Monday, June 30, 2008

~ KECAMUK DALAM RESAH ~

Sejak kebelakangan ini serabut semakin kuat membuat simpul. Tidak hanya soal peribadi tetapi juga kerana urus kerja. Tidak terhambat dek kudrat yang sekerat ini. Namun mengeluh untuk satu takdir yang tertulis begini, bukanlah sesuatu yang baik untuk diri. Justeru, redha dan terimalah dengan berlapang lapang dada. Yaa.. berlapang dada.

Aku membuat sedikit usaha untuk memulihkan sesak yang ada. Memberi fikir kepada beberapa perkara. Yaa… mudah-mudahan aku tidak silap dalam membuat perhitungan. Bukan tidak belajar, tetapi lazim selalu aku gagal membuat pertimbangan tepat dalam banyak perkara penting dalam hidupku. Begitu selalu. Ermm..

Siang tadi, terserempak sahabat yang seorang itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Keadaan yang sungguh kebetulan. Ermm… Tidak mahu lagi membuat ribut dengan sahabat dekat yang seorang ini sebenarnya. Justeru, baik tidak diganggui dia. Ya... sekurang-kurangnya aku tidak menambah serabut kepada dia. Mungkin dia juga bersetuju begini kerana aku ini benar-benar serabut orangnya barangkali. Yaa.. barangkali..

[Sunggoh kecamok mem-buat resah, aku belom perenah mahu men-jadi buta hati]

Sunday, June 29, 2008

~ MARATHON ~


Seperti yang aku katakan dalam entri yang lepas, beberapa hari ini ada sedikit rajuk yang berlangsung dengan teman jiwa. Kerana rajuk itu, aku langsung tidak membalas sms nya apatah lagi panggilan daripadanya. Dia membuat protes. Dua hari dia senyap. Ermm… Cuak. Tetapi aku mahu dia memujukku kerana asalnya rajuk itu datangnya dari dia. Justeru, aku juga membuat senyap walaupun hati sungguh tidak senang. Dua hari tidak mendengar dia.

Hari ini, hari ketiga. Mesejnya tiba2 menjenguk di skrin. Ringkas saja. Katanya sedang dalam perjalanan menjemputku. Ermm.. Begitu selalu helahnya. Kalau dia memberitahuku terlebih dahulu, tentu sahaja jawapanku ‘tidak’. Yaa.. aku masih mahu memanjangkan rajuk. Justeru, dia terus datang muncul di depan rumah. Ermm.. helahnya berjaya kerana tentu sahaja aku tidak sampai hati mahu terus-terus membuat rajuk.

Oleh kerana aku banyak berdiam dan masih tidak mahu bercakap banyak dengannya, dia membuat putus untuk menonton. Eermm.. dia membuat gila. Menonton secara marathon. Ayat-Ayat Cinta, Sepi dan Wanted. Yaa… secara berturutan masanya.

Mulanya aku membantah untuk menonton Sepi. Bukan kerana tidak sukakan ceritanya. Tidak ada yang cacatnya dengan filem itu. Malah jalan ceritanya sungguh memberi fikir yang banyak kepada mereka yang menontonnya. Dalam… menyentuh hati. Tetapi ada sesesuatu yang menjadi penyebab aku tidak mahu menonton filem itu. Namun kerana tiket sudah berada di tangan, aku menurut sahaja. Teman jiwa pula meneka aku cukup senang dengan pilihan yang dibuatnya itu. Yaaa.. kalau sebelum ini, ya mungkin.. tapi beberapa ketika kebelakangan ini, ia sudah tidak menjadi seperti dulu.

[Tidak perenah susah memujok seorang aku..]

Saturday, June 28, 2008

~ ALLAH SELAMATKAN KAMU ~


Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan sahabat june
Allah selamatkan kamu...

"Selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat sahabat dekat yang seorang ni. Mudah-mudahan panjang umur dan murah rezeki hendaknya. Semoga dipermudahkan dalam segala urusan kehidupan. Aminn."


Ringkas ucapanku buat sahabat ini kali ini. Tiada pesanan dan nasihat sampingan buatnya seperti selalu. Kenapa? Kerana aku menghormati kenyataan yang pernah keluar dari mulutnya. Sepatah kata darinya, dia tahu apa yang sedang dia lakukan. Segala yang tergerak darinya itu punya alasan dan logiknya sendiri. Justeru, tidak perlulah aku mengingat-ingat atau memesan-mesan buat dirinya. Ermm...

Sungguhpun masih dengan angin marah kepada sahabat dekat ini, ucapan dan ingatan yang terberi ini adalah lahir ikhlas. Aku tetap mendoakan agar hanya yang terbaik buat dia. Kerana apa? Kerana dia sahabat dekatku.

Situasi yang sama juga berlaku pada ulangtahun kelahirannya yang lalu. Ribut panjang mengisi. Ermm.. penat.

[Bagai-mana kalau pintu itu tidak lagi ter-buka? erm...]

Friday, June 27, 2008

~ RINDU YANG KAU PINJAMKAN ITU... ~


TAJUK : Rindu Yang Kau Pinjamkan Itu… May
KARYA : Siti Rohayah Attan
PENERBIT : CTRA Production
MUKA SURAT : 220
HARGA : RM 15

“…terkadang kita menjadi keliru tentang cinta sehingga kita terlalu lelah untuk berlari. Nah, berhentilah berlari, cinta!”


[Anugerah ter-endah... payah, susah dan lelah]

~ MENDESAK DAN DIDESAK ~

Hari ini aku mengambil cuti. Cuti ganti kerana bekerja di luar waktu pekerjaan. Lena yang sedikit panjang kerana tidak perlu bergegas terlalu awal lagi.

Ermm.. jam sepuluh, aku menghadiri temujanji dengan bakal majikan baru, En I. Jujur aku katakan, aku tidak tahu apa yang sedang aku lakukan ini. Aku tidak ada keputusan sehingga saat ini sama ada mahu benar-benar memilih pekerjaan di bidang baru ini atau sebaliknya.

Keluarga mendesak supaya aku menerima sahaja tawaran kerja baru ini. Memang itu yang mereka nantikan. Walaupun upah di sini jauh lebih rendah daripada apa yang aku perolehi di tempat pekerjaan sekarang, tetapi dari segi masa dan bebanan kerja, ia mungkin lebih baik. Itu kata mereka. Aku hanya diam. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.

Sungguh aku benar-benar tertekan. Bagaimana yaaa.... Arghhhh.....

[Tiba-2 ter-ingen ke putrajaya... mengambil angin di-jambatan ilham..]

Thursday, June 26, 2008

~ HARI YANG GELAP ~


Memulakan hari dengan mood yang begitu baik dengan harapan hari yang berlangsung juga akan baik-baik saja. Ermm.. itu kata aku, tetapi bukan kata takdirku untuk hari ini.

Tanpa sengaja aku telah tersepit dalam konspirasi tiga penjuru. Sungguh aku tidak tahu. Justeru, jari dituding kepadaku keras. Walau ada sedikit tawa di dalamnya, aku dapat rasakan pahitnya. Diam aku. Dengan penuh rasa rendah diri, aku memohon kemaafan andai ada yang tidak kena berlaku tanpa tahu.

Melupakan seketika soal itu, aku kembali kepada menyudahkan kerja yang tersangkut-sangkut itu. Jam 1.00 tengahari, aku sekali lagi dipanggil oleh en boss. Aku diberi tugasan luar. Jam 2, aku harus berada di PV. Tiada yang besarpun pada urusan ini, cuma ia lebih kepada urusan 'menjaga hati kawan' oleh bapa segala boss di tempat pekerjaanku ini. Manusia yang membayar aku upah pekerjaan untuk menampung kehidupan seharianku.

Atas sebab-sebab 'pembudayaan' penjimatan, dua rakan yang sepatutnya menyertai aku menarik diri dengan alasan yang cukup jengkel. Justeru, aku juga disarankan menarik diri. Serba salah. Pergi salah dan tidak pergi juga salah. Namun, akhirnya aku beralah mengikut keputusan mereka. Aku meminta pengecualian daripada en boss. Dan kala ia dikenyataankan, riaknya lain dan bahasanya memberitahu rasa tidak puas hati.

Melihat itu, aku tekad membatalkan keputusan itu dan bersiap untuk meneruskan saja, namun di luar jangkaku, en boss ini memanjangkan pula usul itu 'rakan baiknya'. Nahh... terhambur bom umpama America mengebom bandar Hiroshima. Bertempiaran mereka lari menyelamatkan diri. Aku? Aku hanya dia di situ. Terdiam senyap. Pertama kali aku diperlihatkan 'bakatnya' yang gemar membuat luka kepada banyak rasa itu. Saat ini barulah aku mengerti mengapa dia begitu tidak disenangi banyak orang.

Ermm.. Yang menjadi pedihnya, apabila serpihan bom itu banyak mengena aku. Sedangkan ia sebenarnya bukan untukku. Pun begitu, inilah kehidupan. Bukan pertama kalipun aku melalui saat yang begini. Menerima bagi pihak orang lain itu sudah menjadi kebiasaan buatku.

Usai kejadian, aku bersiap untuk ke PV. Aku tidak membuat sebarang bantahan, namun ego membuat bingar. Tiba-tiba En boss datang menemuiku. Datang mahu memperbetulkan keadaan agaknya bila mana dia tahu aku tidak sepatutnya menerima serpihan itu. Memujuk dari bahasa yang ditutur. Aku senyum sinis. Memandang dia juga dengan sinis.

Kesudahannya, salah seorang daripada rakan tadi membuat putus untuk menyertaiku. Justeru, dengan rasa marah yang masih bersisa aku ke PV. Mengambil angin, mereda sesak dada.

Kembali ke rumah, aku terpandang tawaran kerja di tempat baru.. ermm.. Kalaulah aku menerima tawaran bekerja di tempat baru ini, pasti sekali ada yang membuat cerita baru kononnya aku terkesan dengan hal yang berlaku sebentar tadi. Errmm.. tiada apa yang terkesan dengan peristiwa tadi. Itu kejadian yang selalu di lalui. Esok, aku adalah hari terakhir tempoh aku perlu membuat keputusan. Bagaimana yea... ermmm.. STRESS !!!

Aku cuba menjernihkan bingar tetapi gagal. Ternyata, hari ini bukanlah hari yang baik buatku. Bertimpa segala masalah yang bukan dariku juga terkira sekali. Saat aku menulis entri juga, aku diamuk rasa itu dengan banyak. Namun, apa sangat pilihan yang ada ini.

[Ter-timpa dengan pelbagai timpaan...]

Tuesday, June 24, 2008

~ SEGAR DENGAN SECAWAN COFFEE ~

Hari ini aku cuba menyiapkan kerja dengan secepatnya. Ada urus lain pada sebelah petangnya. Mahu menghirup secawan coffee. Semalam, seharian aku tidak dalam kondisi yang baik. Justeru, hari ini mahu meringan sedikit beban.

Sementara menunggu BR, aku membelek-belek telefon bimbit. Membaca mesej-mesej yang masuk semalam. Ermm… mesej-mesej yang tidak aku pedulikan semalam. Terhenti pada satu nama, dari rakan sepekerjaan. “Kenapa nampak macam stress sangat hari ini? Ada orang buli kau ke?” Aku tersenyum sahaja membaca mesej darinya. Rupa-rupanya rakan ini juga menyedari akan keadaanku semalam.

BR muncul setelah 20 minit terlewat dari waktu yang dijanjikan. Beberapa kali dia memohon maaf. Arghh.. berapa kali sangatpun dia terlewat berbanding aku yang sering sahaja terbabas waktu. Tidak pernah pula dia merungut. Tiba-tiba telefon bimbit bergetar. Nama teman jiwa tertera di skrin. Ermm.

[Sekadar meng-hirop sechawan coffee…]

Monday, June 23, 2008

~ JADI MARAH ~


Angin tidak begitu baik pada hari ini. Rasa kecil hati beberapa hari lalu bertukar menjadi marah. Yaa... jadi marah. Titik.

[Mengenal aku-kah?]

Sunday, June 22, 2008

~ BONGKAR II ~

Mengatur bual dengan seorang sahabat ini bermula jam 10.41 malam sehingga jam 6.01 pagi. Dari bual biasa kepada bual luar biasa. Bongkar. Tanpa sengaja, aku dibongkarkan tentang beberapa perkara.. ermm..

Aku terseret dalam 'permainan' terancang rupa-rupanya. Terima kasih melayan aku dengan 'cara' yang begitu. Maafkan aku kerana tidak pernah berminat dengan permainan ini. Justeru, izinkan aku keluar dari permainan ini sementara kalian meneruskannya hingga ke tamat permainan.

Sampai bila yea.. aku harus dipergunakan orang demi kepentingan mereka.. ermm.. Butakah mata yang memandang ini? Sebalkah rasa yang ada ini? Ermm... sering sahaja dimainkan sahabat sendiri... Justeru, bagaimana aku perlu menilai persahabatan selepas ini yaa..

[Wahai sahabat.... ermm.. sahabat... kenapa yaaa sahabat??]

Saturday, June 21, 2008

~ AIR MATA ASYIMAH ~


TAJUK : Air Mata Asyimah
KARYA : Rohani Deraman
PENERBIT : CTRA Production
MUKA SURAT : 337
HARGA : RM 19.90

“Aku mula mencari ruang untuk mengutip kenangan lama itu. Kurenung wajahnya sekali lagi. Berputar ligat fikiranku untuk cuba mengingati rakan-rakan yang pernah tinggal serumah denganku dulu. Aku gagal. Mungkin kerana terlalu lama, agak sukar untuk aku mengingati wajah dan kelibat seseorang. Begitu juga agak rumit untuk menegur dan menyapa pada imbas pertama pertemuan..”

[Yang lalu-2 itu meng-gamit sedar..]

Thursday, June 19, 2008

~ BERAT MULUT ~

Keadaan mood yang tidak begitu baik pada hari ini. Aku membuat diam seawal tiba di ruang pekerjaan jam 7.15 pagi tadi. Melayan rasa serabut seratus dalam kepala.

Hari yang penuh kelam-kabut. Berkejaran dengan urus pekerjaan di luar. Juga berlari menguruskan hal-hal berkenaan kereta yang begitu asyik tertangguh sejak beberapa hari lepas. Mujur hari ini, ada teman sepekerjaan yang sudi untuk menghulur bantu. Sungguh aku berat mulut untuk bersuara meminta bantu, namun kerana dia mengenal aku makanya dia tahu aku memerlukan bantu itu. Terima kasih.

Usai urus pekerjaan, aku segera berada di perut taxi mahu terus bergegas pulang. Errmmm.. untuk kesekian kalinya, aku bertemu lagi dengan 'ahli-ahli politik' yang bergelar pemandu teksi ini. Pada mulanya kami berbual soal-soal yang ringan sahaja. Namun, apabila jawapan-jawapan yang diberikan aku agar lain bunyi kepada pendengarannya, maka dia kemudian bertanya soal yang lebih berat. Dari soal ribet bayaran subsidi untuk minyak, sehinggalah kepada sistem pemerintahan negara.

PEMANDU TEKSI : What do u think aaa..
PEMANDU TEKSI : kalau MR X yang jadi PM aa??
AKU : ???
PEMANDU TEKSI : i'm just asking...
AKU : Ermm.. saya tak rasa dia akan menjadi PM
PEMANDU TEKSI : U tak suka sama dia yaa..?
AKU : Nop bukan tak suka...
AKU : tapi i lebih suka kalau
AKU : peluang diberikan kepada muka-muka baru.
AKU : I tak bercakap tentang parti mana-mana,
AKU : Tetapi tentang generasi pelapis..
AKU : orang baru.. idea dan semangat baru
AKU : sama ada pihak kerajaan atau pembangkang
AKU : So, Mr X.... ermmm...
PEMANDU TEKSI : yaaa... i tau.. i tau..
PEMANDU TEKSI : Apa u rasa aa... PM sekarang?
AKU : (senyum..)
AKU : Dah sampai rumah i,
AKU : U berentikan depan kereta putih sana.. (senyum)
PEMANDU TEKSI : Ayoo.. kenapa rumah u banyak dekat aa..
PEMANDU TEKSI : I mau tanya u lagi... (senyum)
PEMANDU TEKSI : ini punya card.
PEMANDU TEKSI : Kalau u mau teksi, u panggil sama saya saja.

Entah kenapa setelah hampir sehari membuat diam, aku boleh melayan bual panjang dengan pemandu teksi ini. Walhal mood sangat-sangat tidak dalam keadaan yang baik.

[Pemimpin yang tulos ada-lah pemimpin yang meng-utama-kan kepentingan ra'ayat. Sanggop ber-korban apa sahaja demi ra'ayat jelata. Apa ada pemimpin yang begitu lagi pada hari ini?]

Monday, June 16, 2008

~ SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN ~

Selamat hari ulangtahun buat seorang sahabat. Mudah-mudahan segalanya dipermudah dan diberkati hendaknya. Umur panjang, rezeki berterusan, perkerjaan di permudah dan semuanya.

Menyusun jari sepuluh, memohon kemaafan kerana aku tidak dapat menghadirikan diri majlis keraian sempena ulangtahun ini. Ada urus lain yang belakunya tanpa dirancang. Mudah-mudahan majlis berjalan lancar seperti adanya. Aku akan meraikan sahabat ini nanti.

[Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan kamu...]

Sunday, June 15, 2008

~ MENGGAMIT YANG DULU-DULU ~

Hari ini aku berada di bumi Hang Tuah. Berselang masa yang lama juga aku tidak menjejak kaki di sini. Sebenarnya, sejak zaman kampus dulu lagi aku kerap berulang-alik ke sini.

Sahabat dekat yang kepalanya agak 'gila' itu asalnya di sini. Seorang manusia yang pernah aku terhutang nyawa juga di sini. Banyak kenangan di sini termasuk bersama teman jiwa tentunya.

Aku di sini menemankan teman jiwa yang ada dengan sedikit urus. Tiada apa sangatpun, cuma kerana aku lebih dulu telah membuat janji dengannya beberapa hari lalu. Makanya harus dengan perlu, aku menunai janji tanpa sebarang alasan.

[Ada sediket tulesan di Lubok Cina... ada juga tanda di Telok Mas..]

Friday, June 13, 2008

~ 31 JAM TANPA LENA ~


Satu saat pun tidak sempat kucurikan waktu untuk meletak lena kerana janji untuk menyiapkan segala tugasan yang dijanjikan tepat pada waktunya. Tiada paksaan untuk aku melakukannya. Namun ia atas kemahuanku sendiri kerana telah mengatur janji kepada mereka, rakan di tempat pekerjaan lama.

Kalau diikutkan bebanan tugas seharianku, sungguh aku tidak punya sedikit kelapanganpun untuk membuat tugasan ini. Namun, atas rasa tanggungjawab di atas janji yang ku tutur, aku tetap menghulur bantu walaupun terpaksa mencuri waktu-waktu yang begini.

Kini, kekosongan jawatan yang telah ditinggalkan aku dua bulan lepas telah terisi. Bermakna, segalanya akan kembali ke posisi asal dan cukup bantuanku barangkali.

Sepanjang berjaga, teman jiwa menemani ku dengan kiriman smsnya. Mengawasiku agar usai mengikut janji.

[Sekadar mampu dengan kudrat yang sekerat..]

Thursday, June 12, 2008

~ SENSITIF ~


Yaa.. aku sangat sensitif. Sensitif kerana aku ada perasaan. Aku menyusun jari, memohon maaf kerana aku benar-benar tidak senang mendengar kata yang sewenang. Bukan semudah membuat rajuk, namun bila kata menjadi pedang, apa lagi reaksi yang harus terberi.

[Piker-kan telinga yang men-dengar..]

Sunday, June 08, 2008

~ MEMBUAT AKU SENYUM ~


Mengisi hari bersama teman jiwa. Lelaki ini dapat menghidu serabut seratus yang sedang aku lalui. Justeru dia banyak memberi dan 'memaksa' aku senyum dengan mengajakku menjalani aktiviti2 tidak memberi aku diam.

Dia turut membawa aku menonton. Menonton cerita dalam bahasa ibundanya, bukan memberi masalah besar buatku kerana aku telah lama terbiasa dengan itu. Cumanya pilihan filem yang kami tonton hari ini ku kira sangat-sangat di luar piawaianku begitu juga dia. Namun, kerana filem ini tidak membuat aku diam, makanya cerita komedi melampau dua jam itu yang kami tonton sehingga habis.

Aku menggelengkan kepala. Namun, perkara2 begini kadang-kala turut memberi senang. Tambahan lagi saat serabut yang begini.

[Benar-2 ter-kenang kesah 3 tahon dulu... saat menuntun pilem Korea, She's On Duty... ada cherita di-sebalek-nya.

Saturday, June 07, 2008

~ MASIH DALAM PERTIMBANGAN ~

Entah bagaimana, hari ini aku tergerak membuat fikir tentang tawaran kerja tempohari. Sebelum ini, aku tidak begitu memikirkannya secara serius. Apatah lagi bidang ini terlalu jauh berbeza dengan pekerjaanku sekarang. Yaa.. bezanya bagai langit dengan bumi.

Sedikit keluangan yang ada pada hari ini, aku tidak semena2 membelek2 kembali kemahiran dulu. Membuat kira2 mudah, mengingat kembali formula2 perlu. Ermmm... tingkah itu seperti memberi gambaran aku bakal menerima tawaran itu.

Huhuhu.. bersediakah aku berdepan dengan cabaran baru dalam pekerjaan? Bersediakah aku dengan rutin2 berat yang memerlukan tekun dan komitmen yang tinggi? Kata adik, itu bukan masalah besar kerana dalam pekerjaan apapun, meski tidak dalam pilihan dan kecenderuanganku, aku sentiasa penuh dengan komitmen. Ermmm.. itu kata adik.. tetapi aku tidak fikir begitu. Aku lebih tahu setakat mana daya dan kemampuanku.

Berbalik kepada tawaran tadi, ia masih terbuka untukku sehingga hujung bulan ini. Terpulang kepada pertimbanganku sekarang. Huh.. kenapa perlu aku sentiasa dalam keadaan pilihan yang begini.

[Dalam keadaan yang tenang dan ber-senang-2, pilehan-ku sering sahaja ter-sasar. Sebalek-nya jika ia di-lakukan dalam keadaan yang menekan dan ter-desak, perkara sebalek-nya yang berlaku... erm...]

Thursday, June 05, 2008

~ MAKAN MALAM SEISI KELUARGA ~

Setelah tertangguh2 janji, malam ini semuanya menjadi kenyataan. Akhirnya ada juga kesempatan untuk kami sekeluarga keluar makan bersama2. Aku terus dari tempat pekerjaan ke MV. Janji kami di situ.

Tenang dan damai. Kami menikmati hidangan makan malam dengan penuh selera. Lama tidak dalam situasi yang senang2 begini. Kesibukan dengan urus pekerjaan yang sering bercanggah masa itu selalu sahaja membuat halang. Nah... hari ini kami punya kesempatan yang baik ini.

Mudah-mudahan yang indah2 begini akan terus terulang. Memberi kegembiraan kepada manusia yang menjadi kesayangan kita adalah bahagia yang tidak pernah terungkap dek kata. Aku merasai begitu.

[Ter-kenang juga janji begini dengan sahabat mei... entah kenapa tiba-2 aku terasa ingin mem-batal-kan janji itu. Yaa.. aku benar memaksodkan-nya.]

Wednesday, June 04, 2008

~ BERJAGA 24 JAM ~

Yaa.. aku belum melelapkan mata sejak 24 jam yang lalu. Bual panjang yang mengheret bicara aku dengan seorang sahabat sehingga membawa ke jam 5 pagi. Berbaki 1 jam, aku membuat siap siaga dan terus ke tempat pekerjaan.

Kebetulan pula hari ini, aku melalui banyak urus berat dalam pekerjaan. Seperti tahu aku dalam keadaan yang tidak begitu mengizinkan, lalu sengaja mencabar aku dengan perkara2 yang menyusahkan.

Perbualan dengan sahabat dekat pada sebelah tengaharinya juga membuat serabut. Dia berbahasa tajam. Sungguh tidak dituju buatku (barangkali), namun ia perkataan melukakan dalam persahabatan. Ermm..

Mujurlah yang tegang tidak terus menjadi ribut. Aku hargai usaha sahabat yang seorang ini. Benar, dia telah banyak memperbaiki diri. Dan aku kini begitu banyak meminjam perkara positif daripadanya. Mudah-mudahan aku juga mampu membaiki diri seperti mana yang dilakukan dia. Usai menghirup secawan coffee, aku segera mahu pulang ke rumah. Mahu meletak lena. Sungguh tenaga sudah ke penghujung. 31 Jam aku membuat jaga.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, kelihatan berderetan kenderaan bersesak-sesak di stesen2 minyak. Ermm.. mulai jam 12 malam nanti, harga akan minyak naik lagi. Semua jalan utama, penuh sesak hanya kerana situasi ini. Ermm... pesanan untuk tuan pemerintah, apakah ada sedikit belas untuk golongan marhain seperti kami in?

[Aku juga mau mem-baiki diri dengan sebaik-nya..]

~ BONGKAR ~


Sungguh aku tidak tahu bagaimana mahu memulakan entri pada kali ini. Jari2 ini penuh getar kala mahu bercerita tentang segala pembongkaran hari ini. Air mata juga tumpah sebagai tanda aku punya rasa.

Aku menangis lagi kerana seorang sahabat rupa2 nya. Begitu hebat sandiwara yang berlangsung ini sehingga benar menutup mata dan pandanganku. Sungguh, aku terlalu sering melihat warna putih sehingga aku kerap terlupa hitam juga adalah sebahagian daripada warna kehidupan.

Pembongkaran yang berlaku hari ini sungguh2 menyakitkan hatiku. Keikhlasanku diinjak2 sehingga begitu rupa. Kelurusan aku dipergunakan dengan begitu licik sekali. Betapa aku gagal melihat semua itu dengan mata yang jelas.

Mujur, hari ini takdir menyebelahiku. Mataku dibuka seluas2nya. Sungguh, aku benar2 terluka dengan perbuatan sahabat yang seorang ini. Begitu dia mempermainkan keihklasanku. Begitu dia memporak-perandakan kesungguhanku.

Justeru, sesudah reda tangis yang ada, aku membuat sedikit timbang. Untuk aku, untuk dia dan untuk persahabatan ini. Aku tidak akan pernah memusuhinya. Malah pandanganku terhadap kebaikan yang pernah dia bekalkan juga tidak pernah tergugat. Rasa hormatku kepadanya juga masih sama. Cuma, untuk kembali bersahabat seperti dulu, hati ini sedikit berat. Persahabatan itu perlukan keikhlasan. Bagaimana mahu terus bersahabat kalau dia tidak pernah tahu apa itu erti keikhlasan dan kejujuran. Apatah lagi untuk menghargainya seperti mana perlu. Ermm..

TERBONGKAR
(Obsesi buat seorang sahabat...)

Kisah dulu berbaki
Dalam diam
Tiada dalam tahu seorang aku

Sungguh aku telus dengan doaku
Jernih dalam usaha jitu
Hanya kemaafan
Terpulang bagaimana harganya
Aku pohon, aku pinta
Beri sedikit begitu

Aku merai lega
Senyum terjaja murah
Usaha mengizin yang keruh itu pergi
Besar wujudnya begitu

Seketika malam itu
Aku dibongkar
Kisah dulu yang hebatnya
Umpama dongeng
Terjelas satu demi Satu

Menitis jernih airmata kesal
Yang paling mahal
Harganya ku kira
Bererti gundah itu benar meraja
Dalam hati dalam rasa

Sahabatku,
Kau menginjak kepalaku keras
Ke longkang
Aku tercampak
Sedang rasa hormatku padamu
Tiada tara…

[Sunggoh aku menanges kerana sahabat ini…]

Monday, June 02, 2008

~ UNTUK AKU ? ~


Cantik. Terima kasih daun keladi. Tapi untuk apa dan sempena apa yaa... Ermm.. Lama aku tidak menghirup coffee bersama lelaki ini. Tiba-tiba sahaja dia menghantar ingatan.

[Terima kaseh daun keladi... tapi, di laen masa... jangan-lah begini lagi yaaa..]

Sunday, June 01, 2008

~ TAMU YANG MEMBAWA REZEKI ~

Hari ini entah apa kebetulannya, rumah kami dikunjungi tamu secara berturutan sehingga menutup hari. Justeru rancanganku untuk keluar menonton terbatal tentunya. Tamu ini merupakan saudara sebelah abang ipar.

Jujurnya, aku langsung tidak mengenali mereka kecuali A. A masih lagi seperti dulu, suka menyakat2 aku. Dia daru dlu sehingga kini pun tidak begitu menyokong aku memilih bidang yang menjadi kerjayaku sekarang. Justeru, setiap kali pertemuan, pasti dia akan rajin sekali bertanya-tanya tentang perkembangan kerjayaku.

Selang beberapa minit mereka berangkat pulang, datang pula tetamu kedua. Ermm… seperti hari raya pula. Entah apa yaa istimewa hari ini sehingga ia terpilih menjadi hari untuk kunjung-mengunjung. Aku gembira sekali kerana rumah kami selalunya sepi2 sahaja. Kurang-kurang tetamu yang datang ini membawa rezeki kepda tuan rumah tentunya. Ermm.. terus sahaj terkenang ibu di kampong halaman. Tentu sahaja ibu juga sedang bersepi-sepi saja di sana.

[Sepi.. tidak lagi endah seperti dulu…]