Friday, August 03, 2007

~ SECAWAN KOPI ~

Ae menghubungiku. Beriya2 dia mengajakku menghirup secawan kopi di tempat kegemaran kami. Awalnya aku menolak. Pulang dari ruang pekerjaan pun sudah jam berapa, kalau aku bersetujui menyertainya, sudah tentu lewat malam pula aku akan menjejak kaki ke rumah. Ermm.. Aku tinggal bersama keluarga, justeru tentu saja aku perlu bertingkah seperti yang sepatutnya.

Pun begitu, sukar pula mahu menolak bilamana tiada alasan yang besar perlu diberi. Tambahan pula, jawapan yang sama kerap aku berikan. Bimbang juga kalau tingkahku kelihatan seperti tidak cuba menjaga hati mereka. Justeru, aku cuba juga melapangkan masa bersama teman2 ini. Ya... demi teman2 ini...

Berjiwa Senang. Bertemu rakan2 dan bertukar cerita. Ada sahaja agenda yang ingin diperkatakan. Nikmat secawan kopi ini juga tidak terbanding rupanya. Lama juga aku tidak menghabiskan masa yang begini. Selalunya aku banyak ke sana-kemari berdamping dengan teman jiwa. Merasakan lebih perlu bersama dia lantaran kami juga bukan selalu punya kesempatan berdamping. Itu juga kadang-kala membuat rajuk teman2 ini.

Pun begitu, hari ini aku memenuh mahu mereka. Ternyata ia juga membuat aku senyum yang banyak.

[Sangat dan sentiasa mau menjaga hati teman2... yang dekat dan rapat itu apatah lagi..]

No comments: