Monday, March 31, 2008

~ MENGHILANG KELUH-RESAH ~

Aku seketika cuba melupakan galau yang bersarang di kepala. Boleh pula aku bercampur mesra dengan teman2 satu aliran walau hanya membuat kenal pada siang hari tadi. Selama ini sibuk dengan tuntutan kerja, sekadar memberi sapa yang ringkas. Namun, hari ini kami sama2 bekerja keras untuk membawa hasil kerja yang baik buat ketua masing2. Jarang pula rasa dengan persaingan seronok yang begini.
Di sini juga dengan begitu kebetulan, aku terserempak beberapa wajah yang begitu ada dalam kenalku termasuk sahabat yang seorang itu. Ermm...

Penat memerah kudrat, kami bersila panjang pada lalu lalang manusia lain selepas tugasan, kira-kira jam 2 pagi. Mulanya aku tidak begitu senang dengan situasi yang begitu kerana aku bukan orangnya yang bermudah-mudah begitu. Namun, bersama rakan2 ini semuanya menjadi pertama. Sejurus itu, aku juga menyertai mereka mengatur bual sambil menilai hasil kerja masing2 di Starbucks sehingga jam 6 pagi. Menjadi rezeki juga, apabila seorang yang tersohor namanya memberi belanja kami mengisi perut ketika itu. Terima kasih. Mudah-mudahan dimurahkan rezeki... :)

6 pagi, barulah kami beransur meminta diri. Rakan yang seorang itu telah lama meletak lena. Hanyut dibuai mimpi yang entah ke berapa episodnya. Aku gagal meletak lena walaupun siang tadi mengantuk begitu berat. Ermm... esok pagi, aku harus bersiap siaga untuk turun ke Kuala Lumpur sebelum jam 8.30 pagi.

Wahai mata, berilah aku sedikit lelap. Risau kiranya kudrat yang sekerat ini tidak mampu dalam ikat.

[Mau segera ber-temujanji dengan sang doktor me-minta belas sediket pil tidor buat mem-bantu]

No comments: