Monday, March 31, 2008

~ HARI TERAKHIR ~

Jam 2 petang barulah tubuh menjengah hiruk-pikuk kota. Sebaik sahaja menjejak kaki, aku bergegas terus pulang ke rumah. Satu setengah jam kemudian, aku sudah berada di tempat pekerjaanku.

Penat? Tersangat amat penat dan mengantuk yang terlalu berat. Namun, ini adalah hari terakhirku memberi khidmat di sini. Justeru, aku mengenepikan segala alasan yang muncul memberi pilih.

Sebelum naik ke tanah tinggi, aku terlebih dahulu melunaskan segala urus2 kerja yang melibatkan aku. Justeru, hari ini aku sekadar memberi siap tugasan terakhir di Tanah Tinggi itu sahaja.

Sayu melihat kerusi-meja dan segala yang ada di sini. Emosi berat memberi kawal yang panjang. Bukan sehari, bukan sebulan aku di sini... tetapi beberapa tahun. Tentu sahaja banyak yang memberi ingat dan sukar untuk ditinggalkan senyap di sini.

Buat kali terakhir barangkali, En boss mengharap aku mengubah keputusan. Ermm.. Benar aku tiada ketetapan yang kuat. Dan sering sahaja mahu membuat pertimbangan semula. Namun untuk kali ini, aku benar2 tidak tahu. Justeru aku mahu melihat dan menanti sahaja apa yang akan dilalui aku. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik sekali.

Aku di ruang pekerjaan sehingga hari yang cerah beredar menatap bulan. Membuat bersih betul2 kepada segala urus yang di bawah pertanggungjawabanku.

[Selamat Tinggal SMSB-BH]

~ MENGHILANG KELUH-RESAH ~

Aku seketika cuba melupakan galau yang bersarang di kepala. Boleh pula aku bercampur mesra dengan teman2 satu aliran walau hanya membuat kenal pada siang hari tadi. Selama ini sibuk dengan tuntutan kerja, sekadar memberi sapa yang ringkas. Namun, hari ini kami sama2 bekerja keras untuk membawa hasil kerja yang baik buat ketua masing2. Jarang pula rasa dengan persaingan seronok yang begini.
Di sini juga dengan begitu kebetulan, aku terserempak beberapa wajah yang begitu ada dalam kenalku termasuk sahabat yang seorang itu. Ermm...

Penat memerah kudrat, kami bersila panjang pada lalu lalang manusia lain selepas tugasan, kira-kira jam 2 pagi. Mulanya aku tidak begitu senang dengan situasi yang begitu kerana aku bukan orangnya yang bermudah-mudah begitu. Namun, bersama rakan2 ini semuanya menjadi pertama. Sejurus itu, aku juga menyertai mereka mengatur bual sambil menilai hasil kerja masing2 di Starbucks sehingga jam 6 pagi. Menjadi rezeki juga, apabila seorang yang tersohor namanya memberi belanja kami mengisi perut ketika itu. Terima kasih. Mudah-mudahan dimurahkan rezeki... :)

6 pagi, barulah kami beransur meminta diri. Rakan yang seorang itu telah lama meletak lena. Hanyut dibuai mimpi yang entah ke berapa episodnya. Aku gagal meletak lena walaupun siang tadi mengantuk begitu berat. Ermm... esok pagi, aku harus bersiap siaga untuk turun ke Kuala Lumpur sebelum jam 8.30 pagi.

Wahai mata, berilah aku sedikit lelap. Risau kiranya kudrat yang sekerat ini tidak mampu dalam ikat.

[Mau segera ber-temujanji dengan sang doktor me-minta belas sediket pil tidor buat mem-bantu]

Sunday, March 30, 2008

~ TUGASAN TERAKHIR ~

Sekejap sahaja.. pejam-celik.. pejam celik.., akhirnya tiba pada hari2 terakhir aku di tempat pekerjaan lama. Hari ini aku naik ke tanah tinggi untuk menyelesaikan tugasan terakhir. Pada awalnya aku menolak tugasan terakhir ini, bukan kerana malas atau jauh sekali teruja untuk berhijrah ke tempat baru, tetapi kerana urus kerja banyak yang harus aku langsaikan segera sebelum cuci tangan di sini. Namun, disebabkan tiada siapa yang bersedia mengambil tugasan ini, makanya aku menerima sahaja tugasan ini dengan hati yang terbuka.

Mengantuk. Itu yang dapat aku katakan. Malam tadi aku gagal meletak lena mengikut jadual. Sudahnya saat dingin embun pagi mula menitik barulah mata ini mahu memberi lelap. Dengan hanya berbekalkan 2 jam lena, aku bersiap siaga untuk ke tanah tinggi. Sungguhpun waktu perjalanan pada jam 12, aku terlebih awal memberi sedia.

Saat berlegar mengatur bual panjang bersama rakan2 sebelum bermula perjalanan, seorang rakan ini tiba2 bertanyakan bilakah hari aku bakal melapor diri di tempat pekerjaan baru. Terus melongo rakan sepekerjaan yang seorang ini. Ermm.. aku mintak maaf.. aku tidak memaklumkan secara jelas kepada dia. Pemberitahuan hanya sekadar dalam gurau. Aku ada alasan yang jelas, aku harap dia memberi sedikit kefahaman.

Rakan ini membuat rajuk. Berjauh hati kerana dia mendapat tahu tentangnya daripada orang lain. Ya.. aku memohon kemaafan. Sebenarnya, sehingga ke hari ini pun, aku begitu berat untuk meninggalkan tempat pekerjaan lama. Aku belum memberitahunya secara jelas kerana aku sendiri dalam dilema apakah aku akan tetap dengan keputusan berpindah tempat pekerjaan atau membatalkan sahaja cubaan itu. Nahh.. sebelum aku mencapai ketetapan itu, dia mendapat tahu tentang itu.

Seketika kami mengatur bual yang panjang. Aku tidak tahu sejauh mana kejujuran dia atau tuturan itu sekadar kata pemanis bibir. Namun, kalau mengikut katanya, dia pasti akan terasa ketiadaan aku secara tiba2 itu kerana aku yang banyak membantu dia selama ini. Membantu dalam erti kata kelancaran kepada pekerjaannya. Kepada masalah2 kerja yang dihadapi dan tidak terkecuali juga soal2 kehidupan cintanya. Aku rajin memberi dengar walau dalam apa keadaan sekalipun. Dengar seorang kakak kepada adiknya.

Bual sepanjang perjalanan hanya tentang soal penghijrahanku. Ermm.. doakan sahaja yang terbaik untukku. Kemana pun aku berhijrah, tempat yang banyak memberi pelajaran kepadaku pasti tidakkan terlepas dari ingat.

[Tempat jatoh lagi di-kenang, ini-kan pula tempat ber-siang malam..]

Saturday, March 29, 2008

~ AKUR ~

Hari ini sempat berbual panjang dengan en boss. Akhirnya dia akur dengan keputusanku yang tidak berganjak itu. Pun begitu, dia menawarkan aku untuk membuat kerja secara sambilan di tempat pekerjaan. Aku menyambut pelawaan itu dengan senyum. Mungkin tidak. Masaku terlalu sempit untuk membuat banyak perkara dalam runtin harianku. Cumanya.. kalau khidmat pertolonganku diperlu, aku pada bila2 masa sahaja sanggup menghulur tangan.. insyaallah.

[Aku tidak akan lupa tempat yang banyak mem-beri pelajaran kepada-ku. Pahet manis bukan soal-nya]

Friday, March 28, 2008

~ DUDUK DI DALAM BINGAR ~

Lelah semalam belum ke hujung, hari ini urus pekerjaan sekali lagi membawa sehingga ke malam bersimbah cahaya neon. Memandangkan ini minggu terakhir aku di tempat pekerjaan, aku sebaiknya mahu mengelak dari membuat rungut panjang. Tidak mengapalah. Selagi ada kudrat, aku akan menghulur diri.

Majlis hari ini agak serabut dengan manusia2 yang tidak tahu memberi sedikit hormat kepada orang lain. Ermm... Aku hanya melihat dunia mereka... biarlah mereka. Itu hidup yang dipilih mereka. Berbahagialah mereka dengan semua itu.

Pada majlis ini juga aku dikejutkan dengan 'rupa sebenar' seorang kenalan ini. Dalam ingatku sewaktu pernah sekali mengatur bualnya dengannya, dia memberi ingat soal2 kecintaan kepada ibunya. Aku kagum dan terkesan dengan ceritanya. Namun hari ini, lain pula dia bermain watak. Sungguh aku terkejut apabila melihat dia meneguk air syaitan itu di depan mataku tanpa sedikit pun ada rasa malu. Awalnya, aku bersangka baik. Mungkin dia tidak tahu atau tidak perasan air haram itu. Namun setelah beberapa gelas dia menadah dan dengan penuh rasa bangga berlaga gelas dengan tetamu lain, aku hilang kata2. Ermmmm... berilah sedikit rasa hormat kepada mata2 yang memerhatikannya. Mata2 yang satu warna kulit dan satu pegangan dengannya.. ermm.. Mudah-mudahan aku terhindar segala itu.

Usai urus pekerjaan, aku menyertai rakan2 untuk duduk di dalam bingar riuh Bangsar. Saja mahu membuka sedikit simpul serabut yang kejap seminggu ini. Panjang aku melayan bual dengan rakan2 ini sehinggakan hari bertukar tarikh. Cerita dari hujung ke hujung.

Dalam leka melayan bual, mataku tertarik pada suatu sudut. Kelihatan dua lelaki tua sedang 'mencari rezeki'. Di mana yea.. anak2 meraka saat ini. Kenapa yaa.. mereka harus dalam keadaan yang begitu untuk meneruskan hidup? Dari jauh aku melihat mulut mereka terkumat-kamit bercerita. Mungkin ada ceriita berat sedang dituturkan. Sayu tatkala aku memandang wajah lelaki2 itu... sayunya begitu berat sehingga terkesan ke dalam. Ermmm... ingatan terus terbawa kepada ayah di kampung.



[Ini-lah sa-buah kehidopan. Bukan semua-nya dapat kita lehat jelas dengan mata besar. Akal di-berikan Tuhan, guna dengan se-baeknya... ]

Thursday, March 27, 2008

~ MENELUSURI JALAN BRICKFIELD ~
























[Laen yang di-cari, laen pula yang di-ketemui..]

Wednesday, March 26, 2008

~ HELAH YANG JAYA ~


Hari ini, aku keluar rumah seawal2 pagi. Urus kait soal pekerjaan menanti beberapa kilometer dari ruang pekerjaan. Seawal pagi juga meredah kesesakan jalan raya yang begitu berat. Hampir 3 jam berada di perut kereta untuk perjalanan biasa yang mungkin hanya mengambil masa setengah jam sahaja itu... ermmm..

Hari ini juga aku dihubungi BR. Seperti beberapa hari dalam minggu lalu, dia mengajak aku untuk menghirup secawan coffee. Yaa.. lama aku tidak mengatur bual panjang sambil menghirup coffee bersama dia. Mengelak diri dengan alasan yang bersusun tangga. Errmm.. bukan dia saja.. Pelawaan rakan2 lain juga ku tolak hemah. Dilanda sindrom 'malas' untuk seminggu-dua terkebelakang ini.

Jam 6.10 petang, aku sekali lagi dihubungi Brad. Katanya dia siap siaga menunggu aku di depan tempat pekerjaanku. Datang menjemput dan sedang menunggu aku??? Rasanya aku sudah memberi alasan yang jelas kepada dia seketika tadi. Ermmm... helah yang selalu sahaja dia gunakan kepadaku. Dia tahu, dengan berbuat demikian, aku tidak akan sampai hati untuk menolak. Yaa... dia menang. Memang aku tidak akan berkata 'tidak' melainkan mengangguk sahaja. Aku tetap punya rasa manusia yang banyak. Menolak di telefon dan menolak dengan bertentang mata adalah dua situasi yang cukup berbeza. Helah yang jaya dari dia. :)

Seketika mengisi masa dengan sahabat ini. Menariknya, kami tanpa dirancang menelusuri jalan Brickfield dengan hanya berjalan kaki dari tempat letak kereta di KL Sentral sehinggalah ke lorong2 sempit di belakang deretan kedai2 yang cukup meriah di jalan Brickfield itu. Sesuatu yang tidak pernah aku lakukan dan aku laluinya hari ini. Seronok walaupun sebenarnya cukup penat mengisi urusan pekerjaan sepanjang hari di luar pada hari ini. Tenaga yang berbaki hanya sedikit.

Berlaku secara kebetulan gara2 BR mahu mencari sebuah kedai buku 'tertua' di situ. Mahu mencari khazanah lama katanya. Aku pernah mendengar tentang kewujudan kedai buku itu tetapi tidak tahu pula di bahagian atau deretan kedai mana ia tersorok. Has pula hanya mengatakan lokasinya di Jalan Brickfield dan tidak tahu duduknya secara terperinci. Sudahnya, aku dan BR menghabis petang di Jalan Brickfield itu sehingga senjanya menginjak cahaya neon yang sungguh mengasyikkan. :)

[Terima kaseh untok sa- chawan coffee dan masa yang ter- luang... terima kaseh sahabat]

Tuesday, March 25, 2008

~ ITU AKU ~


ITU AKU

Diam dalam kebisengan
Hilang walau ramai
Setia di-kerosi
Mem-biar jari ber-cherita
Sagala di-balek pintu
Itu aku..

Ber-suara sekadar itu
Menyempan rasa dengan seropa
Sahingga sukar mem-beza
Ada marah, pilu atau ber-bunga hati
Ter-lehat dengan mata rahsia
Kata mereka
Itu aku..

Yaa.. itu aku barang-kali?
Ermm.. itu aku
Aku yang ter-bacha manusia dekat
Kerana itu aku
Kerap-lah ter-pijak
Demi yang ada suara
Men-dabik dada dia-lah paleng ber-guna
Mengejar cheta tanpa me-mijak lantai
Mem-biar rasa manusia tanpa peduli

…Aku…
Biar-lah begini ada-nya aku
Sabagai kamu melehat aku
Itu-lah aku..

[Terima-lah aku seada-nya sebagai mana aku menerima kamu seada-nya..]

Monday, March 24, 2008

~ MINGGU TERAKHIR ~

Minggu terakhir aku di sini. Hanya tinggal 6 hari sahaja lagi sebelum memulakan tugas di tempat pekerjaan baru. Tersembam di timbun kerja yang tidak sempat terkejarkan. Namun, janjiku mahu menyudahkan segala ini dengan bersih sebelum aku menutup buku di sini.

Bosan.

[Mudah-mudahan ada kenangan ter-baek dari aku buat mereka]

Sunday, March 23, 2008

~ CERITA YANG PANJANG ~


Hari ini, aku dan teman jiwa memilih untuk menghabis bual sepanjang hari. Kami menghala ke putrajaya. Tempat tuju selalu kala mahu melepas bual yang panjang. Mahu bercerita dengan puas. Arahnya jauh dari kebisingan, senang dengan ketenangan.

Dalam seminggu-dua ini aku penuh dengan kecamukan. Justeru, aku banyak bersendiri. Rutin harianku, rumah-kerja-rumah. Aku tidak membuat singgah di mana2, malah menolak sebarang pelawaan rakan2 untuk keluar menghirup secawan coffee, termasuklah Brad. Ermm.. bunyinya seperti teruknya aku melayan serabut. Tidak juga. Cumanya, aku tidak membuka mulut bercerita. Kalau sudah bersama BR atau Ai pasti sekali aku akan menumpah serabut yang ada ini. Tidak mahu berkongsi sesuatu yang tidak menyeronokkan dengan mereka. Terutamanya BR.

"Awak pindahlah kerja kat sini.."

Tiba2 saja ayat itu yang terluncur dari bibirku. Aku sendiri tidak pasti kenapa tiba2 aku membuat permintaan yang begitu kepadanya. Teman jiwa memandangku tepat. Kemudian menepuk bahuku perlahan. Dengan ekor matanya dia membuat soalan. Aku diam tanpa sebarang jawapan. Kemudiannya mengangkat bahu. Ermm...

Aku mahu melepas bual. Untuk meringan serabut di dalam. Sungguh dikelilingi rakan seribu, jarang terkongsi cerita yang di dalam aku. Hanya mereka yang mengenal dekat sahaja yang tahu membaca.

[Mau meng-hirop sa-chawan coffee..]

Saturday, March 22, 2008

~ ANGIN DAN BERANGIN ~

Siang tadi, anginku tidak begitu baik. Asyik berangin saja dari pagi membawa ke petang. Ermm.. kenapalah datang angin2 yang begini pada waktu aku berkejaran dengan urus2 kerja yang harus disiapkan sebelum 30 Mac ini. Ermmm... pejam-celik, hari hanya berbaki 9 sahaja. Mampukah aku menyiapkan segala urus yang menimbun ini dalam tempoh itu?

Paginya, bertemu en boss dan dia membicarakan soal yang serupa lagi. Mahu aku menarik balik keputusan meletak jawatan. Ya Tuhan... sudah-sudahlah tu.. berilah aku ruang. Bagaimana aku mahu menghabiskan kerja2 yang berbaki ini kalau hampir setiap hari di datangi serabut yang serupa. Katanya, dia 'mintak tolong'... Benar2 mahu aku mengubah keputusan. Mengejutkan juga, dia tiba2 melangsaikan tuntutan yang pernah aku buat beberapa lama dahulu.. ermm.. baru sekarang yeaa..

Setelah menggalas angin serabut dari en boss, pada tengaharinya ada angin lain pula yang membuat singgah. Lalu beranginlah situasi tengahari itu. Bukan mahu membuat ribut, cuma mahu mengelak ribut. Namun, yang mahu dielakkan itu mengundang bahana yang lain pula rupanya. Apabila bahasa emosi menjadi ukuran... Nahh.. telan sajalah. Pun begitu sahabat, aku benar mahu memohon maaf diatas singgung yang terberi. Tidak terniat mahu mencampur urus, namun dalam soal ibu selalu ia menjadi berat. Tidak dapat tidak. Itu yang menjadi singgung. Justeru, aku mahu mengelak singgung itu dari terus menyinggah2.

"Kononnya nak jadi kawan yang baik.." Errmm.. sungguh kata2 itu begitu mengguris. Tetapi tidak mengapalah... sudah biasa pun diberi percuma. Aku tidak menganggap itu sebagai salah faham. Itulah yang benar dimaksudkan sahabat ini barangkali. Arghh.. bukan sekali pun dia membuat bahasa2 begitu. Aku pun sudah semakin membiasakan diri dengan 'baju kalis peluru' untuk mengelakkan peluru tembus ke jantung. Ermmm.. Tapi... Kalau aku boleh memakai 'baju kalis peluru' ini berkali2, kenapa tidak dia?

Jam 6, meredah kesesakan jalan raya ke M.V demi urus pekerjaan yang perlu aku hadiri. Bukan setakat sesak dengan enjin kereta yang membuat ngaum, tetapi juga hujan lebat yang membasah bumi. Juga mungkin mahu 'membasah' hati2 yang panas barangkali. Sedikit dengan kesempatan yang ada, aku membuat singgah di gedung pembacaan. Sedang rungut membuat bising di hati dek kerana lambat di layan di kaunter pembayaran, aku terpandang satu kelibat manusia yang seperti dekat ku kenal. Rakan sekolej ketika dalam pengajian. Rupa-rupanya dia merupakan salah seorang kakitangan di sini. Tapi.. ermmm... dia sepatutnya menjadi seorang peguam. "Peguam tersohor" yaa.. itu yang dia pernah khabarkan kepada aku suatu masa dulu setiap kali dia lengkap dengan pakaian hitam putihnya itu. Ermm... mungkin ada cerita lain di sebaliknya. Ermm.. barangkali. Kami pun tidak bertegur sapa. Hanya memandang dari balik rak2 yang meninggi bahan bacaan sahaja.

Dann.. di gedung pembacaan ini juga ada insiden lain yang berlaku. Errmm.. peliknya dengan tingkah manusia hari ini. Apa sahajalah.. asal memberi bahagia buat diri.

[Mau meng-ambel angen di-jambatan Putrajaya... tempat mem-buat rungut kala ada galau..]

Friday, March 21, 2008

~ TAKDIR ~


"Kita sudah berhabis daya mengubah keadaan,
namun takdir bukan di tangan kita"

Kata2 ini tiba2 terngiang2 di telinga. Kata2 yang pernah ditutur oleh seseorang kepadaku. Pasrah. Ermm..

[Aku tetap dengan janji-ku..]

~ AKHIRNYA ~


TAJUK : Akhirnya
KARYA : Zanariah Abdul Manan
HALAMAN : 383
PENERBIT : Novel Creative Sdn Bhd
HARGA : RM18.90

SINOPSIS :

Kata orang, cinta itu perlukan pengorbanan. Kata-kata itulah yang sering ditiupkan ke telinganya sejak kecil. Kata-kata yang sekadar angin lalu di cuping telingan. Dia tidak pernah menghadapinya hinggalah dia berkenalan dengan Adzim dan Amirul. Dua lelaki yang bermula dari pangkal nama dan latar belakang keluarga yang sama, namun berbeza dari segi rupa dan peribadi. Kedua-duanya dikenali dalam masa yang hampir sama.

Dia mencintai Adzim kerana nama itu yang terdahulu menduduki takhta hatinya. Namun, kehadirannya tidak diterima di dalam keluarga itu lantaran perbezaan darjat yang memaksa dia melupakan semua impian yang telah dianyam secar sedar.

Tika hatinya luka berdarah, Amirul kembali hadir membebat luka. lelaki yang dianggap sebagai abang pada mulanya , telah berupaya menjadi teman,, sekaligus penghuni hati setelah dibelai dengan keprihatinan lekaki itu. Perasaan yang sama-sama dibajai itu akhirnya merimbun segar menjadi kuntum-kuntum cinta yang mekar mewangi.

Namun, saat cinta itu ingin disimpulkan di singgahsana abadi, Adzim kembali hadir menuntut janji janji kesetiaan. Kali ini bersama izin restu si ibu yang telah kembali sedar bahawa cinta yang abadi tidak mungkin bisa dipisahkan. tegakah Zalia membuat keputusan hati siapa yang harus dilukakan?

[Akher-nya... kita ter-paksa juga memileh. Ter-paksa juga meluka-kan...]

Thursday, March 20, 2008

~ MAULIDUR RASUL ~


Setiap tahun, pada 12 Rabiul Awal (tahun hijrah), seluruh umat Islam akan menyambut Maulidur Rasul. Hari yang diraikan untuk memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhamad S.A.W.

RASULULLAH
by hijjaz

Rasulullah... dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

[Ter-ingen benar menyertai per-arakan sempena Maulidur Rasul..]

Wednesday, March 19, 2008

~ USUL MENARIK KEPUTUSAN ~


Semenjak hari pertama aku memberi surat perletakan jawatan sehingga ke hari ini, tidak habis2 usul ku terima agar aku menarik balik keputusan itu. Sehingga aku sendiri sukar untuk membezakan apakah itu usul memujuk atau usul merayu. Jangan silap faham, tidak terlintas walau sekelumit pun dengan maksud diri begitu penting. Tidak sama sekali. Cuma.. apabila perkataan 'minta tolong' (menarik kembali keputusan meletak jawatan) keluar dari mulut En boss sendiri, aku menjadi semakin serba salah. Jarang sekali dia dengan perkataan yang begitu.

Hari ini, buat kesekian kalinya, En Boss membuat perbincangan denganku. (Sungguh, aku sudah tidak berminat untuk membuat sebarang perbincangan). Masih dengan usul yang serupa. Kali ini dengan membuat beberapa janji. Ermm... Di luar tahunya, wang ringgit bukan dalam perkiraan utamaku. Namun selain itu, ada sesuatu yang mengejutkanku dalam perbincangan tadi. Ermm... sehingga begitu sekalikah? Aku tidak fikir keputusan yang bakal dibuat itu (kalau aku tetap dengan keputusan) adalah satu keputusan yang baik. Patah tumbuh, hilang berganti.. apa yang perlu dikisahkan sangat. Mereka yang lain juga menyumbang besar kepada syarikat... malah jauh lebih besar daripadaku.

Pun begitu, aku hanya menganggap apa yang dikatakan En Boss itu hanyalah cakap2 kosong sahaja (perubahan baru). Hanya kerana mahu aku menimbang balik keputusan meletak jawatan. Tidak lebih dari itu. Jujurnya, aku sebolehnya mahu mengelakkan dari bercakap soal2 yang begini. Bimbang ia mungkin di baca atau difahami dengan bunyi yang salah. Seolah2 aku ini begitu 'bagus' atau merasa diri 'penting'. Tidak pernah aku ada dengan rasa yang begitu.

Apa yang tertulis di sini sekadar luahan rasa kecamukan yang dirasai aku. Luahan dari hati yang penuh jujur. Mereka yang mengenali aku dekat, pasti tahu sikap diriku yang terlalu payah untuk membuka mulut untuk soal2 yang begini. Kata mereka, aku perahsia orangnya. Tidak juga.. aku bukanlah seorang yang terlalu begitu sebenarnya. Cumanya, kalau kena dengan orang dan cara aku didekati pasti saja mudah aku berkongsi segala rasa itu.

Justeru, apa yang aku suarakan di sini tidak dengan niat yang lain melainkan luah rasa serabut yang bersimpul seratus. Ini kerana soal ini tidak terkongsi dengan sesiapapun setakat ini... Kecuali teman jiwa dan sebahagiannya juga dengan BR. Rakan2 sepekerjaan juga tidak aku kongsikan usul2 ini. Bimbang di dengar dan difahami dengan maksud yang salah.

Ermmm... aku benar berharap agar serabut seratus ini dapat dilerai segera. Mahu bernafas lega tanpa ada galau membuat rasa. Aku tetap akan menyumbang kerana aku bukan seorang yang mudah melupa kepada asal. Dan.. itu akan aku buktikan. Itu janji, itu prinsip.

[Ter-sepit antara rasa setia-kawan dan prinsip diri]

Tuesday, March 18, 2008

~ BAIK2 SAJA ~


Teman jiwa kunjung berdamping. Sekadar 2 jam kami bertemu. Dia harus segera pulang ke selatan semenanjung tanahair kerana terhambat dengan urus pekerjaan. Datangnya hari ini demi 'menziarah' aku. Ermmm.. aku sihat2 sahaja. Alhamdulillah masih berpeluang untuk bernafas di bumi Tuhan ini.

Beberapa hari lalu dia membuat rajuk. Dan... sering sahaja aku gagal memujuk. Justeru, dia memujuk diri sendiri barangkali. Ermm..

[Apa-bila BR di-sangka teman jewa.. ermm..]

Monday, March 17, 2008

~ TETAPKAH DENGAN KEPUTUSAN ITU ? ~

Sepanjang hari ini, beberapa kali aku menerima mesej daripada En boss mahu aku mempertimbangkan kembali keputusanku untuk meletak jawatan. Siap mengatur masa untuk membuat perbincangan yang panjang denganku. Pelbagai soalan yang diajukan dalam usaha mencari sebab aku berbuat keputusan itu.
EN BOSS : Dapat offer di mana?
AKU : Ermm... takde laa. Baru nak cari kerja baru.
EN BOSS : Kenapa???
AKU : Saja... (yaa.. aku saja memberikan jawapan yang begitu)
EN BOSS : Jangan berhenti dulu, nanti kita berbincang.

Encik yang seorang itu juga mempersoalkan hal yang serupa. Tidak puas hati kerana aku menghantar surat perletakan jawatan tanpa pengetahuan dia. Sedikit terkilan kerana aku tidak meminta pendapat dia. Malah beberapa kali dia bertanyakan kenapa aku tidak membuat perbincangan terlebih dahulu dengan dia. Ermmm... perbincangan untuk apa yea..

Ku kira, perletakan jawatanku ini adalah perkara biasa... Prosedur biasa. Seperti mana rakan2 sepekerjaan lain yang lain sebelum ini. Kenapa pula harus dikecohkan. Ermm.. aku mahu berhijrah... mahu mencari angin baru. Sebenarnya tiada alasan yang begitu besarpun. Cuma mungkin benar apa yang pernah dituturkan sahabat june.. Jika masanya telah tiba, ia akan berlaku dengan sendirinya walau tanpa apa alasan sekalipun. Ermm.. ya... barangkali..

Pun begitu, sekali lagi ingin aku nyatakan. Penghijrahanku ini bukan kerana wang ringgit. Bukan kerana upah atau bayaran yang dibayar kepadaku. Ia lebih kepada rasa protes dan rasa kekecewaanku terhadap kegagalan beberapa minggu lalu. Kalaulah kerana mengejar upah besar, sebelum ini beberapa kali aku telah ditawarkan dengan itu. Ternyata itu bukan pilihanku.

[Aku tau pilehan yang ku buat selalu-nya tidak tepat... Namun, kali ini aku meng-harapkan ia sebalek-nya..]

~ AKU ADIKMU DAN ENGKAU ABANG ~


Separuh hari ini, aku bersama abang. Abang bercuti semata2 kerana mahu menemankan aku membuat urus hari ini. Dia bagai biasa mahu mengurus dan melindungi aku. Terima kasih abang. Di sebalik marahnya, barannya, kawalnya... Aku tahu dia begitu sayangkan aku dan adik-adiknya yang lain. Dia sentiasa mahu menjadi pelindung. Satu-satunya abang yang dimilik aku.

[Aku perenah menyimpan marah kerana baran-nya, aku perenah men-cebik muka kerana kongkongan-nya... dan... aku juga perenah menanges kerana kebertanggongjawaban dia..]

~ MEMBERI JAWAPAN ~


Puzzle yang disusun telah memberi jawapan. Ooh.. begitu rupa bentuknya. Jauh tersasar daripada yang difikir aku. Rupa-rupanya fikir lurusku telah digunakan orang dengan sebaiknya.

[Coba mengingat-kan diri sendiri, hitam itu ada-lah warna yang wujod dalam kehidopan..]

Sunday, March 16, 2008

~ CERITA HUJUNG MINGGU ~





[Tempat yang paling tidak suka di-kunjongi itu selalu akan men-jadi tempat yang paling kerap kita kunjongi..]

Saturday, March 15, 2008

~ PERLETAKAN JAWATAN ~


Seawal pagi, aku dengan penuh kekacauan, bertemu ketua di tempat pekerjaan dan menyerahkan surat perletakan jawatan. Aku dilihat seperti membuat kejutan. Kejutan? Tiada apa yang mengejutkan.

[Ber-harap aku turot menyombang se-suatu yang positif kepada mereka..]

~ DAN LAGI ~

(kredit foto : filem gol & gincu)

Yaa.. lagi... dan lagi.. dan sekali lagi aku bermain puzzle. Ermm.. Berulang perkara2 serupa yang membuatkan aku terasa seperti tidak mahu mengalihkan pandangan. Jujurnya, aku jarang mahu menyimpan prasangka. Namun, hari ini aku merasa ia begitu perlu. Selalu aku percaya dan melihat warna putih itu sebagai putih dengan penuh jujur... Sayang sekali warna putih yang kulihat itu rupanya bukan warna sebenar.

Berlaku sebagai ulangan. Bagaimana perasaannya bila kita diperlakukan secara ulangan yang begitu? Apa yang aku rasa? Ermm.. tentu sahaja aku akan rasa dengan 'rasa manusia' biasa. Justeru, aku juga akan membuat reaksi selaku manusia biasa.

Hari ini, beratur cerita yang di luar tahuku. Ermm... memang bukan untuk pengetahuanku barangkali. Kalau begitu, tidak mengapalah. Simpan sahajalah di dalam gobok. Aku juga tidak mahu menambah tahu untuk sesuatu yang bukan untuk tahuku. Titik.

[Memperlakukan kepada manusia dekat?? Ermm.. terima kaseh]