Friday, February 01, 2008

~ DIBERI SEDAR ~

Aku sentiasa mengharapkan agar aku menjadi sahabat yang baik kepada sahabat2 yang ada. Kalau tidak dalam senarai terbaik pun, sekurang2 nya ada menyumbangkan sesuatu yang baik. Sekurang2nya.. ya sekurang2nya.

Siang tadi, aku terusik dengan kata2 seorang sahabat ini. Berkait persahabatan. Berkait soal sumbangan dalam persahabatan. Aku tidak tahu apakah itu benar satu gurauan semata-mata ataupun gurauan yang memangnya dengan maksud. Ermm.. teruk bunyinya.

Apapun penjelasannya, aku sungguh berkecil hati dengan apa yang dituturkan dia.. Seolah2 aku ini tidak pernah menghulurkan tangan kepada dia. Atau dengan perkataan yang lebih mudah, aku ini bukanlah seorang sahabat yang boleh diharap dia. Laju sahaja dia menutur perkataan itu yang dianggapnya sebagai gurau senda. Yaa... gurau senda serupa yang telah beberapa kali dia persembahkan kepada aku.

Aku bukan sahabat yang baik buat dia barangkali. Tidak semulia sahabat2 dia yang lain. Tidak pernah pun menyumbang apa2 yang baik buat dia. Sedangkan dia... mungkin begitu banyak telah menyumbang kepada aku sepanjang dalam persahabatan.

[Yaa.. mujor juga dia menyedar-kan. Sekurang-kurang-nya aku tau apa yang di-pikir-kan dia. Ermm..]

1 comment:

kerbau lumpur said...

Lama xsinggah kat sini. dah byk kesah sedey ler pulak. huhuhu.. sabar separuh dari iman. :)