hari, ada seseorang yang mendermakan sepasang mata kepadanya sehingga dia dapat melihat semua benda, termasuk kekasihnya.

Kekasihnya bertanya,
"Sekarang kamu dapat melihat dunia. Apakah kamu mau menikah denganku?"

Gadis itu tergamam semasa melihat bahawa kekasihnya juga buta. Dia menolak untuk menikah dengannya. Kekasihnya pergi dengan air mata mengalir dan kemudian menulis sepucuk surat singkat kepada gadis itu,

"Sayangku, tolong jaga baik-baik mata saya."

Kisah di atas memperlihatkan bagaimana fikiran manusia berubah apabila status dalam hidupnya berubah. Hanya sedikit orang yang ingat bagaimana keadaan hidup sebelumnya dan lebih sedikit lagi yang ingat terhadap siapa harus berterima kasih kerana telah bersama dan menumpangkannya terutama di masa yang paling menyakitkan. Hidup adalah anugerah.
  • Hari ini sebelum engkau berfikir untuk mengucapkan kata-kata kasar
    - Ingatlah akan seseorang yang tidak boleh berkata-kata.

  • Sebelum engkau mengeluh mengenai cita rasa makananmu
    - Ingatlah akan seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

  • Sebelum engkau mengeluh tentang suami atau isterimu
    - Ingatlah akan seseorang yang menangis kepada Tuhan meminta pasangan hidup.

  • Hari ini sebelum engkau mengeluh tentang hidupmu
    - Ingatlah akan seseorang yang begitu cepat pergi ke syurga.

  • Sebelum engkau mengeluh tentang anak-anakmu
    - Ingatlah akan seseorang yang begitu mengharapkan kehadiran seorang anak, tetapi tidak mendapatnya.

  • Sebelum engkau bertengkar kerana rumahmu yang kotor, dan tidak ada yang membersihkan atau menyapu lantai
    - Ingatlah akan orang merempat yang tinggal di jalanan.

  • Sebelum engkau merengek kerana harus memandu terlalu jauh
    - Ingatlah akan sesorang yang terpaksa berjalan kaki untuk menempuh jarak yang sama.

  • Dan ketika engkau letih dan mengeluh tentang pekerjaanmu
    - Ingatlah akan para pengangur, orang cacat dan mereka yang menginginkan pekerjaanmu.

  • Sebelum engkau menuding atau menyalahkan orang lain
    - Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa dan kita harus menghadapi pengadilanNya.

  • Dan ketika beban hidup kelihatannya akan menjatuhkanmu
    - Pasanglah senyuman di wajahmu dan berterima kasihlah pada Tuhan kerana engkau masih hidup dan ada di dunia ini.

[Hidop adalah anugerah, jalani-lah, ni'mati-lah, raya-kan dan isi-lah ia. Ni'mati-lah setiap sa'at dalam hidop-mu, karena ia mungkin tidak akan ter-ulang lagi!]

Monday, July 21, 2008

~ RASA YANG TERUK ~

Bagaimana mahu memulakan entri kali ini yaa.. Keadaan diri dan emosiku tidak berada dalam keadaan yang baik. Sangat teruk ku kira. Namun, aku cuba berlagak seolah tiada apa. Seolah tidak punya hati dan perasaan.

Kesihatan diri tidak begitu mengizinkan. Demam + selsema yang teruk. Kebetulan juga aku mendapat ulser. Tidak ada selera untuk menjamah makan walaupun sedikit kelaparan kerana keadaan mulut yang sangat sakit.

Hari ini, entah apa mimpinya adik bongsu ibu beberapa kali menghubungiku. Tertera nombornya di skrin telefon bimbit. Namun kebetulannya juga, setiap kali dia membuat penggilan, aku melakukan urusan lain. Justeru, panggilannya itu tidak kujawab. Tidak dapat menghubungiku, dia menghubungi kakak. Dan di situ bermula 'situasi' yang sedang aku lalui ketika ini.

Usai perbualan telefon antara kakak dan adik bongsu ibu itu, dia menyampaikan isi perbualan tersebut kepadaku. Mulanya aku diam. Namun, akhirnya aku bersuara menyatakan rasa kurang senang apabila soalku menjadi tajuk perbualan mereka.

Namun, entah di mana silapnya atau mungkin juga kerana nada tuturanku tidak kena, kakak menjadi marah. Aku juga menjadi marah apabila akhirnya perbualan itu menjadi debat. Kata kakak, sejak akhir-akhir ini aku seperti menyembunyikan sesuatu daripadanya. Yakni, aku seperti tidak berterus-terang banyak perkara dengannya.

Begitu kakak membuat kesimpulan. Rasaku, tidak ada apa yang aku sembunyikan daripada dia. Grr... aku begini adanya. Sepatutnya dia lebih maklum. Aku bukannya orang yang rajin bercerita banyak perkara. Aku bukan seperti adik yang gemar bercerita tentang setiap inci gerak dan lakunya. Justeru, aku sama sekali tidak boleh disamakan dengan adik.

Soal masalah pertukaran kerja tempohari berbangkit. Kata kakak, apa yang dia lakukan adalah demi kebaikanku. Yaa.. aku tahu itu. Namun, aku juga sudah tentu mahu melakukan sesuatu yang juga untuk kebaikan diriku, bukan?

Demi Tuhan, bukan maksudku tidak mahu kakak mecampuri urusanku seperti yang difahami dia. Aku cuma mahu kakak memberi sedikit ruang pemahaman kepada aku. Itu sahaja. Aku hargai segala apa yang dia alkukan untukku. Segala rasa tanggungjawab dan ambil beratnya kepadaku amat-amat aku hargai dan tidak akan ada tukarannya. Namun, jauh disudut hatiku, berilah aku peluang untuk menguruskan masalahku secara sendiri.

Dihujung perdebatan, kakak berkecil hati. Ada bunyi rajuk pada tuturnya. Seolahnya aku tidak menghargai apa yang dia lakukan untukku. Ermm.. begini pula kejadiannya. Setelah kakak keluar dari bilikku, aku pula dihambat rasa kesal yang banyak. Seharusnya aku diam-diam sahaja. Nahh.. sekarang aku telah mengecilkan hati kakak. Bagaimana aku mahu duduk berlena dengan baik... grrr....

Sehingga saat entri ini ditulis, aku tidak langsung tidak dalam keadaan yang baik. Gelisah dan serabut. Demam juga semakin menjadi-jadi sehingga nafas cukup panas sekali. Aku marah kepada diri sendiri.

[Diam itu lebeh biseng bunyi-nya kalau-lah ia bolih di-dengar...]

Sunday, July 20, 2008

~ MEMERHATI ~








Aku memerhatikan anak ini dari jauh. Di tangannya terdapat satu kotak besar kismis. Dia menjual kepda orang ramai. Ada yang membeli ada yang sekadar memberikan wang tanpa mengambil kismis yang dijual itu.

Terfikir oleh aku. Apakah dia membuat pekerjaan itu kerana benar-benar terhimpit dan memerlukan wang untuk saraan atau dia berbuat demikian atas arahan atau kemahuan seseorang.

Lama juga aku memerhatikan dia disuatu sudut. Memerhati sehingga dia sedar diperhatikan lalu membuat hilang dari pandangan mataku. Ermm.. foto terakhir itu memberi jawapan..

[Apa sahaja di-perlakukan untok hidop... ]

Saturday, July 19, 2008

~ BERDAMPING ~


Berdamping teman jiwa. Ketika berada di S.P tadi, kami kebetulan terserempak teman sepejabat. Mahu tidak mahu, terpaksalah aku memperkenalkan teman jiwa. Ada banyak soalan barangkali bermain dalam kepala teman sepejabat yang seorang ini. Namun, pertemuan yang sekejap itu tidak memberikan kesempatan untuk dia membuat tanya yang banyak. Ermm.. mungkin isnin nanti, dia akan mencari aku. Itu aku cukup pasti.

[Kalau aku ber-jodoh dengan teman jewa, seluroh dunia aku khabar-kan... dan kalau tidak dengan dia... ermm.. semut pun belom tentu akan tahu.]

~ TERGANGGU ~

Malam tadi ada janji dengan kakak, abang dan si kecil. Mahu menyertai mereka makan malam di luar. Justeru, sebaik sahaja pulang dari pekerjaan, aku ke M.V. Dari situ kakak akan menjemput aku untuk ke sana.

Kakak terlebih dahulu memaklumkan kepadaku dia mungkin tiba sedikit lewat kerana abang kebetulannya ada urus kerja yang sedikit berlebihan hari ini. Oleh kerana masih punya waktu yang panjang, aku memutus untuk mengisi masa luang itu dengan mengunjungi ruang pembacaan di situ. Tempat yang wajib menjadi singgahanku kala berkunjung ke M.V.


Aku tertarik dengan sebuah buku yang berkisahkan tentang idola tersohorku, Tun Dr Mahathir Mohamad. Leka meneliti buku itu dari berdiri di tepi rak sehinggalah aku duduk bersila di lantai membaca. Sedikit perhatianku tidak terkalih biarpun ruang yang pada mulanya hanya aku yang tersorok di situ, tiba-tiba ditemani seorang yang lain di situ.

ENTAH SIAPA : Apa yang menarik dengan buku itu.
(dia tiba-tiba menyapaku setelah aku berhenti membelek dan mengalihkan sedikit perhatian
apabila lagu kegemaranku, Simphony No.5 dari Beethoven diputarkan di kedai muzik yang betul-betul bersebelahan dengan tempat aku menghabiskan bacaan.)
AKU : (Mengangkat bahu)
ENTAH SIAPA : Begitu asyik membaca, tentu sahaja ada yang menarik di dalamnya.
AKU : (tersenyum... tetapi tidak berminat untuk melayan bualnya)
ENTAH SIAPA : Buku ini pun menarik juga..
(dia menunjuk ke arah buku yang dipegangnya dengan isyarat mata)
AKU : Dr M juga?
ENTAH SIAPA : Yup... menarik bukunya. Menceritakan tentang siapa Dr M.
AKU : Mahalnya.. (ketika melihat harga yang tertera pada kulit buku itu)
ENTAH SIAPA : Tapi di dalamnya termuat banyak yang berguna.
AKU : Yer saya tahu.. (arghh.. tentu saja aku tahu ilmu itu tidak terjual dengan harga yang murah.. )
AKU : (aku kembali membelek dan menyambung pembacaannya yang diganggu dia sebentar tadi)
ENTAH SIAPA : Hampir 20 minit saya duduk kat sebelah ni..
ENTAH SIAPA : Awak sekali pun tak menoleh. Leka membaca buku tu
ENTAH SIAPA : Sebab itulah saya kira ada sesuatu yang menarik yang sedang dibaca tu
AKU : Memerhatikan saya? (Aku memasamkan muka)
ENTAH SIAPA : Bukan... saya cuma
AKU : (menutup buku yang di baca, bangun dan berlalu).

Ermmm... entah siapa dan dari mana muncul. Ku anggap ia sebagai membuat ganggu. Dan tentu sekali aku tidak menyenanginya. Titik.

[Ter-kenang sa-orang kenalan yang bisu dan cacat pen-dengaran yang aku kenali di-tempat pem-bachaan The Borders, Times Square.. Entah ke-mana hilang dia kini.]

Friday, July 18, 2008

~ SEKADAR BERKONGSI.. ~


Menarik... artikel ini aku petik dari blog yang tersinggah tanpa sengaja : www. afzanurrahman.blogspot.com

Firasat P.Ramlee… MOGE KITE TERPIKIR


ASSALAMUALAIKUM BUAT SAHABAT SEMUA...
SAYA INGIN BERKONGSI SUATU PANDANGAN DARI SEORANG SAHABAT TENTANG PERKARA-PERKARA YANG TIDAK MUNGKIN SEMUA ORANG BOLEH LIHAT DAN FAHAM SECARA ILMU. SELAMAT MENGHAYATI...

Do-Re-Mi, salah satu cerita yang tak jemu ditengok. Babak yang paling menarik ialah bila doremi masuk rumah nak jual berus gigi tapi pakaian bukan main cantik dengan kot, tali leher dan kasut kilatnya. Tapi pakai topeng mata macam penyamun. Lepas itu, tuan rumah kena paksa membeli. Memang sinonim dengan situasi sekarang. Maksud yang tersirat ialah doremi itu orang berniaga tetapi berniaga macam penyamun, paksa orang beli dan bayar walaupun orang itu tak perlukan barang itu.

Banyak terjadi sekarang.... Laporan audit negara tahun 2007, begitulah keadaannya. Barang yang tak perlu, pun dibeli, kemudian dengan harga mahal pula tu. Barang yang murah, boleh jadi berkali-kali ganda mahalnya. Barang yang langsung tak diperlukan, tapi dibeli hanya sebab nak memuaskan hati penyamun yang bertali leher dan berkot itu. Siapa penyamun dan siapa yang kena samun. Penyamunnya ialah kontraktor pembekal dan pegawai yang meluluskan tender itu. Yang kena samun ialah rakyat, duit pembayar cukai lah, duit budak-budak sekolah. Patutnya duit itu boleh buat belanja budak sekolah ke, bantuan buku ke, bantuan makanan ke, tapi masuk poket penyamun Kemudian, dalam 'scene' yang sama, ada pula watak polis. Siapa polis itu? Hebat betul P.Ramlee mengintepretasikann ya. Beliau mungkin telah lihat perkara begitu dalam zamannya, sebab itu filemnya masih sinonim dan tak jemu ditengok, dan penyamun penyamun itu masih berleluasa sampai sekarang dan ada yang dapat perlindungan pula itu.

Cuba pula kita lihat 3 Abdul... tuan penasihat ada macam macam-macam. Tapi kalau silap pilih, penasihat yang paling bijak pun boleh jadi macam sangkar perangkap monyet. Silap haribulan perangkap makan tuan. Tuan penasihat memang dah tetapkan 25% dalam tiap urusan. Modal dia, bagi idea saja, air liur saja. Begitulah sekarang, tiap urusan memang dah ada '25%' itu untuk orang tengah. "Kalau marah nanti kena jual". Itulah syarat utama dalam perjanjian 3 Abdul dengan Saddiq Sigaraga.

Apa maksud P.Ramlee itu. Apa kena-mengena dengan orang marah. Orang marah ialah orang yang gagal mengawal emosi mereka. Orang marah telah ditiupkan dengan api kemarahan oleh syaitan. Kelemahan nya akan terserlah. Hanya orang bijak saja dapat memanipulasi kelemahan ini. Setengah orang, bila melihat orang marah,dia jadi takut atau cuba menenangkan orang itu. Tapi manipulator akan ambil kesempatan sebab orang tengah marah lah paling senang kena provok. Orang marah lah akan buat tindakan bodoh, cakap yang tak senonoh dan senanglah manipulator masukan dia dalam perangkap monyet dan jual dekat restoran eksotik. Dalam 3 Abdul, jadi hamba lelongan. Ini banyak jadi dalam politik. Ada seorang yang bertaraf menteri, yang dulu tugasnya mengawal kegiatan kongsi gelap kelas pertama, sebab marah fasal isu ketuk ketampi dan tersalah cakap pasal pelancong negeri Hang Li Po terus kena tukar mengawal kegiatan samseng di sekolah. Jauh sangat turunnya. P.Ramlee telah beritahu fasal pentingnya Emotional Quotent dulu lagi. Walaupun istilah EQ belum lagi ada masa itu. Hingga untuk perkara baik pun mesti dijaga EQ itu. Lihat semasa 2 Abdul itu ditemukan dengan isteri masing-masing, Abdul Wahib menyergah, supaya mereka mengawal perasaan dan perlakuan.

Ali Baba Bujang Lapuk, penyamun boleh bawa berpakat, tak ada masalah, asalkan pandai. Boleh buat-buat macam kena rompak, lepas itu claim insurance. Penyamun zaman Ali Baba Bujang Lapuk pun ada persatuan. Samalah macam sekarang, ada macam-macam persatuan dan institusi yang menyamun duit rakyat. Ada macam-macam projek yang kononnya menjaga kepentingan rakyat, tapi sebenarnya nak diagih-agihkan peruntukan kerajaan itu sesama mereka. "kalau awak berani mencari lain penyamun, seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakan" Banyak yang tersirat dalam dialog filem itu sebenarnya.

P.Ramlee dah bagitahu penyakit-penyakit orang Melayu lama dulu. Sekali lagi, kita buat silap, tak pandai nak ambil iktibar yang disampaikan P.Ramlee 40 tahun dulu dan selama 40 tahun itu lah kita hanya pandai gelak bila lihat komedi sinis P.Ramlee di TV tapi tak pandai menilai. P.Ramlee memang genius, belum ada lagi filem Melayu sekarang ini yang dapat mengetengahkan isu isu orang Melayu secara sinis dalam panggung wayang... atas layar perak. Sebagai orang seni, P.Ramlee cukup sensitif dengan masalah masyarakat Melayu masa itu. Kehebatan beliau terletak pada bagaimana beliau menceritakan kisah Melayu dengan analogi yang halus sekali. P.Ramlee menggunakan adab Melayu yang suka beralas bila bercakap, tapi menerusi medium filem. Filemnya sarat dengan mesej.

Nujum Pak Belalang, nasib negara ditentukan dengan pertaruhan dan ego si Sultan. Pertaruhan.. perjudian. dah tentu ada taukehnya.. Isu hangat yang terjadi. Tauke judi pun terlibat dalam menentukan siapa yang patut jadi "ketua kepada segala ketua perbicaraan" . Sang penasihat, Si Kitul jadi dalangnya. "correct... correct"

Dalam filem itu, ahli nujum lah yang menjadi penasihat negara. Apa apa yang dimusykilkan Sultan, pendapat ahlil nujum lah yang penting. Sama seperti sekarang, penasihat negara ialah peguam. Nasihat peguam penting sebab dia yang tahu selok belok undang-undang. Ada peguam negara dan ada peguam broker. Sebab terlalu ghairah bercerita, habis semua jawapan teka teki diberi tahu oleh ahli nujum itu, dia tak tahu si Belalang tengah curi dengar, yang secara kebetulan bersembunyi bawah pelana perahu. Cuma Belalang moden tu badannya besar. Dia tak bersembunyi, cuma pakai kamera tersembunyi sambil duduk atas kerusi. Sang peguam pula beria-ia bercerita, dia langsung tak tahu ada orang curi rakam pula tu. Habis semua dia bagitahu segala rahsia dan komplot. Sebab ahli nujum dan peguam penasihat tak mengikut etika, muslihat masing-masing makan tuan. Bukan itu saja, dengan tuan masing-masing tergadai. Dalam filem itu, Sultan Masai tergadai negeri, dalam cerita moden, hakim tergadai maruah. Hairan, filem yang dah 40-50 tahun dulu masih sinonim sekarang. Saya tak pasti samada peristiwa yang sama atau hampir sama pernah terjadi masa zaman P.Ramlee hidup dulu.

Musang Berjanggut, satu filem yang begitu klasik penyampaiannya kerana ia satu-satunya komedi sinikal yang berprofil tinggi yang dihasilkan P.Ramlee. Maksudnya, ceritanya ini memaparkan telatah kurang akal disebalik jawatan dan protokol pemerintah bila berdepan dengan godaan wanita. Berprofil tinggi kerana kononnya yang terlibat ialah Baginda Sultan, Menteri dan Orang Besar Kerajaan. Ada yang sanggup jadi kerusi, kuda tunggangan, hiasan rumah dam macam-macam lagi kerana wanita.

Masing-masing cuba menyembunyikan kebobrokan sendiri, padahal mereka saling tahu tentang kebobrokan sesama mereka. Namun, salah seorang akan menjadi mangsa untuk menyedarkan tentang kebobrokan masing-masing. Seronoknya, bila dibuka peti yang kononnya ada musang terperangkap, masing-masing terpinga-pinga, dan segala orang besar istana, Menteri dan Baginda sendiri tahu yang rahsia mereka dah diketahui. Musang yang tertangkap itu pula ialah orang kuat Baginda sendiri. Orang kuat Baginda terperangkap sebab menyorok dalam tempat yang salah pada waktu yang salah. Jadi lah dia mangsa untuk dijadikan bukti dihadapan Sultan. Sultan pula tergamam tak terkata. Namun kisah ini tidak disulami dengan kematian atau letupan tapi disudahi pula dengan 'happy ending' sebagai satu bentuk memohon maaf dari P.Ramlee jika menyinggung pihak tertentu. Tajam sungguh sindiran P.Ramlee itu, dan kebelakangan ini, filem tersebut seperti terkeluar dari senarai rancangan TV jika ada slot untuk tayangan filem-filem P.Ramlee.

P.Ramlee ialah pengkritik sosial terhebat melalui medium filem dan filem-filemnya dah sampai satu peringkat macam cerita rakyat sebab sentiasa sinonim dengan apa zaman pun. Cerita rakyat macam Aladdin, Golden Egg Goose, Luncai dan labunya, tetap segar walaupun dah beratus tahun, moralnya masih relevan, tak kira zaman. Cerita P.Ramlee akan jadi begitu juga. Ada banyak lagi yang tersirat, banyak moral kalau diteliti setiap filem P.Ramlee.

Apa yang P.Ramlee karyakan memang terjadi dulu, sekarang dan masa akan datang juga. Beliau ada kemahiran mengutarakan isu-isu kronik dengan secara sinis dan tidak menghentam orang secara terus tapi secara berseni sekali. P.Ramlee sebenarnya mengajak orang Melayu berfikir, melihat cermin dan menilai diri sendiri. Tak ramai yang dapat melihat apa yang dilihat P.Ramlee menerusi karyanya. Bagi mereka yang faham, terasa tersindir. Tapi yang tak sedar diri, terbahak-bahak gelak, kemudian terdiam sekejap sebab tersedar yang dia gelakkan diri sendiri ....

Jadi, sebagai seorang manusia kita seharusnya menilainya dengan sebaik mungkin apa yang tersirat di sebalik setiap kejadian agar ianya menjadi panduan hidup kita untuk tidak melakukan kesilapan yang sama serta sentiasa memperbaiki diri. ^_^


* Terima kasih kepada tuan yang empunya artikel

[Ter-hafal hampir seluroh dialog dalam pilem pendekar bujang lapok..]

Thursday, July 17, 2008

~ SECERAH PAWANA ~


Jika punya sedikit kesempatan, luangkan sedikit masa untuk menghayati Nasyid Nostalgia Memori The Zikr. Memuatkan 10 buah lagi terbaik seperti Secerah Pawana, Harapan Padamu Subur Kembali, Tak Seindah Sentuhan Mata, Perantau, Antara Dua Cinta, Isteri Solehah, Wahai Kaum Muslimin, Wahai Kekasih (Kaulah Segalanya), Mengemis Kasih dan Air Mata Keinsafan.


SECERAH PAWANA
by nazrey johani

Seindah sedamai pantai melambai gemalai
Begitulah hati merindu kasih yang padu
Bagaikan pepasir basah di simbah lautan
Begitulah perjuangan ini
Biar basah dengan iman dan ukhwah

Kita ingin segalanya indah
Sebersih pasir pantai memutih
Seindah dan secerah pawana
Berseri ukhwah dipupuk kasih

Kita ingin segala terlerai
Dengki dan dendam kesumat musnah
Biar keikhlasan berbicara
Di dada hati luas saujana

Seindah sedamai pantai melambai gemalai
Begitulah hati merindu kasih yang padu
Bagaikan pepasir basah di simbah lautan
Begitulah perjuangan ini
Biar basah dengan iman dan ukhwah

[Mengenali Secerah Pawana ketika di KK1UM]

~ SEKALUNG TAHNIAH ~

Sekalung tahniah buat rakan yang seorang ini apabila novel pertamanya setelah beberapa tahun berhenti telah menjengah pasaran. Sungguh aku mengkagumi usaha besarnya sehingga membuahkan hasil yang begini. Kalau dulunya, aku membacanya pada status draft, kini aku membacanya dalam bentuk novel yang telah siap dan telahpun seminggu berada di pasaran.

E.A : Nahh... hadiah saya untuk awak..
(Sambil menghulurkan senaskah novel tulisannya, siap bertandatangan)
AKU : Ehh.. dah siap ker? Cantiknya..
(Terus saja membelek-belek naskah tersebut dengan penuh keterujaan)
E.A : Novel awak pula mana? Bila nak siap?
E.A : Saya tunggu ni..

AKU : Alaaa... saya manalah sehebat ni.. sampai boleh di jual
AKU : Mana saya reti..
E.A : Ahhh.. awak tu yang main-main. Buat betul-betulla...
E.A : Saya tahu awak boleh buatlah.
AKU : (tersengeh)
AKU : Saya suka baca karya orang saja..
E.A : Awak siapkan saja cepat-cepat..
E.A : Lepas tu, bagi kat saya. Nanti saya akan rekomen pada penerbit.

AKU : (Tersengeh)
E.A : Dari dulu pun saya dah cakap kan..
E.A : Kalau awak buat dari dulu,
E.A : Entah-entah awak tengah pegang novel tu sekarang..
AKU : Alaa.. kalau saya buat pun, sapa nak baca..
AKU : Entah-entah kena beli sendiri...
(aku berseloroh)
E.A : Saya tunggu novel tulisan awak..
(dia mengakhiri perbualan)

Ermm... Sungguh aku mencemburuinya. Akan aku pastikan suatu masa nanti, aku pula yang akan menulis nama pada kulit novel yang terjual di pasaran sepertinya itu.

[Mem-belek buku cherita kanak-2 tulisan-ku yang perenah ter-jual di-pasaran]

Wednesday, July 16, 2008

~ DISENANGI & MENYENANGI ~


Lama aku tidak berkebetulan satu tugas dengan rakan pekerjaan yang seorang ini. Kali terakhir aku satu tugasan dengan dia hampir 2 minggu yang lalu. Rakan yang seorang ini agak rapat denganku kerana sejak aku bekerja di sini, dia banyak membantu selain kerap ditugaskan untuk tugasan yang sama.

Ketika makan tengahari tadi, aku memberitahu kepada rakan ini, aku membatalkan hasrat untuk bertukar tempat kerja. (Rakan ini adalah orang pertama yang tahu tentang surat perletakan jawatanku tempohari.) Tiba-tiba dia menjerit kegembiraan sambil beberapa kali meminta kepastian daripadaku. Aku kurang pasti, apakah rakan yang seorang ini benar-benar mengharapkan aku berkata benar begitu (membatalkan hasrat berpindah tempat pekerjaan) atau sekadar mahu menjaga hatiku.

Oleh kerana dia seorang yang 'riuh rendah' orangnya, maka aku juga suka membuat riuh dengannya dan mengacah kononnya tingkahnya itu adalah tingkah yang sengaja dibuat sedangkan hal sebenarnya mungkin tidak begitu. Terus sahaja rakan ini senyap, berkecil hati katanya. Yaa.. ya... aku sekadar mengacah. Sepanjang mengenali dia, aku tahu rakan yang seorang ini ikhlas dan jujur orangnya. Dia suka, dia akan cakap.. dia tidak suka juga dia akan cakap.

[Senang kerana di-senangi.. kalau-lah benar di-senangi...]

~ MIMPI NGERI ~

Malam tadi, aku meletak lena agak awal dari biasa. Mengutip lelah yang banyak barangkali untuk 12 jam pada hari semalam. Terjaga tepat jam 4.50 pagi ini. Aku diganggui mimpi buruk. Ia berlaku seperti benar hidup di alam realiti dengan manusia-manusia yang terlalu dekat denganku.

Aku mengurut dada dan beristifar beberapa kali. Mujur ia sekadar sebuah mimpi. Menarik nafas dalam-dalam. Dalam sedalam-dalamnya. Apa pesan yang mahu dikirim disebalik mimpi itu yaa. Manusia-manusia yang muncul di frame mimpi malam tadi itu benar bereaksi wujud. Ia terjadi hampir benar. Ermm...

[Umpama mimpi dalam mimpi..]

~ MALAS ~


Beberapa SMS daripada BR mengisi inbox di telefon bimbit. Mempelawa untuk menghirup secawan coffee dan tentunya untuk menemannya melayan bual. Kalau diikutkan, agak lama juga aku tidak menghirup coffee bersamanya. Tapi, Ermm.. aku benar-benar dengan rasa malas yang banyak hari ini. Harap dia tidak berfikir selainnya.

[Mau pulang dan tidor teros]

Tuesday, July 15, 2008

~ REJAB ~


REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala...

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Antara kelebihan bulan Rejab Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

[Mau mengisi Rejab dengan sebaek ter-mampu..]

Monday, July 14, 2008

~ MENGANGGUK DALAM GELENG ~

Marah, geram stress. Sungguh aku dengan rasa yang begitu. Rasa terkilan apabila mereka membuat keputusan untukku tanpa merujuk aku terlebih dahulu. Mereka hanya memaklumkan kepadaku hanya setelah keputusan ini dilakukan.

Aku terdiam. Senyap. Menarik nafas panjang. Tiada apa yang boleh aku lakukan untuk menarik balik apa yang telah ditindakkan itu. Terasa seperti ada angin kasar yang menampar wajahku beberapa kali. Segala apa yang beratur cantik dalam barisan kini bersepah.. berterabur. Habis semuanya.

Terketar-ketar jari menekan keyboard kononnya mahu meneruskan kembali pekerjaan yang terhenti seketika tadi. Malang sekali fikiranku tidak lari dari memikir soal itu. Dushhhh.. Aku menjadi marah sekali dengan apa yang berlaku ini. Terasa dilayan seperti anak-anak seusia 10 tahun yang tidak tahu apa-apa itu. Kena ker?

Yaa.. aku tidak mampu menumpu kerja dengan rasa marah yang begini. Dengan ada kebetulan, aku menghirup secawan coffee hingga he hujung petang. Mengisi bual untuk menutup rasa tekanan yang berdamping. Mujur ada kebetulan.

[Layani-lah aku selayak dewasa-nya aku... mau mengangguk bila aku benar memaksudkannya sahaja..]

~ SOALAN BODOH ~


Macamana yaa mahu membuka cerita di sini. Walaupun aku ini mungkin dilihat sedikit terbuka, namun dalam beberapa perkara aku sebenarnya tidak begitu terbuka barangkali. Mungkin kerana tidak begitu tahu akan hal atau situasi terbabit, makanya aku tidak pernah terfikir apatah lagi mahu berbincang 'mengenainya'.

Yaa.. terserah mahu mengatakan aku ini lembab, kolot dan sebagainya. Aku mengangguk dan menerimanya kerana memang itulah kenyataannya. Yaaa... barangkali ada yang berfikir begitu kerana aku banyak membuat soalan bodoh tentang soal itu. Atau mungkin juga ada yang mengatakan aku ini seperti kura-kura dalam perahu. Tahu, tetapi berpura-pura tidak tahu.

Ermm.. jujurnya aku sememangnya tidak tahu. Tidak tahu kerana tidak pernah tertahu, apatah lagi cuba mengambil tahu. Kecuali hari ini. Yaa.. disebabkan itulah aku terpinga-pinga dan bertanyakan soalan yang begitu bodoh pada penerimaan orang yang dalam situasi tersebut. Tidak tahu di sini, bukan bermaksud tidak tahu langsung. Aku cuma tahu dalam ruang lingkup yang kecil atau yang mudah dan terlihat dengan pandangan. Itu sahaja. Tidak pula aku sangka, ruang lingkupnya lebih besar dan berat. Sungguh aku tidak pernah terjangkau memikirkan sehingga ke situ.

Ermmm.. tidak mengapalah. Walaupun aku bertanyakan soalan yang bodoh, sekurang-kurangnya aku mendapat info tentang sesuatu yang aku tidak tahu. Pelajaran juga namanya kan walaupun ia seperti kalau aku tidak tahu langsungpun tidak memberikan apa-apa kesan.. Yaa.. mungkinn.. Itu hanya pendapat peribadiku sahaja.

[Errmm.. aku hanya ber-tanya-kan soalan bodoh dengan mereka yang dekat dengan-ku sahaja.. tidak mengapa-kan...]