Thursday, October 25, 2007

~ KALAU SUDAH REZEKI ~


Sejak awal diwarkan2 tentang pembikinan P. Ramlee The Musical lagi, aku memang berhasrat benar untuk menonton teater ini. Bukan semata2 kerana mahu melihat Liza Hanim (artis kegemaranku) beraksi di pentas teater seperti yang kerap dikata teman2.. tetapi paling utama kerana mahu mengenali P.Ramlee itu sendiri. Tokoh lagenda yang tiada tolok bandingnya. Yang sentiasa menjadi ikon di hati ramai orang.

Sepatutnya aku menonton teater ini pada 18hb yang lalu, namun ketika itu peluang itu terpaksa dilepaskan begitu sahaja kerana aku masih lagi berada di kampung dan masih beraya. Pulang dari bercuti, aku terus berusaha mendapatkan tiket, namun gagal. Teman jiwa juga menyambung usahaku itu. Malah hampir setiap hari dia berusaha mendapatkan tiket tersebut tetapi jawapannya masih sama, tiket sudah kehabisan sehingga ke hari terkahir pementasannya. Wahhh.. hebat benarkah pementasan ini?

Berbalik soal teman jiwa ini, dia sebenarnya bukanlah orang yang paling sesuai untuk kujadikan teman untuk duduk menonton teater. Tidak kiralah hebat manapun teater itu, dia memang tidak pernah berminat. Dek kerana itulah, setiap kali mahu menonton teater, aku lebih suka untuk bertemankan orang lain daripada dia. Malang sekali kerana rakan2 terdekatku juga kurang berminat dengan teater atau yang seumpamanya. Pendek kata, aku begitu susah untuk mencari teman untuk diajak menonton teater.. Huh..

Pun begitu, ketika pementasan teater Muzikal Lantai T. Pinkie sedikit masa lalu, teman jiwa sudi menemankan aku walaupun dia tahu ketika itu aku sudah 2 kali menonton teater muzikal tersebut (dalam musim yang sama). Mungkin juga kerana dia mahu melihat aura T.Pinkie barangkali... aura yang ributnya turut bertempias kepadanya.. Ermmm..

Kalau sudah rezeki... yaaa... akhirnya 2 keping tiket P. Ramlee The Musical berada juga di genggaman kami. Senyum selebar alam. Dapat juga aku menonton pementasan teater ini. Terus sahaja aku terkenangkan perbualanku ku di skrin dengan seorang teman beberapa jam sebelum tiket itu berjaya diperolehi. Ya.. usaha tangga kejayaan.. :)

Petikan perbualan di layar ym dengan seorang teman..
AKU : itu hari dah dapat tiket... tp time tuh masih cuti kt kg
AKU : raye ke-6@7 kott
AKU : takkan nk balik kl semata2 nk tgk teater tuh
AKU : skang tgh cari tiket aaaaa nihhh
AZR : jgn hrp nk dpt tiket
AZR : bru cl gfren kt IB xde sekpg pun..
AKU : tp tak kireeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
AKU : nk gak gi tgk teater tuhh
AZR : g la klu dpt crik..
AKU : tgh berusaha nihhh
AKU : usaha tangga kejayaan
AKU : hehehheee
AZR : smoga bjaya..
AKU : rugi aaa kalo tak tgkk
AKU : tp kalo tkde rezeki nk kate per kann
AZR : sy doakan awk bjaya..tp klu ade bg kita 2 kpg ekkk
AZR : heheheh
AKU: hahahhaaaa

Berkat doa teman ini barangkali.. kami benar2 memperolehi tiket ke pementasan tersebut. Ia diperolehi atas bantuan seorang kenalan. Kalau tidak, berputih mata sahajalah. Terima kasih daun keladi yea..

Teater bermula pada jam 9.00 dan berakhir 3 jam kemudiannya. Aku tidak perlu memberi amaran kepada teman jiwa supaya tidak menganggu tumpuanku kerana aku tahu dia tidak akan melakukan begitu. Dia hanya akan duduk sahaja di kerusi itu dan menghalakan pandangan ke pentas tanpa ada sedikit perasaanpun sehinggalah pentas itu kosong apabila berakhir pementasan. Begitu pun dia selalu kalau diajak menonton teater dan aktiviti yang seumpama dengannya.

[The Life, The Loves & The Inspiration..]

No comments: