Wednesday, March 26, 2008

~ HELAH YANG JAYA ~


Hari ini, aku keluar rumah seawal2 pagi. Urus kait soal pekerjaan menanti beberapa kilometer dari ruang pekerjaan. Seawal pagi juga meredah kesesakan jalan raya yang begitu berat. Hampir 3 jam berada di perut kereta untuk perjalanan biasa yang mungkin hanya mengambil masa setengah jam sahaja itu... ermmm..

Hari ini juga aku dihubungi BR. Seperti beberapa hari dalam minggu lalu, dia mengajak aku untuk menghirup secawan coffee. Yaa.. lama aku tidak mengatur bual panjang sambil menghirup coffee bersama dia. Mengelak diri dengan alasan yang bersusun tangga. Errmm.. bukan dia saja.. Pelawaan rakan2 lain juga ku tolak hemah. Dilanda sindrom 'malas' untuk seminggu-dua terkebelakang ini.

Jam 6.10 petang, aku sekali lagi dihubungi Brad. Katanya dia siap siaga menunggu aku di depan tempat pekerjaanku. Datang menjemput dan sedang menunggu aku??? Rasanya aku sudah memberi alasan yang jelas kepada dia seketika tadi. Ermmm... helah yang selalu sahaja dia gunakan kepadaku. Dia tahu, dengan berbuat demikian, aku tidak akan sampai hati untuk menolak. Yaa... dia menang. Memang aku tidak akan berkata 'tidak' melainkan mengangguk sahaja. Aku tetap punya rasa manusia yang banyak. Menolak di telefon dan menolak dengan bertentang mata adalah dua situasi yang cukup berbeza. Helah yang jaya dari dia. :)

Seketika mengisi masa dengan sahabat ini. Menariknya, kami tanpa dirancang menelusuri jalan Brickfield dengan hanya berjalan kaki dari tempat letak kereta di KL Sentral sehinggalah ke lorong2 sempit di belakang deretan kedai2 yang cukup meriah di jalan Brickfield itu. Sesuatu yang tidak pernah aku lakukan dan aku laluinya hari ini. Seronok walaupun sebenarnya cukup penat mengisi urusan pekerjaan sepanjang hari di luar pada hari ini. Tenaga yang berbaki hanya sedikit.

Berlaku secara kebetulan gara2 BR mahu mencari sebuah kedai buku 'tertua' di situ. Mahu mencari khazanah lama katanya. Aku pernah mendengar tentang kewujudan kedai buku itu tetapi tidak tahu pula di bahagian atau deretan kedai mana ia tersorok. Has pula hanya mengatakan lokasinya di Jalan Brickfield dan tidak tahu duduknya secara terperinci. Sudahnya, aku dan BR menghabis petang di Jalan Brickfield itu sehingga senjanya menginjak cahaya neon yang sungguh mengasyikkan. :)

[Terima kaseh untok sa- chawan coffee dan masa yang ter- luang... terima kaseh sahabat]

No comments: