Friday, January 18, 2008

~ MEMANG BENAR ADA RINDU ~

(Kredit Foto : Filem Anak Halal)

Seketika tadi, aku baru sahaja selesai mengatur bual dengan ibu arwah dr jiwa. Lama aku tidak bertanya khabar ibu ini dan malam ini dia yang muncul bertanyakan khabar aku. Ermm... aku bukan lupa, cuma kesempatan tidak begitu ada untuk aku berbual begitu.

Hampir satu jam kami berbual. Itu dan ini. Walaupun aku cuba menceria suasana dengan cerita2 harianku, aku terkesan ibu arwah tidak berkeadaan seperti adanya. Lain sahaja nada suaranya. Ermm... mungkin dia terlalu rindukan arwah. Yaa... satu-satunya zuriat yang dipunyai telah pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya. Dan sejak pemergian arwah setahun setengah yang lalu, tiada siapa lagi tempat dia bergantung harap. Aku tahu itu.

Malam ini, banyak benar dia membawa kembali cerita arwah. Kenangan yang disimpan rapi dalam ingat dan hatinya. Aku banyak menjadi pendengar. Sesekali bertanya untuk memberi respon kepada ceritanya. Errmmm... wanita yang sedang kebanjiran di hati. Bagaimana mampu aku meredakan tangis rindu yang ada di dadanya itu?

Seketika aku terkenangkan kisah lalu. Arwah sewaktu hayatnya benar berhasrat mahu membina kerjaya di hiruk-pikuk kota ini setelah kami tamat pengajian. Semua permohonan kerjanya dihalakan ke sini. Kenapa? Itu soalan yang pernah aku tanyakan buat dia. "Mahu hidup berdikari.." Dia menjawab pendek. Jawapan yang sama setiap kali aku suakan soalan yang sama.

Namun sudah tertulis rezekinya di bumi sendiri... nun di utara semenanjung tanahair. Bukan satu tawaran tetapi lebih daripada itu dan kesemuanya meletakkan dia di bumi sendiri. Akhirnya dia terpaksa akur dan menerima tawaran di sana. Namun agak mengejutkan aku, dia berpindah untuk tinggal dengan rakan2 bujangnya walaupun tempat pekerjaaannya itu dalam daerah yang sama dengan rumah si ibu. Sekali lagi aku tanyakan kepada dia. "Kenapa?" Tindakan itu telah memberi jarak kepada dirinya dan sang ibu. Sedangkan hanya dia satu-satunya harta yang dimiliki ibu dan tentunya akan membuat kecewa yang banyak kepada ibu.

(Perbualan yang diolah kembali tetapi masih dengan maksud yang serupa..)
ARWAH : Awak tak faham
AKU : Kalau macam tu, tolonglah fahamkan saya.. (senyum..)
ARWAH : Saya ni lelaki... sampai bila nak berkepit dengan mak saja
AKU : ???
ARWAH : Saya nak kerja kat KL... nak hidup berdikari.
ARWAH : Kalau kat sini...
ARWAH : Mak tak bagi saya duduk menyewa dengan kawan2.
ARWAH : Kena duduk dengan mak.
ARWAH : Saya bosanlah.
AKU : ???
ARWAH : Ermm.. please dun get me wrong.
ARWAH : Bukan bosan pada mak..
ARWAH : Tapi bosan sebab dunia saya jadi sempit.
ARWAH : Saya rasa tak bebas.
ARWAH : Tiap2 malam mak tunggu saya balik untuk bukak pintu
ARWAH : Selalu telefon tanya saya kat mana.
ARWAH : Ehhhh... saya ni bukan perempuan laa.. (dengan nada yang sedikit meninggi)
AKU : (Aku sengaja tidak mencelah.. saja mahu mendengar ceritanya dengan penuh)
AKU : Itu saja sebabnya?
AKU : Awak tau tak, awak ni terlalu pentingkan diri sendiri.
AKU : Tak fikir ker kenapa mak buat macam tu?
AKU : Tak fikir ker apa yang mak rasa...
AKU : Nak fikir kepala awak jer... dan kepala kawan2 tersayang awak tu
AKU : Sanggup nak pindah rumah dan duduk dengan diorang
AKU : Sebab apa... sebab bosan mak banyak tanya..
AKU : Sebab rasa lebih bahagia bila dengan kawan2
AKU : Sebab rasa kawan2 lagi penting daripada mak kan..
ARWAH : Ehh.. awak cakap baik2 sikit yea.. (terus dia memalingkan mukanya tepat ke arahku)
AKU : Habis apa?
AKU : Memang kawan awak tu lagi penting kan..
AKU : Sebab itulah angkut semua kain baju pergi duduk dengan diorang.

Errmm.. tiba2 sahaja perbualan santai itu bertukar menjadi perdebatan besar. Sejak itu, aku tidak lagi berhubung dengan dia seperti biasa. Saja menunjukkan rasa protes. Dia juga begitu. Kurang senang dengan cakap2 ku yang mungkin kedengarannya seperti cuba mencampuri urusan peribadinya. Ya... mungkin aku 'sedang mencampuri'... kerana aku menganggap mereka dua beranak itu sebahagian dari keluarga.

Dua atau tiga minggu lebih selepas itu aku mendapat khabar ibu arwah di hospital. Kurang pasti apa puncanya. Cuma yang ku ingat, bukan arwah yang membawa ibu ke hospital. Arwah bersama kawan2nya di rumah bujang mereka ketika itu. Jiran mereka yang menghulur bantu. Itupun pada esok paginya. Mujurlah ibu masih bernyawa. Ketika itu, aku pula tidak punya kesempatan untuk menjejak ke utara semenanjung tanahair. Justeru hanya mendengar cerita sahaja. Tidak pula aku tanyakan kepada arwah kerana sedang bertambah nada marah kepada dia.

Berselang minggu selepas itu, aku menghubungi ibu arwah untuk bertanyakan khabar. Ada berita gembira yang disampaikan. Rupa-rupanya arwah sudah kembali berpindah dan tinggal bersama ibu. Ermm.. itu yang sepatutnya. Andai sesuatu yang buruk terjadi kepada ibu ketika itu, sudah tentu dia yang akan menyesal seumur hidupnya. Itu yang aku katakan kepadanya ketika itu. Aku tahu dia bersetuju dengan kata2 itu walaupun dia tidak mengatakannya dengan perkataan.

Malam ini, ibu mengimbas kembali cerita itu. Cerita beberapa tahun dulu. Cerita ketika arwah masih ada hayat. Ermm.. yaa.. kelihatan ibu benar2 merindui arwah. Benar2. Hujung mei ini, genap 2 tahun pemergian arwah.

Dan sesuatu yang masih terkesan sehingga aku menulis entri ini ialah apabila sebelum menamatkan talian, ibu arwah yang dipanggil 'makcik' oleh ku sejak sekian lama ini, tiba2 membahasakan dirinya dengan panggilan 'mak'. Aku diam sahaja dan tidak mempersoalkan apa2. Ermm.. Dia tiada siapa2 lagi dalam hidupnya... namun dia ada dalam hidupku. "Mak, saya mahu mencontohi mak.. kuat dan tabah berdepan hidup yang keras.."

[Kembali membelek-2 diari arwah yang di-beri-kan sebagai hadiah harijadiku sebelum pemergian-nya hamper 2 tahon lalu..]

No comments: