Wednesday, January 30, 2008

~ TAKDIR BUAT SEORANG DIA ~


Skrin telefon bimbitku beberapa kali bergetar.. mesej yang keluar masuk bertanyakan tentang kesahihan takdir sahabat mei. Ermm.. sebenarnya aku telah lama mengetahui akan soal ini. Justeru, aku langsung tidak terkejut kala ia diberitakan kepadaku. Aku tahu ceritanya, tahu banyak walaupun tidak kesemuanya.

Seketika, aku sempat bertanyakan keadaannya petang tadi.. Seperti biasa, dia begitu positif mendepani takdirnya. Aku tahu dia tidak akan menangis. Dia seorang yang kuat dan cekal orangnya. Ini bukan peristiwa kecewa pertama yang dia lalui.. ini bukan episod duka terhebat pernah didepaninya.. Ini adalah antara yang kesekian kalinya buat dia. Bayangkanlah bagaimana dia masih mampu berdiri dengan teguh dan waras sehingga ke hari ini. Erm.. Saat terkongsi cerita duka-lara yang dilalui dia sedikit masa dulu, aku hampir menitiskan airmata. Sementara dia bercerita dengan nada separuh riang. Riang sekadar untuk menutup kebanjiran hati yang maha dasyat dirasai dia. Begitupun dia selalu...

Jujurnya aku sangat2 bersimpati dengan apa yang berlaku ke atas dia. Bersimpati kerana terlalu banyak episod keras di lalui sahabat ini. Seperti yang pernah dikatakannya, tiada siapa yang akan menyangka begitu sebenarnya kehidupan yang pernah dia lalui. Aku.. ermm... aku antara manusia yang terkongsi cerita2 tentang hidupnya selain beberapa rakan dekatnya. Takdir buat seorang dia..

Kala terkenangkan cerita2 nya.. aku menjadi sangat2 sayu. Bagaimana impian tulusnya itu berkecai luluh tanpa menghulur belas buat dia. Dia tidak pernah meminta apa2 dari mereka... hanya sedikit kasih sayang jujur! Terlalu tinggikah permintaan itu? Saat ini, aku berasa betapa bertuahnya diri. Betapa aku sebenarnya jauh bernasib baik dari dia. Betapa aku punya ayah dan ibu yang begitu melihat wujudnya aku. Sedang dia, perlu berusaha keras untuk keadaan itu. Justeru, hargailah mereka dengan kasih yang paling jujur. Itu nasihat yang paling ikhlas aku tuturkan.

Sebagai sahabat, aku mendoakan yang baik2 sahaja buat dia. Mudah-mudahan dia tahu semua ini akan teriring hikmah buatnya. Aku berharap agar tidak akan pernah ada keluhan mempersoalkan takdir dari dirinya. Aku tahu dia masih waras dalam perkiraannya. Kalau sebelum ini dia mampu berdepan kuat dengan situasi yang menghambat luka yang parah, tentu sahaja situasi ini juga dapat dilaluinya baik. Yaa... Mudaha-mudahan... aku berdoa untuk itu.

[Ber-harap agar dapat memenohi per-mintaan-nya tempohari..]

No comments: