Wednesday, January 02, 2008

~ MENUNAI JANJI ~


Aku pernah menutur janji kepada adik, andainya dia mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan pertamanya sebagai mahasiswi, aku dengan besar hatinya mahu menaja yuran kolej dan yuran pengajiannya untuk semester ini.

Jumaat lalu, dia pulang dengan membawa keputusan cemerlang di tangan. Bukan sekadar melepasi syarat yang aku telah tetapkan, malah jauh lebih baik dari itu. Justeru, terpaksalah aku menunaikan janji itu. Ermm.. bukan terpaksa.. tetapi dengan besar hati mahu memenuh janji itu. Gembira dia bukan kepalang kerana wang yang sepatutnya dia gunakan untuk tujuan itu boleh digunakan untuk memenuh kehendaknya yang lain.. Ermm..

[Kalau-lah adek menyambong pengajian-nya di kampos yang banyak menyimpan kenangan itu.. ermm..]

No comments: