Monday, December 31, 2007

~ LAIN DIRANCANG... ~

Di luar sangkaku, demam yang kukira beransur baik pada paginya bertambah berat pada petangnya. Dek kerana telah mengatur janji untuk berdamping teman jiwa meraikan tahun baru 2008 pada malam nanti, aku mula dihambat resah. Sebaik pulang ke rumah aku terus menelan PCM sebanyak 2 biji. Dengan harapan, demam dan sakit kepala itu akan beransur baik atau sedikit berkurang.

Malang sekali 10-15 minit selepas aku menelan PCM itu, mukaku mula membengkak. Ya Tuhan... Bengkak yang teruk sekali sehingga mataku semakin sepet dan mengecil. Aku sendiri berasa takut untuk melihat wajahku di cermin. Terkejut dengan tindakbalas yang begitu cepat itu. Sakit kepalanya tidak juga berkurang.. suhu badan tidak juga turun... Ermmm.. tidak dapat tidak, terpaksalah juga aku membatalkan hasrat untuk berdamping teman jiwa walaupun ketika itu dia hanya beberapa kilometer sahaja berjarak dari rumah untuk menjemputku.

Sudahnya, dia membuat rajuk dan mendiamkan diri sehingga hari ini. Pujukku langsung tidak diendah... telefon dan sms ku sepi bersama angin lalu.. Ermmm...
Dan.. aku menyambut ambang 2008 di atas katil dalam keadaan demam dan sakit kepala yang berat...

[Se-patot-nya merai-kan tahon baru ber-sama rakan-2 di-BB... ermm..]

Sunday, December 30, 2007

~ DAN LAGI.. ~


Entah apa yang tidak kena... demam bertandang lagi. Terlalu kerap aku rasakan untuk tempoh beberapa bulan terbelakang ini. Beberapa kali dalam tempoh yang tidak berjarak jauh. Apakah kerana besi yang tertanam itu telah terkeluar dari asalnya? Ermmm....

[Panas yang dingen...]

Saturday, December 29, 2007

~ RM5 ~


Mengumpul note RM5 menjadi kegemaranku. Aku sama sekali tidak akan menggunakan wang kertas RM5 ini untuk urusan jual beli. Setiap kali mendapat note ini, aku pasti menyimpannya baik. Aku sendiri sudah tidak pasti berapa jumlah kepingan yang aku miliki sekarang.

[Mengumpol kenangan juga barang-kali..]

Friday, December 28, 2007

~ MENYINGGAH ~

Pulang dari urus pekerjaan yang beratur, aku sempat menerima pelawaan sahabat untuk melepas lelah sambil menghirup secawan coffee di satu ruang kegemaran. Lama tidak bersenang2 dengan sahabat ini dalam keadaan yang santai begini. Bersusun cerita terkongsi sehingga Ampang bersimbah cahaya neon memberitahu hari telah malam dan tentunya telah beberapa jam kami di situ.

Aku juga menyinggah di rumah sahabat sahabat mei ini. Tidak lama pun, sekadar memenuh janji yang terlebih dahulu aku berikan. Errmm.. kali terakhir aku menyinggah di sini sekitar hampir 2 tahun yang lalu. Inilah kunjungan pertamaku setelah ribut besar mengisi ruang dalam persahabatan kami sedikit masa dulu.

Seminggu-dua kebelakangan ini, kami berhubungan baik sahaja. Ia kelihatannya hampir kembali kepada situasi dulu. Aku tidak pernah cuba mahu mengambil kesempatan di atas kebaikan atau kemulusan hati dia. Aku sudah cukup2 lega kalau dia sudah tidak menganggap aku sebagai musuh lagi. Pun begitu jika dia masih mahu memberi peluang aku menjalinkan persahabatan, aku menerimanya dengan besar hati.

Pengalaman lalu tersemat kemas di dalam ingatan. Pelajaran yang paling besar. Tentu sahaja ia tidakkan terulang dan akan aku jadikan ia sebagai panduan untuk memperbaiki diri agar menjadi manusia atau sahabat yang lebih baik…

[Semoga dapat memenohkan hasrat sahabat mei untok merasa asam pedas ibu..]

~ SI KETAM 07 ~

Bagaimana harus aku memulakan rasa marah yang ada di dalam ini. Berpunca lagi dari si ketam. Aku tidak pernah mahu mempersoalkan hal2 ketidak-amanahan dia dalam kerja. Itu soal dia. Cuma yang aku mahu katakan di sini tentang sikap ketidakbertanggungjaban dia itu telah menyusahkan orang lain.

Semenjak akhir2 ini sikapnya semakin menjadi2. Dia benar2 ‘mengambil kesempatan’ untuk meloloskan diri tanpa ada rasa tanggungjawab. Kerja2nya banyak yang terbengkalai dan tidak disiapkan pada waktu yang tealah ditetapkan. Sudahnya ia turut membuat tempias kepada rakan2 yang lain termasuk aku. Dek kerana kelewatannya menyiapkan kerja2 yang tidak sepatutnya ada masalah itu telah membuatkan kami yang tidak berkait-sangkut ini turut menanggung padah.

Aku tidak pernah kisah kalau dia mahu ‘menghilangkan diri’ selama mana mahu dia. Tetapi, jalanilah tanggungjawab yang terberi itu dengan jelas. Orang lain juga bukanlah ‘baik’ sangat, tetapi biarlah berpada2. Jangan keterlaluan ‘menolak amanah’. Dan yang penting juga jangan memberi galas rasa tidak bertanggungjawab itu di bahu orang lain juga. Jangan kerana sikap tidak bertanggungjawab kita, orang lain pula yang kena menanggung sama kesalahan. Tidak adil kepada mereka.

Sukarnya menjadi kami kerana tidak punya sedikit ruang pun untuk menegur sikap ‘bermaharaja lela’ si ketam ini. Aku hanya mampu melihat dan rakan yang lain juga begitu. Peliknya dia sedikitpun tidak ada rasa segan di dalam diri. Dia boleh berlagak biasa seolah2 tiada apa yang berlaku. Sedangkan dia patutnya tahu sikap tidak bertanggungjawab dia itu telah menyusahkan orang lain. Telah memberi masalah banyak kepada orang lain… dan yang paling2 tidak patutnya berlaku apabila kesalahan itu terpaksa ditanggung oleh orang lain.

Setiap kali ditanyakan tentang si ketam ini oleh pihak di atas, aku dan rakan terpaksa membuat helah yang banyak untuk menyelamatkan dia. Malah kadang2 kami pula yang dipersalahkan berat. Seperti yang berlaku baru2 ini, kami terpaksa menannggung akibat daripada kesalahan yang dia lakukan. Ermmm… Aku boleh sahaja mahu menegur dia, tetapi aku tidak memilih untuk melakukan begitu. Aku mahu menjaga air mukanya. Sebagai seorang rakan pekerjaan yang telah lama seangkatan dengannya, tindakan itu akan mengundang rasa yang kelat buat dirinya. Aku tahu itu kerana aku mengenali dia bukan sehari dua. Tentunya aku tidak mahu berkeadaan berkelat wajah di ruang pekerjaan. Sesuatu yang cukup2 sangat aku mahu elakkan. Aku tidak mahu mengeruhkan lagi persekitaran yang ada ini. Ermmm…

Pun begitu, kesabaran yang ada di dalam ini bertahap juga. Bagaimana harus aku bersabar kalau urusan pekerjaanku juga menjadi pertikaian berikutan sikap sambil lewa dia? Ermm… sarat rasa marah yang ada di dalam ini. Mahu berkongsi cerita dengan rakan pekerjaan? Maaflah aku tidak ada kepercayaan kepada seorang pun daripada mereka.

Justeru, aku menulis sahaja di sini.. untuk membuang sedikit beban marah yang makin terkumpul banyak ini… Mudah-mudahan aku dalam tindak yang waras.

[Ter-beban rasa ber-salah yang banyak, andai tanggong-jawab ter-sia tanpa rasa malu yang berat..]

Thursday, December 27, 2007

~ PERGINYA SEORANG DIA..~

Petang tadi, seluruh dunia dan bumi Pakistan terutamanya dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam keatas srikandi berjiwa besar, Benazir Bhutto. Hari ini, 27 Disember pastinya terpahat sebagai 1 tarikh hitam dalam sejarah politik Pakistan.

Benazir Bhutto bukanlah sebarangan wanita. Dia disegani kawan dan lawan. Perjuangan yang ada dalam dirinya bukan boleh diukur sekadar dengan pandangan. Pengorbanan yang terberi juga bukan sedikit. Apa sahaja sanggup menjadi taruhannnya asal saja misinya untuk membela keadilan terlaksana.

Setelah 8 tahun hidup dalam buangan di rantau orang, Benazir kembali ke tanahair. Masih dengan prinsip dan kebaranian yang sama, dia mengorbankan ‘kesejahteraan’ dirinya untuk bersama2 rakyat yang lain menuntut keadilan yang sepatutnya mereka dapat. Justeru perasaan ‘sayang’ rakat kepada mantan perdana menteri Pakistan ini semakin melimpah.

Dan tentu sahaja situasi ini tidak disenangi oleh meraka yang merasa tergugat itu. Justeru, langkah Benazir harus dihentikan. Maka, hari ini menjadi hari terakhir buat Benazir membuat juang. Setelah beberapa kali cubaan sebelum ini, tertulis nafas terakhir Benazir pada hari ini, di usia 54 tahun.

Pembunuhan kejam itu mengejutkan 1 dunia. Benazir ditembak di dada dan leher ketika baru sahaja selesai berkempen di wilayah Rawalpindi. Lelaki yang bertanggungjawab dengan pembunuhan itu kemudiannya meletupkan dirinya sendiri dan menyebabkan juga kematian kepada mereka yang berada di tempat kejadian.


[TENTANG BENAZIR]

TARIKH LAHIR :

21 Jun 1953
TEMPAT LAHIR :
Karachi, Sind, Pakistan.
MENINGGAL :
27 Disember 2007, Ralwapindi, Punjab, Pakistan.
BAPA :
Zulfikar Ali Bhutto (Pengasas Parti Rakyat Pakistan (PPP)
yang juga Presiden dan Perdana Menteri Pakistan dari 1971 hingga 1977)
SUAMI :
Asif Ali Zardari
PENDIDIKAN :

Ijazah dalam bidang Politik (Universiti Harvard dan Universiti Oxford)
KERJAYA POLITIK :
1979 :
Memimpin PPP (Pakistan Peoples Party)
1988 : Perdana Menteri Pakistan
1990 : Dilucutkan dari jawatan atas dakwaan rasuah
1993 : Dilantik semula sebagai Perdana Menteri
1999 : Bersama suami dihukum penjara lima tahun atas dakwaan penyelewengan. Bagaimanapun ketika dakwaan mereka berada di luar negara dan mengambil keputusan untuk tidak pulang ke Pakistan.
2006 : Menyertai perikatan bagi pemulihan demokrasi di Pakistan bersama Nawaz Sharif. Bagaimanapun kedua-duanya tidak bersependapat
dalam soal rundingan
bersama Presiden Pervez Musharraf.
2007 : Kembali ke Pakistan selepas berada dalam buangan selama8 tahun.

AL-FATIHAH

[Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama..]

~ PELAWAAN ~

Petang tadi, aku mendapat tawaran untuk menjadi copywriter kulit2 novel. Menarik bunyinya. Apa sahaja asal berkait soal penulisan. Tawaran ini datangnya dari sebuah syarikat yang sudah punya nama dalam urusan itu. Ia membuat aku berfikir panjang menimbang tara.

Seketika mengukur baju di Badan sendiri. Tidak semudah aku melihat barangkali. Justeru, aku tidak memberikan apa2 harapan dan janji. Selain itu, masa barangkali tidak begitu mengizinkan untuk aku melihat ruang lain dalam ketika yang sama. Ermmm...

Apapun, terima kasih En. M kerana mahu memberi peluang. Bukan bukan hari ini, suatu hari nanti barangkali..

[Ter-kenang saat menulis buku cherita kanak2 sediket masa lalu..]

~ YANG CANTIK ITU BAHASA ~

Terkejut.. terkelu.. dan terdiam. Sungguh aku tidak menyangkakan kata2 seteruk itu keluar dari mulut rakan yang seorang ini. Selama mengenal dia, inilah kali pertama aku mendengar dia berbahasa begitu. Memalukan. Tambah lagi dia seorang perempuan. Mungkin kepada orang lain, ia adalah biasa2 sahaja, namun aku tidak melihat begitu. Tidak dalam tahuku rakan yang seorang ini begitu orangnya. Selama ini, dia hemah menutur bual di depanku. Dan hari ini terkeluar segala yang disebalik dia.. ermm...

Kisahnya bermula apabila berlaku satu insiden yang telah membuat marah kepada rakan ini. Sesuatu yang tidak disengajakan telah berlaku antara dia dan 2 orang lelaki di tempat letak kereta. Tidak aku nafikan kecuaian kedua2 lelaki ini hampir menyebabkan cedera kereta rakan ini. Namun ia berlaku secara tidak sengaja dan lelaki tersebut telahpun dengan rendah hati mengakui kecuaiannya dan memohon maaf akan hal itu. Pun begitu, lain pula yang dibalas oleh rakan ini. Terhambur kata2 kesat dan maki-hamun yang begitu jelas kedengaran. Bukan sedikit tetapi sederet panjang mengisi ruang dan tepat dihala kepada kedua lelaki tadi. Dia meninggikan suara dengan mendabik dada kerana yang berpunca salah bukan dia.

Yaa.. semua yang berada di tempat kejadian juga tahu kedua lelaki itu yang berpunca salah. Tetapi, perlukah dia memberi reaksi yang begitu? Perlukah dia berbahasa seperti itu? Seorang gadis yang penuh kesantunan pada luarnya itu menghambur kata2 makian dengan begitu rupa. Aku malu. Malu kerana ketika itu aku di sebelahnya sebagai seorang rakan. Mahu sahaja aku palingkan muka dan berlalu meninggalkan dia di situ. Sungguh aku hilang rasa hormat kepada dia. Dia memberi serlah sisi lain dalam dirinya yang tidak aku terlihatkan sebelum ini. Ermmm..

[Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga... yang baek itu budi, yang chantek itu bahasa.... ]

Wednesday, December 26, 2007

~ DI CELAH HIRUK PIKUK ~

Hari ini aku pulang sedikit lewat dari tempat pekerjaan. Melangsaikan urus2 yang berbaki. Mujurlah ada teman pekerjaan yang juga berurus soal serupa. Tekun aku menyiapkan urus sehingga ke jam 8.15 malam. Perlu pulang sebelum jam 9 kerana aku telah mengatur janji bersama kakak untuk makan malam bersama.

Di luar sangka, hujan berat membasah bumi. Aku menopang dagu.. Hampir setengah jam menunggu teduh. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk meredah sahaja. Gila meredah hujan berat yang begitu. Lagakku diperhatikan banyak mata. Sedang orang lain mencari tempat berteduh, aku dengan lagak yang tanpa riak canggung berjalan seperti matahari tegak di atas kepala. Ermm... Hujan itu tiada tanda mahu berhenti, justeru aku tiada pilihan lain.

Tiba di perhentian menunggu, aku kebasahan teruk. Lencun. Tidak ada sedikit ruang pun yang tidak bersambut titis hujan. Menggigil kesejukan. Malang juga dalam situasi yang begitu, tentu sahaja tidak akan ada teksi yang mahu menumpangkan aku. Malam semakin pekat, aku sudah tidak senang duduk. Mundar-mandir dari hujung ke hujung. Masih belum berputus asa menahan teksi yang entah yang berapa... Satu pun tidak mahu memberi tumpang. Ermmm.. Jam tepat menunjukkan 9.30 malam.

Seketika aku berkira2 mahu menghubungi kakak minta dijemput, sebuah teksi dari arah bertentangan tiba2 berhenti betul2 di hadapanku. Teksi ini tadinya tidak mahu berhenti dan entah apa yang membuatkan dia merubah fikirannya. Aku sedikit cuak. Tetapi membuang rasa itu dengan fikiran yang positif. Sebaik sahaja membuka pintu dan mahu menyatakan destinasi tujuanku, pemandu teksi berbangsa Cina ini segera memintas.

UNCLE TAXI : U mau pegi itu "K" sana kan?
AKU :
(Terkejut)
AKU : Errr.. ya... how do u know?
UNCLE TAXI : (ketawa kecil)
UNCLE TAXI : Sudah 3x i angkat u maaa..
AKU : Oo.. ya ker..
UNCLE TAXI : Itu pasat i pusing balik nampak u
UNCLE TAXI : Sudah malam... hujan talak mau berenti
UNCLE TAXI : U talak takut kaa... bahaya maa
AKU : Yer2... tapi semua teksi pun tak nak berenti
UNCLE TAXI : Hujan maa..

Errmm... sungguh aku tidak pernah terperasan sudah 3x aku menumpang teksi uncle yang baik hati ini. Selalu pun, setiap kali menaikki teksi aku hanya akan memaklumkan destinasi tujuanku dan membuat senyap sehingga menutup pintu teksi. Begitu pun selalu aku. Mereka tentunya faham dengan reaksi yang aku pamerkan selalu. Namun, hari ini aku memberi pengecualian kepada uncle ini. Aku melayan bual baik dengannya. Terharu juga dengan baik budi yang terlihat itu. Rupanya di tengah2 hiruk-pikuk kota ini masih ada lagi manusia yang berbudi luhur.

Tiba di kawasan rumah, dia segera membelokkan teksinya masuk tanpa perlu aku memberitahu. Memang benarlah agaknya aku telah beberapa kali menumpang dia. Tepat sahaja dia tahu di mana mahu menurunkan aku. Terima kasih daun keladi. Maaf juga kerana aku telah membasahkan ruang empuk di teksinya itu. Mudah-mudahan dia akan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam pekerjaannya itu.

UNCLE TAXI : U kasi cukup2. Yang lebih u simpan saja.
AKU : ???
UNCLE TAXI : Itu hari u talak amik u punya duit baki
UNCLE TAXI : So, ini hari i pulang balik u punya duit

AKU : Errr...

Errmm.. Tentunya beratus penumpang yang pernah disua uncle ini... begitu dia masih mengingat baki duit yang tidak seberapa yang aku tinggalkan untuk dia beberapa minggu lalu?? Masih ada ker manusia yang begini di celah hiruk-pikuk kota ini? Errmmm...

[Mudah2an ber-naseb baek itu selalu ada menyinggah..]

Tuesday, December 25, 2007

~ MERRY CHRISTMAS ~

Selamat meraikan perayaan hari krismas buat teman jiwa dan keluarga. Mudah-mudahan keriangan dan kebahagiaan berkekalan ke akhirnya... Merry Christmas...

[Modah-modahan dia senang dengan pem-berianku itu.. :) Ber-susah payah aku naek turon gedong semata-2 untok hal itu..]

Monday, December 24, 2007

~ MEMASAK ~

Aku mungkin tidak sehebat wanita yang lain kerana tidak memiliki kelebihan yang satu ini barangkali. Terlalu jarang memasak atau lebih mudah dengan perkataan tidak tahu memasak. Terkadang malu juga dengan diri sendri. Sesuatu yang serba ringkas juga tidak mampu aku sediakan dengan baik. Ermm..

Aku tidak menyalahkan sesiapa... mungkin ketika kecil aku terlalu terbiasa dan bergantung penuh kepada ibu. Segalanya disediakan ibu. Itu dan ini.. tahu2 sudah siap terhidang. Ini kerana ibu tidak gemar ada yang menyibuk ketika dia sedang memasak di dapur. Sesiapapun tidak dibenarkan berada di dapur sebelum makanan siap terhidang. Huh.. bak puteri raja. Ia berlarut panjang sehingga kami menginjak dewasa.

Ermmm.. Kini aku mula terasa akan kekurangan yang satu itu. Terasa begitu teruknya aku. Tambahan pula bila rakan2 bercerita tentang kebolehan memasak itu dan ini yang aku rasakan terlalu mustahil untuk aku mampu demikian. Aku mengatur gelak tawa apabila tersentuh soal itu tetapi jauh di sudut hatiku.. huh.. teruknya aku. Perkara semudah itu pun tidak terlakukan aku?

Pun begitu, teman jiwa telah dulu sedia maklum akan hal yang hal satu ini. Aku tidak malu mengaku kepada dia, aku langsung tidak punya kelebihan ke arah itu. Dia ketawa sahaja setiap kali aku mengatur bual tentang soal itu. Pun begitu, aku berjanji untuk belajar tetapi ia mungkin tidak semudah yang disangka.

Seketika tadi aku baru pulang dari rumah Auntie Phia. Hari ini kami banyak berhabis masa di ruang dapur. Melihat dia menyediakan hidangan sambil mengatur bual. Hebat dia. Semuanya dilakukan dengan ringkas dan mudah. Namun bila hidangan siap dijamah, tarafnya sama seperti masakan yang terhidang di hotel2 besar. Ermm.. hebat.

Yang menjadi lucunya, sewaktu Auntie menyediakan itu dan ini, dia ada bertanya aku tentang 1 jenis masakan yang sedang disediakannya itu. Apakah bahan2 atau cara penyediaannya sama atau berbeza dengan kebiasaan orang2 di kampung halamanku lakukan. Aku hanya memberi jawapan dengan senyuman. Tanpa segan dan silu, aku mengaku sahaja yang aku tidak pasti.. bukan tidak pasti tetapi tidak tahu langsung tentang itu. Auntie Phia terus sahaja melepas tawa besar. Lalu menyamakan aku dengan Ai... Yer2... ketawa sahajalah.. aku memang gagal dalam soal itu..

Pulang ke rumah, aku terlekat 1 tekad. Mahu mengatasi kekurangan diri tentang soal itu. Walaupun perut sudah kenyang terisi selera lazat air tangan auntie Phia, aku terus ke dapur. Melihat itu dan ini lalu terus mencari buku resepi yang baru dibeli 2 minggu yang lalu. Hahaha...

Aku CUBA dengan sedaya upaya menyediakan satu masakan ini dengan berpandukan 100% kepada panduan dari dalam buku tersebut. Hampir 2 jam menyediakan masakan tersebut yang mungkin pada orang lain terlalu ringkas dan mudah. Ermm... Berpeluh. Tambah berpeluh lagi apabila ia siap terhidang, rupanya langsung tidak menyamai 'rupa sebenar' menu yang sepatutnya itu.. dan 'rasanya' apatah lagi.. hahahhaa... Sudahnya menu tadi bertamu di tong sampah sahaja..

Itu yang terkutip untuk hari ini... aku tersenyum sendirian. Begitu teruknya aku. Namun, bukan aku sahaja.. adik juga sama sahaja keadaannya. Kami telah terbiasa dengan mengadap makanan yangn telah siap terhidang.. Inilah jadinya...

[Ter-kenang masakan asam pedas yang di-sediakan ibu.... dan ter-kenang juga kesah sedeh di-sebalik asam pedas yang di-cheritakan sahabat mei semalam..]

Sunday, December 23, 2007

~ AKHIRNYA YANG JERNIH ITU MEMBERI LALU... ~


Semalam dan hari ini aku tidak ke mana2. Teman jiwa dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan. Justeru, aku menghabiskan masa di rumah sahaja. Kebetulan pula rancangan untuk menziarah pusara arwah D juga tertunda.

Aku mengisi kesempatan yang ada dengan menyiapkan kerja berkait urus pekerjaan yang masih berbaki. Yaa.. membawa pulang urusan pekerjaan ke rumah. Tiada pilihan.. Silap sendiri kerana seminggu dua ini aku leka dengan urusan2 lain. Justeru, aku tidak mahu menyusahkan pihak lain pula. Tidak mahu kerana kelewatanku menyiapkan tugasan akan menyebabkan kerja2 mereka pula yang tertangguh.

Saat aku menulis entri ini, aku masih dengan lega yang panjang. Doa dimakbulkan Tuhan. Sesuatu yang sungguh2 mengejutkan. Sahabat mei menghubungiku. Yaaa.. sahabat yang telah aku berbuat salah kepadanya di luar sedar. Bayangkanlah sejak ribut berlangsung dalam persahabatan kami hampir 2 tahun lalu, inilah kali pertama dia menghubungiku. Aku diam tergamam dan terkelu seribu bahasa. Ermm... berkat aidiladha barangkali... Mengorbankan rasa marah, mengorbankan rasa ego dan mengorbankan virus2 benci. Terima kasih, alhamdulillah.

Kami mula berbual pada jam 6.22 petang dan berakhir pada jam 10.53 malam. Itu pun kerana dia perlu menghadiri majlis berkait urus pekerjaannya pada jam berikutnya. Huh... pelbagai macam cerita yang sempat kami bualkan dalam tempoh itu kecuali soal ribut2 yang dulu. Banyaknya berkisar soal pekerjaannya dan terkongsi juga soal keluarganya. Begitu berterus-terang dia bercerita. Sekali lagi dia memberi kepercayaan kepadaku.. Ya Tuhan.. aku sangat2 terharu. Soal kepercayaan adalah soal terbesar. Dia masih memberi peluang... dan kali ini aku menganggapnya terlalu mahal. Tidakkan mampu terjual di mana2.

Jujur dari dalam diri ini, aku akui perbualan sekejap tadi memberi rasa sedar yang terlalu banyak buatku. Sahabat ini masih seperti dulu. Dia sering membuka fikiranku terhadap sesuatu. Sesuatu yang seringkali aku remehkan. Soal kemanusiaan.. soal wang ringgit. Paling mengkagumkanku juga apabila dia sentiasa bersikap positif. Positif dalam apa jua. Dan tentunya aku tidak mampu seperti itu. Terlalu banyak terpinjam pengalaman hidup yang dilaluinya. Terlalu sarat terkutip kata pesan darinya yang memberi ingat.

Aku sangat berharap dapat meminjam sifat2 mulus yang ada pada dirinya. Sifat2 yang tidak diketahui mereka yang mengenalnya secara jauh. Dan terlalu tebal rasa bersalah bila mengenangkan ribut yang pernah berlangsung dalam persahabatan kami.

Sebelum mengakhiri perbualan, secara terus-terang aku katakan kepada sahabat mei, perbualan itu banyak memberi sedar dan banyak memberi ajar kepadaku. Ia memberi semangat juang yang besar... ermm... kalaulah aku sekuat dan setabah dia...

Apapun, aku mendoakan agar dia menemui kebahagian sejati. Mudah2an dia akan mendapat apa yang terlalu ingin dia miliki sejak kecil lagi. Yaa.. mendoakan yang baik2 sahaja buat dia, tulus ikhlas dari aku seorang sahabat.

Sebuah lagu yang sering menjadi ubat saat diri kehilangan punca..

HADAPI DENGAN SENYUMAN
by dewa

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua kan baik-baik saja

Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang...

[Syukor alhamdulillah.. kami tidak lagi men-jadi musoh...]

Saturday, December 22, 2007

~ SENYUM ~

SENYUM

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman
Terjalinlah Ikatan...

[Lagu kegemaran aruwah dr jiwa... maseh ter-hafal lirik-nya sahingga kini...)

Friday, December 21, 2007

~ BERDAMPING ~


Teman jiwa masih dalam keadaan yang tidak sihat. Namun, rajin pula dia ke sini berdamping. Aku memarahinya datang berdamping kerana mahu dia berehat di rumah sahaja. Pun begitu, jauh di sudut hati aku sebenarnya terharu dengan apa yang dilakukan.

Bagai di duga, soalan yang menjadi kemestiannya diajukan secara berterusan kepadaku. Aku melayan sahaja segala tanyanya. Kali ini aku dan ayah tidak punya kesempatan berbual panjang. Ini kerana aku hanya berada 1 hari sahaja di kampung halaman. Itu pun sibuk dengan majlis kenduri yang berlangsung. Justeru, soal yang satu itu tidak punya kesempatan yang baik untuk dibangkitkan. Teman jiwa menarik nafas lega. Ermmm.. aku sudah tiada perkataan janji untuk dilafazkan buat lelaki ini.. Terserah sahaja bagaimana sudahnya nanti.

Kami menghabiskan masa dengan menonton layar lebar. Sempat juga menjamah selera di tempat kegemarannya sebelum aku memohon dia dengan penuh hemah supaya pulang berehat memandangkan keadaan kesihatannya itu. Beberapa hari lagi juga dia akan menyambut perayaan krismas. Bimbang juga kalau2 demamnya itu akan berlarut panjang.

[Jauh di-sudot hatiiiiiiii....]

Thursday, December 20, 2007

~ DIHAMBAT RESAH ~

Ermm.. seketika punya kesempatan menghela nafas, aku menjengok telefon bimbit. Kelihatan nama teman jiwa tertera di skrin. Rupa-rupanya beberapa kali dia menghubungiku sepanjang hari ini. Aku pula sibuk dengan urusan tetamu dan kerja2 di dapur tanpa sedikit memberi ingat kepada dia. Ermmm..

Seketika menghubungi teman jiwa. Mengatur bual. Kasihan dia tidak begitu sihat beberapa hari ini. Dia sering sahaja dihambat resah setiap kali aku pulang ke kampung halaman. Resah sekiranya aku membawa pulang 'berita2 terkejut' buat dia. Dek kerana itulah, dia akan kerap menghubungiku untuk bertanyakan itu dan ini. Berkaitan ayah tentu sekali.

Ermm.. aku sendiri tidak tahu bagaimana mahu terus2 berdepan dengan semua ini. Menjaga hati yang itu dengan menyakitkan hati yang ini.. Mudah-mudahan ada akhir kepada semua galau yang panjang merentas ini.

[Bagai-mana mau ber-janji lagi... ermm aku sudah tidak mampu..]

~ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ~


Selamat tiba di kampung halaman untuk meraikan aidiladha bersama ibu ayah dan seisi keluarga. Sempat juga meletak lena walau hanya untuk 2 jam sahaja. Banyak urus yang perlu akan aku menghulur bantu selain merai tetamu yang tidak putus datang bertandang. Semuanya baik2 sahaja dan berlangsung seperti yang dirancang.

Keluarga kami juga menjalani ibadah korban seperti lazimnya setiap tahun. Cumanya mungkin pada tahun ini ia dilakukan sedikit lebih daripada tahun2 sebelumnya. Ermm.. kebetulan ada rezeki lebih untuk dikongsikan bersama.
Penat menguruskan itu dan ini.. tetapi seronok kerana kemeriahan aidiladha itu sangat2 terasa. Walaupun tidak ramai saudara mara yang bertandang, namun kami bahagia dengan cara kami sekeluarga..


[K bertandang ke rumah pada sebelah pagi tadi... ermm.. ]

Wednesday, December 19, 2007

~ MAHU JERNIH BERSIH.. ~


Kakak terlebih dahulu pulang ke kampung pada pagi tadi. Namun aku memilih untuk pulang bersama abang pada malam nanti kerana aku masih perlu dengan urus pekerjaan yang menimbun bak klcc itu.

Satu hal yang lain juga, aku terlebih dahulu telah berjanji untuk menghadiri jemputan sahabat mei pada malam ini. Aku tidak bersendirian kerana entah macamana, ada rakan pekerjaan yang 'tanpa sengaja' telah turut serta. Ermmm.. baik juga barangkali. Sekurang-kurangnya ia tidaklah begitu memberi peluang untuk kami bercakap soal2 ribut yang berlangsung dulu. Itu yang mahu aku elakkan.

Baiknya, pertemuan malam ini juga aku dan rakan pekerjaan ini gunakan untuk urus pekerjaan. Pun begitu, rakan pekerjaan ini tidak tahu-menahu langsung bahawa majlis itu sebenarnya atas jemputan sahabat mei terus kepadaku. Aku tersenyum sahaja melihat gelagat mereka. Keterujaan mereka terhadap sikap dan layanan sahabat mei membuatkan aku sesekali menggelengkan kepala. Namun, sekiranya mereka juga terhidu ribut dulu yang berlangsung antara aku dan sahabat mei ini, pasti mereka juga akan menggelengkan kepala.

Ermm... Sewaktu mereka sibuk bergambar dengan sahabat mei, aku langsung tidak menurut serta. Biarlah mereka dengan keterujaan mereka. Aku hanya melihat sahaja. Pun begitu tiba2 rakan pekerjaan ini mahu merakamkan gambar aku dengan sahabat mei. Terus sahaja mukaku berubah menjadi merah padam. Aku menolak hemah dan menyibukkan diri yang tidak sibuk itu. Namun, sahabat mei tersenyum sahaja sambil menarik aku terus..

SAHABAT MEI : Dia tak nak, sebab dia rasa bersalah... (tersenyum)
AKU : (Sedikit terkejut dengan kata2 sahabat mei itu.)
AKU : Err.. 'S', diorang tak pernah tahu pasal ribut2 dulu tu.. (berbisik)
SAHABAT MEI : Oo.. sorry. Ermm.. okkkk jom kita berlakonn.. (ketawa)
AKU : (Tersenyum)

Alhamdulillah... sahabat mei begitu profesional. Kami sama2 berlakon panjang agar rakan pekerjaan tidak menghidu. Aku senang sekali dengan sikapnya hari ini. Kami berbual panjang2 di starbucks The Gardens sehingga 'tutup kedai..' Begitu pun dia selalu bila punya kesempatan untuk berbual.

Ermmm.. pun begitu, aku sebenarnya kurang senang dengan sikap 'keterujaan' rakan pekerjaan terhadap sahabat mei ini. Aku kenal sahabat mei dan aku tahu dia bagaimana. Tidak mahu pisang berbuah 2 kali. Tentunya aku juga tidak mahu melihat mereka mengambil kesempatan di atas sikap dan layanan baik sahabat mei terhadap mereka. Harus bagaimana aku? Jauh di sudut hati aku, aku malu melihat sikap yang mereka pamerkan di depan sahabat mei. Ermmm.. Tempiasnya pasti singgah kepadaku. Entah apa yang ada dalam fikir sahabat mei terhadap mereka.

Dalam perjalanan pulang, rakan pekerjaan ini tidak habis2 memuji sikap sahabat mei. Siap memberitahu rakan yang lain bahawa sahabat mei memang mengenali baik dia. Jadinya kerana itulah kami semua berpeluang untuk duduk semeja bercerita di starbucks tadi. Itu katanya. Ermm.. Aku tersenyum dan hanya mendengar sahaja. Tidak juga mencelah apa2. Biarlah mereka dengan andaian mereka itu. Apa yang penting, semuanya berlangsung baik2 sahaja malam ini.

Sebaik tiba di rumah, sms terima kasihku kepada sahabat mei 15 minit tadi berbalas. Kami menyambung bual di skrin telefon bimbit beberapa ketika. Syukur, kami tidak lagi menjadi musuh sungguhpun tidak kembali menjadi sahabat baik seperti suatu masa dahulu. Aku sudah cukup2 bersyukur dengan perkembangan ini. Yaa.. sahabat mei, terima kasih. Kenangan menghabiskan masa bersama di malam raya aidil adha ini cukup memberi senang kepadaku.

Ketika ini, abang dalam perjalanan untuk menjemputku. Kami akan bertolak ke kampung halaman sebentar lagi untuk meraikan hari raya aidiladha esok hari. Ayah juga akan membuat sedikit kenduri kesyukuran pada hari yang sama. Abang terikat dengan soal urus pekerjaan yang tidak dapat dielakkan menyebabkan kami agak lewat berangkat pulang.

Tiba masa untuk berangkat...................
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA....

[Benar2 ber-harap untok mem-buang keroh yang dulu2... mahu mem-buang habes biar jerneh berseh..]

~ TUAH MENJADI MILIK ~


Aku sebenarnya tidak begitu melekat tuah. Itu yang aku sedari kerap. Pun begitu, malam ini entah bagaimana ketika menghadiri satu majlis besar ini, aku terpilih sebagai antara yang betuah diumumkan untuk menerima hadiah. Lumayan hadiahnya. Aku sendiri tergamam saat namaku berkumandang. Terima kasih daun keladi.

Sahabat mei menpeuk tangan di suatu sudut. Aku dengan wajah yang tiada perasaan. Ini kerana aku adanya terlalu sangat tidak menggemari saat diri menjadi perhatian. Lensa kamera apatah lagi. Mahu menolak, tidak dalam dalam pilihan.. Justeru menurut sahaja. Ermm..

Sedikit terkilan kerana pada majlis tadi aku tidak sempat bersapa dengan sahabat jan. Mahu berkongsi musibah yang bertandang dia beberapa hari lepas. Tambah terkilan apabila dia siap menunggu untuk mengatur bual denganku namun keadaan dan situasi duduk dia dengan keperluan kerjanya tidak begitu mengizinkan tadi. Justeru, kami hanya sempat menyapa khabar sekadar itu. Begitu juga dengan sahabat mei yang tidak menang tangan dengan urusan perlunya. Tidak mengapa kerana esok kami akan berjumpa lagi.

Hampir jam 2 pagi aku tiba di rumah. Penat yang melingkar seluruh tubuh. Hasrat untuk meletak lena tidak juga berlangsung mudah. Aku mengadap skrin komputer sehingga jam 4 pagi.. Ermm..

[Sediket nasehat kepada rakan yang sa-orang itu.. ber-bahasa biar dalam sadar, menutor kata biar dalam tahu. Silap per-kataan, tanges meng-hambat panjang...]

Tuesday, December 18, 2007

~ DINGIN ~


DINGIN
by ziana zain

Malam yang menyelubungi
Hening sayu dalam hati
Berbicara bersendirian
Ku rasa resah
Selama dibuai rindu
Pada cinta yang selalu
Terpendam di dalam khayalan

Kan ku leraikan mimpi indah
Kepadanya ku berserah
Mungkin tak daya ku tawan
Cinta yang sama

Dinginnya getaran asmara
Sentuhan mula bermakna
Ku tak bisa juarai
Jiwa yang ku tak mampu punya
Dinginnya… bila kau berkata
Ruang buatku tiada
Memoriku genggamlah
Biarkan aku beralah

Dalam hatiku tiada dendam
Walau impian semalam
Masih mekar dalam ingatan

[Dingen... Yaaa.. dingen itu lebeh baek barangkali..]

Monday, December 17, 2007

~ TANPA RASA HORMAT ~

Minggu ini aku akan kembali berkejaran dengan soal2 kerja yang menimbun. Cuba mengurus baik agar tidak melanggar aman, namun ia tetap menghambat jelas.

Ia soal tanggungjawab. Ia terpulang kepada bagaimana kita melihat dan menimbangkan rasa itu. Jika ada rasa itu, makanya kita akan memegang cangkul dengan baik dan berhasil sekali dan begitulah sebaliknya.

Sejak akhir2 ini si ketam kerap menghilangkan diri dalam ramai. Dia adalah orang yang tahu mengambil peluang dan kesempatan barangkali. Aku tidak berusul dia, namun tindak itu sedikit tidak, telah memberi sangkut kepada pekerjaan orang lain. Dia patut tahu itu... ermm.. dia memang tahu tetapi barangkali saja tidak mahu menunjuk tahu.

Aku tidak sama sekali menghormati mereka yang melepas tanggungjawab. Walau atas apa alasan sekalipun. Soal tanggungjawab itu adalah soal yang besar. Bukan boleh dilakar tulis di atas sekeping kertas. Kegagalan seseorang yang dengan sedar menutup mata pada tanggungjawab adalah sesuatu yang amat sangat merosakkan. Usah bersanggup sekiranya jelas tidak terpikul diri.

[Aku akan ber-tanggongjawab di-atas setiap anggokan yang di-buat..]

Sunday, December 16, 2007

~ MENONTON LAYAR LEBAR ~

Mencuri sedikit kesempatan yang ada, aku menghabiskan masa dengan menonton layar lebar. Aktiviti yang sering menjadi kemestian. Melepas lelah yang berserabut dengan duduk mendiamkan diri selama 2 jam menonton sebahagian babak2 dalam kehidupan.

Menonton Anak Halal untuk kali ke-2 dan menonton Enchanted juga untuk kali ke-2. Kenapa? Entah.. aku sendiri tidak punya jawapan yang paling tepat untuk soalan itu. Namun aku melihat soal2 kehidupan yang berjalan itu.


[Pertemoan kali ter-akher aku ber-sama aruwah D sebelum dia pergi buat selama-lamanya adalah ketika kami menonton layar lebar ini.. ermm...]

Saturday, December 15, 2007

~ RINDU MEMBARA ~


TAJUK : Rindu Yang Membara
KARYA TULISAN : Nass Alina Noah
HARGA : RM 29.90
MUKA SURAT : 697
TERBITAN : Tintarona Publication Sdn Bhd

[Kalau-lah rasa rindu ini sampai ke-sana..]

Friday, December 14, 2007

~ ADA DENGAN PERASAAN ~

(Kredit Foto : Filem Anak Halal)

Hari ini adalah hari yang tidak begitu baik buatku barangkali. Ermm... Pelbagai perkara yang berlaku pada hari ini. Perkara yang memberi rasa kurang senang yang banyak dalam diri. Begitu bergalas sekalipun, aku harus melaluinya dengan bersenyum menutup rasa. Begitupun selalu.

Sensitif... Apakah sensitif itu memberi baik pada diri atau sebaliknya? Aku sendiri kurang pasti. Cumanya bagiku sensitif itu memberi tanda kita mempunyai perasaan. Tanda kita tidak kering hati terhadap sesuatu yang menyinggah rasa.

Hari ini, aku sedikit berkecil hati dengan seorang sahabat ini. Jauh benar dia berubah sekarang. Agaknya memang begitu lumrahnya barangkali. Tatkala mendongak bintang di langit, rumput di bumi seringkali tak terlihat dek kita. Aku tidak mengharapkan sinar bintang dia... cuma tidak ada salah sekiranya ada sedikit rasa saling menghormati dalam diri. Tambahan pula kami dalam bersahabat. Pertemuan dan laku yang terhidang depan mata sebentar tadi memberi aku sedikit sedar tentang hakikat tinggi rendah dalam duduk itu akan tetap memberi beza.

Beberapa kali aku menggelengkan kepala tanda tidak mahu percaya dengan laku sahabat yang seorang ini. Selama dalam persahabatan, aku menghormati dia seharus dia. Namun, hari ini dia memberi serlah sisi lain dalam dirinya. Errmm... terima kasih memberi sedikit sedar kepada seorang aku.

Sensitif.... Terlalu sensitifkah aku? Errmm... aku sensitif kerana aku masih mempunyai perasaan yang waras. Sekali lagi dalam situasi yang lain pada hari ini, rajuk membuka pintu. Rasa yang di dalam ini dihempas kasar. Terhunus kata2 yang tajam terus tembus tepat menusuk jantung. Mahu sahaja aku memalingkan muka terus tanpa memberi kira walau sesaat. Namun aku masih punya rasa manusia. Masih ada waras walaupun amarah yang bertamu berat tidak tergalas.

Berdepan situasi ke-2 dalam hari yang sama membuat aku berhempas mengumpul sabar. Terfikir juga dalam diri bagaimana ya.. hidup sebenar golongan mereka yang tidak memikir perasaan manusia lain ini... Pernahkah dia juga terhidang situasi yang serupa agar memberi sedikit ajar kepada diri? Merasa dengan jelas apa yang pernah dia berikan kepada manusia lain. Adil dengan karma. Ermmm...

..

[Coba berada di-kasut orang laen..]

Thursday, December 13, 2007

~ SEGERA SEMBUH ~


Petang semalam aku menerima mesej daripada sahabat mei. Mengirimkan khabar seorang kenalan yang kini dalam keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan. Dia juga mengharapkan agar aku dapat meluangkan sedikit masa untuk melawat kenalan ini yang sedang menerima rawatan di salah sebuah hospital di Ampang.

Insyaallah, aku akan mencari sedikit keluangan masa untuk itu. Sungguh aku tidak tahu, kalau tidah dikhabarkan oleh sahabat mei. Mudah-mudahan kenalan ini akan kembali sembuh dan kembali menjalani hari2 nya dengan baik.

[Mudah-mudahan kesihatan umi juga semakin baik... Doaku dariku yang sentiasa ada..]

~ NOTHINGS GONNA CHANGE MY LOVE FOR YOU ~


NOTHINGS GONNA CHANGE MY LOVE FOR YOU

If I had to live without you near me
The days would all be empty
The nights would seem so long
With you I see forever oh, so clearly
I might have been in love before
But it never felt this strong

Our dreams are young and we both know
They’ll take us where we want to go
Hold me now, touch me now
I don’t want to live without you.

Nothings gonna change my love for you
You oughta know by now how much I love you
One thing you can be sure of
I’ll never ask for more than your love.

Nothing’s gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
The world may change my whole life through
but nothing’s gonna change my love for you.

If the road ahead is not so easy
Our love will lead the way for us like a guiding star
I’ll be there for you if you should need me
You don’t have to change a thing
I love you just the way you are.
So come with me and share this view
I’ll help you see forever too
Hold me now, touch me now
I don’t want to live without you.

[Bukan hikayat dongeng dalam igauan..]

Wednesday, December 12, 2007

~ YANG BERGALAU ~

(Kredit Foto : Anak Halal)

Teman jiwa kebetulannya singgah di sini. Justeru punya kesempatan berdamping dia. Usai berurus soal pekerjaan, kami mengatur janji. Letih kelihatan dia. Susuk tubuhnya juga semakin mengecil. Terbeban soal pekerjaan yang banyak. Itu jawapan yang diberikan dia sebaik aku mengusul tanya. Ermm.. dia juga mengharapkan agar jawapan itu turut terpakai untuk beberapa soalanku yang lain barangkali...

Melihat situasi itu, aku tidak mahu memberi berat. Mengikut sahaja rentak dia. Mendengar rungut dan luah cerita dia dengan situasinya di sana. Cerita sehari dan seminggu. Tetap panjang ceritanya walaupun saban malam kami mengatur bual.

Tiba2 aku disoalkan tentang kemana hilangnya cincin pemberian dia dari jariku. Sedikit terkejut. Ermm.. selama ini pun aku jarang memakainya... tidak pula dia bertanya panjang kerana aku telah memberi alasan yang benar tentang itu. Namun hari ini tiba2 dia bersoal kembali tentang itu. Aku memandang tepat dia.. namun tidak bercadang memberi sebarang jawapan.

Kelihatannya seperti ada sedikit rasa tidak puas hati yang tergambar. Apa yeaa..? Ermm.. Tidak mahu mendesak dia. Kalau dia memilih untuk mengunci diri, biarlah dia. Pun begitu, aku berharap agar tidak ada sangka yang sedang bermain di benak dia. Yang lalu2 itu usah dibiar terulang. Aku berharap lebih mengenali lelaki ini...

[Apa-kah aku sedang ber-laku churang ter-hadap dia...? Ermm.. ]

Tuesday, December 11, 2007

~ SEPOTONG KEK, SEBUAH DOA ~


Selesai urus pekerjaan, terus sahaja ke kedai kek. Perlu mencari kek yang paling istimewa untuk seseorang yang menyambut hari ulangtahun kelahirannya esok. Justeru, kami mahu mengejutkan dia dengan 1 majlis malam ini. Mudah-mudahan semuanya berjalan seperti yang dirancang.

M.S, Selamat hari ulangtahun kelahiran. Yang terbaik buatmu. Moga dipanjangkan umur dan dipermudahkan di dalam segala urusan kehidupan. Budi baik dan lapang dadamu yang sentiasa menghulur tangan tetap terkenang oleh mereka yang terhutang... termasuk aku.

[Ingatan dan doa itu paleng men-cukopi.. ]

Monday, December 10, 2007

~ MENJADI PENDENGAR ~

Semalam, aku terkongsi kisah hiba seorang sahabat. Entah apa yang pincang antara dia dan si ibu, aku kurang pasti. Namun melalui ceritanya, si ibu seperti tidak melihat penting duduknya di sisi. Semalam berlangsung satu kejadian yang membuatkan airmatanya tumpah. Justeru, dia memilih aku untuk berkongsi renyai di hatinya itu. Terima kasih melihat aku dengan kepercayaan.

Sejak bersahabat dengan dia, aku sudah sedia maklum akan duduk hubungannya dengan si ibu. Sudah lama retak itu berlangsung. Dia tidak bercerita banyak, namun aku faham bahasa senyapnya. Melihat dia dengan pandangan yang luar juga, tak siapa sangka yang dia penuh kecamuk. Sahabat yang seorang ini sedaya upaya mahu menutup yang kelam2 itu... namun kuat manapun dia mampu berjiwa keras... akhirnya terduduk juga meratap nasib.

Jujurnya aku bersimpati dengan takdir yang tertulis buat dia. Sebagai seorang sahabat, aku mendoakan yang baik2 sahaja buat dia. Aku cuba untuk menjadi pendengar yang baik buat sahabat ini. Cuba memahami hatinya yang sakit dengan tingkah si ibu itu. Mendengar dia menutur, "Saya hanya mahu dilayan adil... layaknya sebagai seorang anak.." aku hampir sahaja mahu menitiskan airmata. Bertuahnya aku punya ibu yang mengharmoni jiwa.. beruntungnya aku dikeliling kasih ibu yang menghulur hidup. Sungguh2 aku bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang termiliki aku selama hari ini.

Errmm.. kepada sahabat ini, aku berharap dia gagah mendepan suasana ini. Aku sentiasa ada untuk mendengar sungguhpun tidak mampu untuk membantu jelas. Hidup ini besar. Justeru, kita juga harus melihat dengan mata dan pandangan yang besar.

Pada 2 minggu yang lepas juga, aku turut menjadi pendengar kepada seorang rakan pekerjaan ini. Dia memilih aku walaupun usia kenal kami masih terlalu pendek. Atas dasar apa dia mengukur rasa percayanya kepadaku, aku kurang pasti. Sepanjang mengenal dia, rakan ini bingar dengan tawa. Itu yang membuat dia menjadi senang rakan2 yang lain barangkali.

Suatu pagi, dia datang menyapaku seperti biasa. Aku tidak memberi tumpu yang besar kerana kebetulan ketika itu aku tergalas dengan urus kerja yang perlu disegerakan. Dia yang selama ini terlalu sedikit waktu seriusnya, tiba2 mendiam dan meminta izin agar aku mendengar dia. Dia membuka cerita. Lain bunyi nadanya. Seketika melepas tawa, tiba2 sahaja meluncur air mata menukar suasana di wajahnya. Aku tergamam dengan suasana itu. Betulkah apa yang sedang berlangsung ini? Ini kerana sepanjang mengenal dia (walaupun masih baru) dia bukanlah orang yang terlalu mengambil hati kepada soal2 yang begitu.

Memberi tumpuan yang lebih banyak, dia rupa-rupanya telah berkecil hati dengan seorang rakan pekerjaan kami. Ada bahasa yang menikam dia tajam. Bukan mahu menyebelahi dia secara membuta-tuli, tetapi bagiku meneka soal yang terheret maruah itu bukanlah satu gurau yang baik (kalaulah ia bermaksud satu gurauan). Aku memahami situasi yang dialami rakan ini.

Ermmmm... kedua2 pun rakan yang dalam pekerjaanku. Tidak mahu aku melihat keruh mengisi ruang2 yang sepatutnya indah itu. Ermm.. belum sempat aku berfikir apa2, rakan ini memberi sedikit pesan agar cerita itu hanya tersimpan antara aku dan dia. Dia menyebut soal percaya.

Ermmm.. ya percaya. Soal percaya yang pernah memberi aku sakit yang banyak. Pernah melukakan sebuah persahabatan. Aku masih ingat itu sebagai pelajaran besar. Pun begitu, soal yang satu itu, masih menjadi prinsip yang besar dalam hidupku. Jutawan mana yang mampu membeli sebuah harga kepercayaan. Ia masih terjunjung tinggi dalam diri. Tiada siapa yang mampu mengusik duduknya.

[Terima kaseh atas keperchayaan itu.. namun jangan ter-lalu banyak mem-berinya. Aku begitu serik dengan sejarah lalu...]

Sunday, December 09, 2007

~ MENDONGAK KLCC ~


KLCC terlalu banyak meninggalkan kenangan dalam sejarahku. Sejak dari bangunan kebanggaan negara ini dalam pembinaan sehinggalah sekarang. Malah setiap kali aku menjejakkan kaki ke ruangnya, aku pasti akan mengabadikan foto bangunan tertinggi ini.

Aneh... aku tidak pernah jemu memerhatikan bangunan ini walaupun tidak ada yang berubahnya pada kedudukannya. Foto2 yang aku rakamkan sejak beberapa tahun dahulu sehingga sekarang pun, tidak banyak yang bezanya. Namun tiba sahaja di ruang ini, aku pasti mahu merakam duduknya. Kalau dihimpun2 kan, penuh 1 album hanya dengan bangunan KLCC ini.

Hari ini juga, aku masih belum meninggalkan kebiasaan itu. Menggunakan kamera yang masih lekat bau barunya, aku merakamkan sendiri foto terbaru bangunan ini. Ketika ini hujan renyai membasah bumi. Tidak ada yang berubah, tetapi aku seronok sahaja melakukannya.

[Terkenang 'A'... entah masih membina kerjaya di menara 1 bangunan ini atau sudah tidak di sini. Tertulis takdir, kita sememangnya tidak berjodoh..]

~ MENJAMAH SELERA ~

(Claypot Black Paper Chicken Rice)

(Sizzling Black Paper Yee Mee)

Puas menghala langkah ke sana dan ke mari di ruang KLCC, akhirnya singgah menjamah selera. Sebenarnya aku sekadar meneman sahaja. Belum ada signal supaya perut ini diisi. Namun dek kerana yang seorang ini beriya mahu menyinggah, aku menurut sahaja.

Aku bukanlah 'pemakan' sangat orangnya. Rakan2 juga sudah sedia maklum akan hal itu. Justeru, jika 3 kali mereka menyinggah makan dan hanya sekali aku akan menurut serta, bukanlah perkara luar biasa. Di rumah juga begitu. Aku jarang mengambil sarapan pagi, makan tengahari juga tergantung pada keadaan dan malamnya boleh dikira dengan jari. Bukan diet, menjaga badan atau sebagainya.. tetapi kebiasaan yang sudah berlangsung sejak zaman anak2 lagi.

"Untung A.H dapat kau... Jimat duit diaaa..." Itu kata2 yang selalu dilafaz sahabat dekat, Ai bila aku menolak ajakannya untuk menjamah selera.

Hari ini, di ruang KLCC ini juga, aku terserempak seorang rakan lama, TK. Masih sama wajah karektornya seperti 10 tahun yang lalu. Kali terakhir, aku mendengar cerita dia berhijrah ke negara Eropah kerana membawa diri dek kerana kecewa cinta. Hilang senyap cerita dia. Kini, dia sudahpun bergelar ibu. Comel si manja yang saling tak tumpah mewarisi wajahnya. Kami tidak sempat mengatur bual kerana aku harus bergegas segera dengan urusan perlu. Justeru, hanya sempat bertukar2 nombor telefon. Mudah-mudahan ada kelapangan untuk kami mengatur bual yang panjang kelak..

[Kerap men-jamah selera di-Kopitiam Bangi...]

~ PC FAIR 2007 ~


Petang semalam, sebaik usai urus pekerjaan aku dan seorang rakan ini menghalakan langkah ke PC FAIR yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre. Kami hanya mahu melihat apa yang ada di sini sahaja tanpa ada rancangan mahu mendapat itu atau ini. Pun begitu, bila sudah di sana, rambang mata pula aku dibuatnya. Tambahan pula dengan tawaran harga yang agak menarik. Namun dek kerana ramai manusia yang bertali arus merentang tutup, makanya aku hanya ke situ untuk berasak2 sahaja barangkali. Pulang dengan tangan yang kosong kerana tidak sanggup meredah lauatan manusia yang berat itu.

Justeru, hari ini aku mengambil keputusan untuk sekali lagi ke sana. Kali ini memilih waktu dengan tepat. Ada sesuatu yang menarik pandangku semalam. Kamera.. Yaa.. aku berhasrat mahu mendapatkannya kerana tertarik dengan kegunaan dan harganya. Sebenarnya, di rumah sudah ada 2 kamera untuk kegunaan kami sekeluarga, namun entah kenapa aku beriya2 sangat mahu mendapatkannya. Sudahnya, aku ke PC Fair buat kali ke-2 semata2 kerana mahu mendapatkan kamera ini.
Ermm.. selain berhabis wang untuk barangan yang bukan dalam senarai perlu ini, aku juga mendapatkan beberapa aksesori komputer. Begitu pun selalu kalau sudah terhidang di depan mata dengan situasi yang begini.. Goshh.


[Tukang gambar Jepon & terompah ibu... kenangan kemas di jaman anak-2 aku, kakak dan abang..]

Saturday, December 08, 2007

~ KELEDANG ~


TAJUK : Keledang
TERBITAN : Wira Bukit Sdn Bhd
HARGA : RM 45.00
MUKA SURAT : 171
KARYA : A. Samad Said

Sempat membelek2 dan kemudiannya membawa pulang 1 lagi naskah dari karya sasterawan negara ulung, Pak Samad Said.

"... dalam hutan ini sajalah pokok2 ini, burung2 ini, binatang2 ini dan tumbuh-tumbuhan melata ini yang menerimanya tanpa soal jawab... betapa mengertinya alam, fikirnya..."

[Ter-kenang saat-2 men-dampingi karya Daerah Zeni yang begitu ter-kesan itu.. ]

Friday, December 07, 2007

~ KETULUSAN HATI ~

(Kredit Foto : Filem Cinta)

KETULUSAN HATI
by anuar zain

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku
Hanya untuk dirimu selalu
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku
Hanya untuk dirimu selalu
Apa yang kurasakan ini

Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
oooo

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku
Hanya untuk dirimu selalu...

[Mau teros men-chentai tanpa ada ragu..]

Thursday, December 06, 2007

~ CHAR KUETIAW ~

Petang semalam, aku dan seorang rakan ini meredah kesesakan jalan raya yang teruk semata2 mahu menjamah selera dengan Char Kuetiaw. Lucunya, setelah kesesakan itu di laluinya, dia pula terlupa lokasi tempat yang dimaksudkan. Berpusing2 kami dalam keadaan hujan yang membasah bumi itu. Aku mencadangkan agar kami menghalakan langkah ke tempat lain sahaja tetapi rakan ini tetap berkeras kerana katanya banyak kali mendengar aku menyebut untuk menjamah char kuetiaw di situ. Ermm..

Akhirnya, berkat kesabaran, lokasi yang dicari bertemu mata. Menjamah Char Kuetiaw dalam lelah dan hujan renyai. Ketawa sahaja rakan ini apabila melihat aku menghabiskannya dengan baik. Sedangkan yang dia tahu, setiap kali menjamah selera, makananku pasti berbaki. Tetapi tidak kali ini. Lapar? Atau memangnya yang terhidang itu kena pada selera?

[Ter-kenang Char Kuetiaw yang pernah di-jamah ber-sama teman jiwa di-Puncak Jalil..]

Wednesday, December 05, 2007

~ DI SEBALIK EGO SETINGGI KLCC ~


Hari ini aku tidak begitu banyak melayan bual rakan2 di tempat pekerjaan. Bukan kerana terlalu banyak bebanan kerja yang harus bersegera tetapi kerana keadaan diri yang kurang sihat. Aku hanya berada di depan skrin komputer sepanjang2. Sempat pula melayan adu cerita sahabat june di skrin. Sudah lama tidak bercerita begini dengan sahabat yang suka membuat bingar ini. Sejak kebelakangan ini, yang keruh2 itu sudah terpulih barangkali.

Sebelah petangnya, aku berurus soal pekerjaan di luar. Dalam perjalanan membuat urus itu, aku membelek2 telefon bimbit. Tiba2 kelihatan nama sahabat mei di kotak masuk. Meneliti isinya, Sahabat mei rupa2 nya menyenaraikan aku ke salah satu majlis besar yang disertainya. Memangnya aku sedikit terkejut. Ini kerana jemputan ini berbentuk personal. Dan aku tersenarai antara 4 nama yang dalam jemputannya. Tidak mahu menidak perasaan senang yang wujud di dalam ini. Barangkali ini adalah signal yang jernih2 itu semakin memberi ganti. Insyaallah, mudah-mudahan.

Malamnya, mengatur sedikit bual dengan sahabat mei ini di skrin telefon bimbit. Nadanya berbunyi semakin baik. Dia juga memberi 'ruang' baru bagaimana mahu menghubunginya secara personal. Jujurnya aku sangat2 berbesar hati dengan perkembangan terbaru ini setelah lama melayan ribut yang panjang. Mudah-mudahan persahabatan ini kembali pulih walaupun tidak seperti asal.

Dek kerana jemputan ini datang terus daripadanya, aku akan berusaha untuk mengosongkan urus pada tarikh yang dimaksudkan itu dan memenuhi jemputan ini. Bukan kerana duduk dia sebagai yang besar dan tersohor, tetapi kerana merasa harga diatas tindak lakunya yang aku lihat ada kejujuran walaupun masih terlindung di balik ego yang setinggi KLCC itu.

[Ter-kejut... maseh berada dalam senarai walau-pon keroh keladak lama mengisi persahabatan..]

~ SI KETAM 05 ~


Beberapa hari lalu, aku terasa hati lagi dengan si ketam. Ada sesuatu di hatinya barangkali. Kalau tidak, masakan dia sentiasa mahu membaca aku salah. Gurauku yang tidak bertempias dia pun, mahu dia bersuara sama. Membuat kesimpulan yang langsung tidak tepat pula tu. Errmm... Ada salah yang perlu aku bersihkan? Ermm..

[Mem-beri senyom untok seluroh alam..]

Tuesday, December 04, 2007

~ BAIK-BAIK SAHAJA ~

Pagi semalam, aku ke tempat pekerjaan seperti selalu, seperti biasa… Membuat urus tanpa sedikit rasa ganggu dengan keadaan diri. Rasa baik2 sahaja dan kembali okay berbanding semalam. Namun sebaik ku suakan wajah, ada yang menegur akan keadaanku. Bukan seorang tetapi dari beberapa orang rakan pekerjaan yang mungkin melihat jelas. Rupa-rupanya ia masih dapat dikesan mata dan bererti belum sepenuhnya pulih ke asal. Ermmm..

[Beberapa hari ini banyak pula yang ter-uji. Yang di-sebalek mata dan di-dalam lehat mata.]

Monday, December 03, 2007

~ MASIH MEMBERI INGAT ~

Sekeping surat daripada doctor yang bertanggungjawab merawat aku ketika kemalangan suatu masa dahulu. Surat itu masih elok dalam simpanan rupanya.

"Pesakit mengalami luka di bahagian kening kiri dan kaki kanan. Pesakit juga mengalami kepatahan pada rahang bawah ( 2 tempat). Pembedahan telah dibuat pada 16 Julai dan sekarang masih dalam rawatan. Pesakit dimasukkan ke wad dari tarikh kemalangan sehingga hari ini."

Itu antara bunyi surat yang sepatutnya aku serahkan kepada pihak polis untuk membuat report. Apapun, aku memilih untuk tidak berbuat demikian. Ermm…

[Beberapa tahon telah ber-lalu… tetapi sejak kebelakangan ini, semua itu seperti datang kembali mem-beri ingat.. huh..]

Sunday, December 02, 2007

~ YANG BERBAKI MASIH DI DALAM ~

Seharian aku terlantar. Keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan. Mukaku tiba2 membengkak teruk. Tiba2 sahaja kejadiannya sebaik membuka mata mahu memulakan hari.

Mungkinkah ia berpunca dari skru yang dikeluarkan dari rahangku tempohari ? Kalau betul, bukankah skru itu dikeluarkan beberapa hari lalu, takkanlah baru hari ini ia mahu berlaku seperti ini. Ermmm.. lagi pula skru yang itu hanya berjumlah dua dan masih ada lagi yang berbaki di dalam. Aku didesak ke doctor lagi.. arghhh… lagi2 ke doctor. Terus sahaja aku mendiamkan diri. Bosan.

Segala urusan dan rancang yang diatur terberhenti. Badan terlalu amat tidak punya daya. Sehari suntuk aku hanya tidur dan tidur sahaja. Dan sepanjang hari itu, tidak ada apa yang kurangnya. Sakitnya masih begitu. Bangkaknya masih dalam situasi yang serupa sehinggalah siang menutup hari.

[Mudah-mudahan tidak berlarot panjang..]

Saturday, December 01, 2007

~ WONDERFUL FRIEND ~


WONDERFUL FRIEND

You’re such a wonderful friend
A blessing so special and rare
To have a friend like you
Is an answer to a prayer

So this brings the most loving thank you
For all of your warm, caring ways
And hopes God will bless you forever
With the brightnest and happiest days


[Budi yang tergalas sampai mati...]

Friday, November 30, 2007

~ KENAPA AKU ? ~

Sekadar berkongsi kiriman emel daripada seorang teman untuk renungan bersama...

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yg dusta."
- Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG DIIDAM2KAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu... Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

[Ber-syukor apa yang ada, ber-sabar apa yang kurang...]

Thursday, November 29, 2007

~ MEMILIH SANG DOKTOR ~

(Ini bukan sekadar gambar hiasan tetapi ia betul2 merupakan skru
yang dikeluarkan daripada bahagian rahangku. Panjangnya berukuran 1 cm setiap satu.
Aku sendiri seperti tidak percaya ia bertamu di situ sejak sekian lama.)

Banyak kejadian yang berlaku hari ini. Kejadian yang semuanya dalam perkiraanku. Paling memberi kesan kejadian sebentar tadi. Aku ke doktor. Yaa.. aku ke doktor dengan kerelaanku. Memilih untuk ke doktor kerana tiada pilihan lain. Skru yang tertanam di bahagian rahang kananku itu telah separuh terkeluar dari duduknya. Justeru, doktor mengeluarkan 2 skru yang hampir separuh terkeluar itu. Yaa.. ia bertamu di rahangku sejak sekian lama (aku mengalami patah rahang ketika kemalangan beberapa tahun dulu..) Patutlah demamku kali ini panjang sehingga menyambut minggu. Rupanya skru itu sudah tidak mahu bertamu di situ lagi.

Brad membawaku ke doktor. Kebetulan ketika keadaan yang mendesak itu, sms Brad sedang masuk ke telefon bimbit. Justeru, aku memohon bantu dari dia. Kakak masih di luar daerah dan aku masih bersendirian di rumah. Terima kasih sahabat. Aku berharap, semua ini disimpan rapi dalam tahunya sahaja. Budi yang tidak kan pernah terbalas.

Sang doktor mahu aku kembali merujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Tempat di mana aku menjalani pembedahan suatu masa dulu. Temujanjinya esok pagi. Ermmm... aku tidak bercadang pun untuk memenuhi temujanji itu. Aku rasa, aku okay2 sahaja. Sakit yang cuma sedikit. Tidak perlulah sampai merujuk ke sana pula.

Bahagian skru yang dikeluarkan itu meninggalkan luka yang banyak juga. Pedih yang teramat sangat kerana bahagian mulut yang sentiasa basah itu.. Justeru, aku takut untuk menjamah makanan walaupun perutku sangat2 kosong. Kebetulan juga siang tadi aku tidak mengambil sarapan dan makan tengahari juga. Ermmm.. Kelaparan.

Mahu berhenti di sini. Mahu meletak lena. Malu menghilang lapar. Mahu melupakan seketika kesakitan yang banyak ini. Mudah-mudahan semuanya akan okay.

[Kemalangan beberapa tahun dulu yang memberi ingat yang cukup dalam..]

Wednesday, November 28, 2007

~ AKU DI HATIMU ~


TAJUK : Aku Di Hatimu
HALAMAN : 491
PENULIS : H. M Tuah Iskandar
TERBITAN : Alaf 21
HARGA : RM 19.90

"Bukan kucari, tapi kau kutemui. Tidak kumimpi, namun kau yang di sisi.."

Dengan sedikit kelapangan yang ada, aku menghabiskan baki bacaan beberapa hari lepas. Mengheret sehingga ke awal pagi. Errmm.. masa yang sering menghambat.

[Mana hilang kenalan 'istimewa' (cacat pendengaran dan bisu).. yang sama2 menghabiskan bacaan di gedung bacaan itu...]

Monday, November 26, 2007

~ PULIH SEBUAH RAJUK ~


Mulai hari ini, aku kembali menjawab panggilan dan membalas mesej2 kiriman Brad. Hampir seminggu aku mendiamkan diri. Bukan bergaduh, cuma merajuk sedikit dengan percakapannya tempohari. Sebenarnya, tiada apa sangatpun.. saja aku mencari alasan untuk tidak begitu dekat dengan dia. Pun begitu apabila hampir setiap hari, dia mengutus maaf tanpa jemu.. dan kadangkala beberapa kali dalam sehari... tidak sampai hati pula mahu terus membiarkan dia begitu.

Sahabat ini pandai bermain bahasa. Mendengar bahasanya sering sahaja membuat aku pula yang dihambat rasa bersalah yang banyak. Dia suka memujuk... untuk seorang aku yang begitu sensitif dan mudah merajuk. Jujurnya dia mampu membaca aku dengan tepat. Disebabkan itu dia tahu mana duduk kurangku. Dia juga sangat2 maklum akan sifat degilku. Justeru, dia tahu bagaimana mahu menangani aku.. barangkali. Dek kerana itu jugalah dia agaknya begitu bersabar dan kebal dengan perangaiku.

Dalam tempoh rajuk itu, banyak benda yang menyakitkan hatinya diberikan aku... Bukan dengan maksud tetapi sengaja aku memperlakukan begitu dengan harapan dia akan memberi sedikit marah atau terus berhenti daripada terus mengutusiku. Namun ia tidak berlaku begitu... Ermmm.. semakin aku menyakitkan hati dia, semakin kerap pula dia mengutus maaf. Menghantar bual seperti biasa. Bertanyakan itu dan ini seolah tiada apa.. Ermmm... kebal sungguh dia.. dan akhirnya aku pula yang beralah... Goshh...

[Sensitif ? Yaa.. Itu tanda-nya perasaan aku maseh ber-fungsi baek.. ermm..]