Wednesday, December 31, 2008

~ BULAN DAN BINTANG SAMA PERLUNYA ~


Azam untuk baru? Ermm... untuk tahun ini aku tidak berazam apa-apa. Azam yag ku ikrarkan tahun lepas pun belum terlaksana. Justeru, baik sahaja aku teruskan dengan azam itu. Cuma, apa yang aku harapkan agar kesihatanku baik-baik sahaja.

Jujurnya tahun 2008 bukanlah tahun yang begitu memberangsangkan buat aku dalam banyak perkara. Tiada 'kemenangan' yang aku raih. Hanya kegagalan silih berganti. Ini bukan suara rungutan atau putus asa daripadaku. Cuma mengingatkan diri sendiri agar lebihkan usaha untuk memperbaiki diri.

Ada tiga perkara yang perlu aku langsaikan 'tunggakannya' pada tahun baru ini. Soal hati dan perasaan, soal kemanusiaan dan soal impian. Soal yang aku sentiasa gagal membat pertimbangan mengikut kewajaran hati. Perlu memilih antara satu bulan dan bintang. Sedangkan mengikut perkiraanku bulan dan bintang itu sama perlunya dan tidak boleh dipilih.

Kalaulah aku punya kuasa, aku mahu memberikan 'cinta' kepada semua orang. Kalaulah aku punya harta, aku mahu memberikan senyum kepada semua orang. Malangnya, aku tidak berpunya apa-apa.

[Hamper sa-tiap tahon aku me-nutor soal seropa. Hamper sa-tiap tahon aku mem-buat harap yang sama... ber-arti jelas aku maseh gagal dalam impian-ku.. ermm..]

~ APAKAH ERTINYA ~


Apa yaa perasaan kamu jika ada orang bercakap tentang keburukan sahabat kamu? Aku cukup pantang tentang soal itu. Bukan mahu membela secara membuta-tuli, tetapi apakah ertinya sahabat kalau kamu juga melihat dengan nilai yang serupa.

Mereka yang mengenaliku pasti tahu akan kepantanganku dalam soal yang satu itu. Justeru, jangan dimainkan dengan soal yang begitu, kelak yang tidak pernah kamu saksikan akan menjadi kenangan buatmu.

Siang tadi, aku terjerumus dalam kelompok yang aku kurang senangi. Seorang rakan ini meminta sedikit pendengaranku kepada apa yag mahu dituturkannya. Fikirku ia berkait soal buah fikiran tentang sesuatu, namun meleset. Ceritanya ranum dengan membilang keburukan sahabatnya atau lebih tepat lagi sahabat baiknya.

Itu dan ini. Aku tidak bersuara, sekadar mendengar. Kalaulah dia boleh menutur sebegini kepada shabat baiknya, bagaimana pula dengan sahabat lainnya ya.. Wajarkah dia bercerita tentang keburukan sahabat baiknya kepaDa aku?

[Per-sahabat-an yang tidak akan mati.. per-chaya-lah]

Tuesday, December 30, 2008

~ MENGISI HIJRAH ~


Hijrah... ya hijrah. Aku sentiasa berjanji kepada diri untuk berhijrah ke arah yang lebih baik setiap masa dan ketika. Namun, sehingga kaki menginjak ke tahun 1430H ini, ternyata janji-janji itu belum penuh terlaksanapun.
Kecewa? Yaa.. sudah pasti aku dengan rasa itu. Namun, dari satu sudut yang lain, aku tidak sepatutnya merasa kecewa kerana ia sendiri tidak pernah ada usaha yang keras ke arah itu. Aku mengaku, setiap kali menjelang tahun baru, diri sentiasa menutur janji itu dan ini. Namun, berjalan masa meninggalkan bulan pertama, kita pasti akan kembali ke kehidupan dan kebiasaan selalu. Aku merujuk kepada diri sendiri.

Justeru, pasti sahaja janji itu gagal terlaksana andai usaha langsung tidak diiringkan bersama. Aku akui soal itu. Justeru pada tahun ini, aku amat-amat berharap agar kecuaian dan kesilapan lalu tidakkan terulang lagi. Seiring dengan pertambahan dan kematangan usia, aku perlu menginjak ke tahap yang lebih baik daripada kehidupanku sebelum ini.

Azamku? Mahu mengurangkan kesilapan yang kerap kali aku lakukan. Adalah mustahil kalau aku katakan tidak mahu langsung melakukan kesilapan kerana aku hanyalah manusia biasa yang kerdil dan serba kekuarangan. Selagi kita gelarnya manusia, selagi itulah kita akan melakukan kesilapan, besar mahupun kecil. Namun, atas janji dan ikrar dalam diri, aku mahu mengurangkan kesilapan-kesilapan yang sesuangguhnya dapat aku elakkan dengan perkiraan akal yang waras.

Dan.. seperti mana fitrah wanita lain juga, aku berharap agar jodohku dengan lelaki yang aku cintai itu diperkenankan. Ayah, restuilah kami. Ibu restuilah kami. Namun, andai antara kami ini memang sudah ditakdirkan tidak berjodoh, aku mendoakan agar jodoh yang ditentukan itu memberi bahagia kepada mereka semua. Aminnn...

[Ajal, maut, pertemuan... ermm...]

Monday, December 29, 2008

~ SALAM MAAL HIJRAH 1430H ~


SATU MUHARRAM

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untok Sepanjang Zaman

[Tidak sabar me-nunggu peng-hijrahan sa-saorang... mudah-mudahan men-jadi kenyataan]

Sunday, December 28, 2008

~ HADIAH KRISMAS ~




Masih dalam mood menyambut krismas... Tumpang bertukar hadiah sempena krismas. Juga menghabiskan waktu hari ini dengan turun naik gedung mencari sedikit keperluan terutamanya baju kerja. Mujur ada peneman setia yang jarang mahu membuat karenah keras. Terima kasih.

[Tiba-2 ter-kenang aruwah D.. ermm..]

Saturday, December 27, 2008

~ USAH DITANYA TENTANG MARKAHNYA.. ~



Petang semalam, kakak pulang ke kampung halaman mengikut abang yang kebetulannya ditugaskan untuk bekerja luar daerah di sana. Justeru, hari ini aku mengisi aktiviti sendiri. Menonton di skrin lebar dan turun naik gedung yang tentunya bukan sendiri.

Namun setelah setengah waktu, adik lelakiku menghubungiku dan memberitahu mahu datang ke rumah dan menghabiskan cutinya di rumah. Ermm... mungkin juga kerana dia risau apabila mendapat tahu aku berseorangan di rumah dan memutuskan mahu menemankan aku. Ermm.. Mahu tidak mahu, aku harus bersegera pulang ke rumah.

Pulang ke rumah, dia sudah siap siaga menunggu di depan pintu. Aku terlewat hampir setengah jam. Kesian pula apabila dia mengadu lapar. Mulanya aku mencadangkan dia agar kami makan di luar sahaja, tetapi apabila dia menunjukkan rupa 'tidak larat' nya, aku tiada pilihan lain selain memasak untuknya. Memasak??? Yaa.. memasak.

Berpandukan sebuah buku masakan, aku 'membelasah' sahaja secukup rasa. Namun, apabila melihat aku terkial-kial di dapur yang situasinya bagai kapal karam itu, adik turut membuat sibuk. Kesian melihat 'kepayahan' aku menurut satu-persatu apa yang tertera di buku resipi itu barangkali. Atau mungkin juga kerana aku mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkan masakan itu.

Ermm... sudahnya kami akhirnya memasak bersama-sama. Entah siapa chef, siapa pula yang menjadi pembantunya. Lucunya, hasilnya tidak pun menjadi seperti mana yang digambarkan dalam buku tersebut. Pun begitu, adik makan siap dengan nasi tambah. Berselera seperti yang memasaknya adalah ibu. Hahahaha...

Aku kurang pasti, berseleranya adik apakah kerana dia lapar? Atau kerana dia tiada pilihan? Atau kerana mahu menjaga hatiku? Ermm.. ataupun masakan itu memang benar sedap? Aku tidak fikir adik memilih jawapan yang terakhir itu.. :) Kamu sendiri boleh mengagak apabila melihat gambar hasil masakanku itu. Sungguh menakutkan... hahaaha..

Apapun, aku tidak akan bertanyakan kepadanya tentang markah untuk masakanku itu kerana aku sendiri sudah maklum akan jawapan untuk soalan itu. Arghhh.. asal saja dapat mengisi perutnya... soal tidak sedap itu simpan sahajalah. Dia pun tahu setakat mana kemampuanku dalam soal ini.

[Masakan ibu tetap numbor satu... asam pedas tentu sekali men-jadi igauan]

~ WANG YANG TIDAK DIHALALKAN ~

Untuk kesekian kalinya aku berdepan dengan karenah pemandu teksi yang suka mengambil wang yang 'tidak halal'. Siang tadi, aku dari rumah ke M.V dengan menggunakan perkhidmatan sebuah teksi ini.

Seawal membuka pintu teksi lagi aku sudah berasa kurang senang dengannya. Bayangkanlah, baru sahaja 5 saat aku duduk bersandar di kerusi empuknya itu, meter yang tertera RM.2.00 itu terus bergerak laju. Sudahlah dia menggunakan jalan lama, sebaik tiba di lokasi dan aku menghulurkan sekeping note merah kepadanya untuk meter yang menunjukkan harga RM7.20. Dia terus mengambil note merah itu dan memasukkan ke poket kemeja putihnya dan kemudiannya mengatakan kepadaku dia tidak punya wang kecil. Apa maksudnya itu???

Aku terus menjenggilkan mataku dan minta dia mengulang apa yang dikatakan tadi. Terus sahaja dia membuka dompetnya dan kelihatannya bersepah note RM1 di dalamnya. Dia mengambil dua keping note Rm1 itu dan memberikan kepadaku. Aku bertanyakan kepadanya berapa tambang sebenar yang dia kirakan kerana ternyata meter menunjukkan RM7.20. Aku membuka dompet untuk memberikannya syiling 20 sen, belum sempat aku keluarkannya, dia dengan nada sedikit meninggi suara mengatakan RM8.

Oleh kerana aku benar mengejar masa, makanya aku tidak mahu bertekak mempertahankan hak dengannya. Namun, sebaik turun dari teksinya itu, aku menghempas pintu keretanya sekuat yang mungkin sehingga beberapa mata menghulur pandangan ke arahku.

Ermm... halalkah wang itu untuk dibawa pulang dan diberi makan kepada isteri dan anak-anak yang tidak berdosa? Bukan aku mahu berkira dengan wang yang tidak seberapa itu, tidak akan jadi kayapun aku dengan berkira sampai begitu, cuma aku menjadi sakit hati apabila ada manusia yang dengan senang hati mahu 'merompak' sesuatu milik orang lain dengan cara yang begitu. Bayangkan sahaja, apabila mereka yang menjadi mangsa itu menyumpah-nyumpah dan mendoakan sesuatu yang tidak baik buatnya... Apa pula yang terjadi dengan wang 'tidak halal' itu yang akhirnya menjadi darah daging? Sepatah kata Nabil, 'Lu Pikirlah sendiri...'

[Sa-suatu yang tidak halal dan men-jadi darah daging....]

~ AL FATIHAH ~


PETIKAN BERITA DARI : www.mstar.com.my

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan mangkat

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada pukul 11.45 pagi tadi. Baginda berusia 86 tahun.

Demikian disahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Norzam Mohd. Nor, lapor Bernama. Tuanku Ja'afar lahir pada 19 Julai 1922 di Klang, Selangor dan merupakan Yang di-Pertuan Agong yang ke-10 iaitu dari 26 April 1994 hingga 25 April 1999. Norzam yang membuat pengumuman itu di hospital tersebut berkata, Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.

"Baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi dan pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr. Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku," kata beliau pada sidang akhbar khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini.

Turut hadir ialah anggota kerabat diraja Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Arifin Omar. Norzam berkata, ketika dua pakar itu tiba di Istana Hinggap pada pukul 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan supaya baginda di bawa ke HTJ untuk rawatan segera.

"Berdasarkan itu, baginda telah dibawa ke HTJ dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh doktor pakar termasuklah memberi rawatan kecemasan.

"Saya ingin memaklumkan di sini bahawa Tuanku Ja'afar telah mangkat pada pukul 11.45 pagi di HTJ," katanya.

[Al Fatihah... mudah-mudahan di-tempat-kan di-kalangan orang-2 yang ber-iman.. aminnn..]

Friday, December 26, 2008

~ TSUNAMI 4 TAHUN ~



Al Fatihah dan takziah untuk mangsa yang terlibat dengan bencana tsunami yang menggemparkan dunia pada 26 Disember 2004 yang lalu. Bencana yang memusnahkan Acheh itu turut melanda beberapa negara Asia yang lain dengan mengorbankan beribu nyawa dan memusnahkan sebahagian besar harta benda di negara-negara yang terbabit itu. Kejadian yang sungguh menyayat hati terkenang sehingga kini bukan sahaja dari kalangan keluarga yang terlibat, tetapi buat kita yang punya rasa kemanusiaan..

[Mudah-mudahan benchana serupa tidak lagi ber-tandang... aminn]

~ LANTAI JARI BERCERITA ~


TEGUH LINDUNGAN

Lantai ini lantai T. Pinkie
Tempat penglipurlara
Mengubati luka jiwa
Nak payah untuk sembuhnya


Lantai T. Pinkie lantai sengsara
Jiwa nan lara insan nan mesra
Antara dunia nyata berbeza
Ataupun hikayat cuma

T. Pinkie berkocak jantung berdegup
Memilih satu kepastian
Anjuran bijaksana
Pada batin yang gering

Hatiku rahsia malam yang suram
Menyusur zaman kenangan
Mencari pangkal yang hilang
Sebuah teguh lindungan

T. Pinkie hati terusik
T. Pinkie ayu jelita
T. Pinkie hati berbisik
T. Pinkie kau bahagia..

LAGU : Pak Ngah
LIRIK : Rosminah Tahir

[Yaa.. lantai ini juga seperti lantai t. pinkie..]

Thursday, December 25, 2008

~ MERRY CHRISTMAS ~


Selamat menyambut hari krismas kepada teman jiwa dan keluarga. Mudah-mudahan hidup sentiasa berlangsung dalam keadaan yang menyenangkan selalu. :)

[Me-nunggu hadiah istimewa dari en santa claus..]

Wednesday, December 24, 2008

~ TIDAK AKAN TERGADAI ~

(Kredit Foto : Filem Histeria)

Benar, aku tidak pernah bersetuju dengan apa yang 'dipilih' oleh sahabatku yang seorang itu. Namun, setiap manusia punya hak mereka sendiri. Justeru, biar sahaja dia dengan kehidupan yang dipilihnya. Aku bersahabat dengannya atas dasar nilai persahabatan yang ada padanya, tidak selain itu. Walaupun sesekali atau kerap kali juga dia membuatkan aku berkecil hati dengan 'nilai' yang diisi dalam persahabatan itu, aku sentiasa cuba untuk tidak melihat dengan keras.

Baru-baru ini (entah sudah berapa lama, aku kurang pasti) untuk kesekian kalinya, aku membuat senyap kerana berkecil hati. Senyap itu mungkin lebih baik buat sahabat itu barangkali. Justeru, dalam keadaan yang senyap itu, aku langsung tidak berhubungan dengannya lagi (bukan aku sahaja, dia juga).

Namun, siang tadi, ada kenalan yang bercerita tentangnya. Membuat tanya juga kepadaku tentang itu dan ini. Dengan harapan aku juga akan membuka cerita serupa, pelbagai soalan provokasi dijolok jelas. Ermmm.. Mungkin kenalan ini belum mengenaliku barangkali.

Menjual cerita sahabat sendiri tidak pernah terlintas dalam segala niat dan rasaku. Baik buruk yang termiliki sahabat itu, dia tetap sahabat. Benar kami sedang dalam ribut, aku membuat marah yang keras, tetapi gelarnya sebagai sahabat tidak pernah tergugat. Malah, kalau menjadi musuhpun dia, situasinya masih tetap sama. Amanah tetap amanah. Titik.

[Tidak ramai kawan yang bolih men-jadi sahabat ]

Tuesday, December 23, 2008

~ LAGU KITA ~


LAGU KITA
by aizat

Deras hatiku berdetar
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam, teman kita
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus,
Menyanyi lagu ini untukmu,
Walau berjuta mendengar,
Lagu ini hanya untukmu,

Arah hidup kita,
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

[Lagu kita ber-lagu...]

Monday, December 22, 2008

~ SEKAWAN BURUNG ~






Jika kamu pernah melalui jalan yang berhampiran dengan Zoo negara pada sebelah petang, 'permandangan' ini akan mengisi pandangan kamu. Sekawan burung gemar sekali bersiar-siar dan bertenggek di tiang-tiang lampu dan papan tanda di sepanjang jalan tersebut. 'Meninjau' kesesakan' jalan raya di kawasan tersebut barangkali.

Foto yang aku rakamkan ini ketika hujan lebat membasah bumi. Namun, sekawan burung-burung ini masih meneruskan aktiviti mereka itu. Agaknya, aktiviti yang menjadi kemestian buat mereka itu begitu menyeronokkan. Memerhatikan bandaraya yang sentiasa bising dengan sesak dengan segala macam isiannya.

Aku mula memerhatikan 'kegiatan' burung-burung ini setelah diberitakan AA kepadaku. Kebetulan beberapa minggu lalu, kami melalui kawasan ini dan aku berjaya membidik aksi sekawan burung-burung ini. Sungguh comel sekali.

[Aku juga maseh ada di-sini biar hujan lebat mem-basah bumi sekali-pon]

Sunday, December 21, 2008

~ BERTEMBUNG EGO SCORPIO ~


Apabila Scorpio merajuk dengan scorpio siapa yang harus mengalah? Ermm... menurut pembacaan horoskop, mereka yang menaungi bintang ini selalunya seorang yang mempunyai ego yang sangat tinggi.

Aku akui itu kerana kebanyakan scorpio yang ku kenali dekat juga mempunyai sikap yang serupa. Malah, teman jiwa juga menaungi bintang horoskop yang sama. Sikapnya seperti membiaskan sebahagian diri aku juga.

Sahabat mei pernah menegurku kerana sikap ego yang didakwanya sentiasa aku kelek ke mana sahaja pergiku. Malah katanya sikap ego yang bermilik aku itu mengalahkan dirinya yang lazim berkeliling dengan soal itu dalam kedudukan kerjayanya. Ermm..

Namun, padaku ego ku itu atas dasar prinsip dan pendirian diri. Sekali membuat keputusan, keputusan itu sama sekali tidak akan ditarik kembali. Melalui prinsip juga kita dapat membina diri.

Berbalik kepada soal tadi, 2 minggu lalu ada sedikit rajuk yang berlangsung dengan scorpio juga. Aku diam, dia diam. Hubungan persahabatan yang akrab itu seakan melerai dengan senyap. Aku mempertahan egoku dan dia juga melakukan perkara yang sama. Keakraban itu perlahan-lahan menjadi jauh. Ermmm....

Huhuhuhu... Panjang umurnya. Ketika aku hampir menyiapkan entri ini, sahabat ini tiba-tiba muncul di layar skrin ym menyapaku. Dia seperti mendengar, aku sedang memperkatakan tentang dirinya di ruang ini... :)

[Apa-bila laut surot dengan tiba-2..]

Saturday, December 20, 2008

~ TAMADUN ~


TAMADUN
by a. rahim abdullah
(Petikan dari buku : Di Hujung Utophia)

Pasir-pasir kasar terhampar
Menampar-nampar
Manusiapun mengejar
Gelar-gelar besar
Modal menjalar
Ke dasar-dasar lebar
Yang mengejar leher-leher lapar
Kemudian segalanya
Terkapar, terbiar dan kehilangan liar

[Manusia memang senantiasa mengejar gelar-2 besar]

Friday, December 19, 2008

~ SAHIBBA ~


Nostalgia. Yaa.. ia benar-benar mengundang nostalgia tatkala memandang permainan SAHIBBA yang masih dijual di pasaran sehingga kini. Suatu masa dulu, ketika kecil, ayah membelikan kami adik-beradik permainan ini. Mungkin itu kemampuan ayah ketika itu walaupun orang lain sudah sibuk dengan permainan yang lebih maju dan canggih dari permainan ini.

Pun begitu, ketika itu kami sudah cukup-cukup seronok dengan permainan itu. Tambahan pula, ayah memang tidak membenarkan kami terutamanya anak-anak perempuanya keluar bermain dan bercampur dengan rakan-rakan sebaya di luar rumah. Masa kami banyak bersama adik-beradik di rumah. Bertemu rakan-rakan hanya ketika di sekolah.

Justeru, hadiah dari ayah ini umpama emas buat kami ketika itu. Sekurang-kurangnya tidaklah kami bosan tidak tahu mahu berbuat apa selain membaca buku. Masih terkenang di ingatan, bagaimana kami hampir setiap masa kelapangan, pasti akan bermain permainan ini. Dalam satu hari, entah berapa kali permainan itu diulang-ulang.

Ermm... kini semua itu sudah tinggal kenangan. Justeru, saat melihat permainan ini masih wujud lagi di celah-celah kecanggihan segala macam jenis permainan baru yang lebih moden dan menyeronokkan, kenangan lalu begitu menggamit.

Lalu, siang tadi aku membeli semula permainan ini. Kakak juga mempunyai kenangannya yang sama. Lalu kami disertai si kecil, meluang sedikit masa untuk bermain kembali permainan ini. Sungguh!!! Kenangan sewaktu kami masih anak-anak begitu jelas mengisi ruang ingatan saat ini.

[Se-waktu maseh anak-2, aku ketinggalan banyak per-kara ber-banding rakan-2 laen. Ayah tidak punya ke-mampu-an besar seperti mana keluarga mereka...]

Thursday, December 18, 2008

~ JANDA ? ~


Janda ! Gelaran yang diberikan kepada wanita yang kematian suami atau telah berpisah dengan suami yakni bercerai. Di dalam masyarakat, golongan ini sering di pandang serong. Setiap langkah kaki sering disalah ertikan. Malang sekali apabila golongan wanita sendiri yang yang menjadi sebahagian daripada masyarakat yang memandang serong kepada golongan janda ini.

Selalunya golongan janda ini dianggap sebagai pengacau. Pengacau kepada ketenteraman rumahtangga orang lain, pengacau kepada keharmonian masyarakat setempat dan sebagainya. Sepatutnya golongan ini dibantu dan dilindungi dengan sebaiknya kerana mereka hilang tempat bergantung, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

"Dasar janda tidak bermaruah.."
"Alaa.. janda, biasalah."
"Kalau dah janda tu, memang macam tu.."
"Alaa.. janda ni kerjanya cari laki oranglah"
"Apa yang kau harap sangat kalau dah janda.."

Petang semalam, aku tiba-tiba hilang pertimbangan apabila seorang rakan di tempat pekerjaan dengan bongkaknya menghina golongan ini. Peliknya, ibunya sendiri juga merupakan seorang janda. Namun, dia menghunus kata tanpa pertimbangan yang waras.

Buat kali pertamanya, tanpa berselindung aku menegur sikapnya itu. Menyatakan tanggapan yang selalu dia berikan kepada golongan wanita yang bergelar janda ini sama sekali tidak tepat. Bergelar janda, bukanlah kemahuan dan kehendak mereka. Harus kena ingat dan faham itu. Kenapa harus prejudis kepada mereka?

Apakah kerana kehilangan seorang lelaki (suami) bererti mereka ini harus segera sibuk mencari pengganti? Apakah kerana itu semua mereka dituduh cuba untuk merampas lelaki yang sudah menjadi hak bermilik orang lain? Apakah kerana itu mereka dituduh tidak bermaruah?

Rakan tadi diam. Senyap apabila bertalu aku mempersoalkan sikap prejudisnya itu. Semakin senyap apabila aku mengingatkan dia, andai suatu masa dia pula yang berada dala golongan itu. Apakah hanya kerana title itu, makanya apa yang dia lakukan adalah berbau 'busuk'?

[Paku dulang paku serpih..]

Wednesday, December 17, 2008

~ BERSYUKURLAH APA YANG ADA WALAU DATANG TIDAK BERMINTA ~

Kelmarin, aku pulang ke rumah menaiki bas atau lebih diperjelaskan lagi, bas metro. Kebetulan urus kerja selesai lebih awal lalu aku memutus untuk pulang terus tanpa menyinggah ke mana-mana. Oleh kerana petang masih awal, aku memilih untuk menaiki bas.

Keadaan bas tenang-tenang saja tanpa perlu berasak dan berhimpit seperti mana lazim waktu lewat petang sebaik habis waktu pekerjaan. Malah, konduktor bas juga boleh bersenang-senang di kerusi penumpang yang hampir suku daripadanya tidak penuh itu.

Aku beberapa kali pernah ternampak akak konduktor bas ini. Kerapnya ketika di tempat pekerjaan lama. Aku menghafal wajahnya kerana bagiku dia agak garang dan begitu tegas dengan penumpang.

Dia menyapa salah seorang penumpang di belakangku. Menurut percakapan mereka, aku mengagak penumpang ini adalah penumpang setia yang kerap menaiki bas itu sama ada untuk ke tempat pekerjaan atau pulang ke rumah. Aku bukan mencuri dengar, namun kerana jarak duduk antara kami terlalu dekat, maka aku dengan jelas dapat mengikuti butir bicara mereka.

KONDUKTOR : Tadi akak pergi pasar nak cari lauk nasi sikit.
KONDUKTOR : Tengok ikan sardin yang dah penyek dan tak elok, harganya RM9 sekilo.
KONDUKTOR : Belek ikan kembung pulak, dah sekilo harganya RM12.
PENUMPANG : Mahalnya..
KONDUKTOR : Haa.. itulahh.. kalau elok tuh tak apalah jugak.
KONDUKTOR : Pikir-pikir balik, akak tak jadi beli.
KONDUKTOR : Balik rumah, akak keluarkan tempe, cari ikan masin dan masak nasik.
KONDUKTOR : Tak apalah tak makan ikan segar pun.
PENUMPANG : Ermmm...
KONDUKTOR : Mahal sangatlah... tak sanggup nak beli.

Aku tidak tahu kenapa ceritanya itu begitu menangkap ke telingaku. Malah sehingga tiba di rumah, aku masih terkenangkan ceritanya. Betapa dia mencatu wang untuk memenuh keperluan hidup yang lain yang mungkin lebih perlu berbanding sekilo ikan yang dibeleknya itu.

Aku bukanlah dari kalangan keluarga yang senang juga. Pernah juga hidup susah, cuma mungkin sedikit bernasib baik berbanding akak konduktor ini. Hati terbuai sayu apabila mengenangkan saat kita bersenang-senang dengan makanan yang tidak pernah habis, ada insan lain yang terpaksa berkira-kira untuk mendapatkan keperluan itu. Lebih-lebih lagi yang punya anak kecil berderet.

Justeru, pesan ibu selalu... sentiasalah bersyukur dengan apa yang termiliki dan dikecapi kita saat ini. Sama ada termilik dengan kehendak atau diperolehi dengan golek, bersyukurlah. Sukarnya hidup yang kita rasakan, ada ramai lagi yang menempuh sukar yang serupa malah lebih teruk dari itu. Ermm...

[Ke-peritan hidop yang di-lalui-nya ter-lampias dengan gerak dan laku-nya. Lalu garang dan kasar-nya dia kerana mau menutop lemah dalam dugaan yang di-depani-nya..]

Tuesday, December 16, 2008

~ KEBERUNTUNGAN ATAU KECELAKAAN ~


Awal pagi ini, aku mendapat berita baru tentang perubahan yang bakal di lakukan dalam skop pekerjaan kami untuk tahun baru yakni tahun 2009 yang bakal menjelma 14 hari lagi ini. Apa yang mengejutkan, aku terpilih untuk mengepalai sesuatu yang aku rasa sepatutnya bukan aku yang harus dipilih.

Kalau mengikut senioriti, ada orang lain yang lebih layak dan sesuai di pilih. Aku diam senyap. Keliru sama ada aku perlu berasa gembira atau perlu berasa serba salah. Gembira kerana aku tidak perlu menukar arah untuk sesuatu yang tidak menjadi kecenderunganku atau serba salah kerana merasakan ada yang lebih layak? Ermm..

Aku tidak tahu apa yang bermain di kepala rakan-rakan yang lain tentang keputusan ini. Namun, tolong jangan dijebakkan aku andai mereka ada menyimpan prasangka. Aku tidak pernah memijak orang lain demi kepentinganku. Itu yang paling pasti kerana ia merupakan antara pesan yang tertitip ibu setiap kali bercakap soal kemanusiaan denganku. Aku pegang itu.

[Ke-beruntongan atau ke-celakaan??]

Monday, December 15, 2008

~ PEROMPAK YANG BAIK ? ~

Manusia kalau terdesak, sanggup melakukan apa sahaja. Yaa.. aku bersetuju dengan kenyataan itu. Beberapa hari lalu, aku melayan bual dengan seorang pemandu teksi ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Jujurnya, aku jarang sekali mahu melayan bual mereka, namun apabila cerita yang terkongsi sedikit menarik, aku memberi tumpu.

Kata pemandu ini, dia baru sahaja dirompak pada minggu lepas. Seorang lelaki satu bangsa dengannya telah menahan teksinya di depan hotel J.W Marriot pada pukul 1 pagi dan minta dihantarkan ke Klang. Pemandu teksi ini meminta bayaran RM160 untuk perjalanan itu pada mulanya kerana menyangkakan penumpang itu adalah pelancong luar. Tanpa banyak karenah, penumpang itu terus sahaja bersetuju asal sahaja dia dapat ke Klang.

Ketika dalam perjalanan dan lama berbual dalam bahasa Inggeris, tiba-tiba penumpang tadi bercakap dalam bahasa Melayu. Setelah mengetahui dia orang tempatan, bayaran tadi dikurangkan separuh. Bermakna pemandu ini hanya mengenakan bayaran RM80 sahaja. Namun, penumpang ini mengatakan dia tidak kisah dan tetap mahu membayar RM160.

Ketika berada di lebuh raya berdekatan Bandar Sunway tiba-tiba penumpang ini menghunus pisau rambo ke perut pemandu teksi ini dengan muka yang sangat kasihan. Berkali dia memohon maaf atas perbuatannya itu dan meminta pemandu ini memberikan barang-barang berharga yang ada dalam teksinya itu.

Takut apa-apa yang tidak diingin berlaku, arahan itu dipenuhi. Namun, sempat si pemandu ini meminta belas ehsan agar ditinggalkan RM20 untuknya bagi mengisi petrol keretanya untuk pulang ke rumah. Permintaan itu dipenuhi dengan baik. Malah sempat di bercerita, tindakannya itu terpaksa dilakukan kerana desakan hidupnya yang menghimpit. Malah menyalahkan kerajaan yang katanya tidak mengambil berat kebajikan rakyat secara menyeluruh.

Diambilnya call card pemandu teksi itu dan sempat memberikan janji untuk memulangkan kembali apa yang diambilnya itu suatu masa nanti.

"Semoga suatu hari nanti, kita akan jumpa lagi dan saya akan memulangkan semula nilai yang saya ambil hari ini.."

Pemandu teksi ini hanye mengangguk-ngangguk dan menyambut salam yang dihulurkan oleh penumpang yang juga perompak tadi. Errmmm... Aku bertanya apakah dia membuat laporan polis selepas itu. Kata pemandu teksi ini, dia tidak berhasrat untuk membuat laporan polis. Baginya, mungkin sudah tiada rezekinya hari ini. Asal sahaja dia selamat dan tidak di apa-apakan, itu sudah cukup baik buatnya. Dalam sudut yang positif pula, dia beranggapan dia telah membantu orang yang berada dalam kesusahan ketika itu.. Ermmm...

[Perumpak yang baek? Jika baek, mengapa memileh untok merumpak?]

Sunday, December 14, 2008

~ MEMBELI JUJUR ~

Aku bosan dikelilingi oleh orang-orang yang suka 'menyedapkan hati' orang secara melampau-lampau dan tidak bertempat. Aku pernah menegur seorang rakan yang terlalu sangat pandai 'PR'. (Teguran itu aku lakukan setelah merasakan dia semakin tidak logik dengan kebiasaannya itu). Namun, teguran dan pendapat yang diberikan aku itu ditolak mentah-mentah.

Katanya, dia perlu melakukan begitu (PR) untuk menjaga dan mengambil hati orang. Mengambil hati? Aku tidak fikir dengan menipu dan bersikap hipokrit sebegitu adalah langkah paling baik untuk menjaga hati. Bagaimana kalau si tuan punya badan itu akhirnya mengetahui penipuan itu dan akhirnya merasa sangat sakit hati? Terjagakah lagi hatinya?

Sebagai contoh :
"Wahh.. cantiknya baju kamu hari ni.. serius cantik cam Nasha Aziz.."
(Walhal di belakangnya, dia dikutuk teruk kerana tidak mengikut trend semasa dan sebagainya.)

"Ehhh... kurusnya kamu sekarang, diet ker? Nampak lain sangat.. cantik.."
(Walhal di belakangnya, dia dikutuk teruk kononnya tidak sedar diri berpenampilan seksi dengan badan yang sedikit berisi)

"Baguslah kerja kamu ni. Aku yakin boss mesti suka giler. Bangga aku dapat kawan bagus macam kau ni. Nanti, naik pangkat jangan lupa aku pulak..."
(Walhal di belakangnya, dia dikutuk hebat kerana hasil kerjanya begitu teruk dan memalukan. )

Itu sekadar contoh mudah yang sering sahaja berlaku. Belum lagi aku berikan contoh-contoh berat dan lagi keras. Hakikatnya cara menjaga hati begitu langsung tidak dapat aku terima.

Aku akui, aku bukan seorang yang mudah untuk berterus-terang. Yaaa... jarang sekali aku dengan senang hati untuk berterus-terang dalam apa perkara sekalipun. Tetapi tidak berterus-terang bukan bermakna aku memanipulasikan keadaan dengan berkata yang tidak benar untuk menjaga hati orang seperti yang dilakukan oleh orang-orang itu termasuklah rakan yang aku maksudkan tadi. Beberapa rakan sebenarnya.

Aku akan menjaga hati seseorang dengan bercakap benar tentangnya. Jika tidak sanggup untuk bercakap benar kerana takut mengecilkan hatinya, aku lebih senang untuk berdiam diri daripada berkata yang tidak benar atau menipunya. Yaa.. aku tidak akan menipu kerana aku sangat pantang ditipu. Sungguh, aku sangat pantang ditipu (Kalau mahu menipu juga, pastikan aku tidak tahu langsung tentang penipuan itu..).

Oleh kerana aku sangat pantang ditipu, maka aku sedaya kudrat yang ada berusaha untuk tidak menipu orang. Kecualilah jika keadaan benar-benar tiada dalam kawalan akal warasku. Malah kalau terjadi juga penipuan itu tanpa sedarku atau dalam keadaaan yang benar memaksa, aku kemudiannya secara sendirinya akan mendedahkan penipuan itu dengan rela kerana tidur malamku pasti saja akan terganggu kerana hal itu.

Jangan kamu tersilap sangka membaca dengan nada yang lain (aku bukan mahu menunjuk baik, kerana aku tidak ada yang baik sangatpun), cuma aku mahu katakan aku pantang ditipu. Lalu, aku juga tidak suka dan tidak akan melakukan perkara yang serupa kepada orang lain, yakni menipu.

Berbalik kepada cerita tadi, aku berpendapat kalau kita mahu menjaga hati seseorang, adalah lebih baik kita berlaku jujur kepadanya. Pendapat inilah yang disangkal keras seorang temanku beberapa hari lalu. Ahhh... terpulang kamu.

[Mem-beli jujor itu biar-lah dengan harga yang mahal sediket...]

Saturday, December 13, 2008

~ MENDOAKAN KESEJAHTERAAN ~


Jika semalam, kami sekeluarga meraikan hari ulangtahun kelahiran ACK, hari ini aku sibuk menyiapkan 'hadiah' hari jadi untuk seorang sahabat yang bakal diraikan tidak lama lagi. Seperti lazim selalu, aku lebih senang menyediakan sendiri 'hadiah' untuk sahabat ni.

Pun begitu, hadiah untuknya kali ini sedikit mengambil masa. Rumit untuk disiapkan tetapi aku dengan senang hati ikhlas menyediakan untuknya. Malah beberapa hari lalu, teman jiwa juga turut menyumbangkan idea dan tenaga untuk menyiapkannya. Terima kasih.

Dia pernah bertanya, kenapa aku suka meraikan hari-hari istimewa rakan taulan. Jawapanku mudah, meraikan hari istimewa mereka umpama mengirimkan doa kesejahteraan untuk mereka. Jika kita selalu mengirimkan doa kesejahteraan untuk orang lain, makanya orang lain juga akan mengirimkan doa yang sama buat kita. Dia menerima jawapan itu dengan senyum.

Itu bukan alasanku semata. Memangnya sejak dari kecil aku sudah terbiasa meraikan hari istimewa adik-beradik, keluarga mahupun rakan-rakan dekat. Soalan yang diajukan oleh teman jiwa itu pernah aku tanyakan pada ibu suatu masa dahulu. Dan itulah jawapan ibu kepadaku. Jadi, jawapan ibu itu tetap terpinjam sehingga kini untuk menjawab soalan yang serupa.

[Men-doa-kan yang ter-baik buat sahabat dekat]

Friday, December 12, 2008

~ SELAMAT HARI ULANGTAHUN ~


Kami sekeluarga baru sahaja pulang dari makan malam di Gold Coast, Sepang sempena meraikan hari ulang tahun kelahiran abang ipar, ACK. Kali ini lebih meriah kerana CK dan EJ turut sama menyertai. Riuh rendah seperti lama tidak berjumpa. Kesempatan yang jarang-jarang kami perolehi untuk beramai-ramai begini. Malam ini menjadi makan malam besar kami sekeluarga.

Kepada ACK, selamat hari ulangtahun kelahiran. Panjang umur, murah rezeki. Mudah-mudahan terus setia dengan kakak dan si kecil. Tidak lupa juga, semoga segera naik pangkat jadi ketua yang lagi besar dari posisi sekarang.

[Mau ke Gold Coast lagi... ]

~ ALAHAI JEJANTAS ~

Petang tadi, aku berada di PJ State. Bagai biasa mahu melunaskan segala 'hutang2' yang tergalas di bahu pada setiap bulan. Sungguhpun, aku kini bekerja di bandar anggerik, namun aku tetap memilih untuk menjalankan segala urusan wajib itu di sini.

Usai segala urus, aku mahu ke tempat pekerjaan lama. Yaa... itu yang selalu aku lakukan kala punya kesempatan yang seperti hari ini. Ketika mahu mendapatkan teksi untuk ke sana, aku menggunakan satu jejantas ini untuk melintas jalan ke sebelah sana. Ermm... aku memilih untuk menggunakan jejantas walaupun aku lihat ramai yang melintas terus dari bawah tanpa mahu menggunakan jejantas ini.

Sebaik kaki menjejak ke anak tangga pertama, tiba2 terdetik di hati, : "masih boleh guna lagi ker jejantas ni... semacam jer..." Keadaan jejantas ini sedikit menakutkan. Bimbang juga kalau-kalau ia tidak selamat untuk digunakan lagi. Masakan tidak, dengan keadaannya yang berlumut dan siap ada tumbuhan lain pula yang membuat parasit, aku kira siapapun akan ragu-ragu dengan tahap keselamatannya. Apakah ini sebabnya ramai yang memilih untuk 'mempertaruhkan nyawa' dengan melintas di bawah?

Ermmm... kamu lihat sendiri melalui foto yang dibidik sendiri olehku di bawah ini... Lokasi jejantas ni adalah betul-betul di depan Pizza Hut, PJ State.



[Senantiasa sayang dengan nyawa yang hanya di-pinjam sementara ini..]

~ MEMAKSA DIRI ~

(kredit foto : filem histeria)

Hari ini aku kembali bekerja setelah lima hari bercuti. Mujur sahaja tidak terbabas waktu tidur kerana perlu kembali membuka mata pada selewat-lewatnya jam 5 pagi. Begitupun aku selalu sejak 8 bulan yang lalu. Yaa.. 8 bulan. Sekejap sungguh terasa waktu bergerak, menukar hari dan tarikh. Lagi 4 bulan, genaplah setahun aku bekerja di sini, di tempat pekerjaan baru.

Namun dalam tempoh itu, aku tidak pernah merasa senang dengan tempat baru ini. Jika dulu, aku menyedapkan hati dengan mengatakan mungkin dalam waktu itu aku belum betul-betul menyesuaikan diri. Justeru, aku memberi sedikit waktu kepada diri sendiri untuk mencari keserasian. Malangnya, sehingga ke hari ini aku tidak pernah merasa serasi.

"Tukarlah kerja lain.." itu yang disuarakan teman jiwa pada suatu hari kala aku meluah rasa tentang kebosanan dan tekanan yang aku lalui di tempat pekerjaan sekarang. Walaupun upah di sini mungkin agak tinggi juga diperolehi aku, namun aku tidak pernah berjaya menambah apa-apa harta hasil dari bekerja di sini. Hidupku tidak juga lebih senang daripada yang sebelumnya.

Justeru, setelah genap 8 bulan 'mencuba', aku rasa aku mungkin perlu menukar arah. Mungkin. Aku sendiri belum ada ketetapan dengan pasti. Ikutkan rasa, mungkin hari ini juga aku mahu memberikan surat perletakan jawatanku. Namun fikirku, dalam keadaan sekarang aku harus membuat fikir lebih dari sepuluh minit.. ya lebih dari sepuluh minit.

[Sudah penat mau me-maksa diri... senantiasa me-maksa diri untok banyak per-kara sejak dulu lagi..]

Thursday, December 11, 2008

~ BERITA KEPADA KAWAN ~



BERITA KEPADA KAWAN
by ebiet g. ade

Perjalanan ini
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
kering rerumputan

Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih ...

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang


[Yaa.. alam sudah tidak mau ber-sahabat dengan manusia...]

Wednesday, December 10, 2008

~ SESEKALI YANG BERAT DAN KERAS ~


Aku bukan marah, tetapi aku berkecil hati. Buat pertama kalinya aku merajuk hati dengan sikap AA sepanjang-panjang mengenalinya. Menurut rasa hati yang benar-benar terkuis, aku keluar meninggalkan keretanya dan pulang ke rumah dengan menaiki teksi.

Walhal ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 10.20 malam. Dalam keadaan biasa, waktu begitu sudah terlalu lewat untuk aku mengambil kenderaan awam dalam jarak yang memakan masa satu jam perjalanan untuk sampai ke rumah.

Ermmm... namun, dek kerana rasa telah terkuis, aku keraskan hati untuk pulang sendiri walaupun sebenarnya aku sendiri tidak tahu bagaimana mahu pulang sendiri dari tempat itu. AA terkejut dan terpinga-pinga dengan tindakan drastikku itu. Dia tidak pernah melihat aku marah begitu. Yaa.. tidak pernah sekalipun juga aku bersikap begini dengannya, kecuali malam ini.

Aku turun kereta tanpa menoleh ke arahnya walaupun beberapa kali hon keretanya dibunyikan. Malah sms meminta maafnya di skrin telefon juga tidak aku hiraukan. Aku benar-benar berharap, rasa yang terkuis ini akan habis pada hari ini sahaja. Tidak mahu membiar ia melurus panjang sehingga ke hari esok. Esok aku akan berdepan dengannya seperti biasa seolah tiada apa yang berlaku.. Insyallah..

[Bila ber-laku 'se-sekali', ia men-jadi 'se-sekali' yang berat dan keras..]

Tuesday, December 09, 2008

~ MEMINJAM ENTRI BERGUNA ~

Entri kali ini aku pinjam dan petik dari satu blog kegemaran yang kerap kali aku kunjungi (dan aku sentiasa sabar menunggu entri terbaru di update..) kerana tertarik dengan pelbagai info positif yang diberikan tuan rumah. Aku harap dia mengizinkan aku untuk berkongsi petikan tulisannya di sini... Terima kasih tuan rumah http://zaiyus.blogspot.com/

As i mentioned and promised earlier, i wish to share what i read in a book entitled TOUGH TIMES NEVER LAST BUT TOUGH PEOPLE DO! written by Robert H Schuller. I guess some of you who read my earlier post, decided to get a personal copy of this book. Congratulations!. but for those who did not have the chance to get the book, not to worry, i will try to share some important points here.

Frankly speaking, due to time constraint, i myself still haven't finished reading the book yet...so, let me just share whatever i have read. Ok, untuk minggu ini saya ingin berkongsi mengenai 4 dari 12 prinsip menguruskan masalah secara positive.(12 principles for managing problem positively).

Pertama: Don't underestimate/jangan sekali-kali memandang terlalu ringan masalah yang dihadapi atau keupayaan anda untuk menyelesaikannya. Contoh: " ala, kalau aku dapat C dalam exam pun tak apa...janji lulus sudah, atau 'aku patut berhenti merokok, tapi tak apa lah , orang lain saja yang dapat cancer paru-paru, aku mungkin tak " Please, jangan lah anggap problem tu akan selesai dengan membiarkan saja ia berlalu begitu sahaja. You can only let go a 'so called' problem until you are sure its not going to come back to you in a worse state.

Kedua:. Don't exaggerate.../ yang ni berat sikit. Jangan sekali-sekali 'melebih-lebih' pulak menganggap masalah yang kecil tu dibesar-besarkan pulak. Takut jadi 'drama queen' pulak. Kata Robert Schuller.." Play it down and pray it up". bertenang bila bermasalah tapi dalam masa yang sama berdoa lah banyak-banyak. Hanya Allah jalan terbaik untuk mengadu dan minta pertolongan. Jangan sampai meraung-raung dan sampai nak bunuh diri terjun bangunan (ya Allah, minta dijauhkanlah...) hanya kerana putus cinta....(i know to some people, loosing a special friend is just like loosing one of your fingers) Please do take it easy, its not the end of the world. Percaya pada qada dan qadar, percaya pada jodoh dan percaya akan adanya hikmah di sebalik apa yang berlaku.. Apabila kita sedang menghadapi masalah, cuba fikirkan masih ada ramai lagi yang menghadapi masalah yang lebih berat dari kita. Never 'self-pity'. I'm sure kita pernah dengar cerita ' a boy with no shoes' ..yang berkata "saya bersyukur sebab masih ada kaki walau saya tiada kasut untuk dipakai'.

Ketiga:. Don't wait/ jangan tunggu lama-lama nak selesai masalah....jangan tunggu luka jadi kudis dan kudis jadi pekung. Nanti dah terlambat menyesal tak sudah....pepatah melayu menyebut ' dah terhantuk baru tengadah'...(dah terhantuk, baru nampak tiang sebesar-besarnya kat depan). Misalnya..Kalau dah tak ada kerja tu.... janganlah harap sampai orang panggil interview.....kalau tak berusaha untuk memohon mana nak dapat kerja?. Kalau kena marah kat bos di pejabat, tak kan nak tunggu bos tu datang pujuk dulu baru nak buat kerja yang dia suruh. Jangan harap lah....So, jangan tunggu...selesaikan masalah when it comes.

Keempat: . Don't aggravate/...maksudnya lebih kurang macam ni lah. Kata Schuller, bila kita ada masalah, kita kena bertindak secara positif sebab kalau kita bertindak negatif dan mula mencari kesalahan orang lain, apa akan jadi?...kemarahan akan membuak-buak..so, dia kata ' Don't fix the blame; fix the problem'. Seorang jurulatih basketball University of California, John Wooden nama dia berkata " Nobody is defeated until he starts blaming somebody else"....tiada siapa yang kalah sehingga dia mula menyalahkan orang lain.

Ok cukup setakat ini untuk kali ni sebab nanti panjang sangat tak larat baca. (ada lagi 8 prinsip untuk uruskan masalah)...

Sebelum i end, saya ingin nak respond pada persoalan/comment ini yang meminta saya menjawab.

" how to believe in ourselves, in finding our voices and stand up for it? in a way that nobody will be hurt ?"

Well, untuk percaya pada diri kita sendiri, 'mendengar suara' kita sendiri dan mempertahankan pandangan kita sendiri tanpa melukakan hati orang lain, apa perlu kita buat ialah fikirkan dahulu semasak-masaknya sama ada apa yang kita fikirkan dan mahu lontarkan itu adakah untuk kebaikan? (bukan hanya untuk kebaikan diri sendiri,ya?). Kalau boleh sebelum lontarkan 'suara' kita, seharusnya kita fikirkan the pros and cons. Apa yang baik dan apa yang tidak baik untuk diri sendiri mahupun untuk orang yang di 'lontar' dan juga untuk mereka di sekitar jika berkaitan. Selain itu jika kita rasa kita ada hak untuk bersuara 'yang benar' dan untuk kebaikan, saya tidak rasa ini menjadi satu kesalahan walaupun orang yang menerima akan rasa hurt. Bagaimanapun, gunakanlah cara 'melontar' yang betul......jangan main lontar saja sampai menikam jantung orang yang menerima.ok?

Till the next entry...
Wassalam.


[Yang endah dan baek-2 itu harus ter-kongsi bukan..]

Monday, December 08, 2008

~ SALAM AIDILADHA ~


Selamat hari raya aidiladha.. selamat hari raya korban. Mudah-mudahan kita lebih menghayati erti pengorbanan pada kali ini. Mudah-mudahan juga hati lebih ikhlas dalam setiap gerak dan geri yang menjurus kepada pengorbanan.

Cerita Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail berjelaas-jelas memenuhi ruang fikiran. Bukan tidak pernah ku dengar kisah mereka, namun kali ini kefahamanya jauh berganda bezanya. Terlalu susahkah aku mahu berkorban hati dan perasaan demi mereka yang juga telah banyak berkorban jiwa dan raga buatku selama ini?

Aku tidak mahu dan tidak akan menjdi kejam. Titik.

[Salam aidi-adha buat semua jiwa yang banyak sekali ber-korban buat-ku]

Sunday, December 07, 2008

~ MENGHARUNG BANJIR DI KAMPUNG HALAMAN ~


Banjir... Yaa.. beginilah yang dilalui kami setiap tahun kala tiba musim tengkujuh saat angin monsun timur laut membuat hala. Namun, yang bezanya tahun ini banjir agak besar dan menjejaskan kawasan sekitar. Banyak juga jalan yang ditutup kerana paras air sudah mencapai ke tahap berisiko.

Alhamdulillah... Rumah kami tidak pernah dilanda banjir. Cuma kawasan sekitar dan jalan yang menghubungkan kawasan lain dengan rumah kami sahaja yang dinaiki air. Pun begitu, mujur semuanya masih dalam keadaan baik-baik sahaja.

Perjalanan dari hiruk-pikuk kota ke kampung halaman juga berjalan lancar dan tiba pada waktu yang sepatutnya. Pun begitu, ketakutan tetap ada apabila kereta yang kami naiki terasa seperti perahu atau bot layaknya lantaran hamparan air di kiri dan kanan jalan. Silap perhitungan, habislah kami semua. Ermm..

Tiba di rumah, ibu sedang sibuk di dapur. Leka membuat persiapan untuk kenduri sempena hari raya korban esok. Sebahagian daging korban dan sebahagian hasil masakan dari daging korban ini akan kami agih-agihkan kepada jiran tetangga dan mereka yang berhak esok pagi.

Aku menyapa ayah.. juga sedang sibuk dengan kerja-kerjanya. Entahlah.. aku melihat ayah kini semakin perasa orangnya. Pantang silap sahaja aku, dia akan membuat rajuk. Malah sejak akhir-akhir ini dia beberapa kali meminta ibu menyampaikan pesan kepadaku supaya bertukar pekerjaan. Ermm... ayah.. ayahh...

Sungguhpun keadaan banjir masih lagi berterusan dan hujan tidak menunjukkan tanda mahu reda, persiapan menyambut hari raya aidiladha masih dilakukan seperti biasa. Sama meriahnya seperti sambutan aidilfitri. Ermm... kata ibu, antara juadah istimewa esok hari adalah nasi dagang.. ermmm nasi dagang?? Terkenang tragedi nasi dagang...

[Selamat hari raya wahai sahabat... tenang kamu sekarang ini barangkali tanpa beribut-2 lagi denganku.. sahabat yang sering sahaja membuat susah kepada kamu bukan...]

Saturday, December 06, 2008

~ TRAGEDI TANAH RUNTUH DI BUKIT ANTARABANGSA ~










[Kredit Foto : The Star & BERNAMA ]

KUALA LUMPUR : Selepas dua kejadian tanah runtuh dalam seminggu, negara pagi semalam dikejutkan tragedi lebih dahsyat yang meragut empat nyawa apabila sebahagian Taman Bukit Mewah di Hulu Klang dekat sini, runtuh.

Kejadian jam 4 pagi itu menyebabkan 14 rumah banglo mewah di lereng bukit taman berkenaan ranap, mengakibatkan seorang masih tertimbus, manakala 23 lagi termasuk seorang kanak-kanak cedera dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Berikutan tragedi itu, 3,000 hingga 5,000 penduduk sekitar terputus hubungan apabila satu-satunya jalan masuk ke perumahan mereka ditimbus runtuhan tanah membabitkan kawasan seluas lebih empat hektar. Semua mereka dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan sementara selepas beberapa runtuhan susulan dikesan.

PEMANDANGAN dari udara menunjukkan sebuah rumah ranap dan beberapa kereta turut musnah dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Hulu Klang, semalam.

Ketika kejadian sebahagian penduduk nyenyak tidur dan dikejutkan bunyi seperti letupan, diikuti gegaran dan pergerakan tanah yang meranapkan 14 rumah terbabit.

Pada 30 November lalu, dua beradik maut tertimbus apabila banglo setingkat di Ulu Yam Perdana, Kuala Kubu Bharu, ranap, manakala dalam kejadian kedua pada 4 Disember lalu di Pusat Bandar Damansara di sini, 11 kereta tertimbus.

Tapak kejadian tragedi terbaru itu terletak hanya kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi tragedi Highland Towers yang mengorbankan 48 nyawa pada 11 Disember 1993.

Setakat jam 11 malam tadi, pasukan mencari dan menyelamat membabitkan kira-kira 800 pegawai dan anggota pasukan penyelamat diketuai Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berjaya mengeluarkan empat mayat, manakala usaha sedang diteruskan untuk mencari seorang lagi yang dikhuatiri tertimbus.

DATIN Jamilah Mohd Kassim pilu selepas melihat jenazah anaknya, Shaiful Khas di HKL, semalam. Tiga mangsa ditemui antara jam 7 hingga 7.30 pagi. Mereka ialah pelajar teknologi maklumat di Kolej Yayasan Pelajaran Mara, Shaiful Khas Shahrudin, 20; doktor veterinar, N Yogeswary, 40 dan akauntan wanita, Ng Yee Peng, 30.

Shaiful Khas ditemui tertimbus di tingkat bawah rumah banglo dua tingkat milik keluarganya, Yogeswari dan Ng maut ketika cuba menyelamatkan anak masing-masing berusia 10 tahun dan dua bulan apabila dihempap dinding konkrit.

Mayat Yogeswari tiba di HKL jam 9.50 pagi, diikuti mayat Ng pada jam 10.05 pagi dan Shaiful Khas pada jam 10.37 pagi. Mayat mangsa dituntut keluarga masing-masing, petang semalam.

Mangsa keempat iaitu seorang pembantu rumah warga Indonesia dikenali sebagai Surinah, 30, pula ditemui di rumah bernombor 15 pada jam 6.30 petang. Mayatnya berjaya dikeluarkan daripada runtuhan rumah itu jam 7.45 malam sebelum dihantar ke HKL.

Dalam operasi mencari dan menyelamat bermula jam 4.15 pagi, 95 penghuni berjaya diselamatkan. Dua daripada mangsa terselamat, seorang pesakit jantung dan seorang lagi sarat mengandung dibawa ke HKL menggunakan helikopter polis.

Operasi itu disertai 14 pasukan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart), Pasukan St John Ambulans, HKL dan Hospital Ampang. Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat meninjau lokasi kejadian.

Turut meninjau tempat kejadian dan operasi menyelamat ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata pasukan mencari dan menyelamat berjaya mengesan kedudukan mangsa yang tertimbus dan dipercayai masih hidup menggunakan unit anjing dan peralatan elektronik untuk menyelamatkannya.

Sementara itu, Khalid berkata, operasi mencari dan menyelamat akan dijalankan secara berterusan selama 24 jam, sebelum memutuskan tindakan susulan.

Beliau berkata, Pasukan Gerakan Am (PGA) dikerah menjaga semua kediaman yang dikosongkan untuk mengelak pencerobohan, justeru penduduk diminta tidak khuatir mengenai keselamatan harta benda mereka.

Katanya, antara 500 hingga 600 penduduk masih belum mengosongkan rumah masing-masing meskipun sudah diminta berbuat demikian.

Pasukan Bomba dan ATM turut membuat laluan alternatif bagi membolehkan penduduk yang terperangkap keluar selepas jalan utama terputus hubungan.

[Petikan berita dari :
www.bharian.com.my]