Tuesday, April 01, 2008

~ HARI PERTAMA LAPOR DIRI ~

Kalau mengikut waktu masuk pekerjaan di tempat baru adalah pada jam 8.30 pagi, 1 jam lebih awal daripada waktu pekerjaan di tempat lama. Bukan sahaja masa yang membeza jelas, tetapi juga jarak perjalanan dari tempat kediamanku. Ermm... Betapa banyak aku berhabis masa untuk mengisi perjalanan pergi dan balik. Kembali kepada hobi lamaku. Menghabiskan bahan bacaan dalam waktu perjalanan itu.

Hari pertama untuk melapor diri ini, sepatutnya dalam janji teman jiwa akan menemani aku. Namun pada saat2 akhir, dia terikat dengan urus pekerjaan yang ketat. Jadinya, aku menemani diri sendiri dengan penuh keyakinan dalam tenang.

Malang sekali apabila hari pertamaku, aku telah gagal memenuhi peraturan pekerjaan di sini. Aku tiba menjejakkan kaki 20 minit terlewat untuk melapor diri. Cuak tentu sekali. Namun, mungkin kerana ini hari pertamaku, permohonan maafku diterima tanpa agak.

2 jam selepas itu, aku di bawa ke team yang akan bekerja bersama2 denganku. Ermm.. mudah-mudahan aku dapat bekerjasama baik dengan mereka. Dan hari pertama pada sebelah petangnya, jam 2, aku telah diarahkan untuk membuat tugasan pertama. Wahh.. hari pertama sudah mendapat tugasan. Turun membuat tugasan yang serupa tetapi dengan cara yang berlainan.

Bersua teman di tempat pekerjaan lama. Tidak habis2 soal penghijrahanku di tuturkan lagi. Sudah-sudahlah... ada pengganti yang lebih baik barangkali selepas ini, mudah-mudahan. Aku memohon dengan penuh jujur di hati agar tempat pekerjaan lama ini mengecap kemajuan yang lebih baik dari hari ke hari. Apapun, terima kasih kerana mengenang sesuatu yang baik tentang diriku.

[Aku tidak-kan berubah prinsip ter-hadap se-suatu]

No comments: