Thursday, January 31, 2008

~ HADAPI DENGAN SENYUMAN ~


HADAPI DENGAN SENYUMAN
by dewa

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua kan baik-baik saja
Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang...

[Hidop mesti berani terima kenyataan..]

Wednesday, January 30, 2008

~ TAKDIR BUAT SEORANG DIA ~


Skrin telefon bimbitku beberapa kali bergetar.. mesej yang keluar masuk bertanyakan tentang kesahihan takdir sahabat mei. Ermm.. sebenarnya aku telah lama mengetahui akan soal ini. Justeru, aku langsung tidak terkejut kala ia diberitakan kepadaku. Aku tahu ceritanya, tahu banyak walaupun tidak kesemuanya.

Seketika, aku sempat bertanyakan keadaannya petang tadi.. Seperti biasa, dia begitu positif mendepani takdirnya. Aku tahu dia tidak akan menangis. Dia seorang yang kuat dan cekal orangnya. Ini bukan peristiwa kecewa pertama yang dia lalui.. ini bukan episod duka terhebat pernah didepaninya.. Ini adalah antara yang kesekian kalinya buat dia. Bayangkanlah bagaimana dia masih mampu berdiri dengan teguh dan waras sehingga ke hari ini. Erm.. Saat terkongsi cerita duka-lara yang dilalui dia sedikit masa dulu, aku hampir menitiskan airmata. Sementara dia bercerita dengan nada separuh riang. Riang sekadar untuk menutup kebanjiran hati yang maha dasyat dirasai dia. Begitupun dia selalu...

Jujurnya aku sangat2 bersimpati dengan apa yang berlaku ke atas dia. Bersimpati kerana terlalu banyak episod keras di lalui sahabat ini. Seperti yang pernah dikatakannya, tiada siapa yang akan menyangka begitu sebenarnya kehidupan yang pernah dia lalui. Aku.. ermm... aku antara manusia yang terkongsi cerita2 tentang hidupnya selain beberapa rakan dekatnya. Takdir buat seorang dia..

Kala terkenangkan cerita2 nya.. aku menjadi sangat2 sayu. Bagaimana impian tulusnya itu berkecai luluh tanpa menghulur belas buat dia. Dia tidak pernah meminta apa2 dari mereka... hanya sedikit kasih sayang jujur! Terlalu tinggikah permintaan itu? Saat ini, aku berasa betapa bertuahnya diri. Betapa aku sebenarnya jauh bernasib baik dari dia. Betapa aku punya ayah dan ibu yang begitu melihat wujudnya aku. Sedang dia, perlu berusaha keras untuk keadaan itu. Justeru, hargailah mereka dengan kasih yang paling jujur. Itu nasihat yang paling ikhlas aku tuturkan.

Sebagai sahabat, aku mendoakan yang baik2 sahaja buat dia. Mudah-mudahan dia tahu semua ini akan teriring hikmah buatnya. Aku berharap agar tidak akan pernah ada keluhan mempersoalkan takdir dari dirinya. Aku tahu dia masih waras dalam perkiraannya. Kalau sebelum ini dia mampu berdepan kuat dengan situasi yang menghambat luka yang parah, tentu sahaja situasi ini juga dapat dilaluinya baik. Yaa... Mudaha-mudahan... aku berdoa untuk itu.

[Ber-harap agar dapat memenohi per-mintaan-nya tempohari..]

Tuesday, January 29, 2008

~ APABILA KOTA BESAR INI MENJADI KECIL.. ~


".....aaaaaaa aaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaa... aaaaaaaaaaa...."
Begitulah kalau jeritan dan hiruk-pikuk di dalam hati ini boleh di dengar dengan jelas. Sekali lagi aku melalui saat2 yang aku sendiri tidak dapat melaluinya dengan baik. Ya Allah Ya Tuhanku.. Kenapa harus aku mempunyai rasa yang begini lagi? Kenapa harus aku hilang punca dan arah saat menatap wajah lelaki itu?

Aku menulis entri ini sebaik sahaja tiba di rumah. Tanpa sempat menarik nafas, tanpa sempat menukar pakaian dan tanpa sempat menyelesakan diri terlebih dahulu.. tanpa melakukan apa2 yang lainnya kerana dalam kepala ini pertemuan 4 mata dengan N sebentar tadi besar menguasai diri.

Benarlah apa yang aku suarakan di sini dalam entri yang lepas. January 2008 banyak menemukan kembali aku dengan mereka yang pernah ada dalam hidup lamaku. Baik kenalan biasa, sahabat mahupun seseorang yang pernah duduk selesa sebagai insan istimewa di hatiku.. Ermm.. hari ini 29 january, aku ditemukan kembali dengan N. Lelaki yang pernah hidup dalam hatiku dengan penuh bahagia sedikit masa lalu. Sedikit masa sebelum dia pergi dan menghancur-luluhkan hati wanitaku.

Aku menulis entri ini dengan perasaaan yang aku sendiri sukar untuk menjelaskan. Ada airmata yang turun. Untuk apa? Entah. Aku sendiri tidak tahu. Aku tidak tahu kenapa hati ini menjadi pecah dengan begitu sekali. Bukankah semua itu telah lama berlalu pergi? Bukankah lelaki yang berdiri di depanku sebentar tadi itu telah bergelar suami dan bapa kepada 2 anak comel. Dan anak2 comel itu beribukan sahabat dekatku sendiri. Dan... Ia telah lama berlalu. Kenapa perlu ada rasa begitu lagi. Masih berbaki rasa kepada diakah? Ermmm...

Ketika ini, mahu saja aku menjerit sekuat2 hati. Mahu melepas kusut dan galau yang berserabut membuat bingar ini. Kenapa mesti bertemu lagi? Kenapa mesti pada hari ini? Kenapa 29 January? Tanpa aku sangka duga... Tanpa pernah ada terlintas walau sebesar kuman pun, aku akan bersua lagi dengan lelaki yang pernah mencuri besar hatiku suatu maasa dulu ini.

Petang tadi, aku menghadiri 1 majlis. Ramai manusia yang bersesak. Majlis pula berlangsung sedikit lewat daripada jadual yang diatur. Justeru, aku membuat hal sendiri. Hampir 40 minit dalam keadaan yang begitu. Tiba satu ketika, aku bangun untuk menyelesakan diri dan bertukar posisi. Tiba2 namaku dipanggil dari arah belakang. Beberapa kali. Aku tidak menoleh kerana itu adalah nama yang asing buatku kini. Nama yang dipanggil itu adalah nama yang telah menjadi sejarah. Sangkaku, mungkin ada manusia yang bernama serupa. Namun, apabila melihat beberapa mata memandang ke arahku seperti pesalah jenayah berat aku layaknya, aku menoleh. Ya Allah... bagai mahu luruh sahaja jantung ini menatap wajah yang sangat2 ku kenali itu. Goshhhhh!!!

Wajah N terpampang. Penuh dengan senyum. Dia bersapa perlahan. Errm.. dia kelihatan masih seperti dulu. Aku pula tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi. Senyum? Mencuka? Atau berlagak biasa? Biasa yang bagaimana? Entah aku sendiri tidak pasti. Namun, kata N aku kelihatan seperti baru sahaja melihat hantu. Dia menyindir, aku tahu itu. Begitu kecilkah Kuala Lumpur ini sehingga aku bersua dia lagi setelah pertemuan pada 2005 @ 2006 yang lalu? Arghhhh.....

Sungguh aku menjadi sangat tidak keruan. Otak ligat berfikir bagaimana mahu melarikan diri... bagaimana mahu memberi reaksi.. Bagaimana itu dan bagaimana ini... Sehingga banyak pertanyaannya tidak aku dengarinya dengan jelas. Lain yang ditanya, lain pula yang dijawab aku. Cuba dengan sehabis keras mahu menyembunyikan rasa tidak keruan yang ada ini.. tapi bagaimana? Aku adalah manusia yang tidak tahu menipu rasa.. Gagal.. ya aku gagal untuk berlakon seolah tiada apa2 kerana hakikatnya memang ada apa2..

N menjemputku untuk duduk disebelahnya. Beberapa kali. Banyak bual yang beratur dalam fikirannya barangkali. Namun, aku menolak hemah. Malah aku hanya berdiri sahaja kala berbual dengan dia. Ia tentunya memberi pandang dan rasa yang tidak selesa. Kelihatannya seperti tidak menghormati tetapi aku tidak mampu untuk menerima pelawaan itu. Juga sebenarnya untuk mengelak bual yang lebih panjang berlangsung. Dia kelihatan seperti tidak berpuas hati. Hampir 15 minit juga kami sempat mengatur bual dalam keadaan yang begitu. Ermm... mujurlah telefon bimbitnya berbunyi dan aku mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri.

Terkenang peristiwa pertemuan pertama kali aku dengan N setelah hubungan kami berakhir sedikit masa dulu. Arwah D adalah orang pertama yang aku hubungi dan bercerita tentang pertemuan itu. Ini kerana Arwah D merupakan sahabat dekat N. Mereka bersahabat sejak dari kecil lagi dan aku juga mengenali arwah melalui N. Suatu masa dulu, N kerap membawa arwah D ketika mahu berjumpa aku ketika masih di kampus.

Perbualan seketika tadi juga turut tersentuh soal arwah D. N mahu aku membawa dia untuk melawat pusara arwah. Katanya semenjak pemergian arwah, dia belum ada kesempatan untuk berbuat begitu. Tambahan pula, dia tidak tahu langsung di mana lokasi pusara arwah dan rumah baru keluarga arwah. Ermm... aku menolak baik. Tidak mahu menjerat diri-sendiri. Lalu, aku mencadangkan sahaja kepadanya supaya berhubung dengan Min, adik perempuan arwah. Insyaallah Min akan membantu dia. Wajahnya sedikit menunjukkan riak hampa. Namun aku aku tidak mahu mengambil pusing akan soal itu. Bersikap acuh tidak acuh terhadap dia.

Ermm.. dia juga masih dengan soalan yang sama diajukan kepadaku. "Bagaimana aku boleh rapat dan kekal bersahabat dengan arwah..." Dan paling dia tidak berpuas hati, dia tidak pernah mengetahui tentang hal itu walaupun arwah adalah sahabat baik dia. Ermm... perlu ker aku memberitahu segala laku gerakku kepada dia? Dia juga tidak pernah memberitahu aku yang dia telah berpaling kepada sahabat dekatku ketika dulu..

Aku sungguh2 tidak selesa dengan kehadirannya di majlis ini. Mahu meninggalkan majlis ini tentunya kelihatan seperti tidak sopan.. untuk terus2 berlakon di situ, ku kira bukan juga 1 langkah yang baik. Dia pula asyik memerhatikan aku tanpa henti. Beberapa kali memberi isyarat supaya memberi ruang kepada dia untuk mengatur bual. Namun, aku berpura2 seolah tidak faham.

Sekitar jam 9 malam, tiba juga saat yang aku tunggu2. Saat untuk meninggalkan majlis. Setelah meminta diri dari tuan punya majlis, aku bersegera mahu pulang. Mahu membuka langkah seribu. Namun tiba terpandang ke arahnya yang sememangnya tidak lepas dari memandangku. Sakit hati sahaja melihat tingkahnya itu. Aku memberi isyarat kepada dia untuk meminta diri. Isyarat dari jauh sahaja.

Namun, dia tiba2 menghampiriku. Ermm.. berani dia... Grrr... Tanpa segan silu, dia meminta nombor telefon bimbitku. Aku mengalih perhatian dengan mengambil nombornya sahaja dan meletak di skrin telefon bimbit tanpa ada niat mahu menyimpannya. Aku terus mengundur langkah untuk pergi. Namun, dia membaca helahku barangkali. Terus aku diminta supaya menekan nombornya itu supaya nomborku juga tertera di skrin telefon bimbitnya. Ermmm... yer2 dia menang.

Segera aku keluar dari ruang itu untuk membuka langkah. N rupa-rupanya mengekoriku di belakang. Ya Allah.. apa lagi yang dia mahukan. Tingkah anehnya itu turut mengundang curiga seorang rakan ini..

RAKAN : Kenapa dia tu? Nak tackle awak ker..
AKU : (Diam.. tidak mahu memanjangkan bual)
RAKAN : Siap mintak2 nombor telefon lagi.
RAKAN : Tapi, hensem takpe laa. hehehe
AKU : (Diam..)
RAKAN : Ehh... siapa dia tu?
RAKAN : Oo.. sempat berkenalan korang yekk..
AKU : (Mendengus)
AKU : Kawan laa... kawan lama. (perlahan sahaja suaraku.. suara malas)
RAKAN : Ehh.. tak macam kawan pun... tak mesra pun..
RAKAN : Macam baru kenal jer..
AKU : (Kenapalah banyak sangat tanye dia ni.. ermmm)
RAKAN : Err.. tapi...
AKU : (Masih diam.. sengaja memilih mahu senyap)
RAKAN : Oo skandal yekk... opssttt..
AKU : (Tiba2 sahaja mukaku menjadi merah padam..)

Kalaulah arwah D masih ada... ermmm.. tentu sahaja dia akan menjadi orang pertama yang terkongsi segalanya ini. Arwah menyimpan segala rahsia dan sejarah lalu aku dan N. Segalanya dia tahu. Segalanya. Ermmm... Kini hanya di sini menjadi tempat aku meluahkan yang membengkak di dalam hati ini.

Sehingga saat entri ini ditulis, aku masih tertanya2. Kenapa perlu aku melarikan diri daripada dia? Kenapa perlu aku menjadi seperti orang hilang arah? Kenapa perlu aku berlinangan dengan airmata lagi? Kenapa perlu aku kebanjiran hati... Kenapa???

Tolonglah, aku tidak mahu bertemu dia lagi walau atas alasan apa sekalipun. Yaa.. aku menyesal kerana tidak dapat membuat helah untuk tidak melepas nombor telefon bimbitku kepadanya. Arghhh.. bodohnya aku.. perkara yang semudah itupun aku gagal melakukannya dengan baik..
Sebaik memberi titik kepada entri ini, aku mahu terus meletak lena. Mahu berhenti mengingat soal dia seketika. Mudah-mudahan apa yang berlaku hari ini tidak mempengaruhi emosiku pada esok2... Ermm.. tetapi keadaan perasaanku pada malam ini sangat2 pecah. Sangat2.

["Aku tidak sudi melihat dia lagi....Walau dalam mimpi pun tidak ku ingini.."]

Monday, January 28, 2008

~ MENGADAP BIRU TERBENTANG DI BBR ~

Percutian yang berlangsung tanpa dirancang olehku. Aku dimestikan untuk menyertai percutian ini kerana telah beberapa kali sebelum ini aku membatalkannya pada saat2 akhir kerana hal2 yang terhalang. Ia membuat bingar yang panjang kepada mereka. Dan ayat biasa yang pasti akan terulang kononnya aku lebih mementingkan keluangan bersama rakan2 dan pekerjaan. Ribut-petir sekalipun, aku pasti mengangguk kalau untuk rakan sahabat. Itu kata mereka.. ermm... Disebabkan tiada alasan yang besar, aku terpaksa menurut dan bererti aku terpaksa memungkiri janji dengan teman jiwa. Apa lagi yang boleh aku lakukan? Tentu sahaja aku tidak akan sama sekali memberi alasan aku ada janji dengan teman jiwa. Itu menjerat diri-sendiri namanya.

Sebaik pulang dari ruang pekerjaan, aku diberitahu supaya bersiap dan mengemaskan pakaian untuk tempoh 3 hari. ??? Ternganga... Tidak ada jawapan tidak... Ermmm... Setengah jam selepas itu, kereta kami terus menghala keluar dari kuala lumpur dan terus ke lebuhraya utara-selatan. Ermmm...

Sepanjang perjalanan, cuba berjelas2 dengan teman jiwa sehinggalah tiba di BBR. Marahnya teman jiwa bukan kerana aku tidak datang menjemputnya tetapi marahnya dia kerana janji yang dimungkiri itu. Ermm.. Seketika menghela nafas mencari ketenangan di BBR ini...

Foto ini aku rakamkan terus dari tempat penginapanku... Teruja untuk turun, namun terik matahari membuat aku perlu bersabar menunggu ia sedikit condong.

Suasana di BBR sekitar jam 2 petang... Perahu layar mula menghiasi laut yang biru. Bermain dengan ombak berbumbung langit biru yang sangat indah menghias pandangan.

Semakin panas dan sesayup mata memandang... Hilang terus dari pandangan.

Tenangnya laut yang terbentang walau hakikat bergelora kasar isi dan dasarnya..

Aku turut berpeluang menyertai bola pantai ini... Mengisi ingin ruang2 yang ada dengan tawa.

Tiba2 bumi bersimbah hujan pada petang sabtu... Mahu rasanya aku bermandi hujan dan berduduk2 di gigi air... terlalu ingin. Tanpa mahu lari.

Matahari terbenam... Langsung tidak aku mengalihkan pandang.. Dan kalaulah ada teman jiwa juga berduduk2 begini...

Terasa seperti ingin mencuba.. ermm..

Yang penuh ketenangan.. Kalaulah punya kesempatan yang panjang.

Cantik... memberi isyarat hari yang indah di lalui..

Putih bersih... Terpelihara tanpa ada cemar.

Banana boat..

Tersadai..

Hidupan yang dibawa ombak ke pantai..

Mencari yang indah..

Si ketam kecil yang asyik mahu melarikan diri... tidak sukakan aku barangkali.

Menyorok dari dilihat aku..

Bersendiri... Ermm... aku ada.

Xtvt yang menjadi kemestian bila berkesempatan yang begini..

Si ketam mencari jalan pulang..

Menyembunyikan diri...

Alahai si ketam... mau menggigit aku? Aku akan menangkap kamu.


Mencari santai dalam di bawah panas..

Ombak yang tidak pernah mahu meninggalkan pantai.. Aku juga..


Pernah mencuba...

Malam di pantai BBR. Aku cukup senang dengan waktu malam di sini. Usah diganggu aku.


Berhabis waktu sehingga jam 4 pagi di bibir pantai... melihat ombak, merenung bintang.. meneman desir angin... Ermmm sungguh senang sekali.

Hanya untuk mereka yang sah sahaja...


Pertama kali mencuba banana boat... Penuh tawa mengisi. Lama tidak dalam situasi yang begini. Terhambat dek urusan pekerjaan yang menyebabkan aku kerap tidak memilih untuk menyertai.

Saat dijatuhkan dari banana boat... masih di kawasan air dalam... Kesejukan tetapi puas.


Berendam mencari ketenangan tanpa ada kacau.. Damai... membebaskan seketika fikiran dari memikirkan soal2 yang galau..

Koishiemerah di BBR

Si kecil yang turut merasai kebebasan dari kebisingan...

Pulang kembali ke hiruk pikuk kota..

Mahu membuat milik..

[Yang laut pulang ke-laut, yang darat pulang ke-darat...]

Friday, January 25, 2008

~ LAIN DIRANCANG ~


Ermmm.. lain yang dirancang, lain yang terjadi. Mahu atau tidak aku terpaksa memungkiri janji yang terlebih dahulu telah diatur untuk menjemput teman jiwa di KLIA. Kalaulah badan ini boleh dibahagi-bahagikan untuk memuaskan hati semua orang, pasti aku akan melakukan begitu. Grrrr...

[Bahagia dengan mem-bahagia-kan orang laen..]

Thursday, January 24, 2008

~ KALIS RINDU ~

KALIS RINDU
by elyana

Desiran daun dihembus angin
Tin kosong dan tong golek ke kaki
Membelah sunyiku..
Menonton bayang wajahmu di minda
Kala ku sendirian terpisah jauh
Terasing tanpamu

Babak penantian satu ujian
Sekuat mana cinta... Ku tak mungkin
Kalis rindu... Kalis pilu
Bila kau tiada.. Ku semakin
Pendam rindu, Pendam pilu
Hingga kau menjelma ah au…

Berdiri di tingkap merenung ke luar
Lihat kekasih ku yang basah
Berjalan dalam hujan
Beserta senyuman

Lama ku nantikan
Babak penantian satu ujian
Sekuat mana cinta.. Ku tak mungkin
Kalis rindu, Kalis pilu
Bila kau tiada.. Ku semakin
Pendam rindu, Pendam pilu
Hingga kau menjelma ah au…

Setiap detik dan waktu berlalu
Di alam berkasih
Menjadi ragam manis dan berharga
Tak terharga.. yang berharga..

[Ten kosong dan tong golek memang mem-belah sunyi-ku..]

Wednesday, January 23, 2008

~ YANG LAMA-LAMA ~

Sekadar kebetulan barangkali. Dalam sehari-dua terkebelakang ni, aku kerap didatangi rakan2 yang lama dalam kenalanku. Menyapa dan membawa ingat yang lalu2 dalam ruangan mata.

Semalam, ketika kesibukan dengan urusan kerja yang menghambat aku tersua seorang kenalan lama. Aku terlebih dahulu melihat kelibat dia tetapi tiada keberanian mahu menegur. Manalah tahu kalau2 aku sudah tidak di dalam kenal dia. Ermm.. pertemuan terakhir barangkali sekitar 2004 atau 2005 yang lalu.

Pun begitu, apabila melihat keletah dia tidak berkurang seperti dulu, aku tiba2 memberanikan diri untuk menegur dan menghulur salam. Ya.. benar, ternyata dia tidak perasan wujud aku di situ apabila tiada petanda yang direaksikan dia. Namun beberapa saat selepas menyimpan salam, dia menoleh kembali ke wajahku dan terus menyebut tepat namaku dengan suara yang bernada dia. :) Yaa.. dia gagal mengecam wajahku di celah2 manusia yang lain itu. Dan setelah aku dalam pengecamannya, situasinya menjadi sungguh lucu. Layak seperti program jejak kasih pula jadinya. Kenalan ini masih lagi riuh dan bising seperti beberapa tahun dulu.

Pertanyaan pertama darinya, "kenapa nampak lain sangat? dulu muka bulat, sekarang dah panjang.. Terus dah tak kenal. Padahal, duduk sebelah jer.." Terus sahaja aku melepas tawa besar apabila mendengar pertanyaan yang begitu. Selalunya, mereka yang lama tidak bersua aku akan berkata perkara yang serupa. Hakikatnya aku tidaklah merasa seperti itu. Berat badanku sama sahaja timbangannya. Mungkin kerana aku lama tidak melintas dalam pandangan mereka. Sebenarnya sama sahaja fizikalku. Cuma kalau berubah pun, mungkin wajah yang semakin mencengkung kini. Berdepan dengan masalah tidur yang semakin berat. Tambahan pula sejak aku kembali rajin menulis ini. Ermmm..

Sebentar tadi, aku juga baru selesai berbual di skrin dengan seorang sahabat lama juga. Lama tidak mengatur bual dengan dia seperti mana hari ini. Bertahun juga barangkali. Dan entah bagaimana, dia dapat menjejak aku hari ini. Bukan tidak mengingat dia, cuma mungkin tidak pernah punya kesempatan itu. Sms daripadanya awal pagi tadi yang bunyinya seperti membuat temujanji untuk mengatur bual di skrin itu ternyata membuat aku begitu teruja. Lalu apabila bercerita dengan sahabat lama ini, maka terkeluarlah juga segala kenangan yang lama2 itu.

Tertarik aku dengan sebaris kata2 dari dia. "Seronokkan kalau ada orang ingat kita.. atas apa jua alasan.." Yaa.. aku seronok apabila sahabat lama ini masih ingin bertanya khabar tentang aku. Persahabatan itu harus terpeliharakan. Itu yang sepatutnya ada dalam ingat kita selalu.

[Men-jejak sahabat2 lama..]

Monday, January 21, 2008

~ MENGGAMIT YANG LALU2 ~

Teringat kenangan di zaman persekolahan. Dulu ibu selalu membekalkan aku dengan kismis kotak begini ketika ke sekolah. Alasannya ia dapat membantu meningkatkan daya ingatan ketika belajar. Mulanya aku tidak pernah menyukainya. Sehinggalah ia terkumpul beberapa kotak di dalam beg sekolah dan dijumpai ibu.

Bising ibu yang menganggap aku tidak menghargai usaha yang dibuat dia. Ermm... sejak kejadian itu dan demi menjaga hatinya, aku mula mengambilnya sebagai sesuatu yang perlu. Dan ia kemudiannya menjadi amalan sehingga habis sekolah.

Petang tadi, aku ternampak bungkusan yang hampir serupa ketika singgah di sebuah stesen minyak. Cukup menggamit kenangan lalu. Terus sahaja aku dapatkannya untuk beberapa kotak. Menariknya, didalam kotak yang mengandungi paket kismis ini juga diberikan percuma sepotong doa. Setiap kotak mengandungi doa yang berbeza2 di dalamnya.

[Ter-kenang rakan sepermainan di-zaman anak-2... :) Mohd Izani Hamzah..]

~ MELAYAN RASA KECIL HATI ~


Telah beberapa hari aku mendiamkan diri di layar ym. Senyap. Begitu pun selalu selalu protesku untuk memberitahu aku sedang berkecil hati. Baik begitu tanpa perlu membuat bising. Sudah penat mahu berbuat bising kerana bising itu tidak merubah apa2 dan akan tetap juga berulangan.

Pada siapa? Seorang sahabat yang aku menganggapnya sahabat. Dia kerap berbuat perkara yang serupa dan kerap akan menjelaskan serupa. Ermm... sekali lagi pada kali ini. Yaa.. benarlah katanya suatu masa dulu, kami memang 'tidak secolor'.

[Marah dengan penoh diam.. kechil hati dengan penoh rasa..]

Sunday, January 20, 2008

~ MENGISI YANG TERLUANG ~


TAJUK : Hati Yang Terusik
PENULIS : Nia Azalea
TERBITAN : Alaf 21 Sdn Bhd
HALAMAN : 545 Muka Surat
HARGA : RM19.90

[Ber-usaha untok men-jaga hati..]

Saturday, January 19, 2008

~ MEMBIDIK ~

Sejak kebelakangan ini aku begitu rajin membidik kamera yang dulunya tersadai di tepi meja ini. Ia langsungnya setelah beberapa kali ditegur si kecil, kenapa tidak pernah dia melihat aku menggunakan kamera itu. Malah dia turut mencadangkan agar aku merakamkan sahaja foto2 comelnya supaya kamera itu menjalankan fungsinya. Ahh.. si kecil ini ada sahaja akalnya.

Semalam ketika melayan kebosanan berdepan kesesakan jalanraya yang serabut, aku membidik beberapa keping foto dari dalam kereta. Tiada dalam kepakaran, justeru foto2 itu tidaklah begitu menarik. Pun begitu, terasa sedikit puas dengan hasil sendiri.

Foto2 di atas aku rakamkan ketika melalui jalan Bangsar (gambar atas) dan jalan Klang Lama (gambar bawah).

[Sekeping foto yang men-cherita-kan segala2nya..]

Friday, January 18, 2008

~ MEMANG BENAR ADA RINDU ~

(Kredit Foto : Filem Anak Halal)

Seketika tadi, aku baru sahaja selesai mengatur bual dengan ibu arwah dr jiwa. Lama aku tidak bertanya khabar ibu ini dan malam ini dia yang muncul bertanyakan khabar aku. Ermm... aku bukan lupa, cuma kesempatan tidak begitu ada untuk aku berbual begitu.

Hampir satu jam kami berbual. Itu dan ini. Walaupun aku cuba menceria suasana dengan cerita2 harianku, aku terkesan ibu arwah tidak berkeadaan seperti adanya. Lain sahaja nada suaranya. Ermm... mungkin dia terlalu rindukan arwah. Yaa... satu-satunya zuriat yang dipunyai telah pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya. Dan sejak pemergian arwah setahun setengah yang lalu, tiada siapa lagi tempat dia bergantung harap. Aku tahu itu.

Malam ini, banyak benar dia membawa kembali cerita arwah. Kenangan yang disimpan rapi dalam ingat dan hatinya. Aku banyak menjadi pendengar. Sesekali bertanya untuk memberi respon kepada ceritanya. Errmmm... wanita yang sedang kebanjiran di hati. Bagaimana mampu aku meredakan tangis rindu yang ada di dadanya itu?

Seketika aku terkenangkan kisah lalu. Arwah sewaktu hayatnya benar berhasrat mahu membina kerjaya di hiruk-pikuk kota ini setelah kami tamat pengajian. Semua permohonan kerjanya dihalakan ke sini. Kenapa? Itu soalan yang pernah aku tanyakan buat dia. "Mahu hidup berdikari.." Dia menjawab pendek. Jawapan yang sama setiap kali aku suakan soalan yang sama.

Namun sudah tertulis rezekinya di bumi sendiri... nun di utara semenanjung tanahair. Bukan satu tawaran tetapi lebih daripada itu dan kesemuanya meletakkan dia di bumi sendiri. Akhirnya dia terpaksa akur dan menerima tawaran di sana. Namun agak mengejutkan aku, dia berpindah untuk tinggal dengan rakan2 bujangnya walaupun tempat pekerjaaannya itu dalam daerah yang sama dengan rumah si ibu. Sekali lagi aku tanyakan kepada dia. "Kenapa?" Tindakan itu telah memberi jarak kepada dirinya dan sang ibu. Sedangkan hanya dia satu-satunya harta yang dimiliki ibu dan tentunya akan membuat kecewa yang banyak kepada ibu.

(Perbualan yang diolah kembali tetapi masih dengan maksud yang serupa..)
ARWAH : Awak tak faham
AKU : Kalau macam tu, tolonglah fahamkan saya.. (senyum..)
ARWAH : Saya ni lelaki... sampai bila nak berkepit dengan mak saja
AKU : ???
ARWAH : Saya nak kerja kat KL... nak hidup berdikari.
ARWAH : Kalau kat sini...
ARWAH : Mak tak bagi saya duduk menyewa dengan kawan2.
ARWAH : Kena duduk dengan mak.
ARWAH : Saya bosanlah.
AKU : ???
ARWAH : Ermm.. please dun get me wrong.
ARWAH : Bukan bosan pada mak..
ARWAH : Tapi bosan sebab dunia saya jadi sempit.
ARWAH : Saya rasa tak bebas.
ARWAH : Tiap2 malam mak tunggu saya balik untuk bukak pintu
ARWAH : Selalu telefon tanya saya kat mana.
ARWAH : Ehhhh... saya ni bukan perempuan laa.. (dengan nada yang sedikit meninggi)
AKU : (Aku sengaja tidak mencelah.. saja mahu mendengar ceritanya dengan penuh)
AKU : Itu saja sebabnya?
AKU : Awak tau tak, awak ni terlalu pentingkan diri sendiri.
AKU : Tak fikir ker kenapa mak buat macam tu?
AKU : Tak fikir ker apa yang mak rasa...
AKU : Nak fikir kepala awak jer... dan kepala kawan2 tersayang awak tu
AKU : Sanggup nak pindah rumah dan duduk dengan diorang
AKU : Sebab apa... sebab bosan mak banyak tanya..
AKU : Sebab rasa lebih bahagia bila dengan kawan2
AKU : Sebab rasa kawan2 lagi penting daripada mak kan..
ARWAH : Ehh.. awak cakap baik2 sikit yea.. (terus dia memalingkan mukanya tepat ke arahku)
AKU : Habis apa?
AKU : Memang kawan awak tu lagi penting kan..
AKU : Sebab itulah angkut semua kain baju pergi duduk dengan diorang.

Errmm.. tiba2 sahaja perbualan santai itu bertukar menjadi perdebatan besar. Sejak itu, aku tidak lagi berhubung dengan dia seperti biasa. Saja menunjukkan rasa protes. Dia juga begitu. Kurang senang dengan cakap2 ku yang mungkin kedengarannya seperti cuba mencampuri urusan peribadinya. Ya... mungkin aku 'sedang mencampuri'... kerana aku menganggap mereka dua beranak itu sebahagian dari keluarga.

Dua atau tiga minggu lebih selepas itu aku mendapat khabar ibu arwah di hospital. Kurang pasti apa puncanya. Cuma yang ku ingat, bukan arwah yang membawa ibu ke hospital. Arwah bersama kawan2nya di rumah bujang mereka ketika itu. Jiran mereka yang menghulur bantu. Itupun pada esok paginya. Mujurlah ibu masih bernyawa. Ketika itu, aku pula tidak punya kesempatan untuk menjejak ke utara semenanjung tanahair. Justeru hanya mendengar cerita sahaja. Tidak pula aku tanyakan kepada arwah kerana sedang bertambah nada marah kepada dia.

Berselang minggu selepas itu, aku menghubungi ibu arwah untuk bertanyakan khabar. Ada berita gembira yang disampaikan. Rupa-rupanya arwah sudah kembali berpindah dan tinggal bersama ibu. Ermm.. itu yang sepatutnya. Andai sesuatu yang buruk terjadi kepada ibu ketika itu, sudah tentu dia yang akan menyesal seumur hidupnya. Itu yang aku katakan kepadanya ketika itu. Aku tahu dia bersetuju dengan kata2 itu walaupun dia tidak mengatakannya dengan perkataan.

Malam ini, ibu mengimbas kembali cerita itu. Cerita beberapa tahun dulu. Cerita ketika arwah masih ada hayat. Ermm.. yaa.. kelihatan ibu benar2 merindui arwah. Benar2. Hujung mei ini, genap 2 tahun pemergian arwah.

Dan sesuatu yang masih terkesan sehingga aku menulis entri ini ialah apabila sebelum menamatkan talian, ibu arwah yang dipanggil 'makcik' oleh ku sejak sekian lama ini, tiba2 membahasakan dirinya dengan panggilan 'mak'. Aku diam sahaja dan tidak mempersoalkan apa2. Ermm.. Dia tiada siapa2 lagi dalam hidupnya... namun dia ada dalam hidupku. "Mak, saya mahu mencontohi mak.. kuat dan tabah berdepan hidup yang keras.."

[Kembali membelek-2 diari arwah yang di-beri-kan sebagai hadiah harijadiku sebelum pemergian-nya hamper 2 tahon lalu..]

Thursday, January 17, 2008

~ BERSYUKUR ~


"Jika tak dapat apa yang kita suka,
belajarlah menyukai apa yang kita dapat...
dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

[Ber-syukor apa yang ada, ber-sabar apa yang kurang]

Wednesday, January 16, 2008

~ REZEKI DI MANA-MANA~

Semalam aku punya kesempatan mengatur bual dengan seorang encik ini. Dia adalah antara orang yang menghidu minat dan kecenderunganku dalam bidang penulisan ini. Sering dia menggalakkan aku menulis dengan lebih serius seperti dirinya. Kerap juga dia menasihatkan aku supaya lebih berani dalam mengketengahkan bakat yang ada (berbakatkah? Ermm.. ia sekadar suka2..).

Sebenarnya dia tidak tahu, aku telah lama menulis. Aku punya beberapa manuskrip novel tulisanku. Malah aku juga kini sedang menyumbang cerpen (bersiri) kepada salah satu laman di internet. Juga tiada siapa yang tahu buku cerita kanak2 tulisanku pernah diterbitkan dan dijual di pasaran pada tahun lalu. Itu rahsia aku dan tidak dalam tahu orang lain.

Sebenarnya, paling dekat denganku adalah dunia puisi. Aku lebih tertarik untuk menulis puisi. Setiap puisi tulisanku terakam diatas cerita benar yang dilalui seharian. Sehingga kini aku telah menulis lebih 200 buah puisi. Mungkin ia tidak sebaik tulisan penulis2 lain yang bernama besar, namun aku puas dengan tulisan itu.

Berbalik kepada perbualan bersama Encik J tadi, dia melorongkan peluang kepadaku. Dia mahu aku menyiapkan sebuah novel yang berhalaman 400-500 muka surat. Belumpun aku menggangguk atau menggeleng, dia siap siaga dengan perbincangan tentang bayaran juga. Encik ini mencadangkan agar aku mengambil bayaran secara royalti. Aku hampir melepas tawa besar. Royalti?

AKU : Tak sesuailah nak royalti2 ni...
ENCIK J : Habis tu, lamsam?
ENCIK J : Berapa sangat awak dapat kalau bayar macam tu?
AKU : Penulis yang tak bernama nak royalti apanya?
AKU : Silap2 haribulan hanya 7 naskah sahaja yang terjual..
AKU : Entah2.. ermm.. terpaksa beli sendiri.. hahahaa
ENCIK J : (tersenyum)
ENCIK J : Nak menggapai cita2 kenalah berani..
ENCIK J : Percaya diri.
ENCIK J : Kena bersusah2 dahulu..
ENCIK J : Kejayaan itu kan bermula dengan kegagalan..
AKU : Errr.. (terus diam dan termalu dengan diri sendiri)
ENCIK J : Rezeki kan ada di mana2..
ENCIK J : Cumanya kita tak tahu banyak mana untuk kita jer.
ENCIK J : Berusaha sajalah..
ENCIK J : Ingat, rezeki tu Tuhan yang bagi..

Kata2 Encik J terus sahaja dalam terbenam ke kepalaku. Ermm.. termalu sendiri. Aku akui kebenaran kata-katanya. Percaya diri. Aku mungkin kurang dari segi itu. Tahap keyakinan diri itu sangat sedikit yang aku miliki.. ermm.

Sebentar tadi pula, baru sahaja selesai berbual dengan adik lelakiku, botak di telefon. Juga soal rezeki. Dia menghubungiku semata2 kerana mahu aku memohon pekerjaan di sebuah tempat ini. Jawatan yang memang bersesuaian dengan kelayakan ijazah yang dimiliki aku. Aku diam sahaja. Ermm.. Sebenarnya, pekerjaanku yang sekarang tidak begitu disenangi keluarga. Bukanlah mereka tidak merestuinya, cuma mereka sebolehnya mahu aku memilih pekerjaan lain yang lebih sepadan.

Sejak akhir2 ini pula, botak begitu berusaha mencarikan pekerjaan baru buatku. Aneh mengenangkan tingkahnya. Sanggup juga dia datang pada waktu rehat ke ruang pekerjaanku hanya untuk memberikan aku sekeping borang permohonan kerja. Beriya2. Ermm... Semakin kerap pula dia mahu mengambil berat soalku. Ya.. kerap. Penat aku mahu menggeleng kepala. Biarlah dia..

Aku percaya soal rezeki. Cuma mungkin ketika ini, rezekiku tertulis di sini. Dan rezeki pada hari esok, Tuhan sahaja yang tahu.

[Tiba-2 ada rasa ingen mula menulis secara serius.. erm..]

Tuesday, January 15, 2008

~ TIDAK SENANG HATI ~


Sepanjang hari ini, aku berasa tidak senang hati. Seperti ada sesuatu yang tidak kena... tetapi entah apa. Aku membuat tekaan dan telahan. Ermm.. mungkin benar, mungkin juga tidak. Namun andai telahan itu benar, aku perlu melihat ia sebagai suatu yang serius. Ini kerana sebelum ini aku pernah suarakan soal itu dan ia berulangan. Ermm.. ya berulangan. Justeru, jangan salahkan aku andai aku bereaksi seperti yang dialu-alukan.

[Aku ada hati.. aku ada perasaan... justeru, aku juga ada kemarahan yang sama]

Monday, January 14, 2008

~ ALAHAI SI KETAM ~

Entah apa yang patut aku reaksikan untuk si ketam ini. Mahu marah pun ada ada.. mahu ketawa pun ada. Awal pagi tadi, aku ada membuat sedikit perbincangan pendek dengannya untuk satu urus pekerjaan yang akan berlangsung hujung bulan ini.

Oleh kerana untuk majlis yang sebelumnya aku telah dengan rela hati mengisi tempat, makanya untuk yang kali ini aku dengan jelas2 mengharapkan dia membuat urus. Dia memberi reaksi yang sedikit terkejut. Di luar sangkanya barangkali aku berjelas begitu.

Jujurnya aku sendiri tidak tahu apa yang sedang dalam fikiran dia. Apabila dia bercakap dengan orang lain, seolah dia mahu hadir ke majlis itu tetapi sengaja memberi laluan kepadaku.. Memberi laluan??? Ermmm.. Justeru, aku memberitahu dengan jelas kepadanya, aku tidak akan hadir untuk membuat urus itu. Namun, dia pula seperti terkejut. Cuba menolak-nolak supaya aku sahaja yang mengisi tempat. Aku sudah dapat mengagak dia akan bereaksi begini, namun aku lakukan itu untuk membuktikan bahawa cakap2nya itu sebenarnya hanya alasan untuk menutup kesalahan dirinya sahaja. Pening aku memikirkan dia. Lain cakapnya dan lain pula yang ditindakkan dia.

Dia sebolehnya menolak kepada aku.. Ermmm.. pun begitu aku telah membuat keputusan jelas. Biar dia sahaja mengisi tempat itu dan aku tidak akan menarik balik keputusan itu. Sementelah lagi aku juga mengetahui isi bualnya dengan cik kak yang seorang itu. Tingkahnya seperti mahu aku dilihat serong oleh orang lain. Ermm.. Alahai si ketam.. Apalah yang dosanya aku ini kepada dia agaknya.

Jadinya sekarang ini, dia tidak punya alasan lagi untuk menuding jari kepadaku. Terpulang dia untuk menyelesaikan bagaimana. Sebenarnya, aku tahu dia tidak pernah mahu mengisi tempat itu kerana dia sendiri tidak berminat berbuat begitu. Urus2 kerja yang berlarut panjang begitu selalunya ditolak kepada aku. Dan aku pula sering sahaja mengalah. Mengangguk untuk mengambil-alih agar tidak memberi sekat kepada urus pekerjaan lain. Dan dia terbiasa begitu. Pun begitu, lain yang dia lakukan, lain pula yang diberitakan kepada orang lain.. ermm.. sudahnya aku terpalit salah lagi dan lagi.. Kenapa yea..

Sebenarnya, kami diberikan beberapa tempat untuk membuat urus itu. Bagaimanapun setelah apa yang terjadi ini, aku tidak berhasrat untuk mengambilnya. Menolak dengan hemah supaya ia diberikan kepada orang lain sahaja. Cukup hanya 1 untuk si ketam ini.. Ermm..

[Enjet-2 semut, siapa saket naek atas..]