Friday, October 26, 2007

~ P. RAMLEE THE MUSICAL ~



Aku hanya mahu duduk dan menonton kisah P. Ramlee.. Itu yang terdetik di hatiku sebaik melangkah masuk ke Panggung Sari Istana Budaya ini. Bagaimana penceritaannya, bagaimana lakonannya.. tidak mahu aku sasarkan dengan harapan yang tinggi. Pun begitu, aku yakin hanya yang terbaik sahaja diberi peluang untuk mengkisahkan P. Ramlee The Musical ini.

Pengenalan para pelakon di awal pembukaan cerita dilakukan dengan cukup menarik sekali. Imej hitam putih dibalik layar mencuri tumpuan.

Cerita bermula dengan babak antara Saloma & P. Ramlee di rumah mereka pada suatu malam dengan keadaan cuaca hujan lebat di luar rumah. Aku sukakan babak itu. Tersenyum melihat aksi pertama 'Saloma'. Ternyata dia tidak mengecewakan. Permulaan itu mungkin memberi bekal kepada penonton agar tidak berganjak untuk terus menonton ke babak terakhir.

Babak kemudiannya beralih ke zaman P. Ramlee ketika di Pulau Pinang. Bagaimana kehidupan dan persekitarannya ketika di sekolah dan kemudiannya babak percintaannya dengan Azizah. P. Ramlee kemudiannya berhijrah ke Singapura dan mula membina kariernya yang juga membawa kepada pertemuan dengan isteri pertamanya, Junaidah.

Separuh masa pertama, kepadaku berjalan agak mendatar. Tiada apa yang menarik selain set pentas yang menggambarkan situasi di Pulau Pinang dan keretapi yang membawa P. Ramlee ke Singapura yang begitu mencuri perhatianku. Siti Nurhaliza? Tiada apa yang menarik daripada penyanyi ini. Walaupun hanya dengan babak yang sedikit dan tidak memerlukan dia menghafal banyak dialog, Siti dilihat agak lemah dalam pengucapan dan pergerakannya. Mungkin menyedari kelemahan inilah Siti lebih suka untuk menumpukan perhatiannya kepada bidang nyanyian barangkali.

Masuk separuh masa kedua. Situasinya sedikit berbeza. Era Norizan dan Saloma mengisi ruang. Panggung yang tadinya agak senyap mula menjadi riuh-rendah dengan tepukan dan sesekali pecah gelak tawa. Watak Norizan di tangan anak saudara Saloma iaitu Melisa Saila sangat2 mengujakan. Yaa.. dia tidak dapat menyanyi dengan baik dan cemerlang seperti Liza Hanim tetapi lakonannya superb!!! Sedikitpun aku tidak mengalihkan pandanganku tatkala babak pertengkarannya dengan P. Ramlee. Begitu jelas sehingga kita yang menonton ini merasa seperti benar2 menjadi saksi kepada situasi pertengkaran pasangan suami isteri itu di dunia nyata. Standing Ovation untuk Melisa saila.

Bahagian kedua ini banyak memaparkan zaman kegemilangan P. Ramlee dalam kerjayanya di Singapura sehinggalah kepada penghijarhannya ke Kuala Lumpur setelah berlaku pergolakan politik di Singapura. Ketika itu, P. Ramlee bertemankan Saloma yang sentiasa setia di sisinya sehingga ke saat nafasnya yang terakhir.

Seperti yang dikatakan sang penerbitnya dan ramai juga yang turut bersetuju dengan kenyataannya, Liza Hanim adalah jelmaan biduanita Saloma. Itu bukan omongan kosong, tetapi itu yang telah dibuktikan oleh penyanyi yang bersuara lemak merdu ini. Walaupun pertama kali di pentas teater dan kalau mahu diukur pengalamannya dengan Melisa Saila, jauh dia tertinggal di belakang, Liza Hanim sebagai Saloma cukup2 membanggakan. Seawal menjejakkan kaki ke Panggung Sari Istana Budaya ini, aku hanya mengharapkan dia dapat menyanyi dengan baik, sebaik dia mengalunkan lagu2 P. Ramlee dan Saloma dalam album keduanya dulu, Di Mana Kan Ku Cari Ganti. Rupa-rupanya penyanyi kelahiran Klang ini memberikan lebih dari itu. Dia betul2 membuat homework dan berjaya menutup mulut ramai orang kononnya kehadiran Siti bakal menenggelamkan dia sebagai watak utama.
(Petikan dari blog afdlin shauki...)
"As Adlin said while we were talking about the play the other day,
it was a daunting task for him to intertwine a script about P. Ramlee's life
and his journey through it with his 4 loves within a 3 hour time frame.
In my view he did a fine job an no one scene was
more memorable than those with his final muse SALOMA
played by the wonderful Liza Hanim.
Oh my god Liza Hanim is so gila babi good ok!
There are moments she even looks like saloma from afar.
The directors have done a fine job with her.
I look forward for Liza's star in acting to shine even brighter
with performances like those."

Percaturan si penerbit memilih Liza Hanim untuk watak Saloma adalah tepat sekali. Malah tidak keterlaluan kalau aku katakan, Liza Hanim adalah satu-satunya penyanyi yang dapat membawakan lagu2 P. Ramlee dan Saloma dengan begitu baik sekali. Siti juga tidak dapat mengatasinya. Andai ada yang meragui pendapat ini, luangkanlah sedikit masa untuk mengenali bakat penyanyi yang bernama Liza Hanim ini.

Sean Ghazi sebagai P. Ramlee. Dia bukan orang baru... dia bukan sebarangan orang. Dek kerana itulah watak P. Ramlee diberikan kepadanya dengan sepenuh kepercayaan. Pun begitu lakonannya dilihat sedikit 'bergantung' kepada heroin2 nya. Pada separuh masa pertama ketika digandingkan dengan Siti dan Atilia, lakonanya kelihatan biasa sahaja. Namun apabila berpasangan dengan Melisa Saila dan Liza Hanim, barulah terasa lebih seronok menonton lakonan Sean. Mungkin ia berkait soal keserasian barangkali.

Dari segi lagu2 yang dipersembahkan, jujurnya aku lebih senang kiranya lebih banyak lagu2 seniman agung itu diperdengarkan. Bukan bermaksud lagu baru itu tidak menarik atau tidak sedap didengar.. cumanya.. kalaulah lagu2 bermelodi indah karya Allahyarham itu diperdengarkan dengan lebih banyak, tentu sahaja ia menjadi lebih nostalgia. Ditambah pula dengan sususan muzik oleh Erwin Gutawa yang cukup meyakinkan itu.

Kesimpulannya, teater ini adalah teater yang begitu berbaloi untuk ditonton. Tidak rugi mengeluarkan sedikit wang untuk P. Ramlee The Musical. Kepuasan yang diperolehi mungkin melebihi pelaburan yang telah anda keluarkan itu.

Lakonan paling menonjol : Melisa Saila
Nyanyian paling memikat : Liza Hanim
Set paling menarik : Pulau Pinang & Keretapi
Babak paling berkesan : Pertengkaran antara Norizan & P. Ramlee
Watak paling serasi dengan P. Ramlee : Saloma
Lagu paling sedap didengar : Gelora (Duet Liza Hanim & Sean Ghazi)
Babak paling lucu : Pertemuan P. Ramlee & Saloma di taman bunga
Standing Ovation Buat : Liza Hanim, Melisa Saila & Sean Ghazi.

[Menonton untok kali ke-2... Usaha tangga kejayaan.... :)]

Thursday, October 25, 2007

~ KALAU SUDAH REZEKI ~


Sejak awal diwarkan2 tentang pembikinan P. Ramlee The Musical lagi, aku memang berhasrat benar untuk menonton teater ini. Bukan semata2 kerana mahu melihat Liza Hanim (artis kegemaranku) beraksi di pentas teater seperti yang kerap dikata teman2.. tetapi paling utama kerana mahu mengenali P.Ramlee itu sendiri. Tokoh lagenda yang tiada tolok bandingnya. Yang sentiasa menjadi ikon di hati ramai orang.

Sepatutnya aku menonton teater ini pada 18hb yang lalu, namun ketika itu peluang itu terpaksa dilepaskan begitu sahaja kerana aku masih lagi berada di kampung dan masih beraya. Pulang dari bercuti, aku terus berusaha mendapatkan tiket, namun gagal. Teman jiwa juga menyambung usahaku itu. Malah hampir setiap hari dia berusaha mendapatkan tiket tersebut tetapi jawapannya masih sama, tiket sudah kehabisan sehingga ke hari terkahir pementasannya. Wahhh.. hebat benarkah pementasan ini?

Berbalik soal teman jiwa ini, dia sebenarnya bukanlah orang yang paling sesuai untuk kujadikan teman untuk duduk menonton teater. Tidak kiralah hebat manapun teater itu, dia memang tidak pernah berminat. Dek kerana itulah, setiap kali mahu menonton teater, aku lebih suka untuk bertemankan orang lain daripada dia. Malang sekali kerana rakan2 terdekatku juga kurang berminat dengan teater atau yang seumpamanya. Pendek kata, aku begitu susah untuk mencari teman untuk diajak menonton teater.. Huh..

Pun begitu, ketika pementasan teater Muzikal Lantai T. Pinkie sedikit masa lalu, teman jiwa sudi menemankan aku walaupun dia tahu ketika itu aku sudah 2 kali menonton teater muzikal tersebut (dalam musim yang sama). Mungkin juga kerana dia mahu melihat aura T.Pinkie barangkali... aura yang ributnya turut bertempias kepadanya.. Ermmm..

Kalau sudah rezeki... yaaa... akhirnya 2 keping tiket P. Ramlee The Musical berada juga di genggaman kami. Senyum selebar alam. Dapat juga aku menonton pementasan teater ini. Terus sahaja aku terkenangkan perbualanku ku di skrin dengan seorang teman beberapa jam sebelum tiket itu berjaya diperolehi. Ya.. usaha tangga kejayaan.. :)

Petikan perbualan di layar ym dengan seorang teman..
AKU : itu hari dah dapat tiket... tp time tuh masih cuti kt kg
AKU : raye ke-6@7 kott
AKU : takkan nk balik kl semata2 nk tgk teater tuh
AKU : skang tgh cari tiket aaaaa nihhh
AZR : jgn hrp nk dpt tiket
AZR : bru cl gfren kt IB xde sekpg pun..
AKU : tp tak kireeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
AKU : nk gak gi tgk teater tuhh
AZR : g la klu dpt crik..
AKU : tgh berusaha nihhh
AKU : usaha tangga kejayaan
AKU : hehehheee
AZR : smoga bjaya..
AKU : rugi aaa kalo tak tgkk
AKU : tp kalo tkde rezeki nk kate per kann
AZR : sy doakan awk bjaya..tp klu ade bg kita 2 kpg ekkk
AZR : heheheh
AKU: hahahhaaaa

Berkat doa teman ini barangkali.. kami benar2 memperolehi tiket ke pementasan tersebut. Ia diperolehi atas bantuan seorang kenalan. Kalau tidak, berputih mata sahajalah. Terima kasih daun keladi yea..

Teater bermula pada jam 9.00 dan berakhir 3 jam kemudiannya. Aku tidak perlu memberi amaran kepada teman jiwa supaya tidak menganggu tumpuanku kerana aku tahu dia tidak akan melakukan begitu. Dia hanya akan duduk sahaja di kerusi itu dan menghalakan pandangan ke pentas tanpa ada sedikit perasaanpun sehinggalah pentas itu kosong apabila berakhir pementasan. Begitu pun dia selalu kalau diajak menonton teater dan aktiviti yang seumpama dengannya.

[The Life, The Loves & The Inspiration..]

Wednesday, October 24, 2007

~ KAD LEBIH MEMADAI~


Malam kelmarin, aku pulang sedikit lewat ke rumah. Penat dan mengantuk. Justeru, aku terlupa untuk membuka bungkusan pemberian dari teman jiwa. Semalam juga, dek kepenatan yang panjang itu, aku juga hampir tersasar waktu untuk ke tempat pekerjaan. Lena yang panjang barangkali.

Justeru, hanya pada pagi ini aku berkesempatan membuka bungkusan pemberiannya. Itupun kerana kiriman ucapan2 mendoakan kesejahteraan buatku yang masih masuk di telefon bimbit. Terus sahaja teringatkan pemberiannya semalam. Sebaik sahaja melihat isinya, aku terus menghubunginya.

AKU : Kenapa bagi saya telefon?
DIA : Bagi cincin u taknak.. bagi telefonlah (ketawa)
AKU : (Diam... aku tahu maksud di sebalik kata2 nya itu..)
DIA : Ermmm.. U memang cakap nak tukar hp kan. So, i...
AKU : Kalau saya pulangkan balik macamana?
DIA : (mula menyedari nada suaraku yang mula serius)
DIA : (Diam)

Sebenarnya, apa jua penghargaan, melalui kad lebih memadai buatku. Bukan kerana berjiwa romantik seperti yang dikatakan sahabat kepadaku, cumanya aku lebih menghargai pemberian yang begitu. Bukan sahaja untuk merai hari, malah andai mahu mereda rajuk atau memberi hujung kepada marahku juga berbaloi dengan tulisan sahaja. Itu paling mujarab. Dia tentunya telah sedia maklum.

Anehnya, sejak akhir2 ini dia semakin kerap memberikan aku itu dan ini. Ermm... Justeru, hari ini, aku suarakan kepadanya yang ada difikirku.

[Cincin pemberiannya dulu maseh ada di-pakai walau tidak selalu]

Tuesday, October 23, 2007

~ SEKADAR MENYEBUT BEBERAPA NAMA ~


Terima kasih buat ayahanda & bonda,
buat umi, buat ibu, abang, achik,
botak, zack, cikkam, dina,
k.n, cp, id, azhar, taufiq, auntie sofia, ai,
fifie, mia, mel, suraya, nizam, jessy,
sahabat mei, eja, abby,
shukri, shazan, khal, siti, iddin
dan semuanya.
Terima kasih daun keladi juga buat brad...
Juga buat seseorang yang masih sudi menebar salam..

Tidak lupa juga kepada en suffian, cip, uncle dess, e,
,
suza, tengku anis
dan semua yang sudi mengirim doa.

[Mudah-mudahan yang baik2 saja buat kamu semua..]

~ BESAR HATI ~


Terima kasih buat seorang lelaki yang amat tersanjung di dalam hati, teman jiwa. Terima kasih sudi menemani, sudi mendengar, sudi mengangguk, sudi memberi pelajaran, sudi berdamping dan sudi dengan senyum memahami.

Tidak pernah meminta lebih, memahami aku seadanya sudah cukup. Dampingan semalam manis dalam ingatan. Terima kasih yea En L.K.H... Mudah-mudahan yang terbaik buat kita. Terima kasih juga dengan pemberian semalam. :)

[Meng-harap dia lelaki ter-akhir menyenggah hati]

~ MASIH BERNAFAS ~

Alhamdulillah masih berpeluang bernafas di bumi Tuhan ini. Bersyukur dengan segala apa yang dilalui dan dimiliki sepanjang itu. Mudah-mudahan kekal berdiri dengan senyum di bibir dan senang di hati.

[Terima kaseh memberi bimbingan dan pelajaran dalam hidop sepanjang itu]

Monday, October 22, 2007

~ SEDIKIT UNTUK DIKONGSI ~


TIPS MEMOHON MAAF
(Petikan dari blog seorang teman)

Memohon kemaafan merupakan sesuatu perkara yang amat sukar untuk dilakukan, namun ia akan menjadi lebih mudah jika ia dilakukan benar2 dengan kesungguhan dan keikhlasan hati.

Langkah-langkah:
Fikirkan apa yang telah berlaku dan perbuatan apa yang anda mahu dimaafkan. Tuliskan perkara tersebut; ini akan membantu anda mengatur idea dan meredakan ketegangan perasaan anda.

Berlatih perkara yang anda hendak cakapkan sehingga anda merasa selesa dengannya. Nyatakan dengan jelas perbuatan yang anda mahukan kemaafan. Mengakui perbuatan anda tanpa mengemukakan sebarang alasan. Berkongsi perasaan anda mengenai apa yang telah terjadi - elakkan daripada menyalahkan orang lain, membesar-besarkan cerita atau menyebut kata-kata yang sia-sia.

Mendengar respon daripada orang berkenaan tanpa mempertahankan diri. Tawarkan diri untuk memperbaiki keadaan sekiranya sesuai. Teruskan kehidupan. Apabila anda telah meminta maaf, lupakannya dan biarkan ia berlalu.

Panduan-panduan:
Fikirkan bahawa memohon kemaafan itu sebagai satu komitmen terhadap perhubungan dan bukannya satu kelemahan diri. Ikhlas.

Meminta maaf terhadap perkara-perkara yang anda benar-benar berasa bertanggungjawab terhadapnya; jangan meminta maaf hanya semata-mata untuk menjernihkan suasana. Beri masa kepada orang berkenaan untuk menenangkan perasaannya - jangan berasa tawar hati sekiranya anda tidak dimaafkan sepenuhnya pada masa anda meminta maaf.


[Yaa... atas rasa tanggongjawab.. bukan kerana mau menjernehkan suasana..]

Sunday, October 21, 2007

~ KEMBALI KE BINGAR KOTA ~


Petang tadi, aku kembali ke hiruk-piruk kota setelah seminggu lebih bercuti sempena hari raya aidilfitri dan majlis tempohari. Ermm.. sekejap sahaja rasanya masa berlalu. Terasa seperti aku masih dalam persiapan untuk menyambut raya tempohari. Apatah lagi melihat peti surat di rumah dipenuhi dengan kad raya yang sampai ketika aku masih berada di kampung. Manisnya, ada antara kad ucapan itu datangnya dari pengirim yang tidak aku jangkakan. Ermm..

Saat menulis entry ini, aku masih lagi menatap kad2 raya yang baru diterima itu. Betullah kata orang, walaupun dalam zaman yang serba canggih ini, kiriman kad raya tetap mengisi peranannya. Aku menerima banyak ucapan raya melalui emel, ym, sms dan panggilan telefon... tetapi menatap bait2 ucapan melalui kiriman kad raya kesannya jauh berbeza.

Aku tanpa sedar menitiskan airmata menatap sekeping kad ucapan daripda seseorang ini. Entah apa yang mengusik hati, aku sendiri kurang pasti. Tulisannya ringkas namun pesannya jauh lekat di dalam hatiku. Mungkin kerana ikhlasnya tulisan itu barangkali.

Menoleh ke sisi kanan meja, urusan kerja menimbun jelas. Aku cuma memalingkan muka. Tidak mahu untuk seketika berfikir soal kerja. Esok aku kembali masuk kerja. Justeru, esok sahaja aku akan mula fikirkan tentang soal itu.

Esok juga ada janji yang beratur. Paling membuat resah, janji berdamping teman jiwa. Ermm.. apa yea mahu aku tuturkan kepada dia... Aku harap tidak akan ada ribut yang berlangsung.

[Mudah-mudahan yang lebeh baek buat kita semua..]

Thursday, October 11, 2007

~ SALAM AIDLFITRI ~


Dengan ikhlas dan rendah hatinya, jari ku susun memohon seribu kemaafan
diatas segala singgung yang mungkin tercuit sepanjang menulis di sini.
Mungkin menyebut, menyentuh atau meminjam
peristiwa2 yang terkongsi di sini.
Kerterlanjuran kata mahupun terkasaran bahasa..
Mudah-mudahan maaf diberi dan diterima dengan berlapang dada.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR & BATIN.

[Petang nanti, aku akan berangkat pulang ke kampong halaman. Teman jiwa akan menjemput sebentar nanti. Mengharapkan agar Syawal kali ini memberi sesuatu yang lebeh baik buatku. Amin.]

~ BUAL SI KECIL ~

AKU : Dina, ada orang orang kirim kat Dina.
SI KECIL : Hehehe... abang A.H yekk..
SI KECIL : Ehh.. dia tak kirim duit raya?
AKU : Dina mintak duit raya dengan dia ker? Apelah Dina nih..
SI KECIL : Mana adee... Dina tak mintak pun
SI KECIL : Abang A.H yang janji nak kasi hari tuh..
SI KECIL : Haaa.. tak baik tau kalau dia tipuu..
SI KECIL : Nanti masuk api neraka... Tuhan marah (bersungguh2)
AKU : (Ketawa)
AKU : Apa lah Dina niii...
AKU : Tapi bukan abang A.H yang kirim salam
AKU : C.A laaa kirim salam
SI KECIL : Laa.. C.A (senyum)
SI KECIL : dia dah tak marah AL ker?
AKU : Bila pulak dia marah AL?
SI KECIL : Abis tu, AL dah tak marah C.A dah?
AKU : Eh.. bila pulak AL marah dia..
SI KECIL : Ha'ah kann.. dah nak raya mana ada orang marah2 lagi kan
SI KECIL : Hari raya tak boleh marah2.. berdosa
AKU : Yerlaaa... (Senyum)
SI KECIL : C.A tak balas ker kad raya Dina?
SI KECIL : Apalah C.A nih.. Dina nih kan kawan dia
AKU : Eh.. ehhh.... suka2 hati jer... semuapun nak kata kawan Dina... (ketawa)
SI KECIL : Biar aaaa.. (tersengeh)

Perbualan aku dengan si kecil sebelum dia berangkat pulang ke kampung malam tadi. Bualnya sering sahaja membuat aku dengan senyum yang panjang.

[Belajar dengan perkataan2 kecil begitu]

~ BUKAN KERANA AIDILFITRI ~


"...semoga ape cakap kat mulut sama kat hati yerr..."

Yer... aku juga berharap mudah-mudahan apa yang tuturkan di bibir ini juga sama dengan rasa yang ada di dalam hati. Aku memaafkan segala yang tercuit di hati dengan ikhlas. Dan dalam masa yang sama juga mengharap permohonan maafku juga diterima dengan berlapang dada. Banyak singgung yang menyinggah dalam persahabatan yang ada ini dan akhirnya ia memberi hujung. Baik juga salam ini terhulur.

Siang tadi, entah apa angin yang meniup sisi, aku di sapa sahabat yang lamaaaaa berhenti bersahabat, sahabat june. Aku tiada apa mahu dituturkan dengan dia. Masih marah? Tidak juga. Cumanya seperti yang aku katakan, tiada apa yang mahu aku tuturkan dengan dia. Mungkin kerana persahabatan telah terhenti lama barangkali... hampir setahun yang lalu. Justeru, kami banyak berbahasa basi.

Sebenarnya, aku tidak tahu apakah ini kebetulan ia sesuatu yang disengajakan. Sebelum kami bersapa itu, aku ditanyakan oleh seseorang tentang sahabat ini.

ORANG : Awak ada jumpa dengan A?
AKU : (sedikit terkejut kerana tiba2 sahaja diajukan pertanyaan itu)
AKU : Takde. Kenapa? (acuh tak acuh)
ORANG : Sejak dia kat tempat baru?
AKU : (mengangkat bahu)
ORANG : Dia tak call awak ?
AKU : Tak.
AKU : Apesal?
ORANG : Saja tanya... (tersenyum)
ORANG : Apa punca korang ni bergaduh yek, dulu lagi saya nak tanya..
AKU : ??? Gaduh apa pulak niii... (terus berlalu)

Sebaik itu, skrin di depanku ini tiba2 tertera nama sahabat june menyapa. Kebetulan? Umur panjang? Entahh..

Soal kemaafan... memberi dan menerima dengan berlapang dada. Hari baik, bulan baik... mudah-mudahan semuanya pun baik2 sahaja. Soal2 yang dulu, telah lama aku tinggalkan, telah lama aku maafkan. Cumanya, mahu membiasakan diri dengan baju yang telah koyak mungkin sedikit sukar dan mengambil sedikit masa. Tahu dan cukup sedar kekurangan dan keburukan yang ada dalam diri. Salah dan silap diri juga menimbun. Mungkin aku adalah sahabat yang tidak berbaloi untuk mereka. Itu kenyataan yang aku terima. Pun begitu, aku cuba memperbaiki diri dengan lebih baik dari hari ke hari.

Tutur maaf itu lazim sempena aidilfitri barangkali. Namun, maaf yang aku tuturkan ini bukan sahaja kerana aidilfitri, tetapi kerana memangnya tutur itu ada di hati ketika ini. Aku juga sering mengingatkan diri sendiri. Kemaafan itu akan lebih bermakna apabila kita tahu erti sebuah kemaafan itu dan menghargainya dengan baik.

AKU : Sama22 kita faham & hargai erti kemaafan itu sendiri
SAHABAT : heeehe
SAHABAT : yer222
SAHABAT : baikkkkkkkkkkkkkk
AKU : KEMAAFAN
AKU : itu lebih baik
SAHABAT : dendam yg terindahh
AKU : dari cakap byk kali tp tak faham atau hargainya

Aku juga mengingatkan diri sendiri, bukan untuk dia sahaja. Tiada guna menutur maaf beribu kali sekalipun andai erti kemaafan dan harga sebuah kemaafan itu tidak pernah dipeduli. Ermmm..

[Mem-beri dan menerima maaf itu adalah perkara yang paleng endah dan terpuji...]

Wednesday, October 10, 2007

~ ANGKASAWAN NEGARA ~










Malaysia Boleh ! Akhirnya nama rakyat Malaysia terpahat juga sebagai salah seorang yang bertuah dan berpeluang menjejakkan kaki ke angkasa lepas. Menjadi angkasawan yang mana suatu ketika dulu ia dilihat sebagai satu misi yang mungkin mustahil. Hari ini, semunya telah menjadi kenyataan. Dr Sheikh Muszaphar 32, terpilih sebagai angkasawan negara yang pertama. Sebagai rakyat Malaysia, aku tumpang berbangga dengan kejayaan ini. Kejayaan milik semua.

Petikan Dari www.mstar.com.my

ANGKASAWAN KITA SELAMAT BERLEPAS

10-10-2007, 10:01:00 PM BAIKONUR, Kazakhstan : Malaysia membuka satu episod baru dalam lipatan sejarah negara apabila angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menggunakan roket Soyuz TMA11 buatan Russia dari tapak pelancaran Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan tepat pukul 7.21 malam ini (9.21 malam waktu Malaysia).

Dr Sheikh Muszaphar Shukor (kiri) selamat berlepas bersama pesawat Soyuz TMA11. Di sisinya jurutera penerbangan Yuri Malenchenko dari Russia. Kejayaan menghantar angkasawan negara itu menandakan satu lagi pencapaian di peringkat dunia yang mampu diraih rakyat negara ini, selaras dengan usia kemerdekaan negara ke-50 bebas dari penjajahan, pada 31 Ogos lepas.

Selain Dr Sheikh Muszaphar Shukor, misi pesawat angkasa lepas seberat 7,170kg itu disertai komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan Yuri Malenchenko dari Russia.


Bukan itu sahaja, Dr Sheikh Muszaphar Shukor juga mencatat sejarah sebagai angkawasan Islam pertama yang bakal menyambut Aidilfitri di angkasa lepas, yang berada pada kedudukan 333km dari muka bumi dengan jangkaan tiba ke ISS selama dua hari.


[Mimpi yang men-jadi kenyataan... Patot-kah ber-mimpi lagi?]

~ PERTAMA TANPANYA ~


PERTAMA TANPANYA
(Obsesi buat arwah D)

Bila pertama tanpanya
Merai Ramadhan
Merai Syawal
Hati menjadi diam
Kenangan bertalu datang
Seolah hanya dia teman bersembang

Bila pertama tanpanya
Merai Ramadhan
Merai Syawal
Ingatan semakin kejap
Walau telah henti berharap
Senyumnya masih lekat

Bila pertama tanpanya
Merai Ramadhan
Merai Syawal
Banyak mahu yang beratur
Sedang dulu ia bertabur
Melihat di sisi dengan kabur

Bila pertama tanpanya
Merai Ramadhan
Merai Syawal
Terasa besar kehilangan
Seperti terlalu perlu dia bertandang
Untuk memberi senyum yang panjang…

Bila Ramadhan
Bila Syawal
Bila pertama tanpanya
Aku diam
Aku bungkam
Aku hilang

AKU,
09 OKTOBER 2007
10.10 am


[Pertama kali sering saja buat kita tidak keruan... men-cari biasa yang sudah tidak men-jadi biasa lagi..]

Tuesday, October 09, 2007

~ BEGITULAH SELALU ~


HOW FRIENDSHIP BREAK ?

Both Friends Will Think The Other Is Busy…
And Will Not Contact.. Thinking It May Be Disturbing

Both Will Think Let The Other Contact…
After That each Will Think Why I Should Contact First ?

Here Your Love Will Be Converted To Hate
Finally Without Contact The Memory Becomes Weak
They Forget Each Other.

So Keep In Touch With All Your Friends...

[Aku yang sering melaluinya... ermm...]

~TERTUNDUK EGO SETINGGI KLCC ~


"Sorrylah kalau AL terasa dgn sikap sy td.
Ari nie, sy stress sgt-2. Byk prob...
Minggu ni byk benda yg sy kena settle b4 raye.
Please unstnd me... Lupakanlah ape yg sy ckp td...
Td, hati sy tgh panas. Tolonglah jgn amik ati.
Sy mintak maaf.."

Mesej yang kuterima dari adik lelakiku tengahari tadi. Aku tidak menjawab panggilan telefonnya kerana berkecil hati dengan gaya dia berbahasa dalam perbualan telefon dengannya pada awal pagi tadi. Menyedarinya silap diri, dia berulangkali menghubungiku dan aku tidak mahu menjawabnya. Akhirnya, mesej diatas menyusul.

Paling membuat aku terharu kerana dia tahu meminta maaf dan tahu dia telah berbuat sesuatu yang tidak sepatutnya dia lakukan. Aku tahu dia ikhlas dengan permintaan maafnya. Ini kerana aku tahu adik yang seorang ini egonya sangat tinggi.. setinggi KLCC barangkali. Jarang sekali mahu mengakui silap seperti hari ini dan selalunya payah juga dia mahu meminta maaf secara terbuka begitu. Dan hari ini dia melakukannya untukku. Terima kasih.

"Ermmm... okk. AL pun bukan nak amik hati sgt
tp awk xpatut buat mcm tuh. Next time, jgn buat lg.
Pd AL atau pd sapa2 pun. Smua org pun ada prob.
Tp kena ker buat camtu??? Ermm... dah2...
Kita lupakan soal tuh. AL okk jer..."

Setelah mesej itu kubalas, dia segera menelefonku kembali dan masih dengan permintaan maafnya. Aku tidak simpan di dalam hati. Cumanya sedikit rajuk dengan sikapnya yang banyak berubah sejak akhir2 ini. Mujur dia segera memberi hujung kepada rajuk itu...

[Kemaafan akan lebih bermakna jika kita tahu dan meng-hargai arti kemaafan itu sendiri..]

Monday, October 08, 2007

~ MENEMPAH & MEMBAYAR ~




SABAN tahun, kami akan menempah sahaja kuih raya. Memangnya ibu tidak pernah membuat sendiri kuih raya. Yelah... bukan senang pun mahu membuat kuih raya yang pelbagai itu. Tenaga dan masa yang banyak diperlukan sedangkan ibu terlalu sibuk dengan urusan rumahtangga yang lain.

Persiapan raya di rumah saban tahun tidak banyak yang lebihnya. Bersederhana sahaja. Cumanya tentang makanan ia mungkin lebih sedikit berbanding persiapan lain. Ini kerana kunjungan tetamu selalunya tidak putus sehingga raya ketiga. Selalunya pun pada raya pertama sahaja, sehingga ke lewat malam pun rumah masih dikunjungi tetamu. Justeru, soal yang satu itu memang begitu diberi perhatian. Sejak 2 hari lepas, tempahan kuih raya sudah mula dihantar ke rumah. Wang yang keluar juga boleh tahan lajunya seperti air yang mengalir. Sedar2 sahaja bila dihitung jumlahnya, ia hampir menyamai gaji bulananku.

Bukan sahaja kuih raya, juadah lain seperti lemang dan ketupat juga ditempah. Memangnya kami tidak pernah merasai kemeriahan atau kesibukan suasana membakar lemang atau merebus ketupat di malam raya. Ibu sekadar menyediakan juadah basah atau lauk-pauknya sahaja. Selebihnya ditempah sahaja. Itu lebih memudahkan barangkali.

Malam raya, lazimnya kami meriah dengan suasana membuat persiapan rumah. Menggantung langsir, memasukkan kuih raya ataupun mengubah atau membetulkan kedudukan perabot. Itulah aktiviti yang paling disibukkan pada malam raya.

Ermm... tahun ini mungkin suasana rayanya bertambah meriah barangkali. Semua adik-beradik dapat berkumpul berbanding tahun2 lepas ada sahaja yang tidak dapat pulang beraya. Pastinya ayah dan ibu yang paling gembira.

Pun begitu, raya tahun ini buat aku tidaklah begitu mengujakan. Menunggu raya bererti menunggu majlis itu. Bosan. Apapun, harus jua aku lalui demi memenuh mahu mereka. Sebulan dua ini, aku cuba untuk tidak memikirkan soal itu. Namun, tarikh itu makan hampir. Ia tetap akan datang juga.. ermmm..

[Kalau-lah teman jiwa dapat ber-kunjong dan beraya ke- rumah, tentu sahaja ia paleng manis dalam hati-ku.]

Sunday, October 07, 2007

~ TIDAK BERSAMA DIA ~


Insyaallah, jika tiada aral yang melintang aku akan pulang beraya pada hari khamis ini selepas berbuka puasa. Kakak akan pulang terlebih dahulu pada hari rabu kerana dia mendapat cuti lebih awal. Sementara abang pula akan pulang pada malam raya.

Aku tidak mahu menunggu sehingga malam raya, justeru pulangku akan dihantar oleh teman jiwa. Biarpun tidak di depan rumah, sekurang-kurangnya aku selamat tiba di kampung halaman. Tidak dirancang, tetapi ermm... kebetulan saja. Baik juga begitu kerana raya nanti, tentu sahaja dia tidak berpeluang untuk berkunjung ke rumah. Sekurang-kurangnya suasana raya sudah mula dirasa ketika itu.

Ermm... Kali ini aku tidak menghadiahkan sepasang baju melayu buatnya seperti tahun lepas. Itu yang dipintanya. Seperti ada rajuk yang bertandang. Katanya ke mana mahu digayakan baju itu kalau tidak dialukan bertandang ke rumah? Ermm...

[Sepasang kurong merah menjadi kenangan... tahun ni?

Saturday, October 06, 2007

~ JOGET AIDILFITRI ~




















Hari ini aku berbuka puasa di sekitar BB. Sepatutnya aku memenuhi undangan berbuka puasa seorang teman di E.R, namun disebabkan telah ada janji lain yang patut aku dahulukan, makanya aku memilih untuk di sini. Shopping lagi. Entah apa lagi yang belum cukup untuk persiapan raya ini, tetapi setiap kali hujung minggu, inilah aktiviti yang dilakukan saban minggu sepanjang dalam bulan puasa ni. Ada sahaja yang berkenan di mata dan akan dibawa pulang.

Hari ini gedung ini dipenuhi dengan ramai sekali manusianya. Mungkin mengambil kesempatan terakhir kerana minggu ini adalah minggu terakhir sebelum kita semua menyambut hari raya aidilfitri pada sabtu depan. Mujurlah tempat yang dipilih kami untuk bebuka puasa itu tidak begitu ramai orang. Justeru, tidak perlulah kami bergegas awal mencari tempat untuk berbuka puasa.

Usai segala, kami menghalakan langkah di tempat tumpuan manusia di tengah gedung itu. Rupa-rupanya ada persembahan yang diadakan sempena minggu menyambut aidilfitri ini. Joget Aidilfitri. Kami menyinggah kerana aku sememangnya gemar menonton persembahan kebudayaan begini.

[Terserempak dengan saorang kenalan. Ermmm... memasoki 'dunia' itu jugakah dia? Mudah-mudahan suatu masa nanti dia akan kembali kepada fitrah.]

Friday, October 05, 2007

~ MEMINJAM PESAN ~


"Kadang-kadang kita sering mengambil jalan singkat untuk memadamkan kepercayaan manusia-manusia yang rapat dengan kita. Dalam erti kata lain, membunuh kepercayaan yang dibina kerna percaya apa yang kita lihat dan dengar itu benar... sedangkan kebenarannya tidak!!"

[Itu petekan kata2 dari laman web sasaorang. Aku tertarek dengan pertutorannya yang jelas dan benar itu. Meminjam pesan itu untok diri sendiri.]

~ IT MADNESS ~


IT IS MADNESS...
(Kiriman emel dari seorang teman..]

It is madness...

To hate all roses
Because you got scratched with one thorn...

To give up on your dreams
Because one didn't come true...

To give up on your efforts
Because one of them failed...

To condemn all your friends
Because one betrayed you...

Not to believe in love
Because someone was unfaithful,
Or didn't love you back...

To throw away all your chances to be happy
Because you did not succeed on the first attempt...

I hope that as you go on your way
You don't give in to madness.

Remembering always...
Another chance may come up.
Another friend.
A new love.
A renewed strength.
Be persistent.

[Hanya kerana sasaorang dan sesuatu... berbaloikah?]

~ MENGAPA DIRINDU ~


MENGAPA DIRINDU
by saloma / uji rashid

Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati

Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti

Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Sayang mengapa dirindu...

[Mengingatkan aku kepada sasaorang. Mudah-mudahan juga dia maseh mengingat aku..]

Thursday, October 04, 2007

~ MENJAGA HATI ~

Kalaulah badan ini boleh dibahagi-bahagikan untuk menyenangkan hati semua orang, kan senang... Aku sedaya-upaya mahu menjaga hati mereka. Namun kemampuan diri juga terbatas. Mana mungkin aku dapat melakukan semua itu. Errmmmm...

[Usahlah membaca aku salah...]

Wednesday, October 03, 2007

~ BELUM MAMPU KU CICIRKAN NAMANYA ~

(Al fatihah buat sahabat yang sentiasa dekat di hati, arwah D.)

Tahun ini merupakan tahun pertama aku tidak dapat berbuka puasa dengan arwah D, menyambut raya juga. Terkenang saat2 manis berbuka puasa dengan arwah pada tahun lepas. Dia adalah sahabat yang paling dekat buatku. Walaupun sering bersua, tetapi dia tidak pernah lupa untuk mengirimkan kad ucapan raya untukku. Setiap tahun. Dan kini.. setelah ketiadaannya, aku membaca kembali kad2 kirimannya yang masih ku simpan rapi itu.

Ermm... Entah mengapa hari ini aku banyak terkenangkan dia. Aku... tidak punya kesempatan yang baik mengunjungi pusaranya.. Lama juga tidak ke sana untuk menyirami air mawar. Sedih. ..

Tidak mampu menghilang rasa ingat yang begitu kuat kepada arwah, aku mengirimkan kad ucapan raya buat keluarga arwah. Anggap saja aku mengirimkan untuk dia seperti selalu.. seperti tahun2 sebelum ini. Belum mampu untuk kucicirkan namanya. Sayu sahaja saat aku menulis kad ucapan itu walaupun hanya untuk beberapa baris.

Melihat keadaanku, seorang teman menyapa tanya untuk siapakah kad ucapan yang kelihatannya seperti istimewa itu.

ENCIK : Untuk siapa?
AKU : Kawan... kawan baik.
ENCIK : Ooo.. (tersenyum)
AKU : Ermmm... Tapi dia dah takde. (dengan nada yang cukup perlahan.)
ENCIK : ???
AKU : Untuk family dia. Tanda ingatan untuk dia juga..
ENCIK : (Memandang aku dengan penuh tandatanya)
AKU : (Diam terus)

[Al fatihah buat arwah D... mudah-mudahan aman dan sejahtera di sana]

~ SURAH AL QADAR ~


Terjemahan Surah Al-Qadr dari ayat 1 hingga 5 seperti berikut ;

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut) ; Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”
(Qur’an, Al-Qadr 97: 1-5)

[Mudah-mudahan tergolong aku...]

~ LAILATUL QADAR ~

Semalam merupakan Ramadhan ke-20. Bermakna hanya tinggal sepuluh hari sahaja lagi menjelang 1 Syawal. Seperti mana yang kita sedia tahu salah SATU keagungan, keistimewaan dan kemuliaan Ramadan ialah satu malam yang penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam yang hanya muncul pada 10 hari terakhir Ramadhan itu lebih dikenali sebagai Lailatul Qadar.

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat.

MENCARI LAILATUL QADAR
(petikan dari : http://www.utusan.com.my)

LAILATUL qadar merupakan salah satu dari malam-malam Ramadhan, di mana keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam tersebut dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami dari ayat tersebut ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi 1,000 bulan.
Kebesaran lailatul qadar adalah berdasarkan dua perkara.

1. Kerana pada malam tersebut diturunkan al-Quran dan keduanya pada malam tersebut akan turun para malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang-orang berpuasa dengan ikhlas.

2. Disebut sebagai lailatul qadar kerana pada malam tersebut akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama lailatul syaraf bermaksud malam kemuliaan dan lailatul tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya lailatul qadar seringkali berlaku perselisihan pendapat di kalangan para ulama. Tetapi pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam-malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadhan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.

Ini sesuai dengan sebuah hadis Rasulullah dari Ibnu Umar yang bermaksud :
“Sesiapa yang ingin mencari lailatul qadar hendaklah pada malam kedua puluh tujuh”.

Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim adalah bermaksud :
"Carilah dengan segala upaya kamu malam Al-Qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam akhir bulan Ramadan."

Jelas dari kedua hadis tersebut bahawa lailatul qadar itu hanya berlaku pada satu malam saja dari bulan Ramadan. Ia adalah sebagai suatu perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipat gandakan amal ibadat pada malam-malam akhir Ramadan al mubarak ini.

Jelas bahawa penyembunyian tarikh lailatul qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam tersebut.

Allah sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti:

* Allah menyembunyikan lailatul qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang bulan Ramadan.

* Allah menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada hari Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari tersebut.

* Allah menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu.

* Allah menyembunyikan isim adzam di antara nama-nama-Nya agar kita menyebut kesemua nama-nama-Nya (Asmaul Husna)

* Allah menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa jua bentuk maksiat.

* Allah menyembunyikan siapa yang menjadi wali di antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin.

* Allah menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia.

* Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya.

Walau bagaimana pun berkaitan dengan lailatul qadar, para ulama bersepakat mengatakan bahawa terdapat beberapa tanda apabila berlakunya malam tersebut, di antaranya ialah:

* Orang yang berkesempatan melihat malam al Qadar akan dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan di langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah.

* Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walau pun berada dalam kegelapan.

* Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan dapat mendengar salam para malaikat dan tutur kata mereka.

* Orang yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan diperkenankan segala doanya.

Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa di antara tanda malam al Qadar telah berlaku ialah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk yang putih bersih bagai bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas, di mana tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahaya.

Bagaimanapun pahala ibadat pada malam al Qadar akan tetap mendapat ganjaran dari Allah s.w.t biarpun tanda-tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sesiapa yang ikhlas melakukan ibadat puasa dan amal ibadat lain sepanjang bulan Ramadan, Insya-Allah akan menemui malam yang lebih baik dari 1,000 bulan itu.

[Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penoh makna...]

Tuesday, October 02, 2007

~ DI PESANKAN ITU ~

"Belajarlah dari kesalahan dan kesilapan orang lain. Engkau tidak dapat hidup cukup lama untuk mendapatkan semua itu dari dirimu sendiri..."

[Kesilapan itu harus difahami... bukan sekadar tuturan sahaja]

~ YA... BARANGKALI.. ~

..."Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..."

[Mudah-mudahan yang baek2 sahaja akan mengisi hari. Ermm.. bila tarikh itu semakin hampir... :( ]

Monday, October 01, 2007

~ PESAN SESEORANG UNTUK SESEORANG ~

Jika kejahatan dibalas kejahatan, itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan, itu adalah biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu kezaliman
Dan..
Jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji..

[Pilehlah sahaja di mana perlu kita berada... Yang jujornya hanya kita sahaja yang tau.]