Saturday, March 08, 2008

~ LAPOR DIRI ~

Ermm.. aku sendiri keliru, apakah berita yang disampaikan kepadaku tengahari semalam adalah berita yang baik atau sebaliknya. Aku diminta melaporkan diri ke tempat pekerjaan baru secepat yang mungkin. Aku juga dibentangkan itu dan ini tentang tempat pekerjaan baruku itu. Bayaran juga sekali kali ganda daripada bayaran yang kuperolehi kini.

Ermm.. sebenarnya soal bayaran tidak pernah menjadi yang pertama dalam perkiraanku. Yaaa.. Bukan maksudku wang ringgit tidak penting.. Penting tetapi ada soal lain yang lebih memberi penting ku kira. Disebabkan hal itulah aku pernah menolak beberapa tawaran pekerjaan baru. Ini bukan tawaran yang pertama ku terima.

Sebenarnya, aku tidak tahu apa yang sedang aku lakukan sekarang ini. Kalau diikutkan perkiraanku, jika aku meninggalkan tempat pekerjaan ini, aku juga akan meninggalkan terus bidang ini. Itu yang selalu aku katakan. Namun, hari ini lain pula yang jadinya. Aku sendiri tidak tahu.

Kalau mengikut tawaran, aku perlu melaporkan diri pada 17hb depan. Bererti aku hanya ada beberapa hari lagi di sini. Beberapa hari? Ermm... aku tidak akan melakukan ketidak-adilan yang begini. Aku perlu fikirkan juga kasut mereka. Justeru, aku akan bertanggungjawab dengan kekalutan ini nanti.

Berita ini belum aku kongsikan dengan sesiapapun kerana aku sendiri masih belum membuat keputusan akhir. Tiada seorangpun yang tahu akan hal ini. Namun, ia telah pergi sejauh ini dan pasti sukar untuk aku berpatah balik. Mungkin aku perlu menghirup udara baru seperti mana yang sering dikatakan sahabat june kepadaku. Yaa... mungkin. Tetapi aku dan dia tidak pernah serupa.

Pernah suatu ketika, aku mendapat tawaran yang serupa. Ketua di tempat pekerjaan, begitu mengharapkan aku menolak tawaran itu. Pelbagai janji dihulur-beri. Ermm.. pun begitu, aku menolak tawaran itu bukan kerana janji2 yang terhulur oleh dia. Tetapi kerana ada sesuatu yag lain sedang aku cari. Aku pasti, jika perkara yang sama ini kuberitakan, tentu dia mahu membuat perbincangan panjang.

[Baru sahaja aku merencana mau menukar kereta baru.. Nampak-nya haserat itu ter-paksalah di-tanggohkan dahulu sa-hingga usai segala yang kalot2 ini..]

No comments: