Saturday, January 05, 2008

~ MAHU BERSIH ~

Yaa.. aku berasa tidak senang hati. Walaupun kurang pasti, apa tingkah atau apa bahasa yang telah membuat sahabat yang seorang itu berjauh hati, aku tidak dalam tenteram. Tentu sekali aku tidak mahu membiarkan rajuk sahabat itu menjadi panjang sehingga menjadi ribut baru.

Yaa..
aku tidak mahu mengharung ribut baru. Serik berdepan situasi itu. Dia sahabat dekat. Itu pelajaran besar yang kukendong sehingga hari ini. Justeru, bagaimana?

Yaa.. aku berubah. Aku cuba untuk berubah. Aku cuba membiasakan diri untuk melakukan sesuatu yang jarang2 aku lakukan jika itulah yang sepatutnya. Ego? Melihat aku dengan mata ego? Egokah aku hanya kerana memelihara prinsip diri? Ermm..

Yaa.. aku putuskan untuk 'mengalah'. Errmm... ku kira ia bukanlah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan maksud sebenar yang ada di fikiran ini... Namun, ia mungkin sealiran itu. Aku lakukan itu demi sebuah persahabatan.

Yaa.. aku menghubungi sahabat june dan cuba membuat bersih. Entah bagaimana dia memberi reaksi ketika itu. Mungkin tidak menjangkakan aku berlaku begitu kerana seperti yang pernah dikatanya, dia 'mengenali' seorang aku. Terpulang. Yang jelas, aku melakukannya kerana benar menganggap dia sahabat.

Yaa.. mujurnya dia juga mungkin tidak berhasrat untuk membuat ribut baru. Justeru, kami sama2 cuba memulihkan rentak. Lega. Satu perkataan untuk menggambarkan apa rasa yang ada jelas di benakku saat ini.

[Ber-debat dan ber-hujah itu telah men-jadi bahasa mesra sekian lama...]

No comments: