Tuesday, July 31, 2007

~ DIARY ~

Aku tidak pasti sejak bila aku mula minat menulis diary. Namun yang pasti, kecenderungan itu begitu ketara sejak aku dibangku sekolah rendah lagi. Ketika di usia 7 tahun, aku sudah punya diary harianku sendiri. Mulanya aku hanya menulis pada buku latihan sekolah. Hampir setiap hari aku mencatitkan sesuatu di situ. Tidak panjangpun, sekadar sebaris dua ayat.. sekadar mencatit apa yang aku lalui hari itu. Keseronokan dan kesedihanku.

Pernah suatu hari, aku dimarahi ayah apabila ayah menyedari aku menggunakan buku latihan sekolah itu untuk menulis sesuatu yang tidak berkaitan dengan pelajaran. Ayah siap memberi amaran tidak akan lagi membelikan aku buku latihan baru jika aku mengulangi perkara yang serupa. Ibu yang kasihan melihat aku teruk dimarahi ayah, menghulurkan aku satu buku diary lama. Separuh dari helaiannya telah pun digunakan (lakaran2 yang terdiri dari jenis dan bentuk senjata tempaan ayah yang tidak ayah gunakan lagi). Kata ibu, kalau aku mahu menulis tentang cerita harianku, tulis sahaja di 'buku' itu. Jangan sekali2 menggunakan buku latihan kalau tidak mahu dimarahi ayah lagi.

Hatiku ketika itu gembira bukan kepalang. Itulah kali pertama aku memiliki 'diary' sendiri. Aku sendiri tidak pasti kenapa aku begitu seronok merakam atau mencatitkan perkara2 yang berlaku dalam hidup seharianku. Mungkin juga kerana sering melihat ayah melakukan perkara serupa barangkali. Ayah sejak zaman mudanya memang seorang yang gemar mencatat tentang perkara2 penting yang dilaluinya.

Pernah satu ketika aku berkesempatan melihat catatan2 ayah itu. Ada catatan yang bertarikh sekitar tahun 60'an atau mungkin ada yang lebih awal lagi. Aku cukup senang melihat tulisan ayah yang sungguh cantik bersih dan teratur itu. Ayah tidak menulis banyak, hanya perkara2 penting sahaja. Walaupun hanya sebaris-dua tetapi ia lengkap dengan tarikh, hari dan jam. Kadang2 aku merasakan ia seperti buku sejarah pula. Aku seringkali mencuri baca catatan2 itu tanpa pengetahuan ayah. Kalau ayah tahu tentang itu, memang teruk aku akan dikerjakannya..

Aku juga pernah menemui catatan ayah tentang diriku. Bagaimana saat aku dilahirkan. Tarikh, tempat, jam dan orang2 yang menyambut kelahiranku. Bagaimana ketika kecilku, aku merupakan seorang bayi yang kuat menangis. Dan kata orang2 tua, bayi yang kuat menangis bila besar nanti agak degil orangnya. Ibu sering mengingatkan aku tentang itu. Sehingga hari ini pun, bila mana aku berkeras mahukan atau pertahankan sesuatu, ibu akan menyebut tentang itu. Aku hanya senyum.

Di kalangan keluargaku, aku adalah anak ayah yang paling senyap barangkali. Pendiam. Aku tidak begitu pandai untuk meluahkan dengan baik soal marahku, soal senangku dan sebagainya. Hanya orang2 yang paling dekat sahaja tahu duduk rasaku. Bagaimanapun, kala menulis aku boleh mengekpresikan segala perasaanku dengan begitu lancar dan laju seperti lrt yang tidak singgah di hentiannya. Begitu juga kala berbual di layar skrin. Aku boleh menjadi seorang yang begitu peramah orangnya. Namun bila punya kesempatan bertemu empat mata, aku dengan sekelip mata boleh menjadi orang yang tidak tahu langsung bagaimana mahu memulakan bual.

Mengenang semua itu, aku ketawa sendiri. Pun begitu, siapa sangka orang yang pendiam dan tidak banyak cakap sepertiku ini, kini dalam pekerjaan yang cukup bertentangan. Malah kalau rakan2 yang mengenaliku sewaktu kecil atau di zaman sekolah, tahu aku di bidang pekerjaan ini, pasti ada yang tersenyum atau ketawa kecil tidak mahu mempercayainya.. Ya.. barangkali. Tapi aku kini sudah banyak berubah. Aku tidak lagi 'sesenyap dan sependiam' dulu. Aku kini sudah banyak cakap.. Yaa. aku rasa begitu.. aku sudah banyak cakap berbanding dulu... Pun begitu, masih ada juga yang mengatakan aku ini senyap orangnya... ermmm..

Berbalik soal diary tadi, sejak diary pertama yang diberikan ibu itu, aku terus menulis. Setiap kali masuk tahun baru, aku pasti akan sibuk mencari diary baru. Setiap tahun aku mempunyai diary harian sendiri. Sejak berumur 7 tahun sehinggalah sekarang. Sayang sekali diary ketika di bangku sekolah rendah itu entah ke mana perginya. Hilang kerana waktu itu kami kerap berpindah kerana pekerjaan ayah. Pun begitu, diary ketika dibangku sekolah menengah sehingga kini masih elok dalam simpananku. Menariknya diary2 itu masih dapat dibaca dengan jelas kerana tulisanku teratur seperti tulisan ayah juga. Tulisanku di diary sama seperti tulisanku di buku latihan yang mahu dihantar kepada guru untuk diperiksa. Satu2 dan jelas. Malah sehingga kinipun, tulisanku tidak banyak berubah. Serupa sahaja bentuk tulisanku ketika di bangku sekolah mahupun sekarang.

Baru2 ini ketika mengemas buku2 lama di rumah kampung, aku membelek kembali diary lama milikku.. yang sudah beberapa tahun usianya. Ketawa sendiri.. seronok kerana ia seperti membaca sejarah dan kisah hidup sendiri dengan begitu jelas. Semua peristiwa penting yang dilalui tercatat di situ.

Hari ini, walaupun aku gemar meluahkan dan mencatatkan soal hidupku di sini, aku masih menulis diary. Aku tetap punya buku diary harian seperti waktu dulu2...

[Menulis.. seperti jari2 yang bercherita... ]

Monday, July 30, 2007

~ ALHAMDULILLAH... SEMUANYA SELAMAT ~

Alhamdulillah.. semuanya selamat. Itu perkataan pertama yang terlucut dari bibir ini saat mendapat berita buruk dari kakak seketika tadi.

Kakak terlibat dengan satu kemalangan ketika dalam perjalanan dari kampung. Sepatutnya aku menyertai kakak untuk pulang ke kampung tetapi aku membatalkannya pada saat2 akhir untuk memenuh janji kepada seorang rakan.

Kemalangan itu berlaku setelah memasuki kota besar ini. Malah telah hampir jaraknya dengan rumah. Berpunca dari manusia yang hanya mementingkan diri sendiri. Menyusahkan orang lain demi mudah memberinya lolos. Akibatnya 4 buah kereta termasuk kereta kakak menjadi mangsa. Mujurlah semuanya selamat. Cuma sedikit kesakitan akibat dentuman yang kuat memberi gegar. Kereta kakak berada di deretan keempat. Pun begitu, terkejut juga aku melihat bahagian depan kereta. Remuk dan mengalami kerosakan yang agak teruk juga sehingga terpaksa ditunda. Begitu juga dengan dua kereta lagi. Ya Tuhan...

Si kecil seakan trauma dengan pengalaman pertama yang dilaluinya siang tadi. Tidak habis2 dia menceritakan saat2 kecelakaan itu. Begitu terperinci sehinggakan aku dapat membayangkan situasi yang berlaku itu. Apapun, aku benar2 bersyukur semuanya selamat. Remuk kereta itu boleh berganti.. bagaimana kalau remuknya nyawa yang ada ini?

[Teringat kemalangan yang pernah menimpaku beberapa tahon dulu. Sebulan terlantar di katil hospital yang entah berapa kali menerima kematian..]

Sunday, July 29, 2007

~ TIDAK MAHU KEHILANGAN LAGI ~

Mengisi satu hari yang singkat berdamping teman jiwa. Memangnya penuh dengan senyum. Pertemuan yang hanya terisi pada hujung minggu ini amat dihargai setiap saatnya.

Awalnya semuanya berjalan dengan baik. Laju aku bercerita tentang apa sahaja yang aku lalui dalam seminggu ini walaupun hampir setiap hari telah berkongsi cerita yang sama juga. Banyak yang aku kongsikan dengan lelaki ini. Banyak.. walaupun sedikit rahsia tetap ada. Terutamanya soal keluarga dan soal2 yang melukakan hatinya. Yaa.. aku masih berahsia dengannya.. Sedikit rahsia itu tetap perlu untuk semua orang kan..

Suasana yang penuh senyum itu bagaimanapun tiba2 menjadi suram. Tiba2 teman jiwa menyentuh tentang soal hubungan kami berdua. Masa berlalu dan sampai bila kami harus begini? Itu soalnya. Dia mahu membina keluarga, dia mahu membina masa depan. Dia mahukan aku. Aku tahu dan aku faham soal itu. Aku juga berfikir tentang soal yang serupa.. tapi.. ermmm..

Hujung minggu depan, teman jiwa mengajakku pulang ke kampung dan mahu bersemuka terus dengan ayah. Aku tiba2 menjadi berang dengan usulnya. Yaa.. soal ini selalunya akan mengundang suasana tegang antara kami. Bukan pertama kali pun. Pun begitu, kali ini nadanya agak lain. Dia agak serius dan seperti benar2 memaksudkan kata-katanya itu.

Berapa kali harus aku katakan perkara yang serupa kepadanya? Aku tidak mahu menyesakkan ayah buat ketika ini. Keadaan kesihatan ayah tidak begitu baik. Tambahan pula ayah kini disahkan mengidap sakit jantung yang serius. Dan.. satu hal yang dia tidak tahu juga.. soal majlis yang akan berlangsung oktober nanti... Kacau. Sungguh2 kacau fikiran aku saat ini.

Aku diam, dia diam.. sama2 diam. Bisu. Beberapa ketika sehingga aku akhirnya meminta dia menghantarku pulang ke rumah. Dia tidak menghiraukan permintaanku dan mengatakan aku sering sahaja mahu mengelakkan diri dari masalah ini. Melarikan diri? Ermm.. barangkali..

Harus bagaimana aku? Aku memang tidak boleh membawa dia ke rumah berjumpa ayah atau keluarga dalam situasi yang begini. Aku tidak mahu menghala tsunami besar. Dia tidak pernah kenal ayah. Dia tidak tahu bagaimana ayah boleh bertindak di luar yang dia sangka. Benar katanya, dia telah memberi masa yang lama dan panjang kepadaku. Yaa.. aku tahu itu. Tetapi apa daya aku apabila situasi itu masih belum memberi reaksi yang baik?

Andai benar, dia tidak boleh lagi menunggu, aku pasrah. Aku akan menerima semua ini dengan baik2 saja. Kalau benar memang tidak pernah tertulis jodohku dengan dia, apa yang mahu aku katakan lagi. Aku menerima baik takdir yang tertulis untukku. Semoga waras itu sentiasa bermilik aku.

Aku tidak pernah mahu menyeksa dia. Tidak pernah juga terlintas mahu melukakan hati lelaki yang teramat2 aku sayangi ini. Harus bagaimana aku? Aku sedang berusaha untuk menang dalam perjuangan ini. Tetapi kalau dia sudah tidak boleh menunggu, pergilah... aku merelakannya.

Aku sedar, semuanya berpunca aku. Sejak 2 tahun lepas lagi dia merancang untuk membina ikatan sah antara kami. Namun aku yang menolak. Menolak bukan kerana tidak mahukan dia.. menolak bukan kerana belum bersedia.. tetapi menolak kerana ayah belum terbuka hati menerima dia. Aku tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku ke atas dia. Aku mohon dia bersabar.. dan dia melakukan itu untuk aku. Dan hari ini.. dia kembali membicarakan soal itu.. soal hak dan mahunya.. Ermm..

[Aku cuma mampu berdoa... Aku sunggoh2 tidak mau kehilangan lelaki ini... sebagaimana aku hilang lelaki yang dulu itu...]

Saturday, July 28, 2007

~ MONOLOG ~

HILANG VII

Saat ini benar-benar hilang
Pergi tiada pada lihat
Demi senyum besar pada angan
Begitu harus hidup hari ini

Tiada dia bukan kerana hari ini
Lama sudah kerana luka sangka
Tiada berdarah
Namun sakit dan peritnya
Dalam tidak terjangkau
Lama mahu sembuh
Atau tidak pernah disembuhkan
Sayang sekali
Terbina persahabatan agak mahal
Tidak terbeli walau di mana

Secebis ingat buat dia
Bisingnya tidak pernah bingit
Aku mendengar biar tidak sempurna
Meminjam hingga hari ini
Dari yang bingar-bingar..

Jaya buatmu sahabat
Dalam hidup dalam rasa
Paling jujur dari seorang aku
Teman berhujah
Yang diberi sangka…

Planet Hollywood,
09 Julai 2007


[Bersenyumlah di pagi hari agar mudah berlena di malam hari..

Friday, July 27, 2007

~ SERBA SALAH ~

Mengikut perancangan, hari ini aku sepatutnya balik kampung. Ibu mahu mengadakan sedikit kenduri doa selamat buat adik. Pun begitu Rabu malam, adik menyatakan dia tidak dapat pulang ke kampung kerana terlibat dengan orientasi di kolejnya. Justeru, ibu menangguhkan majlis itu. Dan aku juga menangguhkan hasrat untuk pulang ke kampung. Bukan tidak mahu pulang, cumanya cutiku hanya tinggal beberapa hari sahaja dan aku terpaksa berjimat cermat. Tambahan pula untuk majlis yang terpaksa aku lalui pada 2 bukan lagi.

Pada hari ini juga rakan di tempat pekerjaan ada menganjurkan satu aktiviti rombongan ke selatan tanahair. Dari awal2 lagi setelah mendapat tarikh, aku memberitahu bahawa aku tidak dapat turut serta kerana perlu pulang ke kampung pada tarikh itu. Namun, malam tadi seorang rakan pekerjaan, memujuk dan meminta tolong agar aku menyertai mereka setelah mengetahui aku tidak jadi pulang ke kampung. Ini kerana teman yang sepatutnya ikut serta bersamanya telah menarik diri pada saat2 akhir. Serba salah aku dibuatnya. Bayangkanlah, esok pagi2 sudah mahu berangkat dan ketika itu (1.05 am) aku diminta membuat keputusan. Ermm.. serba salah. Susah mahu menggeleng bilamana tahu orang benar2 mengharapkan pertolongan kita.

Namun banyak perkara yang harus fikirkan. Kalau aku bersetuju, jam 5 pagi esok aku aku perlu ke S.A. Sedangkan aku belum meminta izin dari kakak terlebih dahulu. Tentu sekali aku tidak boleh pergi begitu sahaja. Mahu memberitahunya, bagaimana? Waktu yang begini? Tentu saja pada pendengaran orang lain, aku memberikan alasan seperti anak kecil. Tetapi itulah yang biasa pada aku. Itu peraturannya..

Namun untuk mengatakan tidak kepada rakan ini setelah dia memujuk sampai begitu rupa, tidak sampai hati pula. Aku mengatakan 'ya'. Aku sendiri tidak tahu apa yang aku lakukan ini. Memberi kesanggupan dalam masa kurang 4 jam itu dan haruslah aku berdepan dengan risiko yang kan bertandang. Tidak mengapalah... sekurang2 nya memberikan sedikit lega kepada rakan ini atas usahanya itu. Pun begitu, ia kemudiannya bertemu selesai apabila teman ini kemudiannya menyedari jelas akan situasi payah yang bertembung.. Dia akhirnya memberi faham. Dilema itu selesai disitu.

Petangnya, aku dihubungi oleh seorang rakan juga. Lama kami tidak berurusan. Aku dan rakan ini sebenarnya tidak begitu sekepala. Sifat kami banyak bertentang. Seringkali juga aku berkecil hati dengan sikapnya. Sudahnya aku merajuk dan diam sendiri. Begitupun selalu. Rakan ini minta aku menemankan dia ke P.I esok malam. namun, belum pun sempat aku berkata apa2, dia terus meluncurkan kata... ".. aku tak paksa engkau.. aku cuma harap.." Nada dan bunyinya sudah lain. Aku tahu.. Aku membacanya. Ermm.. Sekali lagi aku berdepan dengan situasi serba salah yang banyak.

Entah bagaimana aku boleh bersetuju untuk menemaninya dan kemudiannya membatalkan pertemuan dengan teman jiwa. Bukan berhelah dengan teman jiwa, aku memberitahu situasi sebenar. Ada janji lain dengannya pada ahad nanti. Ermm.. kerana kawan2.. ya... kawan2. Begitupun aku selalu. Pun begitu, aku lakukan kerana aku memang mahu lakukan. ikhlas.. walaupun ia bermula dengan rasa serba salah.

[Aku tiada ramai kawan. Tapi, kawan2 yang ada ini adalah kawan2 begitu terjaga dalam hatiku..]

Thursday, July 26, 2007

~ SENYUM YANG MEMBUAT TANYA... ~

Jam 2 petang tadi, telefon bimbitku bergetar. Nama BR di skrin. Lama namanya tidak muncul di skrin. Sebaik sahaja aku menjawab panggilan, ayat pertama yang terluncur di hujung taliannya membuat aku tersenyum panjang.

BR : Awak ok?
AKU : Yup.. ok. Y?
(dengan nada yang kehairanan)
BR : Are u ok??
AKU : Yaa.. i'm ok.. Saya baik2 saja kat sini. Kenapa wak?
(Aku mengulangi jawapan yang sama kerana dia juga masih memberikan soalan yang sama.)
BR : Oo.. ok.. Okaylah kalau u ok.. (dia ketawa kecil)
AKU : Kenapa ni..? (ketawa)
BR : Nothing.
(ketawa juga)
AKU : Heyyy.. are u okayyy?
(Aku memulangkan soalan itu kepadanya)
BR : Yup.. sure.. (ketawa)
AKU : Then?
BR : Ermm.. I kena jumpa my boss jap, i'll call u back..
AKU : ???

Terasa pelik dengan tingkah yang tidak pernah dia lakukan sebelum ini. Lama dia tidak menghubungiku. Tiba2 sahaja muncul dengan pertanyaan dan reaksi yang begitu. Tentu sekali membuat tanya yang banyak di benakku. Sehingga entri ini ditulis, tidak pula dia membuat panggilan balik seperti yang dikatakannya itu.. Aku menghubunginya? Errmmm.. tidak perlu barangkali.

[Teringat dan terkenangkan seseorang waktu nih... Adakah sebab dia ingat aku juga? Maka aku terlintas tentang dia? Ermm..]

Wednesday, July 25, 2007

~ SAKIT KEPALA ~

Petang tadi, aku lencun berhujan. Pulang ke rumah, sakit kepala bukan kepalang. Tertangguh janji untuk membantu seorang rakan. Bukan memungkiri, cuma terpaksa ditangguhkan. Aku benar2 tidak berkemampuan saat ini.

Sedikit salah faham pula berlaku antara aku dan teman jiwa. Susahnya kalau kami terus-terus berjarak2 begini. Perkara yang kecil pun kadang-kala boleh menjadi besar. Aku bukan seorang yang suka berjelas2 tentang sesuatu. Justeru, kerap kali andaian menjadi galang ganti. Ermm..

Sebenarnya, hari ini bukan hari yang begitu baik buatku barangkali. Seawal pagi juga, aku melalui satu situasi yang sungguh tidak dijangkakan. Sudahnya aku menjejak kaki ke tempat pekerjaan pada jam 12.30 tengahari. Terhidang pula dengan khabar2 yang membuat dengus yang panjang padaku. Soal pekerjaan.. soal tanggungjawab kepada pekerjaan. Siapa aku untuk menegur atau memperkatakan tentang soal itu di pihak orang lain??

[Bagi aku, apapon situasinya selagi aku bekerja di situ aku kena jalankan tanggongjawab yang diberi. Kalau rasa tidak tertanggong atau tidak mau lagi menanggong, lepaskan semua tanggongjawab itu.. Cari kerja laen. Itu lebeh baek dari menyusahkan orang laen..]

Tuesday, July 24, 2007

~ MY HEART MY SOUL MY PASSION ~


Usai urus pekerjaan, aku singgah di MPH, MV. Lama tidak menghabiskan masa mencari sesuatu di sini. Hambatan dengan urus pekerjaan membuatkan aku tidak punya banyak masa seperti selalu.

Di tangan melekat satu buku yang memuatkan kompilasi puisi indah yang diberi tajuk My Heart My Soul My Passion. Tulisan seorang selebriti terkenal, Natasha Hudson. Sudah lama aku mengetahui tentang buku ini, namun baru hari ini berpeluang membeleknya. Isinya indah. Aku terpikat dan membawanya pulang. Berbaloi dengan harga yang cuma RM29.90 iu. Lagi pula, khabarnya RM1 dari setiap buku yang terjual akan disumbangkan kepada badan amal Malaysian Children Aid Society (Masco). Mudah-mudahan selain menambah bahan baca, kita juga dalam masa yang sama dapat membantu mereka yang memerlukan.

Puisi2 yang terkandung dalam buku ini ringkas dan mudah. Tetapi ia begitu indah dan tepat menyatakan isi hati si penulis. Aku sukakan puisi 'Him & Her', 'Mama', 'Ignore' dan banyak lagi. Berjaya menghabiskan pembacaan buku ini dalam waktu yang cukup sekejap. Selesai ketika masih dalam perjalanan pulang ke rumah. Kagum. Benarlah kata Pak samad, sebenarnya yang diam itu lebih bising bunyinya kalau boleh didengar..

Sebuah lagi karya tulisannya yang berjudul Puisi Indah Si Pari Pari juga menarik perhatianku. Pun begitu, aku gagal mendapatkannya seketika tadi. Esok barangkali aku akan mencarinya kembali. Esok.

[Aku juga harap Antologi Puisi Indah Dari Jiwa juga dapat berkongsi sesuatu.]

Monday, July 23, 2007

~ TAHNIAH ~

Akhirnya setelah beberapa hari cuba menghubunginya, dapat juga aku khabar dari CP. Dia telah pun selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 19 Julai yang lalu.. dan hanya 3 hari lepas baru aku mengetahui tentang itu. Apapun tahniah buat CP. Mudah-mudahan kelahiran bayi perempuan comel yang diberi nama Lara Damia ini akan membawa lebih bahagia buat dia dan A.Z.

Buat ketika ini, CP berpantang di rumah mentuanya. Pun begitu, masih kedengaran cerita2 yang suram darinya di sana. Aku berharap benar agar A.Z berubah setelah bergelar bapa. Tinggalkan segala sikap ego, sombong, bongkak dan sikap tidak bertanggungjawabnya itu. Belajar tahu akan untung diri.

Tidak sabar mahu menatap bayi comel itu.. hujung minggu ini barangkali aku akan ke sana.. Itupun kalau teman jiwa punya kelapangan waktu..
[Harap Lara Damia membesar sebagai anak yang mendengar kata dan berjasa kepada kedua orang tuanya.. dengar cakap Umi yeaa..]

Sunday, July 22, 2007

~ KENALAN LAMA ~

Kalau tidak kerana dia yang menyapaku di ruang gedung KS tadi, tentu sahaja aku tidak dapat mengecam wajahnya. Sekali lagi aku gagal menghafal wajah. Bukan sekali.. agaknya aku benar2 punya masalah tentang soal yang satu ini.

AJ menyapaku sebaik kami terserempak di depan tangga bergerak itu. Dia sedikit teragak2. Mungkin bimbang kalau2 tersilap orang. Namun, sebaik melihat kelibat teman jiwa, dia lantas memberi senyum yang lebar. AJ rupa-rupanya mengenali teman jiwa sejak masih menuntut lagi. Di luar tahuku kerana tidak pernah membuka cerita tentang semua ini. Tambahan pula, teman jiwa bukanlah menghuni satu kolej kediaman denganku dan AJ. Dia di kolej lain.

Akan tetapi, besar mana sangat pun tempat pengajian kami itu... Aku akui itu. Ini kerana aku dan teman jiwa juga saling mengenali biarpun kami bukan satu kolej dan bukan juga satu fakulti. Teman jiwa menjadi kenalanku ketika kerap menghabiskan masa di perpustakaan pada satu musim peperiksaan dulu. Sekadar itu sahaja. Dan kami hanya intim dan berkawan rapat setelah lama tamat pengajian. Itupun setelah bertemu kembali secara kebetulan.

Berbalik soal AJ ini, dia semakin segak dan senyumannya tetap manis seperti dulu. Senyuman yang pernah membuat ramai gadis senior dan junior yang tergila2 kan dia. Aku juga sukakan dia. Sukakan sikap kesederhanaan yang dimilikinya itu. Selain itu, AJ juga punya minat yang sama denganku, bidang penulisan. AJ merupakan seorang penuntut jurusan kejuruteraan tetapi begitu berminat dengan dengan bidang penulisan. Dia begitu aktif menyertai aktiviti2 yang berkaitan seni dan budaya di kolej. Dari pantun, drama hinggalah ke debat dan syarahan. Pendiam sangat orangnya.. bukan senang mahu melihat dia mengukir senyum. Justeru tatkala menerima senyum darinya, tentu saja si penerimanya akan berbesar hati.

AJ yang 2 tahun lebih tua daripadaku ini, kini telah berhidupan bahagia dengan orang yang dicintainya... dengan pekerjaan dan suasana hidup yang cukup harmoni. Alhamdulilah.. aku tumpang gembira mendengarnya. Pada pertemuan tadi juga, di sisinya juga merupakan wajah yang begitu ku kenali. Isterinya itu adalah akak yang sering membantu urusan di pejabat kolej kediaman kami, S. Siapa sangka yaaa... di situ jodohnya. Sebenarnya, sebelum dia tamat pengajian dulu, aku sudah mendengar desas-desus ini.. tetapi aku sangkakan ia sekadar cakap2 sahaja.. rupa-rupanya benar... Bertuahnya 'S'.. Dalam sekian ramai gadis lain yang menaruh hati, cinta AJ tumpah kepadanya..

Benarlah kata teman2ku dulu, AJ ini tidak pernah memandang rupa dan kebendaan. Asalkan dirinya diterima seadanya... asalnya cinta yang terberi bersulam jujur, hatinya pasti melekat.

Sebenarnya sejak akhir kebelakangan ini, aku banyak bertemu rakan2 lama dari gedung pengajian dulu. Indah juga kebanyakan mereka ini sudah menjadi orang yang berjaya dalam bidang masing2. Tidak seperti aku yang entah di mana hala tuju... masih dalam pilihan yang tiada dalam pandangan. Rakan2 ini bukan saja sahaja berjaya sekadar itu, tetapi juga turut mencipta nama di dada akhbar. 'CR' kini merupakan ketua besar di tempat pekerjaannya, karismanya terkongsi di dada akhbar tidak lama dulu. 'R' yang dulunya dianggap oleh rakan2 kolej sebagai 'budak blur' itu kini merupakan duta kecil yang menjelajah ke sekian banyak negara kerana tugas yang disandangnya kini. Dalam masa yang sama juga dia merupakan seorang pelukis sambilan dan hasil lukisannya pernah mendapat liputan di dada akhbar dan di pameran lukisan utama di ibu negara. 'BS' yang dulunya hanyalah budak biasa2 itu kini merupakan orang yang begitu di kenali dalam negara. Dia diangkat menjadi contoh dalam kerjayanya. Itu hanya baru sekerat dua yang aku sebutkan di sini.. yang kejayaannya mereka terkongsi di dada akhbar... (dan aku juga tahu kerana itu..). Ermmm... Agarnya aku sahaja yang tercicir.. barangkali..

[Harap2 dapat berteduh di bawah langet yang lebeh biru.. mudah-mudahan...)

Saturday, July 21, 2007

~ MEMBERI MAAF ~

Seawal pagi, sebaik bersiap siaga untuk ke tempat pekerjaan, telefon bimbit bergetar. Tentunya bukan dari teman jiwa kerana kami baru sahaja berbual seawal pagi tadi ketika dia mengejutkan aku dari lena. Justeru, aku melengahkan diri untuk menjenguk telefon bimbit. Selalunya, kalau pada waktu2 yang begini, aku boleh meneka orang2 tertentu yang membuat getar pada telefon bimbitku.

Setelah usai segala keperluan dan mahu mengatur langkah ke tempat pekerjaan, barulah aku membuka telefon bimbit. Terkebil2 aku dibuatnya sebaik saja melihat nama seseorang ini muncul di skrin telefon bimbit. Dia menghantar mesej keamanan. Dia memohon maaf di atas apa yang telah berlaku. Dia yang aku maksudkan ini adalah dia yang membuat marah dan membuat satu hari mendung yang kulalui pada hari semalam.

Sebenarnya, semalam lagi aku telah memaafkannya. Tidak mahu menyimpan dalam hati kerana sudah banyak yang ada tersimpan di dalam ini dan tentunya tidak punya ruang yang besar lagi untuk perkara2 yang begini. Pun begitu, aku sangat2 lega. Bukan kerana permohonan maaf yang dibuatnya itu, tetapi kerana kesedarannya diatas silap yang berlaku itu. Sekurang-kurangnya, dia tahu telah berlaku sesuatu yang tidak patut dan tidak kena. Justeru, dia mengambilnya sebagai pelajaran dan tidak akan melakukan perkara yang serupa seperti semalam kepada orang lain pula. Itu yang penting...

[Aku juga mau mintak maaf pada mereka2 yang mungkin pernah merasa kurang senang dan kurang berkenan dengan aku. Minta maaf kalau aku ada buat salah. Mungkin yang aku tau dan mungkin yang aku langsong tidak tau.. Tetapi aku benar2 ikhlas mintak maaf.]

~ MARAH YANG BANYAK ~

Ya Tuhan... beberapa kali aku menarik nafas yang panjang.. Siang tadi, aku betul2 dalam keadaan yang marah. Lama sudah aku tidak dalam keadaan yang begini. Maksudku, marah yang begini. Dan hari ini, ada seseorang yang begitu 'bermurah hati' memberikan aku rasa itu. Rasa yang amat menyakitkan hati. Rasa yang membuatkan aku rasa sesak untuk bernafas.

Marah yang tidak dapat dilepaskan... begitu selalu aku. Semuanya terkumpul dan membengkak di dalam ini. Terasa seperti telah terputus segala urat tawa dan senyum yang ada. Aku benar2 berat dengan rasa yang marah. Sudahnya, di suatu sudut tangga di sebelah tempat pekerjaan juga yang menjadi tempat aku melarikan diri. Di situlah aku selalu apabila dalam keadaan yang begini. Di situlah aku menarik nafas dengan baik dan memujuk diri agar tidak terus melayan amarah. Kalaulah anak2 tangga itu mampu bercerita, sudah pasti 3 hari 3 malam cerita ku tidakkan habis di perdengar.

Aku sangat2 terkilan dengan sikap manusia yang terlalu mementingkan diri sendiri. Menolak manusia lain untuk kepentingan diri sendiri. Menyusahkan hidup orang lain hanya untuk senyum sendiri. Berbaloikah bahagia yang begitu?

Aku bukanlah antara pekerja yang baik dan cemerlang di tempat pekerjaanku ini. Tetapi aku sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri yang memberi yang lebih baik. Pun begitu, ada manusia yang kurang senang dengan semua ini barangkali. Membaca aku dengan nada yang salah.

[Aku mau marah dengan sepuas2 nya. Mau marah seperti mana orang laen marah. Suatu hari... mungkin suatu hari aku dapat lakukan dengan baek sekali.. ]

Friday, July 20, 2007

~ TERAKHIR KALI ~


Malam kelmarin, aku dengan kesempatan yang ada telah menonton filem Love Is Cinta di CTC. Kalau diikutkan, filem begini bukanlah di dalam pilihanku. Namun ada sebab lain yang menyebabkan aku duduk di kerusi panggung CTC ini. Memang sudah dalam tahuku, cerita ini tidak memberikan hasil yang baik buatku. Malah sepanjang filem itu berputar, aku asyik mengharapkan detik jam bergerak lebih pantas.

Cumanya, menonton filem lakonan 2 pelakon remaja Indonesia ini membuat aku ingat yang panjang kepada arwah D. Ingatan yang cukup sarat dan berat. Kali terakhir aku menonton wayang bersama D ialah ketika menonton tayangan filem Heart di KLCC pada 20 September 2006, rabu, jam 9.10 malam.. Aku masih menyimpan keratan tiket wayang itu sehingga ke hari ini.

Sebenarnya, baik aku mahupun arwah tidak pernah berminat dengan genre filem yang begitu. Bukan dalam pilihan kami. Cerita cinta untuk remaja di bangku sekolah barangkali.. Pun begitu, entah kenapa pada malam itu, arwah membelikan tiket untuk menonton filem itu. Katanya, dia mahu melihat ada apa dengan filem itu sehinggakan penonton sentiasa penuh panggung walaupun sudah berada di hujung tayangan. Dan bagai biasa aku tidak pernah membantah. Menemaninya dengan senang hati.

Namun, apa yang membuatkan aku menggeleng-gelengkan kepala, sebaik sahaja sampai di rumah, D menghantar mesej kepadaku dan meminta pandangan tentang filem itu. Sedangkan selepas menonton, kami langsung tidak berbincang mengenai filem itu walaupun punya kesempatan yang banyak sebelum pulang ke rumah. D mahukan pandangan aku bagaimana kalau kami berada di dalam watak2 itu. Bukan malam itu sahaja dia bertanyakan soalan itu, malah beberapa hari selepas itu juga. Pun begitu, sehingga ke akhir hayatnya pun, aku tidak pernah menjawab pertanyaannya itu. Alasannya ketika itu, filem itu bukan dalam pilihanku dan aku tidak langsung memberi tumpu ketika menontonnya. Pelik.. kerana aku juga tahu filem begitu tidak dalam pilihannya... tetapi dia seperti memberi tumpu yang banyak.

Itu adalah kali terakhir aku punya kesempatan menonton wayang dengannya sebelum bergaduh besar dengan teman jiwa setelah BR terserempak aku dan D di sana. Dan... ermm.. 2 bulan selepas itulah, D pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya.

Justeru, tatkala menonton cerita yang acuannya dari filem yang sama dan pelakon yang sama ini, tentu sahaja membuatkan aku terkenang momen itu. Ligat berputar seperti ligatnya filem yang sedang berputar ini. Satu demi satu bertamu di pandangan seperti satu rakaman yang baru saja berlangsung dalam 2-3 minit yang lalu. Ya Tuhan.. aku sangat2 merindui2 arwah saat ini. Sangat2...

Dua minggu sudah juga aku bersua kenalan yang pernah berselisih bahu dengan kami ketika malam tersebut. Kenalan ini tidak habis2 mengusikku kerana dia menyangka arwah adalah teman lelakiku. Malah pada pertemuan 2 minggu itu, dia masih dengan usiknya dan meminta aku menyampaikan salam buat D. Aku cuba memberi tenang yang setebal mungkin. Aku menjawab salam itu bagi pihak arwah dan kataku dengan tenang, lebih indah lagi kalau dia dapat sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Mendengarkan itu, terus sahaja kenalan yang seorang ini terdiam dan kemudiannya perlahan2 memelukku dan meminta maaf. Aku senyum sahaja... aku berharap agar dapat terus senyum..

Yang paling pasti ada dalam hatiku, arwah D benar2 sahabat dekat buatku.. Yang ada dalam hatinya... aku tidak pernah tahu dengan tepat. Cuma, aku tahu dia sayangkan aku kerana itulah yang selalu dia katakan sepanjang kami bersahabat baik... hampir 9 tahun yang lalu.

[Aku ini selalu aja menganggok walau pon kadang2 aku mau sangat menggelengkan kepala. Bukan aja dengan teman jiwa tapi juga kawan2 laen yang dekat dengan aku. Kadang2 memang menyeksakan diri sendiri...]

Thursday, July 19, 2007

~ SELAMAT ~

Selamat hari ulangtahun tahun kelahiran. Mudah-mudahan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Doaku agar seseorang ini sentiasa dikelilingi sahabat yang baik2 dan menyenangkan sentiasa. Ikhlas dari seorang aku.

[Terima kaseh...]

Wednesday, July 18, 2007

~ MEMINJAM KATA-KATA.. ~

Sekadar memetik dan meminjam kata2 dari :

"Kadangkala kita terasa seperti kehilangan sesuatu yang selama ini kita miliki. Sedangkan ia sentiasa ada di sisi kita sepanjang masa. Kita hanya perlu mencari semula dengan rasa syukur dan pandangan baru yang lebih terbuka!"

Kata2 ini menarik aku supaya berfikir tentang sesuatu. Sesuatu yang begitu jarang terlintas di fikiran. Hari ini membawa aku untuk berfikir tentangnya.

[Jangan aku dimain dan dibodohkan lagi... Cukup-cukuplah!]

~ AL FATIHAH & SALAM TAKZIAH II ~


......... AL FATIHAH .........

Petikan dari Utusan Malaysia Online...

Semua terkorban

GENTING HIGHLANDS 17 Julai – Mayat enam krew bersama bangkai helikopter Nuri yang hilang sejak Jumaat lalu, ditemui di hutan tebal Gunung Bunga Buah tidak jauh dari terowong Genting Sempah di sini, petang ini.

Kesemua mayat ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) darat pada pukul 1.24 petang itu masih sempurna dan berada di kedudukan masing-masing dalam helikopter itu. Pasukan SAR menemui kesukaran untuk membawa keluar mayat mangsa kerana keadaan hutan tebal dan operasi udara terpaksa dihentikan pukul 7.45 malam.

Bagaimanapun, difahamkan operasi darat tetap diteruskan dan pasukan komando telah dikerahkan untuk mencari jalan bagi membawa jenazah keluar pada malam ini.

Mereka yang terkorban ialah juruterbang Kapten Nor Azlan Termuzi, 29, pembantu juruterbang Kapten Nor Intan Asykeen Mohd. Arof, 27; Flait Sarjan Khusnizaim Ariffin (kuarter master udara), 34; Flait Sarjan Mohd. Azmie Md. Yassin, 35; Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias, 28, dan Laskar Muhammad Ridzuan Ahmad, 27.

(berita selanjutnya di
www.utusan.com.my)

[Al Fatihah..]

Tuesday, July 17, 2007

~ AL-FATIHAH & SALAM TAKZIAH ~

Sebuah helikopter tentera berlegar-legar di udara
dalam operasi mencari dan menyelamat hari ini (17/07/2007).
(kredit : foto The Star)

........ AL - FATIHAH ......

Mudah-mudahan roh Allahyarham Kapt Nor Azlan Termuzi, Kapt Nor Intan Asykeen Mohd Arof, Sjn Khusnizam Ariffin, Sjn Mohd Azmie Md Yassin, Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias dan Laskar Muhammad Ridzuan Ahmad dirahmati dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman... Salam takziah buat keluarga mangsa dan semoga kita sama2 mendoakan kesejahteraan buat arwah. Ini takdir yang telah tertulis. Redha dan pasrah dengan pemergian mereka.

Sejak berita nahas helikopter Nuri ini sampai kepada pengetahuanku, aku saban hari dan tiap ketika mengikuti perkembangannya. Dari hari pertama nahas (jumaat) sehinggalah hari ini (selasa). Malah, berita menyedihkan penemuan mayat keenam2 mangsa hari ini juga bukan aku ketahui dari TV atau surat khabar tetapi secara terus dari seorang kenalan yang kebetulan mendapat berita ini dari tempat kejadian petang tadi sebaik sahaja mayat mangsa ditemui.

Melihat kepada soal prihatinku yang begitu banyak dengan nahas ini, rakan2 di tempat pekerjaan membuat gurau. Apakah salah seorang daripada mangsa ini punya hubung-kait denganku. Ataupun, ada diantara ahli keluargaku juga yang membina kerjaya satu angkatan dengan mereka. Cemasku barangkali yang membuatkan mereka mengusul tanya yang begitu. Jawapannya tidak sama sekali.

Entah.. aku sendiri tidak tahu kenapa aku begitu ingin mengetahui perkembangan nahas ini. Turut sama mendoakan agar mereka semua masih bernyawa andai berjaya dijejaki. Mungkin di atas rasa manusia yang banyak barangkali. Aku cuba meletakkan diri di dalam kasut keluarga mereka saat ini. Bagaimana rasa dan situasi mereka. Bagaimana harus mereka bereaksi? Bagaimana luluh hati seorang ibu tatkala mendengar perkara buruk yang telah menimpa kepada si anak.. Bagaimana sebak hati seorang ibu kala dikhabarkan tentang kesakitan si anak.. Apatah lagi kala berita tentang kematian disampaikan.. Ya Tuhann.... Mudah-mudahan mereka yang diuji itu mampu bertahan dengan iman dan sabar di dada.

Aku benar2 terkenangkan ibu... Benar2.... Melihat luka atau sakit adik yang sedikit itu pun ibu tidak mampu berlelap mata dan mereda tangis... bagaimana kalau soal2 yang begini?
____________________________________________

Petikan dari Utusan Malaysia Online...

Usaha keluarkan mayat nahas Nuri
ditangguhkan ke pagi esok


KUALA LUMPUR 17 Julai — Operasi mengeluarkan enam mayat mangsa helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas dalam hutan tebal di Genting Sempah dekat Genting Highlands diberhentikan kira-kira pukul 7.30 malam ini dan akan disambung pagi esok.

Menurut jurucakap TUDM, anggota tentera sedang melapangkan kawasan berhampiran lokasi bangkai pesawat itu ditemui bagi memudahkan operasi mengangkat mayat menggunakan helikopter esok untuk dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

Jurucakap itu memberitahu pemberita di pusat operasi mencari dan menyelamat di Genting Highlands malam ini, lokasi nahas kini dikawal rapi oleh pasukan komando TUDM dan anggota 17 Para sehingga operasi memindahkan mayat disambung esok.

Bangkai pesawat itu ditemui anggota pasukan melalui gerakan darat di sebuah lokasi lima kilometer barat laut dari Genting Sempah pada pukul 1.24 petang ini, lima hari selepas ia dilaporkan hilang pada kira-kira pukul 9.35 pagi, 10 minit selepas meninggalkan Stesen Udara TUDM di Sungai Besi di sini menuju ke Kuantan Jumaat lepas.

Nahas itu meragut nyawa juruterbang Kapt Nor Azlan Termuzi, 29; dan pembantu juruterbang Kapt Nor Intan Asykeen Mohd Arof, 27; serta Sjn Khusnizam Ariffin, 34, Sjn Mohd Azmie Md Yassin, 35; Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias, 28; dan Laskar Muhammad Ridzuan Ahmad, 27 tahun.....

(berita selanjutnya di
www.utusan.com.my)

[Al-Fatihah....]

Monday, July 16, 2007

~ SEMOGA SEMUANYA BAIK2 SAHAJA ~

Dua-tiga hari terkebelakang ini, banyak benda yang harus aku lalui. Justeru, banyak benda juga yang aku lupa dan ketinggalan untuk melakukannya.

Sebenarnya sejak seminggu yang lepas aku berhasrat sangat untuk melawat CP. Keadaan dirinya yang sedang sarat mengandung anak sulung dan tidak 'dipedulikan' AZ itu amat menyesakkan. Bayangkanlah bagaimana dia harus melalui saat2 genting begitu berseorangan... Sedangkan tarikh dia melahirkan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Semalam, ketika aku menghubunginya untuk bertanya khabar dan menyatakan hasrat untuk mengunjunginya di S.A, dia rupa-rupanya sudah dalam perjalanan ke kampung halamannya. Katanya A.Z datang menjemputnya dan mahu membawanya pulang ke rumah ibu mertuanya. Menarik nafas panjang aku mendengarnya. Baru sekarang dia mahu datang menjemput? Kalaulah terjadi apa2 (semoga semuanya akan selamat) ketika dalam perjalanan bagaimana? Jaraknya bukan sekadar tiga langkah.. tetapi memakan masa perjalanan yang berjam2 lamanya. Ya Tuhann...

Entah kenapa, aku teringin sangat2 untuk bertemu CP. Sepanjang minggu lepas aku asyik berkira2 mahu mengunjunginya. Kali terakhir aku menemuinya ketika usinya kandungannya mencecah 5 bulan. Ketika itu dia sarat dengan cerita airmata. Sarat dengan rasa kecewa yang banyak terhadap A.Z. Ermm.. apapun, mudah-mudahan semuanya akan selamat. Kepada lelaki yang namanya A.Z, aku sentiasa doakan agar dia berubah. Semoga dia membuka mata menghargai jasa dan pengorbanan isterinya.

Selain soal CP yang lekat di fikiran, aku juga terkenangkan musibah yang melanda kakak ipar. Seminggu yang lepas, kakak ipar mengalami keguguran. Ini keguguran kali ke-2 buatnya. Aku tahu abang terlalu sangat kecewa. Tetapi jika sudah itu ketentuanNYA, apa yang mampu kita katakan. Tentunya ada hikmat disebalik semua itu.

Buat masa ini, kakak ipar sedang dalam pantang. Justeru, aku kerap juga ke sana menemaninya. Kalaupun tidak bermalam, aku tetap datang menemaninya berbual untuk beberapa ketika. Setiap kali memandang wajahnya, aku sangat2 sayu. Dia tidak banyak bercakap, tetapi aku seperti faham apa yang sedang bermain di benaknya. Ini dugaan buatnya barangkali, Tuhan lebih mengetahui.

[Doa aku sentiasa ada dengan ikhlas buat mereka semoa. Kalaulah aku boleh bantu dan buat se-suatu untok meringankan beban itu, aku sanggop... aku akan buat untok mereka.. :( ..... ]

Sunday, July 15, 2007

~ BIAR MENJADI ANGIN LALU ~

Berapa lama aku berdiam diri dan tidak mahu mengambil peduli akan soal ini. Tetapi entah kenapa sejak kebelakangan ini aku kembali tercuri memikirkan soal itu. Beberapa ketika merenung.

Sebenarnya, kalau diikutkan rasa hati yang di dalam ini, aku mahu membiarkan semua ini berlalu seperti angin lalu sahaja. Tidak mahu memberatkan lagi dan menyakitkan hati sendiri lagi. Pun begitu, ia tidak semudah yang difikirkan. Sunguh2 aku tidak tahu kenapa kebelakangan ini aku kerap terlintas dan memikirkan tentang itu. Bagai diseru2. Semakin kerap aku memikirkannya, semakin aku rasa seperti sudah hilang rasa hormat pada seseorang ini.

Sungguh2 aku tidak menyangka begini rupanya dia. Sedangkan dulu, aku begitu menghormatinya. Prinsipnya, perkataannya, pandangan dan nasihat yang pernah dia berikan. Aku banyak mahu meminjam semua itu darinya. Yaa.. dia memang tidak pernah meminta aku memandang tinggi padanya, tetapi aku sendiri merasa perlu begitu. Sesuatu yang baik, haruslah kita mahu berkongsi dan mencontohi.

Tetapi itu dulu... sekarang aku hanya tersenyum2 sendiri. Semua yang menjadi kekaguman padaku itu telah jauh terbang melayang. Dia sendiri yang membuang semua itu hanya kerana mahu mempertahankan ' sesuatu' & 'seseorang' secara tidak tepat. Aku tidak boleh berkata apa2 tentang itu kerana itu hak dia.. Tetapi haruskah menggadai semua itu hanya kerana soal hati dan perasaan? Yaa.. mungkin aku tidak memahaminya dengan baik.. tetapi aku seperti mahu bersetuju dengan 'satu kenyataan' yang pernah dilemparkan kepadanya sedikit masa dulu (dan aku pula yang terkena tempiasnya). Ketika aku tahu tentang kenyataan itu, aku berfikir banyak.. kenapa ada manusia yang menyuarakan rasa yang begitu terhadapnya? Kenapa? Dan hari ini aku rasa aku tahu akan jawapannya... ya barangkali.. dia juga pernah melakukan perkara yang serupa kepada orang lain.

Apapun... ini pelajaran. Aku menerima baik segala pelajaran yang terberi itu. Dan kalau dulu aku sering dihambat rasa kesal yang banyak.. rasa sedih... rasa mahu membaik-pulih dan sebagainya... hari ini aku punya rasa yang lain... Bak kata sahabat mei, "Menghargai yang patut dihargai sahaja..." Ermmmm...

[Aku saja yang selalu piker itu dan ini untok membuat baek kembali. Tapi di pihak satu lagi? Tidak pernah ada apa2. Jadi? Buat seperti tidak ada apa2 jugalah..]

Saturday, July 14, 2007

~ MENGISI SATU HARI ~

Aku tersangat2 penat hari ini. Satu hari mengisi dengan pelbagai aktiviti. Tiga minggu berturut2 menguruskan soal adik sehinggalah hari ini.

Sebaik selesai urus pekerjaan, aku menjemput adik di kampusnya. Menemaninya mencari barang2 keperluan dan membawanya makan2. Sejak di tempat baru, ada sahaja komplennya tentang soal makan. Entah bila pula adik banyak soal tentang hal itu. Setahu aku, dia tidak pernah cerewet tentang makan. Jauh benar kalau di bandingkan aku dengan dia. Namun hari ini dia bercakap tentang soal itu. Mungkin kali ini benar2 dia maksudkan.

Sejak dia memulakan pengajian 3 minggu lepas, 3 minggu jugalah aku berulang alik ke kampusnya pada setiap hujung minggu. Kalau tidak sabtu, ahad.. dan dalam tempoh itu, dia juga belum berkesempatan untuk pulang bermalam di rumah kerana banyak sangat aktiviti yang harus disertainya di kampus. Dia sekadar pulang beberapa ketika sahaja di rumah.

Aku berharap, adik akan menjadi seorang yang berdikari selepas ini. Itu juga yang sering dia katakan. Sejak dulu, kami ini 'dijaga' dalam segala apa urus sekalipun. Sehingga tiba satu saat apabila keadaan memerlukan untuk kami berdiri di atas kaki sendiri, segalanya menjadi gagal sahaja. Ini kerana kami penuh dengan rasa ingin bergantung kerana sejak dari kecil lagi sudah terbiasa dengan situasi yang begitu. Justeru, soal itu aku banyak ingatkan pada adik dan dia cukup faham soal itu.

Pulang ke rumah, aku seperti sudah tidak larat untuk berduduk2. Lena dalam senyap sehingga jam 1 pagi... Itupun setelah dikejutkan dengan panggilan dari teman jiwa. Esok dia akan ke sini. Berdamping. Ada urus penting juga yang mahu kami selesaikan esok. Ermmm.. bagaimana yea.. kerana esok juga aku harus menyertai kakak ke satu majlis keluarga... Ermm..

[Sejak kechil lagi, anak2 perempoan ayah mendapat jagaan yang begitu ketat. Dalam banyak perkara.. tentang itu dan ini..]

Friday, July 13, 2007

~ BENAR TENTANG PERSAHABATAN ~

Pertemuan dan penjelasan dengan sahabat mei semalam masih dalam fikiranku. Hari ini, barulah aku berkesempatan menarik nafas betul2 dan berfikir kembali tentang apa yang diperkatakannya semalam.

Paling membekas, hujahnya tentang letak persahabatan. Ini kerana dalam perbualan kami semalam, soal kepercayaan dan soal persahabatan menjadi isu yang paling utama. Katanya aku memberi dengan percaya, tetapi aku tidak menerima seperti mana aku memberi. Berbaloikah?

Pada mulanya aku kurang faham dengan maksud bualnya.. namun setelah disebut nama yang seorang itu aku diam. Pun begitu, aku sempat menyatakan pendirianku.. persahabatanku bukan kerana apa2, bukan kerana siapa2. Aku juga tidak pernah mengharapkan balasan di atas apa sahaja yang aku lakukan dalam persahabatan. Pun begitu, aku juga tidak pernah mengharapkan sebuah pengkhianatan.

Sahabat mei melebarkan hujahnya. Katanya, dia tidak berhak mencampuri urusan persahabatan aku.. tetapi dia mahu memberikan sedikit pendapat tentang soal itu. Aku diam, bungkam. Membiarkan sahabat ini terus mengeluarkan hujahnya. Hujahnya yang sememangnya benar dan membuka fikiranku yang mungkin tanpa sengaja telah aku sempitkan selama ini. Terlalu banyak melihat putih sehingga terlupa hitam juga adalah warna yang wujud dalam kehidupan.

Memang benar.. aku ini tidak pernah belajar dari kesilapan semalam. Rupa-rupanya sehingga hari ini pun aku masih di tipu. Bagaimana dia dapat membaca situasi yang berlaku ke atasku sedangkan aku sendiri seperti buta menilai manusia keliling dengan tepat.

Inilah yang dikatakan orang, buat baik tidak semestinya berbalas baik juga. Tetapi kalau berbuat jahat, sudah pasti kejahatan juga yang akan diberi. Yang difikir kita, tidak semestinya difikirkan orang juga.. walaupun orang itu adalah sahabat kita yang paling dekat. Aku mendapat banyak jawapan kepada persoalan yang tidak dalam tahuku selama ini. Justeru, mulai saat ini aku akan melihat dengan mata yang lebih jelas. Bak kata sahabat mei, menghargai yang patut dihargai sahaja... ermmm..

[Aku memang tak sangka sunggoh sahabat mei ini mempunyai pendirian yang sama denganku. Soal percaya, soal sahabat... dan soal kemaafan.]

Thursday, July 12, 2007

~ AKHIRNYA... BERTEMU 4 MATA ~

Bagaimana harus aku memulakan entri kali ini. Terlalu banyak yang ingin jari2 ini ceritakan. Terlalu sarat yang ada dalam rasa dan kepala ini untuk diluahkan di sini satu2.

Sejak mengatur bual dengan ayah di telefon semalam, banyak benda yang aku fikirkan. Banyak benda yang bersimpul seratus di kepala. Ermm.. akhirnya terpaksa juga aku hadapinya. Mahu atau tidak, aku sudah tidak punya pilihan. Majlis itu akan berlangsung juga akhirnya. Dek kerana serabut memikirkan soal itu, malam tadi, jam 9 malam aku sudah meletak lena. Di luar waktu tidurku yang lazimnya paling awalpun, jam 2 pagi. Begitu pun aku selalu, bila berdepan dengan serabut yang begini, aku kerap memilih meletak lena. Dengan harapan, segala yang bersimpul itu akan berhenti untuk sementara dari terus berputar di kepala.

Jam 7 pagi, aku bersiap siaga untuk ke tempat pekerjaan. Bercadang untuk singgah di ruang pekerjaan sebelum ke majlis urus pekerjaan di MV. Pun begitu, tiba2 rasa malas yang panjang menguasai diri. Fikiran asyik kepada isi perbualan dengan ayah semalam. Justeru, aku membuat panggilan ke tempat pekerjaan dan mengambil cuti tanpa sebarang alasan yang munasabah. Tanpa menukar pakaian, aku kembali meletak lena sehingga jam 1 tengahari.

Panggilan dari BR mengejutkan aku dari lena. Dia mahu menemuiku di BTQ jam 5 petang nanti. Ada urus penting katanya. Melihat dia yang bersungguh2 itu, aku akur. Lagi pula, esok dia terlibat dengan urusan di luar daerah selama seminggu. Oleh kerana tempat yang dijanjikan itu di BTQ, maka aku tiba2 terdetik untuk singgah di PH di mana di situ kebetulan berlangsung satu majlis yang patut aku hadiri kalaulah aku tidak bercuti hari ini. Tiba2 terdetik. Gerak hati. Tidak merancang apa2, aku menghalakan langkah ke situ. Kiranya kehadiranku hari ini bukan di atas urusan pekerjaan. Gerak hati mahu singgah di sini. Tiba2 sahaja.

Hampir setengah jam di situ, aku tiba2 ternampak kelibat sahabat Mei.... Ya Tuhan.. sungguh aku tidak tahu-menahu pun dia ada di sini. Macamana dia ada di sini? Tidak peduli, macamana dia ada di sini, yang penting aku harus mengambil peluang ini. Tiba2 ada tekad yang begitu.. Kenapa ya? Sedangkan sebelum ini, banyak kali juga aku terserempak dia, tetapi tidak pernah ada rasa tekad dan kesungguhan yang seperti hari ini. Ermmm.. mungkin agaknya kerana hari ini fikiranku berkacau bilau. Justeru, keberanian itu tidak berkira2.

Pun begitu, sebelum itu aku telahpun tersalah orang. Pandangan dari belakang aku menyangkakan seseorang ini sahabat mei. Justeru aku langsung tidak lepas pandang mencuri pandang untuk mencari peluang bersemuka dengannya. Hampa yang jelas bilamana menyedari aku tersalah orang.

Bagaimanapun.... Tuhan memang mahu memakbulkan doaku hari ini... Kelibat sahabat mei rupa-rupanya memang wujud di situ. Justeru, apapun yang berlaku, tekadku dalam hati kali ini aku mahu bersemuka terus dengannya. Biarlah apa yang akan berlaku sekalipun, aku akan laluinya. Kalaupun aku akan dimalukan hari ini pun, aku terima.

Justeru, aku menunggu sahabat mei usai urusnya dan aku memberanikan diri. Tidak seperti yang disangka. Dia menyambut baik permintaanku walaupun pada mulanya seperti mahu melarikan diri juga. Kami ke suatu sudut yang lebih sesuai untuk mengungkai cerita lama. Cerita yang telah tersimpan hampir setahun setengah yang lalu.

Pun begitu.. entah apa yang jadi kepadaku, belum pun membuka mulut, air mata terlebih dahulu menghujani diri. Deras laju. Sejak bila pula aku menjadi cengeng yang begini? Sejak bila pula airmata ini begitu murah kepada seorang aku yang degil dan egonya setinggi KLCC ini? Entah.. aku sendiri tidak tahu. Barangkali terlalu sebak mengenang rentetan peristiwa ini. Terlalu sedih dengan segala tohmah yang panjang itu. Terlalu bersalah dengan cuai diri yang silap memberi percaya. Air mataku hari ini adalah airmata yang penuh kekesalan.

Dek kerana aku mengatur bual dengan esak yang panjang, makanya suaraku tebal dengan getar. Sekejap kedengaran dan sekejap tidak. Aku tidak mampu mengawal diri dengan baik. Aku tidak mampu setenang sahabat yang seorang ini. Justeru, melihat keadaanku yang begitu, sahabat mei banyak menumpu dengar. Sempat juga dia menyeka airmata yang laju menuruni pipiku itu. Mungkin banyak perkataanku yang tidak didengarinya jelas dengan keadaanku itu. Pun begitu dia sangat2 tenang. Begitu positif perkataan2 yang terluncur dari bibirnya. Dia menjelaskan juga situasi dirinya walaupun katanya kalau boleh dia tidak mahu lagi menyebut dan bercakap soal yang lepas2 itu.

Rupa-rupanya terlalu banyak sangka yang berlaku. Aku akui kesalahanku padanya. Aku akui, tanpa sengaja aku telah mengecilkan kepercayaannya kepadaku... aku mengakui semua itu. Dan tanpa aku duga juga dia memberi satu penjelasan yang begitu logik pada akalku mengapa dia memberi respon yang begitu kepadaku. Paling mengejutkan juga.... aku mendapat tahu tentang satu perkara yang langsung tiada dalam tahuku sebelum ini. Rupa-rupanya banyak benda yang aku tidak tahu selama ini... Yang tidak sampai kepada tahuku dan mungkin tidak mahu ia dalam tahuku barangkali.. Ermmmm.. Kenapa ya, buat aku seperti ni? Sedangkan aku tidak pernah mahu melibatkan sesiapapun dalam soal ribut ini! Ooh.. manusia... cubalah menghargai sebuah kepercayaan itu. Lagi.. lagi.. dan lagi?? Kenapa perlu ada lagi dan lagi???? Ermm..

Apapun syukur alhamdulillah... akhirnya aku dapat juga bersemuka empat mata dan bercakap dari hati ke hati dengannya hari ini. Pun begitu, kerana terlalu banyak sangat yang ingin aku bicarakan padanya, banyak perkara juga yang aku lupa untuk katakan dan jelaskan. Begitu juga dia. Masing2 seperti menunggu giliran untuk membuat penjelasan. Kata-katanya langsung aku tidak memberi tumpu kerana sibuk menyusun perkataan dalam kepala untuk dikatakan bagi pihak aku.

Ruang dan masa yang sekejap itu sebenarnya tidak aku manfaatkan sepenuhnya kerana terlalu mengikut emosi. Tetapi aku mengambil baik kata2 nasihat dari sahabat mei ini. Tidak aku sangka, dari perkataan2 nya, dia seperti memahami juga situasiku adanya. Hampir 1/2 jam juga kami sempat menjelas-jelas sehinggalah dia dipanggil seorang rakan menghabiskan kerja2 nya. Terima kasih banyak2. Walaupun tidak sempat menjelas dengan dalam atau membuat kesimpulan, aku sudah berpuas hati. Hampir setahun setengah aku menantikan peluang begini dan hari ini aku memperolehinya. Kata2 akhir darinya, "Kita sama2 belajar dari kejadian ini. Soal kepercayaan terutamanya." Aku sangat terkejut kerana kata2 itu hampir serupa dengan yang selalu aku katakan tatkala bercerita dengan mereka yang tahu akan kejadian ini. Dia berfikir serupa aku.

Pun begitu, aku tidak pernah meminta agar hubungan persahabatanku dengan sahabat mei ini kembali seperti dulu. Baju yang sudah koyak, kalau dijahit kembali dengan elokpun, tetap tidak akan serupa dengan yang asal. Itu hakikat dan aku sedar soal itu. Pertemuan dan peluang memberi penjelasan hari ini sudah cukup baik buatku. Itu sudah cukup. Aku berterima kasih, aku bersyukur sangat2. Lega.. itu perkataan yang paling tepat untuk aku gambarkan apa yang ku rasa saat ini.

Tiba2 sahaja terkenangkan perbualanku dengan pakcik tua (tukang tilik) seminggu lepas. Tilikan benar walaupun tidak semua. Kebetulan yang membuat aku menopang dagu.

[Aku bersahabat dengan dia, bukan kerana nama dan dudoknya. Tapi kerana di sebalek dia. Bila sudah dalam persahabatan, tentu saja keperchayaan berada di papan paling atas. ]

Wednesday, July 11, 2007

~ BAYANGKANLAH... ~

BAYANGKANLAH...
by farah asyikin
(obsesi untuk teman jiwa)

Ku ingin kau cuba membayangkan
Kaburnya alam semesta
Gelap pengganti cahaya
Ku ingin kau cuba membayangkan
Hidupmu tanpa cintaku
Harimu tanpa diriku
Tiada lagi jasadku di matamu.. hilang

Masihkah kau setia
Memorimu simpan segala
Atau terhapus semua
Bayangkanlah...

Ku ingin kau cuba membayangkan
Hidupmu tanpa cintaku
Harimu tanpa diriku
Tiada lagi jasadku di matamu... hilang

Masihkah kau setia
Memorimu simpan segala
Atau terhapus semua
Waktu pun makin surut
Ingin di sisimu hingga nafas....
Yang terakhir
Kalimah doa ku pinta
Bila hayatku tiada..

[Bayangkanlah kalau benar2 tidak ada jodoh di antara aku dan dia? Bayangkanlah kalau aku tidak ada lagi di sisinya.. Bagaimana dia selepas itu yea... Bagaimana aku pula?

Tuesday, July 10, 2007

~ JARAK, CEMBURU & KEPERCAYAAN ~

Lama aku tidak menutur bual dengan rakan yang seorang ini. Selalu juga bersua, namun ruang untuk mengatur bual agar sedikit. Justeru, kesempatan yang ada petang tadi memberi kami ruang berkongsi banyak cerita.

Dia sempat bertanyakan tentang hubungan aku dan teman jiwa. Hairan barangkali bagaimana aku dan teman jiwa masih dalam hubungan yang sama walaupun jarak memisahkan kami. Sedangkan dia yang jarak sedekat 3 langkah itu pun sering sahaja bercakaran.

Ermm... hanya kami kami berdua sahaja yang tahu apa yang kami lalui. Tidak aku nafikan jarak yang jauh itu sangat2 memberi cabaran yang bukan sedikit kepada kami. Bukan tidak pernah bergaduh... bertikam lidah.. bermasam muka.. merajukk.. malah pernah juga kami hampir2 memutuskan hubungan ini. Soal kepercayaan menjadi bekal yang paling layak. Jika tidak, curiga akan menjadi raja.

Cemburu menjadi musuh di papan paling atas. Baik aku, mahupun dia.. kami serupa sahaja. Kami pernah bergaduh besar gara2 hubunganku dengan arwah D di salah ertikan oleh teman jiwa. Itu peristiwa yang paling besar. Yang benarnya, aku dan D terlalu rapat sejak di kampus lagi. Hubungan kami terlalu baik dan rapat. Namun... agaknya memang menjadi kesalahan besar, jika seorang perempuan itu mempunyai kawan rapat lelaki jika dia telah pun berpunya. Berbuih mulut aku menyatakan tentang letak duduk hubunganku dengan D, namun penjelasan itu disangkakan alasan semata dan tetap tidak dapat diterima. Malah sehingga keakhir hayat D, teman jiwa masih mencemburui arwah.

Begitu juga di pihak teman jiwa. Peristiwa dia menghantar seorang kawan perempuannya di KLIA sedikit masa dulu juga membuat ribut yang bukan sedikit. Ini kerana takdir telah tertulis, situasi itu disaksikan oleh salah seorang kenalan rapatku dan sampai kepada tahuku. Lebih buruk lagi, apa yang ada dalam pengetahuanku, teman jiwa berada di selatan tanahair ketika itu. Justeru, aku menyambut curiga. Ribut menghala kasar. Lalu banyak luka yang terjadi.

Kerana apa? Kerana curiga.. kerana kepercayaan yang diberi itu tidak secukupnya. Justeru berlangsunglah ribut2 yang begitu. Pun begitu, bukan mudah mahu menyemai rasa percaya yang tebal apabila jarak menjadi pemisah. Kami hanya bertemu setiap hujung minggu sahaja... itupun kalau aku mahupun teman jiwa tidak terikat dengan urusan2 lain. Berkongsi rasa hanya di hujung talian dan di depan layar ini. Tidak semudah yang difikirkan sebenarnya. Nampak saja seperti mudah.. namun terlalu berat dan perit sebenarnya.

Pun begitu, alhamdulillah.. setakat hari ini kami masih dalam situasi yang baik2 dan menyenangkan. Mudah-mudahan ada jodoh.. secepat yang mungkin... Terlalu banyak cabaran yang telah kami lalui dan kalau ada izinNya, biarlah kami akhirinya dengan senyum yang panjang.. insyaallah..

[Menyedari kesilapan sendiri itu sangat penting... Dan kemudiannya mintalah maaf dengan ikhlas untok pulihkan keadaan. Bukan saja dalam soal chenta, tetapi juga dalam soal persahabatan, kekeluargaan dan apa saja... Tiada apa yang rogi... hanya ego yang dimalukan!]

Monday, July 09, 2007

~ MONOLOG BUAT SEORANG SAHABAT ~

Cukup berterima kasih kepadamu kerana pernah menjadi sahabat kepadaku. Sungguh bisingmu itu kerap membuat bingar, namun ia tetap memberi banyak pelajaran yang terkutip dalam diam. Seawal kenal lagi, antara kita kerap bertikam lidah.. mengatur hujah.. begitu laku kita. Pun begitu, ia bukan benar memberi maksud. Itulah cara kita berinteraksi dalam bising tetapi tetap dalam hemah. Saling menghormati tetapi ada.

Pun begitu lama berdiri dengan penuh pendirian, tercalar juga rasa dengan tingkah. Sedikit sahaja calarnya.. namun sudah cukup memberi amarah yang besar. Yang sedikit itu meranapkan hampir semua yang putih di situ. Begitu lumrah tatkala sangka menjadi raja.

Bermula hari ini, sahabat ini tidak lagi kelihatan di sini. Dia telah memulakan hari baru.. dunia baru, sahabat baru dan segalanya yang baru. Mudah-mudahan dia memanfaatkan apa yang diperolehinya di tempat baru itu. Jangan mengulangi yang sudah dalam tahu..

Sebagai yang pernah menjadi sahabat, aku dengan ikhlas mendoakan yang baik2 untuknya. Semoga dipermudahkan dalam segala yang dia lalui. Pekerjaan, pergaulan, kehidupan dan seluruh dalam kehidupannya. Pun begitu, aku masih ingin menitipkan pesan yang serupa buatnya... yang bukan sekali aku ucapkan sebelum ini. "berpijaklah di bumi yang nyata... " Aku tidak berhak mencampuri urusan peribadinya dan aku tidak pernah cuba untuk melakukan itu. Cuma, doa yang paling ikhlas .. itu sahaja. Doa ikhlas dari seorang yang bergelar sahabat dan lebih tepat juga seorang kakak buat adiknya.

[Ada rasa yang kuat untok menjaga persabahatan. Tidak kira siapa dia.. dari sisi mana pon dia.. yang penting, nilai sebuah persahabatan..]

Sunday, July 08, 2007

~ MENGISI JANJI ~

(Foto : Filem Mukhsin)

Kalau diikutkan mood dan situasi diri, hari ini aku mahu menghabiskan masa di rumah sahaja. Saja mahu berehat penuh. Kebetulan pula, kakak, dina dan abang balik kampung semalam dan mereka hanya akan kembali ke KL pada rabu ini. Abang bertugas di luar daerah yang kebetulannya sehala dengan kampung halaman. Justeru, tinggal aku seorang sahaja.

Malam tadi, aku asyik melayan penulisanku dan hanya meletak lena sekitar jam 6.30 pagi. Justeru, udara segar di pagi hari aku lepaskan dalam mimpi. Buka sahaja mata, matahari sudah berada di pertengahan hari. Itu pun rasa mengantuk masih berat berkipas di tepi. Gagahkan juga diri untuk bangun kerana telefon bimbit berdering tanpa henti. Entah berapa panggilan yang tidak ku jawab. Lena yang panjang barangkali lantaran deringan itu langsung tidak mampu menganggu tidurku sehinggalah panggilan dari adik, CK.

Semalam adik telah selesai menjalani minggu haluansiswa (minggu suai-kenal untuk pelajar baru) di kolejnya. Justeru, hari ini dia mendapat kebenaran untuk keluar kampus dan kembali semula sebelum jam 12 malam ini. Kesempatan itu diambilnya untuk meminta aku menemankannya turun naik gedung membeli sedikit keperluan.

Mendengar rengek dan pintanya yang bersungguh2 itu, rasa tidak sampai hati pula mahu menolaknya. Mahu tidak mahu, aku mengangguk sahaja. Situasi inilah yang sering dibisingkan kakak kerana katanya aku terlalu memanjakan adik.

Ermm.. sebenarnya bagi aku, aku tidaklah terlalu memanjakan adik. Cuma tidak mahu dia menarik nafas hampa. Kalau dengan orang lain, aku juga sering memberi angguk, kenapa tidak dengan adik sendiri.. itu getusku dalam hati. Realitinya, aku memang seorang yang banyak mengangguk dari menggeleng. Keburukan besar barangkali.. aku tahu itu.

Segera bergegas walaupun rasa malas menguasai banyak dalam diri. Jam 2 petang, bertemu adik di tempat yang dijanjikan. Melayan karenahnya sehingga jam 6 petang. Hampir seluruh isi gedung dijelajahinya. Persis anak2 yang baru mahu masuk belajar di sekolah.. semua pun mahu berganti baru. Ketawa sahaja aku melihat situasinya.

Apapun, tidak mengapalah... Memberi senang kepadanya. Aku dulu mungkin tidak mendapat peluang yang begini. Segalanya pun payah. Ayah tidak pernah mahu melayan mahu2 yang begini. Malah membuka mulutpun, aku tidak berani... Segalanya terserah ibu... itupun, kalau ibu juga berani membuka mulut dengan ayah. Lucu mengenang semua itu.

[Dalam hidop, aku kerap dihampakan orang... aku tahu bagaimana rasanya. Jadi, tentulah aku tidak mau buat perkara yang sama pada orang laen.. Selagi boleh hulor tangan, aku pasti akan buat.. insyaallah. Jika sebaleknya, pasti ada sesuatu yang betul2 menghalang. Tapi, siapa akan paham dalam hal itu..]

Friday, July 06, 2007

~ O ~

O
by farah asyikin

O kehadiranmu
O tidak ku seru
O kau yang menggangguku
O... o...
Kau takkan miliki
Apa yang kau hajati
Dengan hatimu yang penuh rasa iri

Fitnahmu melata
Sampai ke telingaku
Geleng kepalaku
O.. o...
Kau tak akan puas
Hingga ku terhempas
O tapi bagiku kau hanyalah hampas

I wanna shout it out
I wanna let it out
I wanna break it out
Hentikan rasa irimu
O percayalah
Wacth me now
I'm ready to go... o... o...

O langkahku kini
O takkan berhenti
O dengan sifatmu yang keji
Takkan ku hairani
Takkan ku peduli
Kau yang menyebabkan persepsi negatif

Bukalah minda
Pentas permainanmu sudah pun berakhir
Hentikan hipokrasimu
Lihatlah kini
Semangatku kian menebal
Dan ku terbang tinggi

O lihatkan saja
O ku dah sedia
O takkan ku tercela
O... o...
Lagakmu yang persis
Tiada imannya
Bukan persona bintang
Sedarlah!
Dengarkan...

I wanna shout it out
I wanna let it out
I wanna break it out
Hentikan rasa irimu
O percayalah
Watch me now
I'm ready to go..

[Cemburu dan iri hati tu buleh membunoh... Sanggop membunoh untuk kepuasan diri sendiri? Manusia jenis apa nih..]

Thursday, July 05, 2007

~ YANG BENAR TETAP BENAR ~

Ermmmm.... hari ini benar2 memberi banyak airmata buatku. Bukan kerana sedih atau kecewa, tetapi kerana lega hati setelah sebuah kebenaran yang telah sekian lama ku nanti akhirnya menampakkan diri. Terima kasih kepada seorang manusia yang baik budi itu. Aku sangat2 menghargai usaha2 itu.

Bagaimana rasaku yang di dalam ini? Emm... untuk kamu, kamu dan kamu, hanya ucapan terima kasih yang mampu aku ucapkan diatas segala sangka dan tohmah yang panjang itu. Pun begitu, tidak pernah ada dendam. Memaafkan lebih membuat lega kepadaku. Ku terima segalanya ini sebagai pelajaran dalam hidup. Onak duri dalam persahabatan agung, barangkali.

Setelah kebenaran ini ada, segalanya telah selesai bagiku. Jadi, usah dicari aku lagi. Aku tidak akan mengenang lagi. Sangat sakit sekali. Apapun, terima kasih untuk segala apa yang pernah diberi dan terberi sepanjang tempoh itu.

Alhamdulillah..... mudah-mudahan selepas ini aku mampu berlena dengan tenang dan senyum yang panjang... setelah sekian lama persahabatan memberi sakit.

Saat jari2 ini laju bercerita juga, ingatanku terkenang sesuatu. Sesuatu dari seseorang. Aku juga tertanya2 apakah kebenaran juga berpihak dia? Aku disangkanya cuba mengkhianatinya hanya kerana beberapa baris perkataan. Alasannya kerana mirip aku. Perkataan2 itu disangkanya berhasil dari aku sedangkan aku langsung tidak tahu-menahu langsung tentang itu. Mana mungkin aku akan berlaku seperti itu.. Kecualilah kalau waras sudah berada dihujung kaki.

Sedaya upaya aku cuba untuk membela diri walaupun laku itu jarang sekali aku lakukan. Membela diri bukan dalam kebiasaanku. Namun hari itu, aku melakukannya kerana sayang persahabatan yang baik terjalin dengannya. Aku sangat menghargai dia sebagai sahabat saat itu. Mungkin semua itu di luar tahunya. Namun, yang pedihnya, aku ditembak terus tembus tepat ke jantung. Tidak bolehkah dia berfikir waras sebagaimana waras aku ke atas 'situasinya' juga?

Pun begitu, hal itu telah lama berlalu. Sahabat itu juga telah memohon maaf dan menarik balik sangka itu. Aku juga telah membuang itu dalam ingat. Cumanya, entah kenapa saat ini aku tiba2 saja terfikir tentangnya. Apakah orang yang bertanggungjawab ke atas tulisan itu telah berjaya dijejakinya. Siapakah orang itu? Dan kenapa pula harus orang itu menulis begitu kepadanya? Ermmm....

Kebenaran... susahnya mahu menjelas tentang satu kebenaran. Lagi pula manusianya seperti aku ini. Sudahnya menyerahkan saja kepada masa. Biar masa yang menjawab kebenaran itu. Kerap sekali aku menjadi mangsa kepada sangka. Kerap juga kebenaran yang ada tenggelam dek senyap aku menompang dagu. Begitu pun selalu.

[Ayah pernah pesan, jangan berlawan.. selalu mengalah. Mengalah tak bermakna kalah..]

Wednesday, July 04, 2007

~ SIMPAN SAJA BARANGKALI ~

Lama tidak melayan si kecil. Payah bersua dia yang banyak urus mengisi hari kecilnya. Setiap malam juga dia meletak lena jauh lebih awal. Kepenatan barangkali.

Pun begitu, semalam sempat pula untuk bercerita tentang hari2 nya. Tentang keseronokan dan tentang senyumnya yang banyak itu. Yang indah2 sahaja. Tekun aku mendengar ceritanya sehinggalah dia menegur hadiah yang berbungkus kemas yang masih duduk di sudut bacaan di bilikku. Entah kenapa sehingga hari ini pun aku belum menyerahkan pada tuan empunya..

SI KECIL : Ehh.. AL kata harijadi C.A. hari tu kan..
(beberapa hari lepas)
SI KECIL : Napa hadiah ni ada kat sini lagi.
AKU : Err.. lupa laa nak kasi hari tu.. nanti2 laa
SI KECIL : Mana boleh lambat2... nanti harijadi orang lain pulak.
AKU : Ha'ahh ekkk... kalau macam tu, malam nih jugak kita kasi...
SI KECIL : Hehehee..
SI KECIL : Malam2 orang dah tidurlah..
SI KECIL : Nanti mama dia marah.. haaaa nak macam tu..?

Aku melepas ketawa kecil mendengar perkataan2 si kecil ini. Ermm.. bagaimanapun, si kecil ini sering saja membuat aku meletak fikir yang panjang. Begitu pun dia selalu. Dalam nakalnya, dia penuh dengan rasa manusia. Aku cukup kagum dengan soal itu. Mengajar dalam senyap. Terima kasih..

[Ermm.. ashik piker hati orang saja kan..]

Tuesday, July 03, 2007

~ SERIBU TAHUN ~


SERIBU TAHUN
by imran ajmain

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku-kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau tahu… ini cinta
Adakah engkau pasti… ini untuk selama-lamanya

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini… yeah…
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Jangan putus harapan… sedia setia……

[Cherita chenta yang entah bila mau habis. Kalaulah pilehan itu dalam tangan sendiri..]

Monday, July 02, 2007

~ BUKAN KERANA HELAH ~

Beberapa hari lepas, aku berbual panjang dengan seorang rakan ini. Pertemuan yang penuh kebetulan tempohari membawa cerita yang panjang.

Bagaimana yea... aku tidak pernah mahu membiasakan diri berdalih atau memberi helah. Tetapi hari ini aku terpaksa lakukan itu. Rakan ini bertanyakan tentang sahabatku yang juga rakan baiknya. Aku cuba berhabis baik menyusun perkataan agar dia tidak terhidu yang keruh itu. Bukan mahu menyembunyikan hakikat untuk tahunya tetapi aku sekadar memenuhi mahu sahabat itu.

Aku tahu, rakan yang seorang ini penuh dengan tanda tanya. Namun, apa yang boleh aku lakukan. Ermm.. Terpulanglah dia untuk membuat andaian. Biarlah yang buruk2 itu hanya dari aku. Itu lebih baik barangkali...

[Aku dah leteh... tapi biarlah cherita tuh aku sorang jer yang tau..]