Wednesday, March 12, 2008

~ MENANTI KETIKA ~


Awal pagi isnin yang lalu, aku diminta hadir ke ruang pekerjaan baru untuk mengambil surat perlantikan. Ermm.. namun sehingga entri ini ditulis, aku masih belum berbuat demikian.

Buat ketika ini, tiada seorang pun yang tahu tentang hal ini kecuali beberapa rakan di tempat pekerjaan baru itu. Ayah, ibu atau teman jiwa sekalipun belum aku khabarkan. Ermm.. masih dalam serabut. Justeru aku malas mahu membuat fikir. Cumanya sahabat june beberapa hari lalu ada menyebut tentang hal ini. Pun begitu, aku tidak fikir dia tahu akan hal ini... mungkin dia hanya meneka2 dan menyerkap jarang. Begitu pun dia selalu.

Bagaimana yaa... aku harus meminta diri? Siapa yaa orang pertama yang harus aku nyatakan tentang hal ini.. Ermm.. ayah pasti sekali akan bising kiranya mendengar berita ini. Dia tentunya berbesar hati jika aku membuat putus untuk menukar tempat pekerjaan... Namun itu hanya hanya akan berlaku jika ku tukarkan dengan bidang pekerjaan yang bukan sealiran dengan pekerjaanku hari ini. Justeru, jika dia mengetahui aku masih di bidang yang sama, tentu sahaja yang bingar2 itu akan membuat singgah.

Teman jiwa? Aku kira okay sahaja.. Pun begitu, aku tahu dia ada menaruh harap agar aku ke bidang pekerjaan yang lebih aman barangkali. Apapun, terima kasih kerana memahami aku seadanya. Menyokong perlu setiap keadaan aku.

Aku cuma mencari ketika yang sesuai untuk meminta diri kepada ketua dan rakan2 di tempat pekerjaan. Mudah-mudahan dia akan bertemu pekerja yang jauh lebih baik daripada aku. Harapanku hanya satu, agar aku meninggalkan sesuatu yang baik untuk dikenang di sini.

Bila yaaa ketika yang paling sesuai? Ermm.. aku berharap untuk berlaku adil seperti yang sepatutnya.

[Mudah-mudahan aku tetap dengan keputusan ini..]

No comments: