Wednesday, October 24, 2007

~ KAD LEBIH MEMADAI~


Malam kelmarin, aku pulang sedikit lewat ke rumah. Penat dan mengantuk. Justeru, aku terlupa untuk membuka bungkusan pemberian dari teman jiwa. Semalam juga, dek kepenatan yang panjang itu, aku juga hampir tersasar waktu untuk ke tempat pekerjaan. Lena yang panjang barangkali.

Justeru, hanya pada pagi ini aku berkesempatan membuka bungkusan pemberiannya. Itupun kerana kiriman ucapan2 mendoakan kesejahteraan buatku yang masih masuk di telefon bimbit. Terus sahaja teringatkan pemberiannya semalam. Sebaik sahaja melihat isinya, aku terus menghubunginya.

AKU : Kenapa bagi saya telefon?
DIA : Bagi cincin u taknak.. bagi telefonlah (ketawa)
AKU : (Diam... aku tahu maksud di sebalik kata2 nya itu..)
DIA : Ermmm.. U memang cakap nak tukar hp kan. So, i...
AKU : Kalau saya pulangkan balik macamana?
DIA : (mula menyedari nada suaraku yang mula serius)
DIA : (Diam)

Sebenarnya, apa jua penghargaan, melalui kad lebih memadai buatku. Bukan kerana berjiwa romantik seperti yang dikatakan sahabat kepadaku, cumanya aku lebih menghargai pemberian yang begitu. Bukan sahaja untuk merai hari, malah andai mahu mereda rajuk atau memberi hujung kepada marahku juga berbaloi dengan tulisan sahaja. Itu paling mujarab. Dia tentunya telah sedia maklum.

Anehnya, sejak akhir2 ini dia semakin kerap memberikan aku itu dan ini. Ermm... Justeru, hari ini, aku suarakan kepadanya yang ada difikirku.

[Cincin pemberiannya dulu maseh ada di-pakai walau tidak selalu]

No comments: