Sunday, March 30, 2008

~ TUGASAN TERAKHIR ~

Sekejap sahaja.. pejam-celik.. pejam celik.., akhirnya tiba pada hari2 terakhir aku di tempat pekerjaan lama. Hari ini aku naik ke tanah tinggi untuk menyelesaikan tugasan terakhir. Pada awalnya aku menolak tugasan terakhir ini, bukan kerana malas atau jauh sekali teruja untuk berhijrah ke tempat baru, tetapi kerana urus kerja banyak yang harus aku langsaikan segera sebelum cuci tangan di sini. Namun, disebabkan tiada siapa yang bersedia mengambil tugasan ini, makanya aku menerima sahaja tugasan ini dengan hati yang terbuka.

Mengantuk. Itu yang dapat aku katakan. Malam tadi aku gagal meletak lena mengikut jadual. Sudahnya saat dingin embun pagi mula menitik barulah mata ini mahu memberi lelap. Dengan hanya berbekalkan 2 jam lena, aku bersiap siaga untuk ke tanah tinggi. Sungguhpun waktu perjalanan pada jam 12, aku terlebih awal memberi sedia.

Saat berlegar mengatur bual panjang bersama rakan2 sebelum bermula perjalanan, seorang rakan ini tiba2 bertanyakan bilakah hari aku bakal melapor diri di tempat pekerjaan baru. Terus melongo rakan sepekerjaan yang seorang ini. Ermm.. aku mintak maaf.. aku tidak memaklumkan secara jelas kepada dia. Pemberitahuan hanya sekadar dalam gurau. Aku ada alasan yang jelas, aku harap dia memberi sedikit kefahaman.

Rakan ini membuat rajuk. Berjauh hati kerana dia mendapat tahu tentangnya daripada orang lain. Ya.. aku memohon kemaafan. Sebenarnya, sehingga ke hari ini pun, aku begitu berat untuk meninggalkan tempat pekerjaan lama. Aku belum memberitahunya secara jelas kerana aku sendiri dalam dilema apakah aku akan tetap dengan keputusan berpindah tempat pekerjaan atau membatalkan sahaja cubaan itu. Nahh.. sebelum aku mencapai ketetapan itu, dia mendapat tahu tentang itu.

Seketika kami mengatur bual yang panjang. Aku tidak tahu sejauh mana kejujuran dia atau tuturan itu sekadar kata pemanis bibir. Namun, kalau mengikut katanya, dia pasti akan terasa ketiadaan aku secara tiba2 itu kerana aku yang banyak membantu dia selama ini. Membantu dalam erti kata kelancaran kepada pekerjaannya. Kepada masalah2 kerja yang dihadapi dan tidak terkecuali juga soal2 kehidupan cintanya. Aku rajin memberi dengar walau dalam apa keadaan sekalipun. Dengar seorang kakak kepada adiknya.

Bual sepanjang perjalanan hanya tentang soal penghijrahanku. Ermm.. doakan sahaja yang terbaik untukku. Kemana pun aku berhijrah, tempat yang banyak memberi pelajaran kepadaku pasti tidakkan terlepas dari ingat.

[Tempat jatoh lagi di-kenang, ini-kan pula tempat ber-siang malam..]

No comments: