Friday, August 31, 2007

~ ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE-50 ~

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

MALAYSIAKU GEMILANG

Marilah kita semua
Atas nama negara bangsa
Dengan tekad mulia
Maju berwawasan
Mencipta keagungan

Berpadulah kita semua
Di dalam satu suara
Dengan degupan Merdeka
Menjulang budaya bangsa
Untuk Malaysia tercinta

Malaysiaku gemilang
Merdekanya terbilang
Berdaulat dan makmur
Berjaya kami syukur

Malaysia,
Kebebasan kedamaian
Malaysia,
Kebahagiaan kebanggaan
Malaysia,
Cemerlang terbilang
Malaysiaku gagah gemilang

Muzik oleh : Nik Nizam Jaafar - Istana Budaya
Lirik oleh : Rais Yatim & Hairul Anuar Harun


Alhamdulillah... telah 50 tahun, negara yang tercinta mencapai kemerdekaaan setelah sekian lama dijajah. Mudah-mudahan kemerdekaan ini akan terus dipertahankan. Bukan sahaja merdeka secara fizikalnya, tetapi juga dalam segala segi termasuklah minda dan perlakuan. Aku bercakap dan mengingatkan untuk diri sendiri juga... Mahu memerdekakan diri dari segala bentuk pengaruh dan kongkongan yang tidak sihat.

Bersyukur dan sangat2 menghargai perjuangan tokoh2 terdahulu yang banyak berkorban untuk negara. Perjuangan yang telus tanpa melihat atau mengharap ganjaran secara peribadi. Itu bezanya pejuang dulu dan sekarang.

Sempena ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-50 ini juga aku banyak menerima mesej ucapan. Sejak malam tadi sehinggalah hari ni. Namun, dalam sekian banyak ucapan itu, aku benar2 terkejut apabila mendapati salah satu mesej yang kuterima itu datangnya dari sahabat mei.. Ya.. Tuhan... setelah sekian lama dia berdiam diri dan hari ini dia masih mengingat aku tatkala sambutan hari kemerdekaan ini. Ermm... mudah-mudahan dia telah membebaskan rasa marah, silap sangka dan segala macam lagi rasa yang pernah membuatkan sugul pada persahabatan yang pernah terjalin ini... Terima kasih.

Aku juga mahu membebaskan segala rasa yang 'pahit' itu pergi jauh2. Aku mahu membebaskan segala rasa marah dan kecil hati yang pernah bertimbun itu jauh2. Tidak mahu lagi hidup dengan rasa yang begitu teru-terus. Mahu hanya melebar senyum mengisi hari bersama mereka yang juga mahu memberi senyum. Membaik-pulih segala apa yang telah rosak sebelum ini, insyaallah.

[MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!]

Thursday, August 30, 2007

~ MALAM MERDEKA ~

Sebentar nanti, aku punya janji untuk berdamping teman jiwa. Kalau diikutkan rasa hati, aku hanya mahu menghabiskan masa pada malam ini untuk berada di depan TV. Menonton segala acara yang berkait dengan sambutan ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-50 tahun yang akan disiarkan secara langsung di hampir kesemua saluran TV.

Pun begitu, mengenangkan dia yang bersungguh2 mahu aku meraikan sambutan hari kemerdekaan malam ini bersamanya, aku bersetuju juga akhirnya. Errmm.. seperti biasa, kami akan menghabiskan masa di tempat kegemarannya di BS. Aku harap dia menunaikan janjinya untuk tidak pulang begitu lewat pada malam ini.

[Ter-ingat kepada seorang rakan... Pada tahon lepas dia dan 'teman-nya' meng-isi malam merdeka dengan menonton pertunjukkan bunga api.. Apakah tahon ini dia maseh dengan aktiviti yang sama? Ermmm.. mudah-mudahan dia dan teman-nya itu baek2 saja.]

Wednesday, August 29, 2007

~ PERISTIWA MEMALUKAN ~

Apabila mengenangkan kejadian ini, aku tersenyum sendiri. Malu kepada diri sendiri. Pun begitu, ia telah memberi ajar yang besar buatku. Malah sehingga hari ini dan sampai bila2 pun, aku akan mengingatnya.

Kejadian ini berlaku pada 2 bulan lepas. Ketika itu aku dan teman jiwa berada di KLIA. Sementara menunggu dia membuat urusan, aku memilih untuk duduk di satu kerusi melepas lelah.. Berdepan dengan seorang kanak2 berbangsa India dalam lingkungan umur 7-8 tahun. Dia murah dengan senyuman. 5 minit berlalu, akhirnya dia memulakan perbualan. Bertanyakan tentang urusanku berada di situ. Bertanyakan juga itu dan ini.. petah. Aku pula dilihat seperti tidak tahu berbual. Lucu. Tetapi itulah yang berlaku.

Sebegitu banyak bual yang berlangsung diantara kami, dia tiba2 bertanyakan kepadaku apakah tema hari kemerdekaan negara tahun ini setelah melihat tajuk besar tentang merdeka di dada akhbar yang sedang dibaca oleh seorang berdekatan tempat duduk kami. Aku sangat2 terkejut dengan pertanyaan itu. Laju mencari helah untuk tidak menjawab soalan itu. Kenapa? Kerana ketika itu aku benar2 tidak ada jawapan untuk soalannya. Teruknya! Ya.. malang sekali aku bukan.. tema untuk sambutan hari kemerdekaan ke-50 tahun negara sendiri pun aku tidak tahu. Kalau bercakap dan berhujah soal sejarah negara, bukan main lagi aku bersemangat dan serba tahu... tema hari kemerdekaan??? Malu!!!

AKU : Errr.. Keranamu Malaysia..
KANAK2 : (mengerutkan dahi)
KANAK2 : Itu yang dulu (menunjukkan reaksi keliru..)
AKU : Errr.... memangla (menyedari kesilapan dan cuba membetulkan perkataan..)
AKU : Maksud akak.. tema itu banyak kali digunakan..
AKU : Tahun ni, lain sikit.. Err...

Belum sempat aku menghabiskan perkataan, kanak2 ini menoleh kebelakang apabila namanya di panggil orang. Terus saja tersenyum dan berlari meninggalkan aku yang masih tercari2 jawapan selamat untuk diberikan kepadanya untuk menutup 'kelemahan' yang tidak sepatutnya ada padaku yang tentunya lebih faham maksud 5o tahun merdeka itu.

Itulah perkara yang paling memalukan yang terjadi kepadaku. Malu kepada kanak2 itu dan malu yang besar juga kepada diri-sendiri. Aku tidak tahu tema sambutan hari kemerdekaan yang ke-50 tahun ini ?? Kesalahan yang tidak boleh dimaafkan barangkali... Errmm... Teruknya.

Sejak kejadian itu, aku benar2 sedar... betapa teruknya dan tidak prihatinnya aku. Betapa kanak2 yang sekecil itu tahu dan peka dengan soal2 yang besar begitu dan aku yang mempunyai akal fikir dan kematangan yang jelas ini pula mengambil remeh. Errmmmm.... Itu pelajaran besar buatku.

Justeru, apabila semakin hampir tiba hari ulangtahun kemerdekaan negara, aku kembali teringat kejadian itu... mudah-mudahan ia tidak akan berlaku lagi.. kepada aku atau kepada sesiapa sahaja yang mengaku bergelar anak Malaysia.

Tema sambutan hari kemerdekaan pada tahun2 sebelum ini..
(Petikan dari www.blog.azhad.com)

1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 Bersatu
1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kemajuan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang

[Malu kepada diri sendiri itu lebeh besar sesalnya..]

Tuesday, August 28, 2007

~ MASIH ADA DALAM INGATAN ~

Selamat hari ulangtahun kelahiran buat seorang teman lama ini. Mudah-mudahan yang baik2 sahaja melingkari hidupnya. Mudah-mudahan kehidupannya sering dipermudahkan. Itu doa ikhlas dari seorang aku.

Entah bagaimana seketika tadi aku asyik memikir2 tentang tarikh 28hb ogos ini. Seperti ada dejavu.. Seperti pernah terbayang, dulunya tarikh 28hb ada sesuatu yang diraikan. Akhirnya, ingatan itu datang juga. Rupa-rupanya hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran K.A.

Aku menyelongkar isi telefon bimbitku kalau2 masih ada nombornya untuk dihubungi. Yaa.. namanya masih ada di situ. Lalu aku pantas mengirimkan sedikit ucapan buat teman ini. Tidak mengharapkan balasan dari kiriman itu kerana aku merasakan bahawa dia tidak lagi menggunakan nombor ini. Sementelah pula hampir 2 tahun kami tidak bertemu walaupun aku tahu dia masih lagi bertugas di kota besar ini. Tidak pernah ada ribut, tidak pernah ada sugul... Cumanya kesibukan dengan urusan dan kerjaya masing2 membataskan kami untuk saling berhubungan, barangkali.

Namun, tidak sampai 8 saat dia membalas kiriman mesej itu. Mengucapkan terima kasih dengan menyebut namaku. Walhal dalam ucapanku itu, aku tidak menamakan diriku. Sekadar ucapan ringkas, tetapi penuh dengan keikhlasan. Tersenyum panjang aku dibuatnya. Dia masih menyimpan nomborku.. dia masih mengingat aku rupa-rupanya.

Sekali lagi aku memberi mesej balas kepadanya dan bertanyakan bagaimana dia tahu aku yang memberikan ucapan itu. Sedangkan aku tidak pernah memperkenalkan diri, sementelah lagi hampir 2 tahun kami tidak pernah berhubungan lagi. Dia menjawab ringkas, "Mana ada sahabat yang mampu melupa mudah seorang yang dia gelarkan sahabat juga? "

Aku ketawa membaca jawapannya itu. Dan aku seratus-peratus turut bersetuju dengan kata2 itu. Mana mungkin kita mampu melupa sahabat kita dengan mudah kan.. Kerana sahabat itu berbeza jauh dengan kawan, rakan atau teman..

[Tidak pernah mau kehilangan atau memberi hujong kepada sebuah persahabatan.. Tidak pernah!!]

Monday, August 27, 2007

~ MENEMANI ~

Tidak banyak pun persamaan yang ada antara aku dan teman jiwa. Kesukaanku bukan kegemarannya. Minatnya bukan juga menjadi hobiku. Tetapi kerana saling menyayangi, menghormati dan memahami, kami menjalani semua itu senang dan aman.

Sering aku sematkan dalam hati... andai dia boleh menerima segala kekuranganku, kenapa tidak aku? Andai dia boleh menemani aku melakukan sesuatu yang bukan menjadi kesukaannya, tidakkah aku juga boleh berbuat perkara yang serupa? Ingatan2 dan pertanyaan2 yang begitulah yang sering memberitahu kepadaku supaya sentiasa belajar untuk memahami, menghormati dan menerima dia seadanya.

Sabtu lepas, aku menghabiskan setengah hari untuk menemani teman jiwa dengan aktivitinya. Tidak pernah ada rungut walaupun aktiviti sebegitu terlalu janggal dari kebiasaanku. Aku menghormatinya dan aku sudi dengan rela hati untuk menemaninya.

[Menyayangi itu juga adalah berhasil dari belajar memahami dan menerima.. itu petikan sms yang pernah diterima aku..]

Sunday, August 26, 2007

~ SEBUAH KEAKRABAN DARI PERTENTANGAN ~

Dalam banyak hubungan yang aku lalui, baik hubungan istimewa mahupun hubungan persahabatan, aku sering sahaja lekat dan dekat dengan meraka yang punya banyak pertentangan denganku. Pertentangan itulah yang sering membuatkan hubungan itu menjadi bertambah akrab dan sihat. Pelik kata seorang teman.. tetapi yang pelik itulah yang benar aku lalui dengan penuh senyum. Yang bertentangan itulah yang sering memberi kita pelajaran yang maha berguna.

Menyorot kisah bersama teman baik beberapa tahun dulu. Sikap dan laku ku dengan sahabat ini terlalu jauh sangat berbeza, bagai langit dengan bumi. Tiada langsung persamaan dan segi sikap luaran yang boleh dikongsi. Dia pada awal persahabatan seorang berbahasa kasar, mementingkan diri sendiri dan bersikap lepas laku. Semua rakan sedia maklum akan hal itu. Tetapi entah bagaimana pula, aku yang seratus-peratus bertentangan dengan sikap itu boleh berkomunikasi baiknya dengannya.

Dia pernah menegur sikapku yang dianggapnya sebagai kerap memberi ruang orang memijak dan aku juga pernah melahirkan rasa tidak setujuku dengan sikapnya yang suka berbahasa dan bergurau kasar. Kami masing2 menerima dan masing2 belajar. Nah pertentangan itu akhirnya memberi keakraban yang tetap kejap dan kuat sehingga hari ini.

Jujur aku katakan, aku tidak banyak sahabat dari kalangan yang punya satu kesamaan sikap denganku. Jarang sekali. Satu kebetulan barangkali untuk memberi peluang aku belajar memperbaiki diri. Andai semua sikap yang kita lakukan itu dipersetujui sementelah lagi mereka juga begitu, tentu saja akan memberi 'lena yang panjang' kepada kita. Membaiki diri itu penting. Mereka yang di sisi itu adalah cermin untuk dijadikan panduan. Justeru, memilih cermin itu biarlah cermin yang boleh memberi kita lihat dengan jelas. Bukan cermin yang kelabu dan kabur dalam pandangan.

[Aku mencobet peha kanan.. kenapa tidak terasa saket di peha kiri? Aku menampar pipi kiri.. kenapa tidak terkesan di pipi kanan? Kenapa yea..]

Saturday, August 25, 2007

~ BUAT KITA ~


SOMEONE OUT THERE, THAT WE CALLED AS FRIENDS
(Buat dia, buat awak, buat saya, buat semua yang ada dalam persahabatan ini)

There are friends…
That reminds you
When you almost missed your last bus.
There are friends
That will always be by your side
To ease your burden eventho they’re soo damn busy.
That reminds you to eat
And still urging you to eat
Even when you have the leakest appetite ever.
That are willing to hear upon you
Eventho they know
That you are at the wrong side
And had done a big-screwed mistake
Well, who doesn’t rite?
That are friends.

[Aku dikata sesesorang coba memberatkan persahabatan. Bukan. Aku bukan memberatkan tetapi menghargai sebuah persahabatan itu..]

Friday, August 24, 2007

~ SCORPIO ~

Tubuh biasanya kecil, tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana. Renungannya yang ajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain. Sama ada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia berjalan. Dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu apabila dalam kegelisahan..

TOP 10 REASONS YOU'RE A SCORPIO

10 . Oh , so mysterious
9 . Your Motto : Leave me alone
8 . All that power
7 . Such a deep thinker
6 . Get on the depression express
5 . What a rebel
4 . Want what you can't have
3 . Fear nothing
2 . Such a sharp tongue

AND THE #1 REASON YOU ARE A SCORPIO IS ...
YOU WERE BORN UNDER THE SIGN OF THE SCORPION !

[Lama tidak berkongsi rahsia tentang horoskop bersama sahabat yang seorang itu..]

Thursday, August 23, 2007

~ PESAN DARI SEORANG TEMAN..~

"Kadang2 kita perlu juga berbuat salah. Ini kerana, dari salah itulah maka kita belajar sesuatu. Untuk membetulkan apa yang silap pada awalnya. Andai kita sentiasa betul, mungkin kita tidak akan nampak langsung kesilapan kita walaupun ia sebenarnya ada. Dek kerana itulah timbulnya sifat bongkak, riak, ujub, takabbur dan semacam jenis sifat mazmumah lagi. Sebaik2 baiknya cubalah hapuskan sedikit demi sedikit sifat mazmumah dalam diri kita dan gantikan dengan sifat mahmudah ke dalam diri kita."

[Yaa.. perlu melihat dengan mata yang lebeh besar lagi kepada kesalahan dan kesilapan diri sendiri..]

Wednesday, August 22, 2007

~ DEMI MEREKA ~

Hari ini aku mengambil cuti seperti yang perlu. Seawal pagi aku sudah terjaga. Termenung untuk beberapa ketika di birai katil. Tidak dengan lena yang sempurna. Mata juga juga bengkak. Penuh sarat yang ada dalam fikirku. Merenung sekitar bilikku ini (aku berada di rumah lama sejak semalam). Tiada apa yang berubah. Lama aku tidak pulang ke sini tetapi barang2 ku sedikit pun tidak terusik. Bagaimana aku menyusun gambar2 kecil di meja bacaan ini dulu, begitu jugalah letaknya saat mata ini menjamah hari ini.

Jam 8 pagi, aku telah siap siaga. Menarik nafas yang panjang dan kemudiannya mengatur langkah membuat urusan yang 'diwajibkan' itu. Errmm.. demi memberi senyum kepada mereka, aku lakukan ini. Jangan ditanya yang ada di dalam hati ini kerana aku telah berjanji untuk memberi mereka senyum. Justeru, yang di dalam ini, biar hanya aku yang tahu.
Pun begitu, ternyatanya hanya jasad di sini... fikiran jauh melayang entah ke mana. Hasilnya aku membuat cuai diri. Memberi malu kepada diri sendiri.. Menggelengkan kepala. Dan hanya itu yang mampu aku lakukan saat itu. Teruk. Aku tidak fikir ia berhasil baik walaupun di dalam hati ini sungguh mengharapkan agar semuanya akan baik2 sahaja.

Aku melalui hari ini dengan sungguh teruk. Kalaulah ada keajaiban itu.. ermmm... pinjamkanlah sedikit kepadaku untuk memperbetulkan seperti mana yang diinginkan..

[Aku sentiasa berusaha untok memberi senyom kepada mereka yang di sisiku... Mudah-mudahan yang baek2 saja untok mereka.]

Tuesday, August 21, 2007

~ SEMILIR ~

(Foto : Filem Kemarau Cinta)

SEMILIR

by liza hanim

Semilir senja berteman bulan gerhana
Melukis mega di wajah asmara
Tak mampu mata menatap bingkisan duka
Biar hilang di telan malam gelita

Berkurun aku menjadi pujangga cinta
Melarik bicara tanpa suara
Kerana itu lebih membahagiakan
Rajuklah rinduku

Biar diri dibakar terik silau mentari
Rela taufan terbangkan ke lautan dalam
Moga nanti dapat ku lupakan
Sejarah yang luka kenangan berduri

Berkurun aku menjadi pujangga cinta
Melarik bicara tanpa suara
Kerana itu lebih membahagiakan
Rajuklah rinduku

Ingin saja ku rentas jalur bintang malam
Berlari kelingkaran angkasa
Cari damai yang jauh di balik mimpi
Apakah ada cinta...

[Tersimpan kejap di dalam hati ini.... Apapun, bahagia buat dia.. mudah-mudahan]

~ MENGALAH ~

Akhirnya aku mengalah. Ya! Aku mengalah pada BR. Lama merajuk dengan dia dan sudah tidak sampai hatinya rasanya melihat dia memujuk. Bukan sahaja panggilannya tidakku jawab, malah sms nya juga tidak berbalas. Tetapi dia masih dengan usahanya.

Kandungan sms nya siang tadi agak meruntun hati. Dia tahu itu kelemahanku barangkali. Bahasa begitu yang selalunya membuatkan aku menjadi sejuk. Rajukku bermula kerana sikapnya. Sikap yang tidak begitu prihatin dengan erti sebuah persahabatan.

Saat menyedari aku menjeruk rasa, dia menutur maaf. Tetapi maafku ada harganya yang tersendiri. Bukan boleh ditawar-cagar begitu sahaja. Aku mahu dia lebih menghargai erti kemaafan itu sendiri. Bukan semudah lafaz di bibir dan ia habis di situ.

Berhari dia memujuk. Berhari juga aku keraskan hati. Bukan mahu berlaku kejam. Tetapi mahu dia tahu dan belajar sedikit tentang soal kemaafan itu. Soal meminta maaf dengan ikhlas dan soal memberi maaf dengan ikhlas juga.

Hari ini, aku mengalah dengan segala usaha pujuknya itu. Sahabat yang seorang ini terlalu banyak sabarnya. Aku berharap, pertelingkahan serupa tidak berulang lagi kepadaku, juga kepada orang lain. Saling menghormati, saling menerima seadanya.

[Rindu juga ingin bergelak ketawa dengan dia seperti selalu.. teman berbincang masalah negara..]

Monday, August 20, 2007

~ PETIKAN PUISI INDAH SI PARI PARI ~


Aku tersenyum panjang tatkala membaca Puisi Indah Si Pari Pari ini buat kali ke-3. Begitupun selalu. Sentiasa tersenyum biarpun telah beberapa kali membacanya. Salah satu puisi yang aku gemari dan puisi pertama yang aku hafal dari buku ini ialah puisi bertajuk Si Kura Kura Kecil.

SI KURA KURA KECIL
by natasha hudson

Ada seekor kura-kura kecil
Tinggal di dalam kotak
Berenang di tepi tasik
Memanjat di atas batu

Dia cuba menggigit nyamuk
Dia cuba menggigit kutu
Dia cuba menggigit berudu
Dia cuba menggigit aku

Dia berjaya menangkap nyamuk
Dia berjaya menangkap kutu
Dia berjaya menangkap berudu
Tetapi tidak berjaya menangkap aku

Ada yang bertanyakan kepadaku, kenapa begitu berminat dengan kedua2 karya tulisan Natasha Hudson ini (My Heart My Soul My Passion & Puisi Indah Si Pari Pari).. Apa yang istimewanya? Ermm.. Istimewa melalui kata2 mungkin tidak, istimewa melalui perasaan, iya.. Membaca dan menelitinya terlebih dahulu. Hanya dengan memahaminya dengan mata hati, barulah ada jawab. Lama aku menjejak buku2 ini dan akhirnya berjaya memperolehinya di MPH, MV sebulan yang lepas. Berbaloi juga dengan harganya ku kira.

[Terkenang zaman kanak2 ku yang begitu dekat dan mesra dengan alam...]

Sunday, August 19, 2007

~ CANTIK... TERIMA KASIH ~


[Terima Kaseh Daun Keladi...]

~ LELAKI INI ~


LELAKI INI
by anuar zain

Kasih,
kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu
Kemana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemanapun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku

Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…
Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…

[Lelaki inilah yang sering membuat aku tersenyum panjang... mengimpikan bulan dan bintang.]

Saturday, August 18, 2007

~ BUNGA & MAKNA ~

Rose Merah : Cinta

Rose Kuning : Cemburu

Lili Kuning : Kegembiraan

Lili Putih : Kesucian

Tulip Kuning : Cinta Yang Musnah

Tulip Merah : Cinta Sejati

Raya : Kecantikan

Matahari : Angkuh

Teratai : Pemalas

Melur : Lemah-Lembut

Daisy : Kelembutan

Carnation : Cinta Pertama

Peony : Pemalu

Gardenia : Kewanitaan

Daffodil : Curang

Camelia : Terbaik

Apple Blossom : Kau Yang Pertama

Anemone : Harapan

Amaryllis : Kemegahan @ Kecantikan

[Terkenang zaman kanak2. Suka memetik bunga melur di tepi pagar jiran - Ayah Chik Man..]

~ SELAMAT HARI JADI 6 ~

Selamat Hariiii Jadi..
Selamat Hari Jadiii...
Selamat Hari Jadi KN
Selamatttt Hariii Jadiiii..

Selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran. Doa yang baik2 sahaja untukmu. Selalu ingin mencontohi ketabahan dan kekuatanmu. Selalu rasa berterima kasih atas segala kebaikanmu selama ini. Insyaallah... hutang budi itu ku bawa mati..

Panjang umur, murah rezeki dan mudah-mudahan sentiasa dilindungi dan diberkati olehNYA selalu.

[Senyom seendah suriya.. yang membawa cahaya.. Senyomlah dari hati.. duniamu berseri..]

Friday, August 17, 2007

~ SI KETAM 3 ~

Sepandai2 tupai melompat, akhirnya ke tanah juga. Sepandai2 ketam menyepit, akhirnya tersepit diri sendiri. Nah... terjerat dengan jerat yang dipasang sendiri. Aku tidak mahu masuk campur. Aku sekadar mendengar di telinga kanan dan keluar di telinga kiri.

Tidak mahu mencampuri urusan orang lain. Apatah lagi orang yang tidak pernah tahu dan belajar menghargai orang lain. Bukan aku bergembira dengan apa yang berlaku hari ini.. cumanya aku berharap si ketam ini belajar tentang sesuatu. Tolonglah belajar.

[What u give, u get back... itu kata orang.. dan hari ini, aku juga mahu berkata hal yang serupa..]

Thursday, August 16, 2007

~ TUN DR ISMAIL ~

Hari ini, aku punya sedikit kesempatan menghabiskan masaku di gedung pembacaan. Menilik beberapa buku baru yang menarik pandangan dan perhatianku. Seronok dan begitu leka sehingga tidak menyedari beberapa jam aku menghabiskan masa di situ.

Aku akhirnya tertarik untuk membawa pulang senaskah buku yang bertajuk, BUKAN KERANA PANGKAT : TUN DR ISMAIL DAN MASANYA. Tulisan Ooi Kee Beng dan diterbitkan oleh ISEAS Publishing dengan harga RM40.00. Ia tidaklah terlalu mahal berbanding dengan kandungan ilmu di dalamnya.

Saat jari-jariku bercerita di entri ini, aku baru sahaja selesai membacanya sehingga ke helaian terakhir. Banyak yang aku tidak tahu tentang tokoh negara yang seorang ini rupa-rupanya. Tokoh yang begitu tulus dan mulus hatinya berkhidmat untuk negara.

Terkenang aku pada seorang sahabat ini. Dalam banyak perbualan kami tentang sejarah negara, dia kerap menyebut tentang Arwah Tun Dr Ismail. Rasa bangganya kepada tokoh ini bukan sedikit. Banyak yang dia tahu. Pernah aku bertanyakan kepada dia, apa yang lain atau istimewanya Tun Dr Ismail sehingga dia menyanjung sampai begitu? Apa bezanya Tun Dr Ismail dengan tokoh2 yang lain? Sahabat ini hanya tersenyum dan menyarankan aku agar mencari sendiri jawapannya. Mendengarkan itu, terus sahaja aku berseloroh. Apakah kerana dia tinggal dan dibesarkan di Taman Tun Dr Ismail, makanya nama tokoh ini menjadi istimewa kepadanya. Sahabat ini terus melepaskan ketawanya yang besar. Pun begitu, dalam selorohku itu... tercetus keinginan untuk mengenali tokoh ini. Mencari istimewanya dia.

Nah...hari ini aku mendapat jawapannya. Jawapan yang terkandung dalam buku yang tajuk asalnya ini ialah THE RELUCTANT POLITICIAN : TUN DR ISMAIL AND HIS TIME. Buku ini sebenarnya diterbitkan di Singapura pada tahun 2006 oleh Institute Of Southeast Asian Studies (ISEAS). Aku benar2 merasa semangat yang dibawa oleh tokoh ini. Begitu banyak jasa dan pengorbanannya untuk negara. Pun begitu, sayang sekali kerana jasa2 beliau tidak begitu dilihat orang. Malah ramai diantara generasi hari ini tidak tahu siapa beliau, termasuklah aku. Kalau tahupun, mungkin hanya pada nama. Sungguh sedikit terlambat, namun sekurang-kurangnya ia lebih baik daripada tidak pernah langsung.

Ketika beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 10.00 malam, 2 Ogos 1973 kerana mengalami serangan jantung, Tun Dr Ismail merupakan seorang Timbalan Perdana Menteri. Istimewa juga ketika itu, beliau dalam tugas memangku jawatan Perdana Menteri (Tun Abd Razak) yang ketika itu berada di Ottawa, Kanada.

Errmm... aku cuma berharap agar generasi hari ini sentiasa mengingat sejarah dan mengambil iktibar dan pelajaran di atas segala susah payah tokoh2 yang terdahulu membina negara. Kenangilah mereka yang telah banyak memberi senang kepada kita hari ini. Menghirup udara dalam situasi yang aman makmur dan sejahtera.

[Lama tidak menyinggah di Taman Tun Dr Ismail yang suatu ketika merupakan tempat singgahan wajib buatku. Bukan sudah lupa, tapi masa yang tidak begitu memberi ruang.]

Wednesday, August 15, 2007

~ SI KETAM LAGI ??? ~

Yaa... si ketam lagi. Dia masih dengan tingkah buruknya itu. Aku diam lagi. Melihat saja. Cuba memikirkan sesuatu yang lebih baik agar amarahku pada dia tidak meraja luas. Tidak cukup menikamku belakang, hari ini dia menguji sabarku lagi.

Ermm... si ketam.. bagaimana yea harus aku melayan kamu? Tidak pernah meminta kamu menghargai aku, tetapi yang sungguhnya aku tidak pernah melakukan sesuatu yang buruk terhadapmu. Sungguh banyak yang tidak betul, aku tidak pernah terfikir mahu menyuluhmu kepada mereka. Memberi peluang kamu memperbaiki diri. Tetapi.. lihatlah sekarang... apa yang kamu lakukan pada aku.. Ermm.. Terima kasih wahai si ketam!

[Aku tidak mau membongkar dia... Kerana jikalau aku sudah memilih itu, mendunglah yang akan mengisi panjang.]

~ MENJADI KETAM ~

Kecil hati dan marah dengan si ketam. Kenapa yea, bila sesuatu perkara itu di kasut orang lain, laju sahaja kita menutur kata. Sedangkan apabila terkena batang hidung sendiri, pelbagai helah berputar alam?

Aku tidak membantah. Menelan sahaja kata2 si ketam ini. Begitupun aku selalu. Cumanya merasa kecil hati dengan tingkahnya. Aku tidak pernah mempersoalkan dia. Tetapi mengapa pula dia harus mengangkat jari telunjuknya kepada aku? Apatah lagi untuk sesuatu perkara yang selalu akrab dan menjadi kebiasaan dia, bukan aku... Ermm..

[Lumrah si ketam... mengajar anak berjalan dengan betol.. sedangkan diri sendiri pun sama aja.]

Tuesday, August 14, 2007

~ DEALOVA ~

DEALOVA
by once

Aku ingin menjadi mimpi indah
Dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh
Tanpa dirimu
Oh karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu
Yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku
Selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu
Merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yg kuhela
Kau selalu ada
Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi... dan sepi

Selalu ada...
Kau selalu ada
Selalu ada...
Kau selalu ada

[Kau selalu ada, D... Setiap kali mendengar Dealova, setiap kali itulah aku terdengarkanmu.. Selalu ada...]

~ MEMOHON CUTI ~

Pada 22 Ogos depan, aku terpaksa mengambil cuti. Demi untuk mereka, demi memenuh mahu mereka. Apa2 sajalah, asalkan mereka bahagia. Aku menurut saja. Aku mahu melihat mereka sentiasa senyum. Tidak mahu yang kelat2 itu datang menjengah. Aku? Soal aku.. pandai-pandailah aku memujuk diri-sendiri. Yang di dalam ini hanya Tuhan sahaja yang tahu.

AL-FATIHAH. Semoga sejahtera di sana D. Aku terkenang D. Selalunya, saat aku dalam kecamukan yang begini, dia menjadi pendengar yang paling setia. Sentiasa ada. Dari soal2 yang remeh-temeh sehinggalah kepada soal2 ribut yang hujungnya memberi tsunami.

Hari ini, tiada lagi seorang yang mampu aku galaskan kepercayaan yang besar seperti mana aku memberi percaya kepada arwah. Justeru, semuanya aku simpan kemas dalam hati. Memendam segala rasa yang ada. Entah bila ia akan pecah dan meletus.. Ermm... D, aku sangat2 terkenangkanmu. Aku mahu bercerita.. aku mahu berkongsi sarat yang ada dalam hatiku ini....

[Sukar untok menumpah perchaya lagi..]

~ KURA KURA HIJAU ~

Isabella cuba menyesuaikan diri...


Cuba berinteraksi dengan si kecil yang asyik menegurnya dari luar...

Aku membelikan seekor kura-kura hijau buat si kecil bagi menggantikan kura-kuranya yang telah mati 2 bulan lepas. Gembira bukan kepalang dia. Saat aku menelefon memberitahunya tentang soal itu, tidak sabar2 dia menunggu aku di depan pintu. Sebaik sahaja aku menghulurkan kura-kura comel ini kepadanya, terus saja dia memberikan nama.

Isabella. Yaa.. nama yang sama dengan nama seekor ikan emas yang mati dulu. Dulu, aku pernah membelikan 2 ekor anak ikan emas kepadanya. Satu dinamakan Isabella dan satu lagi dinamakan Luna. Sayang sungguh dia dengan kedua2 ekor ikan ini. Malangnya, Isabella dan Luna hanya mampu bertahan selama satu hari sahaja di bawah jagaan si kecil. Esoknya, terdampar tidak bernyawa.

Justeru, si kecil mahu menamakan kura-kura hijau ini dengan nama Isabella. Tanda ingatannnya terhadap ikan emas kesayangannya itu. Aku senyum sahaja mendengar hujahnya mengapa dia memilih nama itu. Dia menjelaskan tanpa dipinta aku.

[Kura-kura hijau... ermmm... kesah si kura-kura yang terkesan dalam diri sehingga kini.. Baek2 saja buat dia mudah-mudahan..]

Monday, August 13, 2007

~ MEMILIH BERDIAM ~

Beberapa hari lalu, aku punya kesempatan untuk mengatur bual dengan seorang rakan ini. Kebetulan punya kesempatan begitu. Sedang galak bercerita tentang kesibukannya, sempat juga dia memberitahuku yang dia ada terserempak dengan sahabat dulu beberapa hari sebelumnya.

Entah bagaimana, sebaik mendengarkan itu, laju pula aku menutur pertanyaan. "Apa khabar dia, macamana dia sekarang?" Rakan yang seorang ini membuat reaksi yang sedikit terkejut dengan soalanku itu.. pelik agaknya mengapa aku bertanya begitu. Ini kerana baginya, mungkin soalan itu patut dia yang ajukan kepadaku, bukan aku. Kerana dia tahu aku bersahabat baik dengan sahabat dulu ini. Justeru, tentunya aku lebih maklum... bukannya bertanya melalui dia.

Yaa.. aku silap bertanya.. (walaupun pertanyaan itu sebenarnya betul di tempatnya kerana aku betul2 memaksudnya. Betul2 ingin tahu khabar sahabat dulu. Sejak dia berpindah tempat kerja, aku tidak pernah tahu tentang sahabat yang seorang itu.)... dan untuk mengelakkan dia terus meneka dan menghidu ribut yang berlangsung antara aku dan sahabat dulu ini, aku cuba menukar topik perbualan. Pun begitu, rakan ini masih mahu membuka bualnya tentang sahabat dulu. Dia menyambung cerita. Katanya dia bertemu sahabat dulu ini bersama dengan teman istimewanya. Ceritanya sambil tersenyum2. Senyum yang aku boleh baca maksudnya. Dia juga mengutarakan beberapa soalan kepadaku, rentetan dari cerita itu. Aku mengangkat bahu... tanda tidak tahu dan tidak mahu campur, selain menunjukkan reaksi kurang berminat untuk terus membicarakan tentang soal itu.

Seorang rakan lain, yang turut berada di meja yang sama dan menyertai perbualan itu tiba2 mencelah. Meminta pengesahan. Terkejut agaknya mendengar cerita rakan tadi tentang kisah sahabat dulu dan teman istimewanya. Aku tidak menyangka rakan ini akan membuka 'cerita ini' dengan selambanya. Tambah pula bila ada beberapa yang lain turut sama mendengar. Ermm.. aku tidak bersutuju dengan lakunya itu.

Sebelum ini, apabila cerita begini singgah di telingaku, aku akan menafikan dan bertindak membela sahabat dulu. Tetapi, kali ini aku memilih untuk berdiam saja. Sementelah lagi rakan ini pernah mengatakan bahawa aku tidak perlu memperbetulkan benda yang sudah terang lagi bersuluh. Aku faham maksudnya... Tetapi sebagai sahabat, tentu sahaja aku mahu orang bercakap soal yang baik2 saja tentang sahabatku. Errmm..

[Aku maseh tetap menyimpan segala rahsia yang ada. Tetap berpegang pada janjiku walaupon ribut itu berlangsong keras. Ia tidak pernah mampu terjual beli dek amarah yang ada.]

Sunday, August 12, 2007

~ MEMBUKA MULUT ~

Aku punya kesempatan pulang ke kampung petang semalam. Ayah sudah mula bising bila mana aku lama tidak menjejak kaki ke kampung halaman. Sebenarnya, tidaklah lama sangat pun.. Namun apabila kelibat kakak yang hampir setiap minggu atau paling lama pun 3 minggu pasti akan pulang, aku dilihat seperti lupa untuk menjenguknya. Errmmm...

Aku tidak ke mana2. Hanya menghabiskan masa yang ada di rumah. Membelek2 buku2 lama milikku di bilik.. menyelongkar barang2 lama yang penuh kenangan di almariku dan sempat juga menilik album yang memuatkan gambar2 semasa dalam pengajian dulu. Sengaja mahu mengembalikan ingatan kepada zaman itu. Indah. Aman dan banyak memberi senyum.

Sesekali aku mengintai ayah. Dia asyik dengan bahan bacaannya. Di suatu sudut, dengan kaca mata berbingkai hitamnya (kaca mata yang amat2 disayanginya.. aku juga tidak tahu kenapa..). Dari pagi hingga ke petang, dia leka menghabiskan bacaannya. Aku mencuri pandang. Kelihatannya buku tentang Sejarah Tanah Melayu. Bukan satu, malah beberapa buah. Termasuk satu buku tentang perlombongan biji besi di satu bandar lama yang bernama Bukit Besi. Kata ayah, Bukit Besi suatu ketika dulu merupakan satu kawasan perlombongan biji besi yang cukup terkenal di Tanah Melayu. Ketika zaman penjajahan, ia merupakan satu bandar besar. Namun selepas lombong ditutup, ia menjadi satu bandar mati. Ayah banyak tahu tentang sejaarah bandar ini.

Sedang aku berduduk dengan ibu, tiba2 aku membuka mulut. Memberanikan diri membicarakan soal masa depanku. Menyebut kembali nama teman jiwa setelah sekian lama tidak menyebut nama itu di depannya. Tekad yang tiba2 mendahului rasa. Ibu juga dilihat seperti sedikit terkejut. Agaknya dia tidak menyangka aku akan membuka mulut tentang soal itu kerana segalanya telah diputuskan ayah. Dan aku juga sudah sedia maklum.

Terasa seperti aku mengatur bual seorang diri kerana ibu memilih untuk diam mendengar. Sesekali dia menarik nafas panjang. Merenung jauh nyiur yang melambai mesra. Aku menunggu ibu memberi reaksi... tetapi.. hanya itulah reaksi ibu. Bagaimana yea..? Bagaimana lagi harus aku mendepani soal ini?

Bukan aku tidak kasihkan ayah.. bukan juga tidak sayangkan ibu.. tetapi aku terlalu cintakan lelaki yang seorang itu. Dia mengenal aku terlalu banyak.. dia mengumpul sabar bukan sedikit. Sarat yang terkongsi dalam sebahagianku hidupku dengannya. Bukan sehari-dua juga mengenal dia. Tidak mudah juga pintu hati ini terbuka untuknya setelah dikecewakan lelaki bernama 'N' suatu masa dulu.. Tidak mudah!!!

[Nasi lemak buah bidara,
Sayang selaseh hamba lurotkan...
Biar hidop penoh lara,
Andai kaseh tidak kesampaian.]

Saturday, August 11, 2007

~ JANGAN BILANG TIDAK ~

JANGAN BILANG TIDAK
by rafi ahmad & ayushita

Ku pernah punya cinta
Namun kini ku sedang suka kamu
Cintaku dulu tlah ku buang jauh
Kini ku ingin kamu

Ku pernah menyendiri
Di sini ku akan terasa sepi
Walaupun bibir penuh gelak tawa
Namun hatiku sepi

Jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
Siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
Banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
Kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
Cinta kita kan abadi

Ku pernah punya cinta
Namun kini ku sedang suka kamu
Cintaku dulu tlah kubuang jauh
Kini ku ingin kamu

Jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
Siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
Banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
Kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan

Jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung
Namun dada ini bergetar getarnya sungguh…
Aku mohon.. jangan bilang tidak…

[Aku memang agak susah untok berkata 'tidak'. Selalu saja menganggok walaupon macham payah sangat mahu buat.

~ MONODRAMA ~

Sedikit kepenatan hari ini kerana membuat urus kerja di luar ruang pekerjaan. Detik dalam hati, usai segala urus ini, mahu terus pulang ke rumah dan merehatkan badan. Mahu mencari lena lebih panjang memandangkan sepanjang minggu ini waktu tidurku kembali kepada jam 3-4 pagi lagi. 'Penyakit' tidak mahu tidur datang lagi. Ermmm...

Pun begitu, seorang rakan lama, H, tiba2 menghubungiku dan memberi 'umpan'. Dia mempelawa aku menonton monodrama yang akan dipentaskan di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada malam ini. Kalau diikutkan, H ini orangnya tidaklah begitu berminat untuk menonton monodrama atau apa sahaja pementasan seni yang begini. Namun, kerana tahu aku begitu gemarkan acara-acara yang begini, dia sedia menemankan aku. Terima kasih daun keladi.

Justeru, terpaksalah aku membatalkan hasrat awal aku. Terus menghalakan kaki ke tempat yang dijanjikan H. Dia menjemputku. Dek kerana kami tiba agak awal, makanya ruang yang ada itu diisi dengan banyak bual. Berderet. Maklum saja, lama kami tidak bertemu empat mata.

Jam 8.40, pentas dibuka dengan monodrama PENJUAL UBAT. Karya, arahan dan lakonan oleh Saudara Khalid Salleh. Satu nama yang cukup besar dan gah sekali dalam dunia seni persembahan tanahair. Dia merupakan seorang dramatis, aktivis teater, penyair dan pelukis disamping bidang penulisan kreatif seperti puisi, kritikan teater dan sebagainya. Bakat dalam alam yang dimilikinya bersesuaian dengan jalur kehidupannya yang menjadi pokok sentuhan kerja2 kreatifnya.

PENJUAL UBAT.... Manusia bermula dari tiada kepada ada, kemudian diadakan oleh Yang Maha Menjadikan dan Menyudahkan segala kejadian (Allah S.W.T). Perubahan demi perubahan berlaku kepada manusia secara fizikal, emosi dan keinginan terhadap dunia kehidupannya. Batas keinginan yang tidak mempunyai keseimbangan menyebabkan manusia terdorong melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaannya. Lebih malang apabila manusia tidak sedar atau lupa bahawa kehidupannya di dunia ini hanya sementara.

Itu yang cuba dikongsikan oleh Saudara Khalid. Aku puas... puas kerana mendapat apa yang ingin disampaikan oleh seniman yang seorang ini. Sinis yang penuh dengan kewajaran dan kemunasabahan ini mendesak akal fikirku. Berfikir tentang sesuatu yang begitu jarang ada dalam fikiranku. Terima kasih untuk pelajaran itu.

Usai Saudara Khalid dengan PENJUAL UBATnya, pada jam 9.46 malam pelakon hebat, Ellie Suriaty mengambil-alih ruang pentas untuk mempersembahkan karya arahan Norzizi Zulkifli. SENJALARA... begitulah tajuk monodrama yang mengketengahkan kesengsaraan seorang perempuan atau lebih tepat lagi, seorang isteri yang dipersiakan lelaki.

SENJALARA... Mengisahkan bagaimana cinta kasih dan pengorbanan Lara terhadap suaminya, Senja dibayar dengan sebuah perkahwinan yang lain. Meskipun 2 anak lelaki telah menyinari hidup mereka, Lara beranggapan Senja tidak sepatutnya membina istana lain pula. Perkahwinan Senja itu bagai racun yang membinasakan Lara. Alasan perkahwinan Senja itu benar2 tidak dapat diterima oleh Lara. Kesakitan yang amat sangat bagaimana kesetiaannya tercalar oleh Senja.

Kagum dengan bakat dan energi yang ada pada Ellie Suriaty. Dia benar2 menjiwai karektor yang dibawanya itu. Selama satu jam tanpa henti, dia kekal dengan dialog2 yang lancar dan meyakinkan. Dia segar dengan energinya yang tidak surut. Dia bergerak dan melompat ke seluruh pentas memenuh karektor itu dengan penuh penghayatan dan turut sama membawa si penonton ke dalam kisah Senja dan Lara itu.

Aku terdiam senyap kerana kagum dengan bakat dan kemampuan ibu kepada 2 anak ini. Bukan aku sahaja, malah seisi dewan bangun berdiri memberikan penghormatan dan rasa terima kasih buatnya tatkala usai persembahan. Yaa... dia berhak dengan ucapan dan penghargaan itu.

Aku pulang ke rumah dengan rasa puas. Berkongsi secebis dari bahagian kehidupan yang ada. Puas juga kerana lama aku tidak menonton pementasan yang begini. Tidak punya kesempatan dan orang yang tepat untuk menonton pementasan yang begini barangkali. Kali terakhir, aku menonton teater Bangsawan Lagenda Chini di Istana Budaya.. Yaa.. lama.. kira2 setahun yang lalu. Kini aku tidak sabar untuk menyaksikan pementasan teater Remy... Kisah P. Ramlee yang bakal dipentaskan pada Oktober depan. Mudah-mudahan punya kesempatan yang baik.

[Terkenang Teater Muzikal Lantai T. Pinkie. Banyak kesah di sebalek itu.]

Friday, August 10, 2007

~ TARIKH LAHIR & BINATANG ~

Mahu tahu personaliti diri kamu dan orang2 yang dekat dengan kamu? Apa kata semak tarikh lahir dan haiwan yang menjadi penaung kamu.

Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Julai 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogos 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing
Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati

Anjing :
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetiaan kamu memang tidak boleh disangkal lagi. Kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri. Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai. Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus :
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang di sekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. Sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa :
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing :
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung di bawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura :
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati :
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Didalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang :
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm... kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet :
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelamat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.

(Sumber : Petikan emel dari seorang rakan)


[Tanyakan saja pada rakan2 yang pernah mengenali kita. Apakah ada kebetolan pada tilekan ini.]

~ MENYEBUT DIA ~

Aku tersenyum panjang hari ini kala mengenang BR. Anehnya dia seperti tahu aku mengenang dia. Hampir 2 minggu dia menghilangkan diri, tiba2 muncul kembali. Mesej terakhirnya 30 julai lalu tidak berbalas sehingga hari ini. Dan itu yang membuat rajuk di hatinya barangkali.

Brad sebenarnya antara sahabat dekatku juga. Aku mengenalinya melalui teman jiwa. Mereka bersahabat baik. BR memangnya seorang yang suka mendengar dan begitu menyenangkan. Dia juga sering membuat aku tertawa dengan cerita2 nya.

Namun, sejak 2 minggu yang lalu dia mendiamkan diri. Senyap. Tiada juga kebiasaan2 nya. Pernah terlintas juga di fikiran, kenapa agaknya dia bersituasi begitu. Bukan kerana rindu atau mengharap dia, namun apabila kebiasaan2 yang sering kita lalui dalam rutin tiba2 terhenti, mahu atau tidak kepala kita akan bersoal2 juga.

Sepanjang hari ini, aku seperti terkenangkan dia. Risau kalau2 terjadi sesuatu kepada dia. Tetapi tidak pula aku terlintas mahu mengangkat telefon bimbit dan menghubunginya.

Kira2 jam 11 malam, ketika aku mahu menghubungi teman jiwa, barulah aku terlihat nombornya beberapa kali muncul di skrin telefon bimbitku. Disertai juga dengan sms darinya. Lelaki ini sering muncul bila aku terkenangkan dia. Seperti tahu, aku benar2 tertanya tentang dia sepanjang hari ini. Mendengar suara hatiku dari mimpi barangkali.

Sebenarnya, sejak kebelakangan ini dia banyak meninggalkan kebiasaannya. Tidak seperti dulu. Pun begitu, tidak pula aku soalkan kepadanya. Yang aku harap, dia masih tetap boleh bersahabat walaupun kerap dia suarakan rasa bimbangnya kalau2 teman jiwa akan membuat sangka. Ermm.. tidak barangkali. Aku tidak fikir begitu.

[Benarlah kata orang, kalau kita asyik terfikirkan se-seorang itu, bermaksod dia juga sedang terfikirkan kita...]