Sunday, March 09, 2008

~ PILIHANRAYA UMUM KE-12 ~


"Setelah berlalu YB Datuk beberapa ketika, hujan lebat membasah bumi. Sekelip mata hilang bertempiaran segala poster yang indah berkibar tadi. Petanda apa yeaa.."

Itu adalah petikan kenyataanku dalam entri beberapa hari yang lepas. Sungguh aku tidak menyangka kebimbanganku yang di dalam ini benar menjadi kenyataan. Datuk Shahrizat Abd Jalil yang bertanding di kawasan parlimen Lembah Pantai kalah di tangan muka baru, Nurul Izzah Dato' Seri Anwar Ibrahim. Datuk Shahrizat yang bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) hanya mendapat undi kepercayaan sebanyak 18,833 undi berbanding Nurul Izzah yang mendapat undian sebanyak 21,728 undi bagi pihak Parti keadilan Rakyat (PKR).

SEJARAH TERCIPTA

Pilihan Raya Umum ke-12 baru sahaja berakhir semalam. Kejutan besar yang telah berlaku. Gelombang tsunami yang membawa suara padu rakyat yang mahukan perubahan. Nahhh... kepaduan itu telah mengubah sejarah.

Kepada mereka yang menang, TAHNIAH diucapkan. Mudah-mudahan segala mandat yang diberikan rakyat akan di gunakan dengan sebaiknya. Kepada yang kalah dan terpaksa mengundur diri, carilah di mana yang kurang. Segalanya pasti bersebab.

Buat pertama kalinya, pihak kerajaan : Barisan Nasional telah mengalami kekalahan yang teruk dalam sejarah pilihanraya negara. Walaupun menang, ia tidak mencapai 2/3 daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan. Barisan Nasional hanya berjaya memenangi 140 kerusi daripada 222 buah kerusi. Seperti yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan yang terbentuk dengan majoriti mudah dan tidak sampai 2/3 adalah kerajaan yang lemah. Ermmm...

Dalam 'sibuk' mahu menawan kembali negeri Kelantan, dalam 'takut' negeri Terengganu jatuh kembali ke tangan pembangkang, tidak disangka2 pula hilang 4 buah negeri secara mengejut. Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor berubah arah. Mudah-mudahan segala janji2 yang terhulur akan dapat ditunaikan secara adanya. Aku benar2 mahu menyaksikan perubahan yang dijanjikan itu.

Dalam pada itu, aku juga turut sama tertanya2... apakah gelombang yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-12 ini satu klimaks ataupun satu permulaan.. ermm..

Aku bukanlah orang yang sesuai untuk berbicara soal politik dengan secara lebih panjang kerana tahuku tidak banyak tentang soal yang satu ini. Aku hanyalah pemerhati jauh dan serba cetek tahunya. Pun begitu, tidak bererti aku tidak mengambil pusing akan hal kejadian ini.


TERIMA KASIH DATUK SHAHRIZAT ABD JALIL

Aku bukanlah penyokong Datuk Shahrizat ataupun pengundi berdaftar di kawasan Lembah Pantai. Namun, aku melihat dan aku ternampak jasa dan sumbangan yang dilakukan oleh Datuk Shahrizat di kawasan Lembah Pantai. Mungkin kerana 'lama' aku berhabis2 pandang di situ. Bukan sahaja dari segi pembangunan, malah soal kebajikan juga tidak dicuaikan dari tahu wakil rakyat yang seorang ini. Dia bukan wakil rakyat yang hanya tahu sibuk2 ketika musim pilihanraya. Dia adalah wakil rakyat yang bekerja sepenuh masa. Keprihatinannya, kelantangannya dan kesungguhnya membela nasib rakyat telah terbukti sepanjang dia bergelar wakil rakyat di kawasan Lembah Pantai selama 3 penggal.

Sesuatu yang menarik juga, sebelum dan selepas pilihanraya berlangsung, Datuk Shahrizat seorang yang begitu menerima kenyataan. Tidak dia memburukkan atau merendah-rendahkan pihak lawan. Melihat pihak lawan sebagai pesaing dengan mata positif yang jarang sekali dapat dilakukan oleh calon2 lain. Datuk Shahrizat juga dilihat dapat menerima kekalahannya di tangan muka baru Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah dengan hati yang terbuka. Tidak dia 'melarikan diri' atau 'berkurung senyap'. Tampil di depan khalayak dengan penuh tanggungjawab di atas kekalahan parti yang diwakilinya. Tidak juga beliau menudingkan jari kepada mana2 pihak diatas kekalahan itu. Dan.. aku turut bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh beliau saat diminta komen tentang kekalahannya itu. Kata Datuk Shahrizat, apa yang berlaku ini adalah suara rakyat dan beliau menghormatinya. Pun begitu, beliau tidak berasa malu untuk berlalu pergi kerana telah melakukan yang terbaik di kawasan Lembah Pantai ini sepanjang diamanahkan untuk berkhidmat di kawasan ini..

Terima Kasih Datuk... Jasa dan sumbangan Datuk akan tetap terkenang. Mudah-mudahan, perjuangan Datuk tidak akan terhenti di sini.

[Segala yang ku tules pada entri kali ini tidak di-pengarohi olih mana-2 pehak. Ia sekadar luah rasa hati yang di-dalam ini. Ber-laku secara ikhlas... Sekira-nya ada kenyataan yang mungkin kurang tepat, ia hanya-lah lahir dari pandangan-ku sahaja.]

No comments: