Wednesday, February 06, 2008

~ TIDAK SEPERTI DIRANCANG ~

Kalau mengikut rancangan asal, malam ini kami sepatutnya bertolak ke kampung halaman. Menghabiskan cuti panjang bersama ibu seperti yang telah dirancang siap. Namun, kita hanya merancang kan…

Ayah dan ibu tiba2 perlu ke selatan tanahair atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Menziarahi pusara arwah atuk selain urus kait urusan kekeluargaan. Abang pula kebetulan tiba2 terlibat dengan urus pekerjaan di utara semenanjung tanahair selama seminggu sejak 2 hari lepas.. Ermm.. justeru, rancangan untuk pulang ke kampung terpaksa kami tangguhkan sementara waktu.

Teman jiwa? Ermm.. tidak mahu mengganggu dia. Sibuk dia menguruskan situasi perlu untuk perayaan yang bakal diraikan tidak beberapa hari lagi ini. Ermm.. yaa… tidak aku nafikan dampingan kami kini tidak sekerap dulu. Ada sahaja hal2 yang mambuat halang. Sejak dia kembali dari benua sana, ku kira hanya sekali atau dua sahaja kami sempat berdamping. Selebihnya hanya melalui talian telefon. Sedangkan ada beberapa perkara berat yang perlu aku bincangkan dengan dia. Perlu.. ermm..

[Entah apa yang di-tunggu aku… entah kenapa juga dia sanggup menunggu aku…]

No comments: