Saturday, May 03, 2008

~ TANAH CAMERON YANG MENGGAMIT MEMORI ~


























(Land Rover ini ada kisah nostalgianya sendiri..)

Rancangan berubah. Pembatalan percutian ke Cameron Highland 2 hari lepas berganti hari ini. Seawal pagi lagi, kami sekeluarga bertolak dari rumah. Menempuh perjalanan selama 5 jam itu akhirnya membawa kami ke lokasi yang dituju. Sepatutnya kami boleh sampai lebih awal daripada itu, namun dek kerana hujan lebat yang membasah bumi dan kesesakan jalanraya yang membuat punca, tempoh itulah yang terpaksa kami lalui.

Kakak mempunyai kenalan di Tanah Rata. Justeru, tempat singgah kami telah siap tersedia. Sebuah apartment yang begitu cantik dan nyaman sekali. Begitu selesa untuk kami satu keluarga ini. Lengkap dengan segala kemudahan perabot dan peralatan lainnya. Bayaran yang dikenakan juga sekadar syarat sahaja atas dasar hubungan persahabatan.

Sebaik tiba di apartment, aku sempat meletak lena selama 2 jam sebelum memulakan misi jalan2 kami. Banyak tempat menarik yang kami singgah. Lama aku tidak memanjat tanah Cameron ini. Seingat aku, kali terakhir aku ke sini, mungkin sekitar 10 tahun yang lalu. Ermm… tidak banyak perubahan yang terlihat aku kerana aku masih dapat mengecam beberapa tempat yang pernah menjadi singgahanku pada kunjungan terakhir itu.

Si kecil juga antara yang paling seronok dapat menghirup udara segar di sini. Berlari2 di balik rimbun bunga berwarna-warni yang sungguh indah dalam pandangan itu. Teruja barangkali dapat menyentuh dan menghidu bunga2 yang selama ini hanya dilihat di kaca TV atau menerusi gambar sahaja. Aku juga berperasaan serupa.

Aku sangat suka melihat dan memetik buah strawberry. Bukan untuk dimakan tetapi untuk subjek lensa kameraku. Aku tidak menyukai strawberry. Pun begitu, aku sukakan warnanya yang cantik itu.

Sepatutnya kami berada di puncak Cameron ini selama 4 hari. Namun, dek kerana ada aral yang melintang-pukang, kami hanya berada selama 2 hari sahaja di sini. Tidak puas menikmati keindahan ciptaan Tuhan di bumi Cameron ini.. ermmmm..

[Steven maseh ber-hutang foto dengan-ku ketika kali ter-akher berada di puncak Cameron ini… banyak!!!]

No comments: