Monday, March 31, 2008

~ HARI TERAKHIR ~

Jam 2 petang barulah tubuh menjengah hiruk-pikuk kota. Sebaik sahaja menjejak kaki, aku bergegas terus pulang ke rumah. Satu setengah jam kemudian, aku sudah berada di tempat pekerjaanku.

Penat? Tersangat amat penat dan mengantuk yang terlalu berat. Namun, ini adalah hari terakhirku memberi khidmat di sini. Justeru, aku mengenepikan segala alasan yang muncul memberi pilih.

Sebelum naik ke tanah tinggi, aku terlebih dahulu melunaskan segala urus2 kerja yang melibatkan aku. Justeru, hari ini aku sekadar memberi siap tugasan terakhir di Tanah Tinggi itu sahaja.

Sayu melihat kerusi-meja dan segala yang ada di sini. Emosi berat memberi kawal yang panjang. Bukan sehari, bukan sebulan aku di sini... tetapi beberapa tahun. Tentu sahaja banyak yang memberi ingat dan sukar untuk ditinggalkan senyap di sini.

Buat kali terakhir barangkali, En boss mengharap aku mengubah keputusan. Ermm.. Benar aku tiada ketetapan yang kuat. Dan sering sahaja mahu membuat pertimbangan semula. Namun untuk kali ini, aku benar2 tidak tahu. Justeru aku mahu melihat dan menanti sahaja apa yang akan dilalui aku. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik sekali.

Aku di ruang pekerjaan sehingga hari yang cerah beredar menatap bulan. Membuat bersih betul2 kepada segala urus yang di bawah pertanggungjawabanku.

[Selamat Tinggal SMSB-BH]

2 comments:

Nora Fuad said...

as salam sis.
salam perkenalan.
terjumpa blog semasa sedang mencari imej Tun Dr. M. kebetulan ada dinner malam esok dengan Tun Dr.M di Langkawi.

membaca blog sis buatkan terasa ralit,ada bakat dalam penulisan.

kak ni sebenarnya penulis baru.sudilah mampir ke blog.

tq

Koishie said...

dan.. sy baru terlihat komen ini.
suka sy maklumkan ada membaca novel anda.. terbaharu - purnama merindu. Sungguh ia menjadi kebetulan.. siapa sangka penulis hebat menyinggah di sini.. :)

doa kesejahteraan.