Monday, March 17, 2008

~ TETAPKAH DENGAN KEPUTUSAN ITU ? ~

Sepanjang hari ini, beberapa kali aku menerima mesej daripada En boss mahu aku mempertimbangkan kembali keputusanku untuk meletak jawatan. Siap mengatur masa untuk membuat perbincangan yang panjang denganku. Pelbagai soalan yang diajukan dalam usaha mencari sebab aku berbuat keputusan itu.
EN BOSS : Dapat offer di mana?
AKU : Ermm... takde laa. Baru nak cari kerja baru.
EN BOSS : Kenapa???
AKU : Saja... (yaa.. aku saja memberikan jawapan yang begitu)
EN BOSS : Jangan berhenti dulu, nanti kita berbincang.

Encik yang seorang itu juga mempersoalkan hal yang serupa. Tidak puas hati kerana aku menghantar surat perletakan jawatan tanpa pengetahuan dia. Sedikit terkilan kerana aku tidak meminta pendapat dia. Malah beberapa kali dia bertanyakan kenapa aku tidak membuat perbincangan terlebih dahulu dengan dia. Ermmm... perbincangan untuk apa yea..

Ku kira, perletakan jawatanku ini adalah perkara biasa... Prosedur biasa. Seperti mana rakan2 sepekerjaan lain yang lain sebelum ini. Kenapa pula harus dikecohkan. Ermm.. aku mahu berhijrah... mahu mencari angin baru. Sebenarnya tiada alasan yang begitu besarpun. Cuma mungkin benar apa yang pernah dituturkan sahabat june.. Jika masanya telah tiba, ia akan berlaku dengan sendirinya walau tanpa apa alasan sekalipun. Ermm.. ya... barangkali..

Pun begitu, sekali lagi ingin aku nyatakan. Penghijrahanku ini bukan kerana wang ringgit. Bukan kerana upah atau bayaran yang dibayar kepadaku. Ia lebih kepada rasa protes dan rasa kekecewaanku terhadap kegagalan beberapa minggu lalu. Kalaulah kerana mengejar upah besar, sebelum ini beberapa kali aku telah ditawarkan dengan itu. Ternyata itu bukan pilihanku.

[Aku tau pilehan yang ku buat selalu-nya tidak tepat... Namun, kali ini aku meng-harapkan ia sebalek-nya..]

No comments: