Wednesday, October 10, 2007

~ ANGKASAWAN NEGARA ~










Malaysia Boleh ! Akhirnya nama rakyat Malaysia terpahat juga sebagai salah seorang yang bertuah dan berpeluang menjejakkan kaki ke angkasa lepas. Menjadi angkasawan yang mana suatu ketika dulu ia dilihat sebagai satu misi yang mungkin mustahil. Hari ini, semunya telah menjadi kenyataan. Dr Sheikh Muszaphar 32, terpilih sebagai angkasawan negara yang pertama. Sebagai rakyat Malaysia, aku tumpang berbangga dengan kejayaan ini. Kejayaan milik semua.

Petikan Dari www.mstar.com.my

ANGKASAWAN KITA SELAMAT BERLEPAS

10-10-2007, 10:01:00 PM BAIKONUR, Kazakhstan : Malaysia membuka satu episod baru dalam lipatan sejarah negara apabila angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menggunakan roket Soyuz TMA11 buatan Russia dari tapak pelancaran Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan tepat pukul 7.21 malam ini (9.21 malam waktu Malaysia).

Dr Sheikh Muszaphar Shukor (kiri) selamat berlepas bersama pesawat Soyuz TMA11. Di sisinya jurutera penerbangan Yuri Malenchenko dari Russia. Kejayaan menghantar angkasawan negara itu menandakan satu lagi pencapaian di peringkat dunia yang mampu diraih rakyat negara ini, selaras dengan usia kemerdekaan negara ke-50 bebas dari penjajahan, pada 31 Ogos lepas.

Selain Dr Sheikh Muszaphar Shukor, misi pesawat angkasa lepas seberat 7,170kg itu disertai komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan Yuri Malenchenko dari Russia.


Bukan itu sahaja, Dr Sheikh Muszaphar Shukor juga mencatat sejarah sebagai angkawasan Islam pertama yang bakal menyambut Aidilfitri di angkasa lepas, yang berada pada kedudukan 333km dari muka bumi dengan jangkaan tiba ke ISS selama dua hari.


[Mimpi yang men-jadi kenyataan... Patot-kah ber-mimpi lagi?]

No comments: