Thursday, March 06, 2008

~ RAHSIA ~

Kepercayaan.. Ya itu yang aku simpulkan bila mana aku diamanahkan atau dikongsikan dengan sesuatu yang mungkin bukan untuk tatapan atau pengetahuan orang yang banyak. Terima kasih atas kepercayaan itu. Namun, terkadang aku menjadi semakin takut dengan kepercayaan itu. Takut kiranya amanah itu keciciran di luar sedarku. Maklum, aku juga manusia biasa. Pun begitu, selagi dalam sedar kepercayaan itu tetap terjunjung. Ia prinsip yang paling atas terpegang dalam perkiraanku.

Hari ini, aku dikongsikan lagi tentang sebuah rahsia. Ermmm.. besar rahsia itu. Mengapa aku? Mungkin hanya tuan punya badan sahaja yang ada jawapannya. Pun begitu, kalau tidak dipesan atau dilabelkan sebagai rahsia pun, aku orangnya bukan jenis yang menjaja. Di situ yang ada di dalam pengetahuanku, di situ sahaja.. Mereka yang mengenaliku dekat, pasti jelas akan soal itu.

[Bagai-mana jika rahsia itu bukan satu rahsia lagi? ]

No comments: